Sabtu, 12 Mei 2012

Novel Siapa Yang Dikau Baca Tatkala Bukunya Tiada/ نوۏيل سياڤا يڠ دكااو باچ تتكالا بوكوڽ تياد ساي تيدق سوك بوديا بارت.




نوۏيل سياڤا يڠ دكااو باچ تتكالا بوكوڽ تياد

ساي تيدق سوك مليهت وانيتا مسلم بربيكيني.

ساي منچابر ڤرادبن بارت يڠ مڠڬاريسكن مودن انتاراڽ اياله دلتقكن ڤد ڤاكاين يڠ تيدق ممولياكن وانيتا.

انق ڬاديس ساي سيتي هانن كتيك اين سداڠ منونتون چريتا ءبودوهء دري تركيا. :﴾

قيصه سأورڠ ڬاديس يڠ دڤركوس دان دڤقسا مميليه ساله سأورڠ للاكي-للاكي كڤارت ايت اونتوق دكاهويني. منمبه ڤاره اڤابيلا ڬاديس ايت برهادڤن دڠن قرينه كاكق ايڤرڽ يڠ كترلالوان دبريكن كواس د دالم كلوارڬ ابڠڽ سنديري.

لازيم صفة مودن للاكي سماكين منجادي ڤڠچوت دان هيلڠ كبرانيان اونتوق مڠاكوي كسالهن. 

للاكي-للاكي كڤارت يڠ مروڬول ڬاديس ايت تتڤ ككال هيدوڤ دالم كادأن سليسا تنڤا ببنن دوسا، سام سڤرتي قيصه وينتر سونتا يڠ منجاديكن دوسا ايبو باڤ ڤرلو دببنكن ك اتس انق-انق يڠ درنچانكن اڬر دسلامتكن اوليه ڤيهق يڠ برساءيڠ اونتوق مربوت ڤلواڠ دان كسمڤتن ك اتس كسوكرن يڠ مرينتڠي كهيدوڤن ڬاديس يڠ دڤركوس ايت.

اڤاكه يڠ بارو د سيني؟

سام سڤرتي قيصه سبواه نوۏيل يڠ ڤرنه ساي باچ دري إندونيسيا.
جك تيدق سيلڤ بوكو ايت برجودول ميل كرميل. تنتڠ ڬاديس يڠ دڤركوس سوقتو مڠحاضيري جاموان تمت ڤرسكولهن. ڤروڬول ايت كمودينڽ ممينتا اونتوق بركهوين دڠن ڬاديس يڠ برادا د دالم دلمم اونتوق مڠڬوڬوركن جنين يڠ تيدق دايڠيني ايت. اڤابيلا دنصيحتي اوليه ايبو باڤ دان كلوارڬ ﴿جك تيدق سيلڤ﴾ ڬاديس اين منروسكن كهميلن تتاڤي ممبنچي انق ايت.

سلبيهڽ تيدق دايڠتي لاڬي.

اڤاكه كسن اڤابيلا چريتا د دالم بوكو سڤرتي اين دماسوقكن ك دالم تيليۏيشين؟

اديڬن ڤربواتن سايك س دان ڤاڤرن بواه دادا وانيتا اتاو ڤوڠڬوڠ للاكي؟
ايت سهاج يڠ اكن منداڤت سنتوهن اوتام؟

دري زمان توق نينيق مويڠ تردهولو اديڬن برتلنجڠ بولت اين سوده دمعلومي منجادي سني يڠ دبريكن ڤياواين تيڠڬي كران برنيلاي حاصيل كرياتيف . ادكه كيني انق چوچو چيچيت جوڬ ممڤرجواڠكن حق اونتوق برتلنجڠ بولت كران براس ممڤوڽاءي كبيبسن؟
موڠكين كترلالوان اونتوق مليهت ينكريدبلي هولق برتلنجڠ بولت اڤابيلا منجالني ڤروسيس ڤروبهن متسي يڠ ككال برسلوار والاو ڤون ڤوڠڬوڠ ڤه دان بواه كمالوانڽ ممبسر.

بسركه كمالوان مو توان؟ تاجوق بارو چاتتن د بلوڬ مولتيڤلي ساي.
مڠاڤ اڬكڽ چاتتن د بلوڬ مسافر وانيتا ملايو مسلم تيدق دڤاڤركن؟

اڤاكه تونتوتن ڤمبلاجرن ڤنديديقن سيك س دكلس ممبردايكن اونتوق دكورڠكن ڤرتمبهن ڤندودوق اتاو ڤرزناان اكن دأڠڬڤ سباڬاي ايميج مشاركت مودن؟
بوليه جواب؟

هيلڠڽ راس مالو د دادا انق-انق مسلم، انق-انق كريستيان دان انق-انق يهودي اكن سام دان سروڤاكه منجلڠڽ اخير زمان؟

كران ايت ساي اد منچاتت ﴿تيدق برتمو ڤولا﴾ اڤاكه يقجوج دان مقجوج ايت سباهاڬين بسرڽ دتنداكن اوليه ايتنيك ويدلوچق سڤرتي ايميج يڠ دبينا باڬي مشاركت الفلبين دان يڠ سأكن-اكن دڠنڽ سڤرتي چينا تايلاند ۏيتنام ستله ككالڽ رنتاو مريك منجادي رنتاو يڠ بركچوالي امان دان بيبس؟

اين برعلاسكن ساندرن بهاوا عمومڽ مريك تيدق مڠحرمتي وقتو صلاة كبڽقان راكن مريك يڠ براڬام اسلام.﴿سوده تنتو ساي مروجوق تنتڠ انق سنديري سباڬاي ڤڠالمن﴾ سبب ڤاليڠ موده كران راكن اسلام مريك ايت تيدق برسمبهيڠ.

اين يڠ امت مڠمبيراكن سستڠه للاكي بارت كران مريك ممڤوڽاءي سبب اونتوق ممندڠ رنده كڤد قوم سجنيس مريك يڠ مسلم يڠ دراسكن سباڬاي منيڤو ديري سنديري - مڠاكو اسلام سباڬاي اڬام تتاڤي تتڤ ملاكوكن اڤ سهاج يڠ دلارڠ اوليهالقرءان - تيدق ممينوم الكحول، تيدق برزنا، تيدق برجودي، تيدق برچاكڤچبوهوڠ... تتكالا مريك جوڬ ممباچ بيبلي دان ك ڬرجا تتاڤي سديا ملاكوكن ڤركارا يڠ دلارڠ توهن.

سيفير 2 ايك س 5 دان 5 ايك س 2 سام سهاج مڠحاصيلكن 10م
مريك منجادي ساتو دڠن 99 عقل اوليه نفسو.تتكالا وانيتا منجادي ساتو دڠن 99 نفسو اوليه عقل.

ايڬو للاكي تيدق ترلتق د ايموسي وانيتا سباڬاي كسيمڤولنڽ. 

دأكه يڠ مڽالهكن ڤرتاڽان ساي ترهادڤ اڤاكه ڤروتوكول ك ليما اونتوق منجاوهكن مسلم دان مسلمات دري اڬام بوليه دبيچاراكن تنڤا راس چوريڬ دان بربنچي؟

اڤابيلا مالو سوده هيلڠ دري دادا كيت، ادكه بواه دادا يڠ دبوك اونتوق دليهت اوليه سسياڤا سهاج؟

ايسو د سيني اياله اڤابيلا مرنوڠ بينتڠ د لاڠيت جاڠن دلوڤا رومڤوت د بومي كران ملائكة جوڬ مڠهوني د دنيا مليهت كيت منروڤوڠ لامن اڠكاس مريك ...

موده اونتوق ممهمي فيزيك ڤد سكالا چهاي؟




Saya tidak suka budaya barat.

Saya tidak suka melihat wanita muslim berbikini.

Saya mencabar peradaban barat yang menggariskan moden antaranya ialah diletakkan pada pakaian yang tidak memuliakan wanita.


Anak gadis saya Siti Hanan ketika ini sedang menonton cerita 'bodoh' dari turki. :)

Kisah seorang gadis yang diperkosa dan dipaksa memilih salah seorang lelaki-lelaki keparat itu untuk dikahwini. Menambah parah apabila gadis itu berhadapan dengan karenah kakak iparnya yang keterlaluan diberikan kuasa di dalam keluarga abangnya sendiri.

Lazim sifat moden lelaki semakin menjadi pengecut dan hilang keberanian untuk mengakui kesalahan. 

Lelaki-lelaki keparat yang  merogol gadis itu tetap kekal hidup dalam keadaan selesa tanpa bebanan dosa, sama seperti kisah Winter Sonata yang menjadikan dosa ibu bapa perlu dibebankan ke atas anak-anak yang direncanakan agar diselamatkan oleh pihak yang bersaing untuk merebut peluang dan kesempatan ke atas kesukaran yang merintangi kehidupan gadis yang diperkosa itu.


Apakah yang baru di sini?


Sama seperti kisah sebuah novel yang pernah saya baca dari Indonesia.
Jika tidak silap buku itu berjudul Mila Karmila.


 Tentang gadis yang diperkosa sewaktu menghadiri jamuan tamat persekolahan. Perogol itu kemudiannya meminta untuk berkahwin dengan gadis  yang berada di dalam dilemma untuk menggugurkan janin yang tidak diingini itu. Apabila dinasihati oleh ibu bapa dan keluarga (jika tidak silap) gadis ini meneruskan kehamilan tetapi membenci anak itu.

Apakah kesan apabila cerita di dalam buku seperti ini dimasukkan ke dalam televisyen?

Adegan perbuatan sex dan paparan buah dada wanita atau punggong lelaki?


Itu sahajakah yang akan mendapat sentuhan utama?

Inikah tugas sebenar bagi karyawan dari khalayak seniman dan penulis serta pengamal media di dunia muslim yang berasa diglobalisasikan oleh lokasi mereka yang berada di tengah-tengah benua dunia?

Dari zaman tuk nenek moyang terdahulu adegan bertelanjang bulat ini sudah dimaklumi menjadi seni yang diberikan pengiktirafan kerana kononnya mempunyai hasil kreatif tinggi yang imaginasinya diberikan perwatakan?

 Adakah kini anak cucu cicit kita juga memperjuangkan hak untuk bertelanjang bulat kerana berasa mempunyai kebebasan dan hak-hak yang perlu dihormati?


Mungkin keterlaluan untuk melihat Incredible Hulk bertelanjang bulat apabila menjalani proses perubahan mutasi yang kekal berseluar walau pun punggong peha dan buah kemaluannya membesar.

BESARKAH KEMALUAN MU TUAN?
 Tajuk baru catatan di blog multiply saya mengapakah agaknya catatan di blog Musafir Wanita Melayu Muslim tidak dipaparkan?

Apakah tuntutan pembelajaran pendidikan seks dikelas memberdayakan untuk dikurangkan pertambahan penduduk atau perzinaan akan dianggap sebagai imej masyarakat moden?



Bolehkah menjawab persoalan ini?

HILANGNYA RASA MALU di dada anak-anak muslim, anak-anak kristian dan anak-anak yahudi akan sama dan serupakah menjelangnya akhir zaman?

Kerana itu saya ada mencatat (tidak bertemu pula) apakah Yakjuj dan Makjuj itu sebahagian besarnya ditandakan oleh etnik wedlock seperti imej yang dibina bagi masyarakat Filipina dan etnik
 yang seakan-akan sewajah yang sama seperti Cina Thailand Vietnam setelah kekalnya rantau mereka menjadi rantau yang berkecuali aman dan bebas?


Inikah
 yang amat mengembirakan sesetengah lelaki barat kerana mereka mempunyai sebab untuk memandang rendah kepada kaum sejenis mereka yang muslim yang dirasakan sebagai menipu diri sendiri yang mengakui islam sebagai agama tetapi tetap melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Al Quran dan pesanan Rasul mereka Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam supaya  tidak meminum alkohol, tidak berzina, tidak berjudi, tidak berbohong... tatkala lelaki-lelaki ini juga membaca Bible dan ke gereja tetapi masih sedia melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan mereka?


Sifir 2 x 5 dan 5 x 2 sama sahaja menghasilkan 10M.


Tidakkah lelaki-lelaki mempunyai 99 aqal dengan hanya satu nafsu tatkala wanita-wanita mereka mempunyai 99 nafsu dengan hanya satu aqal sahaja?

Undang-undang keluarga Islam menganjurkan pengadilan yang membawa kepada tercapainya keredhaan Allah.


Siapakah yang mengenal Allah?

Sudah pasti bukan penganut agama lain.

Sudah pasti orang-orang yang mengucapkan kalimah syahadah dan percaya tentang kewujudan Pencipta serta menerima Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam sebagai Rasulullullah.


Sudah pasti bukan mereka yang tidak mendirikan solat, bukan mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan, bukan mereka yang tidak membayar zakat, bukan mereka yang tidak berusaha untuk menunaikan fardhu haji di Baitullah, bukan mereka yang tidak percaya kepada Allah, bukan mereka yang tidak percaya kepada para Malaikat-malaikatNya,
bukan mereka yang tidak percaya kepada Kitab-KitabNya, bukan mereka yang tidak percaya kepada Rasul-RasulNya, bukan mereka yang tidak percaya kepada Hari Akhirat, bukan mereka yang tidak percaya kepada Qada' dan QadarNya dan bukan mereka yang tidak tahu bagaimana bertaharah.


Tidakkah masjid berbeza dengan gereja walaupun yang membina bangunan ini adalah manusia dengan berasaskan satu batu bata?

Dan bukankah manusia yang membina bangunan itu bukan orang yang sama yang membina bentukkan lakaran bagi lukisan sebuah bangunan?



"Dialah Yang Awal dan Akhir."



EGO LELAKI TIDAK TERLETAK DI EMOSI WANITA sebagai kesimpulannya. 

Diakah yang  menyalahkan pertanyaan saya terhadap APAKAH PROTOKOL KE LIMA UNTUK MENJAUHKAN MUSLIM dan MUSLIMAT DARI AGAMA boleh dibicarakan tanpa rasa curiga dan berbenci?

APABILA MALU SUDAH HILANG DARI DADA KITA, ADAKAH BUAH DADA YANG DIBUKA UNTUK DILIHAT OLEH SESIAPA SAHAJA?

ISU DI SINI IALAH APABILA MERENUNG BINTANG DI LANGIT JANGAN DILUPA RUMPUT DI BUMI KERANA MALAIKAT JUGA MENGHUNI DI DUNIA MELIHAT KITA MENEROPONG LAMAN ANGKASA MEREKA ...

MUDAHKAH
 UNTUK MEMAHAMI FIZIK PADA SKALA CAHAYA SETELAH ANGKA_ANGKA BOLEH DIBACA?


Pencuri Siber

'setan' telah berjaya mencuri password blog-blog saya. Telefon C903 ini kekal dinafikan hak tuntutan ke atas pencuri-pencuri siber yang tidak mengetahui tentang makna kebenaran dan meminta izin.

Saya mencuba mengakses untuk menggunakan blogger menerusi hp untuk mudah memuatnaikkan gambar setelah Mini Laptop ini tidak membenarkan akses bluetooth divice menerima C903.

Saya tidak tahu apakah tujuan mereka.