Isnin, 3 Disember 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi

Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.

Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.

Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.

Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.

Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."

Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...


“Allah sabarkan saya dengan kejahilan kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka… amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya kelas dari kursus bahasa  dan akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya  yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam) dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
 Pengerusi mengalukan kehadiran kami dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Beberapa pandangan dan pesanan iman turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan kami.
Dan saya saling berjabat tangan dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?

Sabtu, 10 November 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi



Kemudian salah seorang petugas memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.

Menyatakan perkara yang berlainan di atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah rahsia di antara saya dengan Allah.

Lantaran pilihan saya bagi mengikuti asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga puluhan dan melepasi empat puluhan.

Mereka di mata saya menzahirkan perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya, tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?

Muallimah Mona yang mengendalikan kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.

Muda dan manis wajahnya.

Kami tidak bertaaruf walau pun jelas kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.

Sepenuhnya kelas dikendalikan di dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.

Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf hijaiyah.

Apakah tidak upaya tajweed menjadi mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?

Al-Quran pada sudut bahasa arabnya mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari sejak awal lagi.

Ia sangat berbeza dengan bahasa arab moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami asas binaan bahasa itu.

Takdir dari sunnahtullah Allah Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta olehNya sebagai Pencipta.

Ia bacaan yang membenarkan ummah mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Apakah manusia yang diciptakanNya tidak wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?

Ya cuma tatkala manusia berhasad dan mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.

Tafsiran dari surah-surah wajar dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.

Mencari Peluang Berkomunikasi


Masyarakat arab sudah sedia mengabaikan pembinaan diri mereka sebagai pemilik harta dari Allah yakni Al-Qurankah?

Setelah masyarakat nusantara sudah agak lama mengabaikan harta Allah ini sehingga mengimpakkan kecelaruan wadah untuk dibentuk semula jati diri masyarakat yang beragama apabila yang berbangsa itu lebih ingin mencapai taraf kegloblasasian oleh modeul moden pada kesaksamaan dan kebersamaan kewujudan diri, nusantara semakin tidak dikenali.


Beberapa ketika rakan saya meminta ditemui seorang wanita yang bertindak sebagai pengurus bagi penempatan pelajar baru bukan arab mendaftar bagi mengikuti pelajaran yang dipilih.

Saya tidak diperkenalkan dengan siapa saya berkomunikasi pagi itu.

Wanita yang bersantun dengan budi yang mesra bersifat peramah menyusun bicara. Mengenalkan beberapa peraturan umum berkaitan masa, jadual kelas, tempuh percutian, kawasan larangan bagi meletakkan kenderaan sambil menegaskan bahawa tidak ada layanan istimewa untuk membezakan di antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.

(pada saat ini saya berasa seperti kebersamaan bagi kami yang bukan wanita arab dengan wanita arab tempatan difokuskan dengan penuh santun kerana sekilas yang diperhati wanita-wanita yang mengikuti kelas-kelas pengajian islam dan Al-Quran di sini dan di Mozah Centre adalah terdiri dari wanita yang berstatus kaya, berkedudukan dan selazimnya beridentitikan mempunyai wang manakala kebanyakan dari kami sebagai isteri pekerja asing di Qatar hanya bersifat seadanya mengikut apa yang terdaya dipenuhi oleh suami. Malah ada ketikanya dompet saya sendiri tidak menyimpan walau seriyal wang J)

Ini satu kemandirian yang sangat perlu dihargai lantaran keberdayaan  diolah oleh peraturan fikh kami yang menyamakan kami semua dengan laras iman.
Mengasihi fikh sebagai peraturan yang memuliakan wanita-wanita muslim sukarkah ditangani?

Mencari Peluang Berkomunikasi...


6/11/12

Saya perlu berhati-hati dengan apa yang difikirkan tatkala berhadapan dengan tenaga pengajar di sini.

Mereka adalah wanita-wanita yang intelek, professional dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang masing-masing dan kelihatan lebih moden walaupun tinggi penghayatan agamanya.

Sambil mengikuti kelas saya membaca olahan dari fikiran saya sendiri dengan memahami kejayaan wanita-wanita di sini berasional dengan peredaran zaman oleh dasar langit terbuka namun masih sedia mengekalkan ketrampilan fikh sebagai kaedah menzahirkan diri.

Seperti mana saat pertama kali mendaftar diri di Mozah Centre, rakan Syrian saya benar-benar mahu agar saya bersama-sama mengikuti pelajaran supaya saya segera upaya memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab.

Masalah tetap timbul tatkala diketahui saya tidak boleh berbahasa arab. Rakan saya berbincang dengan petugas di bahagian pengurusan.

Saya tersenyum di dalam hati dengan berbagai rasa yang dialami.

Berasa bersalah kerana menyukarkan rakan saya.

Berasa bersalah kerana menjadi seorang muslim yang membaca Al-Quran tetapi tidak upaya menggunakan bahasa itu dalam usia yang semakin senja.

Berasa berkhilaf dengan standart pendidikan yang saya ikuti sejak hampir setengah abad yang lalu dengan maksud apakah sudut yang membina pengetahuan wajar berbeza sukatannya apabila berada di tengah-tengah komuniti masyarakat muslim sesama sendiri tatkala kami memiliki kitab yang sama membacanya memahami tafsiran dan huraiannya walau pun dalam keadaan yang serba kekurangan.

Qalam Allah ini tanda kekayaan ummat dan kami pula berasa miskin kerana mempelajarinya.
Adakah ia diakibatkan dari standart piawaian yang tidak diperolehi dari panitia antarabangsa dari jabatan persuratan antarabangsa atau syarat minima bagi berpengetahuan dengan Al-Quran menjadikan kami berasa rendah diri?

Kali pertama melangkah masuk ke perkarangan laman bangunan ini jelas terlihat bangunan ini lebih bersifat peribadi cara reka ia dihiasi berbanding bangunan di Mozah Centre yang kelihatan agak luas dengan imej sebagai sebuah organisasi yang dikendalikan secara lebih tersusun.

Namun sifat konservetif lebih dicirikan di Maryam Centre walau pun saya sedari di Mozah Centre menzahirkan wanita-wanita yang lebih bersifat tradisonal dengan ciri-ciri yang agak tertutup pada perkara-perkara baru menyangkuti hal ehwal wanita tempatan.

Ia memeranjatkan saya kerana wanita yang menghuni jabatan pengurusan di Maryam Centre jauh lebih bersikap moden dengan sifat intelek yang disederhanakan oleh identiti mereka berperibadi yang membawa peraturan fikh sebagai susunan wanita-wanita ini menyantuni diri.

Kebolehan berkomunikasi sepenuhnya dilaraskan oleh bahasa inggeris (dengan perasaan meluatnya terpaksa dicatatkan) dan saya yakin sejak dari hari pertama lagi bahawa pusat-pusat pengajian di sini mahu menjadikan bahasa urdu atau hindi sebagai pilihan lain untuk berkomunikasi setelah bahasa arab dan bahasa inggeris.


Di manakah bahasa nusantara yakni bahasa ku di tengah negara yang dikatakan sebagai berada di dunia islam?

Adakah kerana ia berasaskan kepada permintaan yang mungkin tiada, lalu tiada tawaran dilakukan ke atas bahasa nusantara? Panahan minda menikam hati ku tatkala terkesan adakah natijah dari wawasan 2020 telah menyuramkan bahasa 'rasmi' nusantara?



Amalan menjadikan rakyat berhijrah merugikan banyak sudut kepada sebuah negara dalam satu tempuh yang singkat tatkala persekitaran yang membina lingkarannya menuntut untuk sering disesuaikan budaya sosio penghijrah yang menempati lokasi yang diduduki sehingga dituntut pula pengkaedahan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keamanan diri, keluarga, masyarakat dan komuniti setempat.

Rabu, 17 Oktober 2012

Tiada Data Programmer Ditemui Di Sony Vaio

Setelah laptop Sony Vaio ku kehilangan kesemua data programmer, apakah lagi yang dimahukan untuk menyatakan betapa kecewanya saya...

Saya menyemak semula catatan-catatan lama dengan tujuan untuk meredakan kocakan emosi tatkala saya kekal menegaskan saya tidak mahu mempunyai pertalian komunikasi dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram saya.


Aktiviti penterjemahan yang sepenuhnya dilakukan oleh mesin robot amat-amat menggusarkan minda saya akibat dari seringnya akses interent hilang secara tiba-tiba.





Isu yang dikeluarkan dari Buku Yahudi Menggenggam Dunia oleh William G Carr:

1- Kebebasan berintelek perlukan kelayakan?
(Al-Quran dan hadis terdiri dari garis dasar yang bersifat intelek yang dinafikan oleh bangsa yahudi setelah mewujudkan keilmiahan di dalam teology. 

sambung kemudian.

2- Liberalisme dan pluralisme bermatlamatkan cabaran kepada Zionisme atau Kristianisasi atau Islamisasi? 

(sebenarnya tt tidak gemar mendengar pengulangan terhadap ulang kata 'Malaysia adalah terdiri dari masyarakat berbilang bangsa India, Cina dan Melayu disamping bumiputra' tatkala perkara ini sudah diketahui sejak 1957 yang telah disahkan pada 1963 lagi bahawa tanah air mempunyai rakyat yang terdiri dari berbagai bangsa, keturunan dan kaum yang dilahirkan di Malaysia.

Apakah perlu wujudnya isu tentang pecahan kaum jika kesemua mereka dilahirkan di Malaysia dan bagaimana wajar masih status rakyat di isukan? 

Misal yang lain merujuk bangsa arab yang sudah tentu dilahirkan di negara-negara di Semenanjung Arab,bagaimanakah taraf kerakyatan mereka masih mengelirukan. 

Adakah ia kerana taraf kelahiran mereka di petempatan khemah-khemah pelarian Palestein yang kekal menjadi penghijrah ke negara-negara lain oleh ketiadaan negara untuk dikenali sebagai tanah air?

3-Meneruskan pembacaan pada bab-bab awal minda tertanya adakah mereka berkekalan mahu mengkomedikan semua isu sebagaimana dipinda tambah lupuskan kandungan bagi naskhah-naskhah kitab lama?

Isnin, 6 Ogos 2012

Puasa Hari Ke Lapan, Sembilan, Sepuluh, Sebelas Dan Keduabelas.




Bersama satu-satunya anak gadis saya.

Beberapa hari sebelum puasa bermula saya diminta oleh anak perempuan menemaninya menonton 'Coco Chanel dan Igor' di televisyen.


'Perangai penyangak emosi' sememangnya tidak berwibawa kerana menjelang puasa diserunya agar kami diamuk emosi oleh kisah badai dan gelombang berkisar dari cerita tentang kewujudan wanita ternama yang menabur jasa demi mengambil kesempatan  untuk menagih kasih seorang suami yang telah berkeluarga, malah  dibantunya dengan alasan untuk membantu lelaki dayus itu mendapatkan pendapatan.


'Adakah lelaki sememangnya mudah dijualbelikan perasaannya?'


Anak gadis tersenyum kerana sudah tahu saya akan mula berbincang-bincang kerana begitu cara emaknya memberikan nasihat dan pesanan.


'Wanita itu yang mengambil kesempatanlah emak. Sama-sama murah harganya.'


Kami tergelak bersama.


Di dalam diam minda saya berbual sendirian :

Wanita ‘anda’ lebih kuat dari lelaki kami yang mudah dilemahkan walau pun hanya oleh wanita yang tidak berpakaian meski pun lelaki-lelaki muslim kami tidak minum arak.


"J who is this stupid j - i wonder who is this person!"


Saya dan anak gadis tersenyum sambil tertawa dengan merumuskan realiti sifat masyarakat kaya yang mudah memperalatkan wang untuk apa sahaja yang ingin dicapainya.


Apakah lelaki dayus tidak wujud selain wanita yang dianggap derhaka?


Muhahahhaaha ‘penyangak emosi’ yang membaca catatan peribadi saya pula memunculkan diri mereka seorang demi seorang selepas berasa bersalah mengganggu fokus saya yang bertimpa-timpa diganggu oleh acara-acara yang tidak ada penglibatan saya dengannya. 


(Bilalah catatan saya akan diselesaikan dengan gangguan-gangguan yang direncanakan ini?)



Siapakah kamu tatkala Raqib dan Atiq juga berada di atas bahumu biar pun dikau bukan seorang islam?

Isunya ialah wanita barat mulai menjadikan konsep poligami bagi membenarkan kesalahan mereka sebagai wanita yang tidak bertanggungjawab yang bertauliah oleh kelayakan mempunyai pakej sebagai wanita bombastik dari hujung kepala hingga ke hujung rambut.

Malah lelaki barat juga mulai tergiur dengan konsep poligami agama saya.

Saya gusar kerana kaedah amalan biseksual adalah imej lelaki dan wanita barat yang perlu dicemuh oleh kehilangan jiwa keinsanannya!


Mereka pasti upaya merosakkan makna dan pengetahuan dari maksud poligami kami.

"Get it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Arab or jews or christian or muslim itself be a people with too much ignoramus attitude?

Kami anak beranak menolak poligami.

Saya dan anak gadis malah anak-anak lelaki saya kesemuanya menolak poligami.

Tidak ada teladan yang boleh diikuti dari kejayaan yang merendahkan diri sendiri sekiranya disengajakan niat untuk mengeruhkan sebuah rumah tangga oleh nasihat-nasihat yang didakwa bersifat 'motivasi'.

Ya, bagaimanakah diketahui semua isu peribadi hatta rupa fizikal untuk wujud motif agar beremosi'?


Namun kami tetap menghormati poligami yang diamalkan oleh lelaki-lelaki adil dan wanita yang tidak tamak di kalangan penganut muslim berbanding lelaki atau wanita yang melanggani pelacur.


Ini ditujukan kepada lelaki bukan islam yang sering mempersendakan lelaki-lelaki muslim kami yang didakwa sebagai mengawal isteri dan anak perempuan mereka tetapi pada masa yang sama diri mereka sendiri tidak mampu dikawal apabila lebih suka memandang wanita lain apabila berada di luar rumah khususnya wanita bermata biru atau berwarna-warna. 


Lalu yang sedang bersengketa ialah antara lelaki sesama lelaki?

Atau wanita sesama wanita?


Minda saya memberi senyum pada emosi yang menemani mata menonton televisyen.


Ketika ini saya mencuba merumuskan bagaimana kewibawaan Ar Rumi yang membantu pelacur tanpa dia dijatuhkan oleh pelacur itu.

Sewaktu itu tiada cd dan alat eletronik tetapi ada pelacur?

Bagaimana dia memahami kritis minda itu adalah dengan mempunyai rasa berani bukan menjadi pengecut untuk menyatakan kebenaran.

Adakah Ar Rumi perlu menjadi ahli lawak bagi menyembunyikan ketakutan sehingga ia menjadi imej bagi negara utama dunia yang sering tewas di dalam gelanggang rasmi yang dilindungi oleh PBB hatta pada peperangan dingin dek hambatan tekanan dosa?

Adakah puasa menjadikan Ar Rumi kuat mengawal nafsunya tatkala masyarakat yang hidup di peradaban moden mencabar masyarakat muslim pada hari-hari kelaparan, kedahagaan mereka untuk bertarung kekuatan fizikal dan spiritual sehingga tidak upaya dinikmati kemanisan taraweh untuk berkasih sayang dengan Allah?

Adakah Ar Rumi tidak melebihkan garam di dalam hidangannya bagi mempunyai fitrah yang lebih sejati bagi seorang lelaki dan wanita  muslim saat naluri hawa mereka turut berpuasa bagi menyempurnakan makna kesabaran?

Adakah Ar Rumi berpusing-pusing jasadnya dek memikirkan adakah lelaki saudara muslimnya meninggalkan puasa mereka di masjid setelah selesai bertaraweh.

Apakah lelaki muslim kami meninggalkan puasa mereka di masjid sebaik sahaja selesai bertaraweh?

Siapakah yang mengenal Ar Rumi berbanding Hugh Hefner tatkala noda-noda dikutip dihimpun oleh mata sesudah selesainya taraweh dek persyarikatan angkasa dengan satellite untuk meniduri batin-batin lelaki muslim ku?

Bedebah-bedebah yang tidak punyai malu itu masih mempersendakan angkasa yang dipenuhi para malaikat sejak pertama bulan puasa menjenguk wajah dengan membuka pakaian untuk disentuh badannya dengan wanita yang mempunyai keluarga!


Apakah tidak upaya mereka menghormati angkasa buat sepurnama sahaja?


Sehingga kekal bersahaja pintu angkasa ditelanjangi oleh wanita dan lelaki yang tidak mempunyai malu.

Saat mereka bangga dengan dosa, batin ini menangisi kekecewaan melihat muslimin yang tidak menemui ajal di mata pedang tetapi terbujur kaku di panah nafsu.

Sialkah lelaki-lelaki kami Ya Allah?

Celakakah kami memiliki pria-pria yang mandul insannya melindungi wanita yang jauh, membiarkan wanita yang hak  sepi dicerca kerana terlalu buruk pekerti dek nikmat meraih iman?

Bangsatkah wanita-wanita kami Ya Allah?

Membuka apa yag menjadi mulia diri kami sebagai seorang wanita?



Rabu, 25 Julai 2012

Puasa Hari Keempat dan Hari Kelima

Puasa kali ini membawa sarat beban ke minda saya. Antara sebabnya ia seperti menjadi ujian berat kepada saya oleh batas-batas fitrah wanita yang pada sudut fikhnya wajib menggantikan puasa-puasa yang tidak dapat disempurnakan.

Dan beban lain yang perlu ditangani ialah apabila mesin dajjal RSS kekal masih menyatakan XBox 360 sedang menyediakan pelbagai paparan baru untuk dimainkan. 

Adakah sememangnya wujud 'manusia setan' yang disengajakan menemani pelayaran akses internet saya tatkala Iblis dan bala tenteranya diberikan cuti selama mana Ramadhan berlansung?


Siapakah wanita di mata lelaki dekad ini?


Puasa kali ini menyerlahkan pelbagai emosi yang tersimpan di dalam lubuk minda saya.

Jenama dan produk bagi pasangan suami isteri ialah anak-anak samada ianya lelaki atau perempuan malah tatkala ianya cacat mahu pun tergencat akalnya atau ianya khunsa.

"Dikau terlalu memikirkan hal yang bukan menjadi urusan mu."

"Ya saya tahu ada yang sengaja menukar sifat jantinanya dengan sengaja. Tentunya ia adalah kesalahan kepada orang islam. Tetapi dikau jangan lupa ibu bapa juga ada yang menjadikan kecenderungan itu menjadi sebati sehingga menukar sifat azali."


Siapakah wanita di mata lelaki dekad ini?


Apakah anak-anak gadis kita berasa selamat untuk berada bersama dengan datuk atau bapa atau pak cik atau abang atau adik atau sepupu serta rakan lelaki mereka tatkala khalayak ini tidak memikirkan tentang siapa wanita di mata mereka selain wanita yang mempunyai tarikan seksualiti?

Tidakkah nenek, mama/ibu, mak cik, kakak dan sepupu perempuan mereka itu wanita yang perlu dihormati? 

Tidakkah mereka ini juga berstatus  isteri, ibu, menantu, kakak, sepupu, saudara, rakan wanita kepada keluarga dan suami seseorang?


Terus terang saya menyatakan padanya agar kekal tidak bersalah faham antara kami:

Biarlah jujur saya katakan bahawa adalah sukar buat saya secara peribadi menerima pembelajaran agama dari pengajar yang bukan sebangsa dengan saya (jika saya berada di Malaysia).

Dengan lebih jelas dinyatakan bahawa saya tidak sedia menerima tazkirah dan pesanan iman yang disampaikan menggunakan bahasa lain dan diberikan oleh mualaf dari bangsa lain (jika saya berada di Malaysia) walau pun saya sebenarnya menerima dan menyakini kelayakan mereka dari sudut iman dan akhlak (jika saya berada di Malaysia).

Biarlah tazkirah pesanan iman saya dan anak-anak diperolehi dari bahasa yang kami fahami yakni bahasa kebangsaan negara saya sendiri.

Anda wajar fahami mengapa saya tidak kemana-mana centre dan pusat pembelajaran mengenai ilmu iman dan islam kerana saya tidak mahu menggunakan bahasa lain yang akan menukar konsep pemahaman iman saya.

Saya tidak berada di tahap manusia sempurna kerana saya tidak boleh berbahasa arab.

Tetapi itu tidak pula menjadikan saya wajar berasa rendah diri kerana kefahaman iman terhadap tuntutan akidah saya yakin ianya berada di tempat yang jelas dan benar serta sahih, insyaAllah.

Saya mahu berujar bahawa apakah pengetahuan terhadap bulan-bulan islam di tahun hijriah difahami oleh masyarakatnya (saya tidak tahu siapakah 'dia' di sini untuk dirujukkan)

Setiap bulan ada sejarahnya pada sudut ibadah muslim.

Ini wajar ditekankan dan diberikan sudut pengkhususan yang berfokus apabila tanah air saya membawakan model hub halal dan bina insan sebagai sumbangan kami kepada pembangunan ummah.

Tahun Hijriahdan taqwimnya pada sisi berpengetahuan masih tidak diketahui oleh anak-anak saya sendiri.

Dia wajar sedar 'kebencian' saya terhadap usaha untuk menjadikan wujud persaingan saya sebagai emak kepada anak-anak biologi saya dan mempertikaikan suami saya sebagai abah kepada mereka!

Saya bosan dan berasa meluat!

Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan kami sama barakatnya dengan Muharram, Safar RabiulAwal, RabiulAkhir, JamadilAwal, JamadilAkhir, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Kami tidak mempersaingkan bulan-bulan ini kerana ianya sudah disusun mengikut peredaran bulan-bulan Qamariah.

Melainkan Rejab dan Sya’ban adalah berfungsi bagi meraikan Ramadhan yang menjadi bulan kekasih-kekasih dengan Kekasihnya.

Dia jumud apabila mewatakkan bulan dengan kekasih sebagaimana watak manusia berkasih.

Di dalam syurga ada syurga yang mengalirkan sungai berwarna putih bernama ‘Rajab’.

Ini tidak sama seperti mana jubah putih atau telekong putih kami untuk solat.

Ia tidak sama kerana di dalam agama saya tidak wujud watak manusia suci melainkan kami memilih warna putih untuk pakaian sembahyang kerana kekotoran mudah dilihat.

Agama saya Islam. 

Agama saya tidak ada manusia suci walau pun ada muslim yang menjadi ahli syurga. 

Ahli syurga kami tidak bersifat suci kerana mereka juga mempunyai kelemahan malah Kekasih saya Rasulullah SAW pernah ‘dicela’ oleh Kekasih baginda Allah SWT sewaktu bermasam muka pada pertanyaan seorang muslim yang buta sewaktu Rasulullah SAW berasa terganggu kerana sedang memberikan pengajaran di dalam majlis ilmu.

Watak ahli syurga kami bukan mimpi.

Ia perlu usaha. 

Akal fikiran tidak diterbitkan dengan khayalan untuk melakarkan mimpi.

Akal dicipta oleh Allah supaya ada usaha untuk memfungsikan akal. 

Akal tempat untuk berfikir. 

Berfikir perkara yang baik dan bermanafaat bukan berfikir perkara keburukan yang membawa kejahatan.

Akal yang sihat upaya membezakan kebaikan dan  perbezaan kejahatan.

Sekolah mendidik bagaimana menggunakan fikiran bukan menghafal pelajaran.

Pengetahuan tidak diterbitkan oleh hafalan semata-mata.

Berbeza dengan ayat-ayat di dalam Al-Quran – hafalan mesti dilakukan kerana ia membawa keberkatan.

Rohani menjadi alam yang tidak upaya difahami oleh mereka yang tidak sedia beriman dengan alam ghaib kerana barakah itu dinikmati oleh rohani yakni spritual.

Jesteru itu menggunakan logik akal  sahaja fikiran tidak upaya mencapai sasaran menjadikan pengetahuan itu sebagai kekuatan kepada kita kerana masih gagal membezakan baik dengan jahat. 

Sungai ‘Rajab’ di dalam syurga berwarna putih.

Batu ‘hajarulaswad’ asalnya dari syurga dan berwarna putih kini menjadi hitam.

Akal logik tidak dapat memastikan fakta ini kerana belum ada sesiapa yang masih hidup boleh memasuki syurga dan tidak ada di kalangan mereka yang sudah mati yang boleh hidup semula untuk membenarkan kesahihan fakta ‘hajarulaswad’ asalnya berwarna putih dan berasal dari syurga.


Agar Cik Puan-Cik Puan itu tidak berjauh hati dengan catatan-catatan saya.










Rabu, 18 Julai 2012

Apakah Makna Benar?

Kira-kira empat puluh sembilan tahun yang lalu pada 17. 7 .1975, saya memiliki pengenalan diri yang berbentuk kad plastik bagi mengiktiraf dan melayakkan saya disenaraikan sebagai salah seorang warga kepada tanah tumpah darah saya Klang, Selangor Darul Ehsan. 


Saya terhitung sebagai berstatus rakyat bagi sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat pada tarikh tersebut.


17.7.1975 kad pengenalan saya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia saat saya genab berusia dua belas tahun sebagai syarat usia yang layak untuk setiap warga negara memiliki pengenalan diri.


Ianya berlainan dengan Surat Beranak yakni dokumen berbentuk sebagai sijil yang mengesahkan kelahiran saya hasil perkongsian dan perkahwinan antara emak dan aruah abah (Nafsiah binti Salleh dan aruah PC 14556 Mohd Ali bin Ahmad).
Dengan lain perkataan saya bukan anak yang dilahirkan di luar perkahwinan.




Adakah berasas untuk menjadikan 17.7 hanya milik khalayak tertentu sahaja tatkala saya tidak berbohong?


Hanya tarikh dan peristiwa ini sahaja menjadikan saya upaya 'melihat' Julai yang bersifat pendusta, pemuslihat, pembohong, pendajjal malah pelacur kerana telah didominasi dengan niat-niat tertentu oleh pihak yang berkepentingan?


Sementelahan kesemua laptop peribadi saya digunakan secara bersama oleh saya dan anak-anak yang tidak suka membaca, tidak suka berfikir dan ada yang sedia mengutamakan pihak yang berada di luar lingkaran keluarganya sendiri!


Ini membuatkan saya sesekali berasa meluat dan berasa 'benci' dengan 'generasi muflis' ini dan tersangat ingin menyingkir jauh mereka dari pandangan minda saya apabila terlalu banyak emosi diperalatkan oleh kejumudan akal fikiran mereka yang kononnya ingin memiliki taraf antarabangsa tetapi tanpa mempunyai jati diri untuk berperibadi.




Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan jika sememangnya tiada apa-apa yang perlu menjadi rahsia melainkan ianya sememangnya ada yang tersirat dari suratan yang dirahsiakan.




Bagaimanakah upaya semua bangsa disatukan hanya untuk mendapatkan budaya tatkala ada yang membenci  sifat buka dada, buka pusat, buka butang, buka seluar tunjuk ponggong!


Tatkala ada yang berasa terancam hanya melihat jambang dan janggut, melihat hijab dan niqab, melihat serban dan jubah sehingga terlindung wajah?




Seolah-olah seperti 'setan' turut dibenarkan untuk mencorakkan budaya dan identiti dan ini amat menyakitkan emosi saya yang berusaha agar keturunan saya tidak hilang keaslian jati identiti untuk berdiri.




Ya mungkin sahaja setelah kematian saya selaku pemiliki sah kepada nama-nama pena sebagai produk diri ini akan terkubur sekiranya anak-anak biologi saya memilih pasangan yang berlainan bangsa dengan saya yang saya tolak terang-terangan bagi mewarisi nasab diri 'tejathanaif', 'thanaif', 'mustarhaniff' dan kini paling baru 'eilahaniff' sebagai nama pena untuk menjarakkan saya dari kehendak-kehendak pelbagai mereka.




Saya perlu kekal menjadi diri sendiri pada nama-nama pena ini setelah saya hilang kepercayaan dan dengan amat perlahan terpaksa membina semula kepercayaan yang telah hilang itu.