Sabtu, 4 Julai 2015

Ramadhan 1436/ 2015

3 Ramadhan 4 Ramadhan 5 Ramadhan 1436

Subhanallah Walhamdulillah qamar hilalku bercahaya bersinar pada deretan kerdipan bebintang di langit rumah kami…


Kerinduan yang tidak disantuni sejak perginya bulan Rejab dan Syakban membuatkan hati ini terdera 


Tahun ini saya hanya berniat untuk mengerjakan ibadat solat sunat taraweh di rumah sahaja kerana suasana yang lebih tenang yang dapat dibina.

Apabia letih saya berehat sebentar mengikut pecahan 4, 8, 12, 16, 18 dan 20 rakaat.

Apabila berasa mengantuk saya menyambung mengerjakan solat di tengah malam sebelum waktu bersahur untuk diiringkan dengan solat tahajjud.

Ada kalanya saya hanya dapat menyudahi solat sunat taraweh dengan 8 rakaat sahaja apabila saya tidak mampu untuk berjaga di awal waktu pada waktu sahur.

Niat untuk mendirikan solat sunat tasbih masih belum terlaksana walaupun dengan agak payah saya cuba melatih diri untuk mengerjakan solat sunat dhuha apabila saya masih gagal untuk tidak memikirkan tentang rezeqi yang dianjurkan untuk dipohon dari Allah Subhanahu wataala dari setiap arah yang diMilikiNya dari lautan, dari perut bumi, dari langit agar yang jauh didekatkan yang sukar dimudahkan yang haram dihalalkan sumbernya, saya tidak melazimkan diri mengerjakannya.

Seandainya kekayaan yang diniatkan dan kedapatan pula halangan dari manusia, kelemahan beriman saya seperti ditampilkan… saya tidak melazimkan diri mengerjakan solat dhuha walaupun tetap melakukannya sekali dalam masa sebulan.

Erti berpuasa bagi wanita berusia 52 tahun ini sudah semakin menyedarkan tentang perjalanan masa yang semakin pantas.

Dengan Al-Qadar yang ditakdirkan upaya dilalui, ilmu itu perlu dipohon kefahamannya di dalam doa.

Kelembutan hati itu perlu dipohonkan keikhlasan untuk dihalusi naluri keinsanan di dalam doa.

Kesabaran itu perlu dikuatkan untuk dikuasai minda aqal nurani qalbu dan jasadnya pada ujian-ujian kecil yag disumberkan dari nafsu, perlu dipohonkan di dalam doa.

Insan-insan yang terdekat adalah yang melahirkan saya dan yang menjadikan saya menjadi pelahir zuriat adalah manusia-manusia yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam kitabNya Al-Quran mempunyai tingkatan lebih tinggi dari diri saya, membuatkan sering dipohonkan agar diri saya direndahkan serendah-rendahnya menurut pandangan mata sendiri namun menjadi tinggi pada pandangan Allah Subhanahu Wataala dan mata kedua ibu bapa serta suami saya.

Cahaya mata yang menjadi selimut kasih sayang dipohon sentiasa menjadi soleh dan solehah…pengamanah kepada hak-hak mereka yang dikhianati menjadi pembela untuk mereka yang dianiayai…

Kekayaan tidak diwarisi tetapi ianya diusahakan.

Memastikan ada di antara cucu-cicit saya menjadi penghafal Al-Quran dan upaya memahami hadis antara permohonan doa buat mereka…


Gazza yang termetrai kukuh terlipat kukuh di dalam hati dan tidak tertanggal dari ingatan…