Khamis, 20 Jun 2013

Kepelbagaian Personaliti

Menjadi kebiasaan saya sebaik sahaja terjaga dari tidur saya akan menjenguk ke luar jendela bagi memastikan anak sulong kami ada di rumah menerusi kenderaannya  yang diletakkan di tempat meletakkan kenderaan di hadapan villa kami.

Pada pagi itu jam menghampiri ke angka satu. ..malam masih muda… kata hati saya tatkala terlihat empat kenderaan di hadapan rumah jiran saya.

Mungkin ada acara pertemuan rakan-rakan setugas jiran yang tidak kami kenali itu…duga saya di dalam hati.

Adalah satu yang normal bagi pekerja asing yang menyewa di Qatar ini tidak mengenali di antara satu sama lain…khususnya bagi penyewa yang tidak membawa keluarga kerana status bujang.

Sementelahan pula bukan menjadi kebiasaan untuk wanita-wanita di sini berinteraksi dengan lelaki-lelaki bukan ajnabi khususnya lelaki bukan muslim dan berwarga negarakan dari negara barat.
Kelaziman ini menjadi ikutan hampir kepada semua wanita-wanita yang mengikuti suami mereka bertugas di kebanyakan negara di tanah teluk.

Adalah salah untuk meletakkan kebiasaan ini sebagai adat atau tradisi bagi wanita-wanita yang beragama walau dari mana negara asalnya apabila fikh yakni hukum berperaturan beragama tauhid bukan bermakna memenjarakan diri mereka dari kemodenan seperti mana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat umum bahkan menjadikan diri mereka beridentiti sebagai muslimah  yang menjadi kewajipan untuk dizahirkan ke tengah dunia yang maju dan membangun memenuhi piawaian masa yag ditetapkan oleh kegloblasasian, dituntut ditangani dengan sebaik-baiknya oleh muslimah itu sendiri.

Lingkungan dunia muslim sudah sangat mudah untuk dikenali petanya yang bermakna telah diketahui jenis dan cara hidup mereka, anutan kepercayaan juga pemikiran mereka serta alasan yang menjadikan mereka sebenarnya mengaplikasikan makna syariat di dekad tamadun moden ini yang semakin tidak difahami oleh mereka yang meletakkan piawaian kesarjanaan sebagai juru pulih kelemahan ketoleransian khalayak yang didakwa masih mundur jika method iman menjadi asas kehidupan.


Kembali saya mengimbas warkah-warkah yang mahu dikirimkan ke Vatican City dan Gereja Cantebury yang berada di Eropah dan England atas semangat silaturrahim kerana sejarah islam apabila dibaca ia tidak sedikit pun mengikis sumbangan moral dan akhlak yang terjalin di antara nenek moyang bangsa yang berada di tanah eropah.

Apakah mungkin wanita-wanita dan gadis-gadis yang bersalahduga dengan saya selama ini mengingini alasan mengapa saya banyak menghalakan fokus kepada England dan negara di Kesatuan Eropah?


Eropah merupakan antara penggerak utama ekonomi dunia manakala Britain adalah bekas penjajah yang mempelajari banyak perkara dari bekas negara yang pernah menjadi anak jajahannya.

Ke dua ras bangsa ini mempunyai nenek moyang yang pernah berinteraksi dengan kepimpinan Abbasiah dan Muawiyyah serta Othmaniah malah mempunyai nasab keturunan yang mengenali sahabat-sahabat semasa pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin …


Sangat bersalahan untuk didakwa pengetahuan mengenai perbezaan ini masih asing dan belum diketahui oleh masyarakat moden yang kian dirapatkan jurang kejauhannya oleh kemudahan pengaksessan telekomunikasi dari pelbagai medium.


 Kembali semula kepada kisah jiran kami, sejam kemudian sejurus selesai memenuhi ‘janji’ pertemuan setiap dinihari malam, anak gadis memanggil saya ke biliknya memberitahu bahawa polis berada di hadapan rumah jiran kami itu.

Kami melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda polis di perkarangan kediaman jiran kami manakala ada di antara lima hingga enam kenderaan lain dengn sekumpulan lelaki berjubah putih kelihatan di hadapan rumah itu.

Menurut anak gadis saya lelaki-lelaki yang berjubah putih itu tidak memasuki rumah jiran kami sehingga polis tiba. 

Seorang wanita yang kelihatan beridentitikan wanita Filipina kelihatan membuka pintu dan dia telah dibawa pergi terlebih dahulu oleh salah sebuah kenderaan biasa yang dipandu oleh seorang angota berpakaian seragam serba biru gelap yakni pakaian pasukan polis negara ini.

Beberapa orang lelaki berjubah putih mengikuti polis memasuki villa itu.

Kami dapat melihat kelipan kamera beberapa kali bernyala memecah kegelapan malam yang hanya diterangi oleh cahaya malap lampu di lorong pejalan kaki.

Hampir sejam kami tidak melihat apa-apa aktiviti selain lelaki-lelaki itu keluar dan masuk berbual sesama sendiri bagaikan menanti sesuatu. Manakala angota polis yang berpakaian seragam itu berada di dalam villa tersebut. 

Waktu itu saya dan anak saling menduga apakah yang berlaku.

Duga saya mungkin jiran kami itu diserang penyakit menyebabkan mungkin dia mati dan polis mengambil masa untuk mengesahkannya.

Mungkin pula jiran kami telah meninggalkan Qatar tanpa memberitahu tuan pemilik villa.

Mungkin juga ada pergaduhan sesama mereka yang membuatkan ada yang tercedera.

Akhirnya kami terdiam kerana kepekaan kami hanya kerana mereka adalah jiran kami walau pun hanya sekadar sekali dua kami saling terpandang dengan sedikit senyuman… namun mereka adalah penyewa baru yang sebenarnya gagal untuk diketahui kewarganegaraan mereka.


Permintaan saya pada beberapa bulan yang lalu bagi mendapatkan senarai nama dan negara penyewa di kediaman ini tidak tertunai. 

Dengan jumlah hanya tiga puluh orang penyewa menggambarkan villa ini kecil sahaja. 

Menurut pandangan saya dengan hanya tiga puluh orang penyewa sahaja tentu mudah untuk dikenali siapakah jiran kami berdasarkan kenderaan dan anak-anak serta pasangan mereka walau pun kami tidak saling bertegur sapa. 

Namun sebagai ibu kepada anak-anak yang meningkat remaja saya mengambil perhatian untuk sering menasihati anak-anak agar menghormati jiran-jiran dengan tidak membuat bising pada waktu malam atau pada awal pagi serta tidak membawa rakan-rakan ke mini kelab villa yang menempatkan ruang beriadhah dan kolam renang untuk kegunaan penyewa.

Alhamdulillah anak-anak kami tidak ke kolam renang. 

Hanya anak yang sulong sahaja kebelakangan ini menggunakan fasiliti di mini gymns. Dan dia tidak lagi membawa rakan-rakannya ke rumah kami semenjak dia mempunyai fokus untuk berumah tangga manakala adiknya pula kini berada di tanah air menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di Malaysia.

Manakala anak gadis saya lebih suka berada di dalam rumah malah tidak keluar ke mini tamannya bagi menghindari dari berhadapan dengan pekerja-pekerja dan penyewa lelaki yang menyewa di sebelah hadapan dan jiran di sebelah villa kami.

Begitu juga dengan anak bongsu kami yang tidak mempunyai kenalan rakan sebaya untuk dia berada di luar rumah.

Kepada saya masih pekerja yang bertugas menjadi pengawal keselamatan di villa ini gagal berfungsi sebagaimana yang wajar mereka lakukan.

Kebanyakan mereka seperti tidak tahu fungsi seorang pengawal keselamatan yang antaranya adalah bertanggungjawab untuk melindungi penyewa selain membantu penyewa mengatasi masalah mereka serta menjadi penghubung di antara penyewa dengan pihak pengurusan yang tidak mengetahui atau mengenali kami selain menguruskan terma syarat perjanjian penyewaan kami.

Seperti mana juga pengawal keselamatan di sekolah-sekolah, mereka kelihatan tidak upaya menzahirkan sikap yang upaya dipercayai sekiranya kami memerlukan pertolongan mereka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah.

Adakah agensi bagi menguruskan pengambilan pekerja asing bersifat ambil mudah demi dijimatkan kos pembayaran gaji? 

Pada malam itu kami tidak melihat pengawal keselamatan berada di situ. Sewajarnya mereka menjadi saksi untuk melihat atau memberikan bantuan yang diperlukan oleh penyewa yang tidak tahu berbahasa arab atau tidak mempunyai kenalan serta saudara untuk dihubungi.

Pengawal keselamatan di tanah air saya lebih bersifat sebagai pekerja separa professional kerana mereka distatuskan sebagai ‘polis bantuan’.

Mereka biasanya upaya diberikan kepercayaan kerana mereka adalah orang pertama yang akan dicari oleh penyewa sekiranya berhadapan dengan permasalahan.

Tidak ada penyeragaman sistem yang boleh dilihat pada cara angota polis di sini bertugas.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa tahun yang lalu tatkala kenderaan saya disaman di tempat letak awam yang biasanya dijadikan sebagai tempat untuk diletakkan kenderaan di Shoprite, premis yang dikenali sebagai lokasi yang sangat terhad tempat meletakan kenderaannya.

Saya sukakan Qatar dan menjadikan negara ini sebagai negara ke dua saya.

Saya tidak mempunyai niat-niat yang buruk sejak lebih tujuh tahun dahulu kerana menyukai kesederhanaan pemerintah dan keluarga di rajanya. Perasaan ini masih tidak berubah walau pun saya berhadapan dengan kesulitan dan kesukaran di sana sini yang tidak dapat difahami sebab ia terjadi.


Mungkin kerana saya dahulunya adalah anak kepada seorang angota polis saya berasa sangat ‘sakit hati’ dengan cara pasukan polis di sini bertugas khususnya yang dizahirkan apabila berlakunya kemalangan. 

Kesesakan di jalan raya diabaikan kerana perlu menunggu ketibaan angota polis yang bertangungjawab hanya untuk mendengar penjelasan bagaimanakah kemalangan berlaku bagi diketahui siapa yang bersalah. 
Ini adalah proses biasa namun apabila kenderaan tidak boleh dialih jika ia menghadang lalu lintas sehingga polis tiba, ianya sungguh-sungguh tidak sesuai untuk dikekalkan sistem sebegitu.

Ketidak bolehan berbahasa ingeris juga menjadikan urusan yang melibatkan warga asing tidak mendapat keutamaan untuk diselesaikan masalah mereka.

Apakah perlu kekal ya Cik Puan Syeikha untuk kami membayar upah bagi pembantu yang  terdiri dari Sudani/Somali yang disediakan bagi membantu proses mengisi borang atau berurusan dengan kaunter jabatan kepolisian (saya tidak tahu apakah di jabatan yang lain juga begitu – selain pengalaman berurusan di Pejabat Pos yang dicatatkan pengalamanya di salah satu blog saya).

Adakah ianya kerana kami gagal berinteraksi dengan mengunakan bahasa arab atau kegagalan penjawat untuk berurusan dengan kami di dalam bahasa inggeris?

Saya tidak tahu bagaimanakah kategori pengambilan pekerja-pekerja dari kumpulan sokongan dilakukan apabila pekerja wanita dari Filipina umumnya kelihatan seperti ‘pelacur’ di setiap jabatan atau premis perniagaan malah di sektor pembantu rumah.

Saya tidak tahu apakah jenis ketoleransian lelaki-lelaki arab yang muslim apabila wanita pembantu rumah berpakaian seksi menguruskan keperluan mereka sekeluarga namun saya menolak pula apabila cuba dizahirkan wanita sebagai pekerja pembantu rumah beruniformkan pakaian seragam berbelang-belang atau sewarna apabila berada di khalayak seolah-olah wanita-wanita ini banduan yang dibawa keluar dari sel kurungan.

Ingin saya ketahui peraturan di Jabatan Imigresen di negara timur tengah.

Adakah syariah tidak menjadi asas perundangan untuk pengambilan pekerja pembantu rumah di negara didunia arab?

Atau sememangnya hanya wanita dari Filipina, Indonesia, Afrika serta negeri dari Asia Kecil sahaja yang menjadi sumber perbekalan pembantu rumah tatkala saya menemukan jawatan pembantu rumah di kalangan lelaki di sini.

Apakah wanita tempatan dan anak gadis mereka tidak mampu melakukan pekerjaan di rumah sehingga setiap keluarga memerlukan pembantu untuk masuk ke dalam rumah mereka tatkala mereka dikenali dengan sifat menjadikan rumah sebagai syurga untuk tidak mudah dibuka kepada orang asing?

Keluhan saya sangat sukar difahami oleh khalayak yang mengenali saya secara peribadi.

Soal ekonomi dan pengurusan pengaliran wang keluar wajar ditangani secara jelas oleh wanita arab dalam masa mereka menghayati Al- Quran.

Sering minda saya sukar melepasi pertanyaan-pertanyaan yang berdentam dentum di fikiran apabila melihat ramainya pekerja warga asing di terminal kaunter pengurup mata wang yang bergegas untuk mengirimkan wang ke negara mereka ketika mana indeks bagi nilai-nilai mata wang mereka tinggi berbanding riyal mengikut hitungan kenaikan USD di awal setiap bulan setelah gaji dimasukkan ke akaun bank para pekerja.

Ya bukan urusan saya lagi sejak wujud ‘berbalahan minda’ saya dengan para ‘pengganggu’  di talian frekuensi yang membuatkan saya bertindak menutup siaran radio.

Berbalik kepada kisah jiran yang tidak dikenali itu.

Lama juga kami menunggu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku. Bermula dari pukul satu pagi sehingga laungan azan kami melihat polis masih melakukan siasatan. Terlihat mereka turun naik di tangga dari bawah ke tingkat atas. Masih kami tidak tahu apakah yang berlaku selain beberapa kali kenderaan keluar dan masuk.

Lumrah yang lazim untuk melihat lelaki-lelaki arab menghabiskan masa dengan menghisap rokok.
(Lelaki-lelaki berjubah putih ini tidak dikenali status diri mereka)
   
Saya meninggalkan anak gadis untuk bersolat subuh dan sejurus selesai bersolat kami melihat dua lelaki dibawa keluar dengan bergari dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan berwarna putih (bukan kenderaan rasmi polis)

Jiran kami itu adalah seorang lelaki yang sudah berusia dengan sedikit rambut kelihatan tidak terurus dan lelaki muda berjalan beriringan. 

Kesemua kenderaan beredar ketika subuh masih gelap.                                                                       

Esok malamnya saya cuba bertanyakan kepada salah seorang pekerja keselamatan mengenai jiran kami itu.

Dia tidak dapat menjawabnya melainkan memberitahu bahawa pihak CID tiba pada paginya meminta untuk dilihat ID pekerja-pekerja.

Dia memberitahu pada malam itu dia tiada di situ dan baru sahaja bertugas mengganti pekerja lama yang sudah dua hari tidak kelihatan.

Perbualan kami berlansung sejurus saya terlihat sebuah kenderaan berwarna coklat muda dengan seorang lelaki arab (diberitahu oleh pekerja keselamatan sebagai seorang lelaki Mesir) telah kelihatan memasuki rumah itu tanpa diketahui siapakah dia kepada lelaki-lelaki yang dibawa oleh polis semalam. Dan sejam kemudian dua lelaki dan seorang wanita berketurunan cina meminta informasi dari saya dan suami mengenai jiran kami yang didakwanya sebagai rakannya.

Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai warga Singapura tetapi dilahirkan di Taiwan dan pernah pula tinggal di Pulau Pinang selama sepuluh tahun menjelaskan bahawa lelaki tua itu adalah warganegara Singapura dan mereka sering bertemu di hujung minggu untuk bersosial. Menurutnya ada tiga lelaki tinggal di situ tanpa mengetahui wujudnya seorang wanita.

Jiran kami itu dinyatakan olehnya sebagai seorang yang baik dan bertugas sebagai supervisor di airport. Dia mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas rakannya apabila lelaki itu tidak menjawab pangilan telefonnya sejak dari pagi.

Kami dapat melihat kekhuatiran di wajah mereka.

Suami saya mengusulkan agar mereka menghubungi jabatan central kepolisan di Doha bagi menjejaki rakannya. Setelah mengambil nombor telefon suami, mereka beredar sambil mengucapkan terima kasih di atas maklumat kami.

Ya banyak yang tidak saya ketahui berlaku di sini sejak tinggal menyewa kira-kira tiga tahun yang lalu.

Sebuah kediaman di sini tidak dapat ditentukan status penyewanya.

Tidak dapat dikenali siapa yang bujang dan siapa yang telah berkeluarga.

Namun jika wujud aktiviti melacuri wanita atau menjadikan sesuatu yang bertentangan dengan cara hidup muslim dilakukan terang-terangan tanpa menunjukan keinginan menghormati jiran-jiran yang muslim dan mempunyai anak-anak yang masih remaja, saya juga upaya berasa marah.

Misalnya didakwa wujud penyewa yang tinggal bujang bersendirian di villa yang agak besar ini membawa wanita-wanita ke dalam rumah dan beramai-ramai menggunakan kolam renang di mana didakwa kedapatan wanita-wanita yang sudah basah tubuhnya ini beraksi di atas meja demi bagi mendapatkan mood untuk berseronok.

jika ianya benar-benar berlaku kepada saya ianya memang keterlaluan.

Atau wujudkah aktiviti pengurupan wang impak dari perjudian atau permainan yang mengimbuhkan wang pada satu-satu acara yang dipersaingkan bagi disensasikan isu tertentu ke atas masyarakat menjadi antara aktiviti rahsia oleh capaian pantas sesalur fiber di negara ini?


Semua dakwaan-dakwaan ini tidak saya lihat dengan mata sendiri dan berkemungkinan ianya tidak wujud tetapi kerajaan Qatar wajar menilai semula apakah jenis pengorbanan yang mereka tuntut dari khalayak muslimin apabila memberi fokus kepada 2022.

Sekali lagi saya tegaskan tatkala wajah saya dipaparkan di setiap blog, meletakkan suami dan anak-anak serta alamat di mana-mana medan komunikasi siber, adakah saya berniat buruk untuk didakwa saya berhasad iri dengan sesiapa di sini?

Selasa, 11 Jun 2013

Tatkala Biru Blog Ku Bukan Merujuk Kaum Bani Adam



11/Jun/2013

Dari sudut fikh Nabi Muhammad sallallah hu aihiwassalam tidak bercakap bohong apabila menaiki langit mengunakan ‘haiwan berwarna putih’ sewaktu peristiwa  israk mikraj..


Ayat-ayat di dalam surah Al-Quran sentiasa menegaskan bahawa Rasululah sallallah hu alaihiwasalam  tidak mengalami ganguan mental oleh beratnya amanah menguruskan kasih sayang Tuhannya.

Nun – pena apa yang mereka tuliskan.

Minda saya mula menginginkan jawapan terhadap pena di tangan siapakah muslimin mendapatkan rujukan untuk mengesahkan bahawa mereka telah diberikan harta bernilai apabila menjadi seorang muslim?

Dengan kurnia Tuhanmu,  engkau (Muhamad) bukanlah orang gila.

Minda saya berujar adakah psikiarit  sifat yang diberikan oleh peradaban dan tamaddun ‘order baru’ akibat tekanan dan stress yang disumbangkan oleh kemodenan?


Adakah  wajar untuk cendiakawan menambahpulih kelemahan sistem pendidikan yang tidak sedia meletakkan ahli-ahli syurga sebagai mentor bagi dicirikan konsep kudwah hasanah apabila mengaitkanya dengan sistem etika yang membangunkan insan.



Berupayakah untuk manusia  memahami sifat ahli syurga di zaman Rasulullah  rasulullah sallallah hu alaihiwassallam tanpa terlalu mencari jejak tanda ahli syurga di kalangan masyarakat moden di kalangan orang awam?


Melabelkan ibu bapa sahaja sebagai satu-satunya faktor penyumbang ‘mental disorder/asd’ sindrom jelas memperlihatkan kelemahan pengkaji di kalangan doktor-doktor muda yang masih kelemahan mereka diasaskan oleh kekurangan pengalaman  bagi ditingkatkan kemahiran mereka sebagai pengamal kedoktoran.

Persepsi saya ini bersifat peribadi.

Pakar di dalam bidang perubatan masih wajar diketatkan ketegorinya bukan semata-mata pada peningkatan kesarjanaan semata-mata kerana ‘work paper’ lazimnya diperlukan untuk pelbagai projek dengan idea yang menempati keperluan zamannya tatkala praktikal amali sebagai doktor semakin meningkatkan kemahiran apabila lebih praktis amali mampu dilakukan.



Mari jadikan saya sebagai eksperimen untuk seketika.

Kembar saya berhadapan dengan kemurungan (saya tidak mengetahui analisa doktor yang merawatnya).

Menurut salah seorang dari anaknya, kembar saya  dikatakan penyokong kuat Barisan Nasional kerana menurutnya Barisan Nasional mempunyai banyak wang berbanding Pakatan Rakyat. 

J

Ujarannya benar tetapi dia berhadapan dengan kemurungan.

Siapa mahu menafikan Barisan Nasional banyak wang?

Doktor dan ahli kaji psiktrit?

Bagaimanakah analisa perubatan menganalisakan ini?


Tatkala saya sebagai pasangan kembarnya tidak berfikir begitu kerana mempunyai persepsi berasaskan sejarah dan pembuktian yang boleh difikirkan kerasionalannya.


Wujud juga stress dan tekanan akibat dari pemantaun yang keterlaluan  yang menjadi sebab kepada  masalah utama  penganjuran keselamatan dan keamanan apabila umumnya tidak ramai yang menyedari kewujudan Raqib dan Atiq.

Adakah kita menyedari kewujudan malaikat ini sewaktu mandi berseorangan di kamar mandi termasuklah juga muslim dan muslimat yang mandi tanpa berpakaian di kamar mandi di dalam rumah sendiri seorang diri.

J 

Ok ketawalah  kerana ini bukan isu ganguan mental.


Bagaimanakah sedia pempromosian produk kecantikan digabungkan realiti bahawa muslimin tidak sedia mengaplikasikan  perkara-perkara yang upaya membuatkan jenazah tidak reput (termasuklah saya)  di dalam kehidupan mereka.

Senyum itu dapat mendekatkan mereka yang berjauhan.