Kira-kira empat puluh sembilan tahun yang lalu pada 17. 7 .1975, saya memiliki pengenalan diri yang berbentuk kad plastik bagi mengiktiraf dan melayakkan saya disenaraikan sebagai salah seorang warga kepada tanah tumpah darah saya Klang, Selangor Darul Ehsan.
Saya terhitung sebagai berstatus rakyat bagi sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat pada tarikh tersebut.
17.7.1975 kad pengenalan saya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia saat saya genab berusia dua belas tahun sebagai syarat usia yang layak untuk setiap warga negara memiliki pengenalan diri.
Ianya berlainan dengan Surat Beranak yakni dokumen berbentuk sebagai sijil yang mengesahkan kelahiran saya hasil perkongsian dan perkahwinan antara emak dan aruah abah (Nafsiah binti Salleh dan aruah PC 14556 Mohd Ali bin Ahmad).
Dengan lain perkataan saya bukan anak yang dilahirkan di luar perkahwinan.
Adakah berasas untuk menjadikan 17.7 hanya milik khalayak tertentu sahaja tatkala saya tidak berbohong?
Hanya tarikh dan peristiwa ini sahaja menjadikan saya upaya 'melihat' Julai yang bersifat pendusta, pemuslihat, pembohong, pendajjal malah pelacur kerana telah didominasi dengan niat-niat tertentu oleh pihak yang berkepentingan?
Sementelahan kesemua laptop peribadi saya digunakan secara bersama oleh saya dan anak-anak yang tidak suka membaca, tidak suka berfikir dan ada yang sedia mengutamakan pihak yang berada di luar lingkaran keluarganya sendiri!
Ini membuatkan saya sesekali berasa meluat dan berasa 'benci' dengan 'generasi muflis' ini dan tersangat ingin menyingkir jauh mereka dari pandangan minda saya apabila terlalu banyak emosi diperalatkan oleh kejumudan akal fikiran mereka yang kononnya ingin memiliki taraf antarabangsa tetapi tanpa mempunyai jati diri untuk berperibadi.
Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan jika sememangnya tiada apa-apa yang perlu menjadi rahsia melainkan ianya sememangnya ada yang tersirat dari suratan yang dirahsiakan.
Bagaimanakah upaya semua bangsa disatukan hanya untuk mendapatkan budaya tatkala ada yang membenci sifat buka dada, buka pusat, buka butang, buka seluar tunjuk ponggong!
Tatkala ada yang berasa terancam hanya melihat jambang dan janggut, melihat hijab dan niqab, melihat serban dan jubah sehingga terlindung wajah?
Seolah-olah seperti 'setan' turut dibenarkan untuk mencorakkan budaya dan identiti dan ini amat menyakitkan emosi saya yang berusaha agar keturunan saya tidak hilang keaslian jati identiti untuk berdiri.
Ya mungkin sahaja setelah kematian saya selaku pemiliki sah kepada nama-nama pena sebagai produk diri ini akan terkubur sekiranya anak-anak biologi saya memilih pasangan yang berlainan bangsa dengan saya yang saya tolak terang-terangan bagi mewarisi nasab diri 'tejathanaif', 'thanaif', 'mustarhaniff' dan kini paling baru 'eilahaniff' sebagai nama pena untuk menjarakkan saya dari kehendak-kehendak pelbagai mereka.
Saya perlu kekal menjadi diri sendiri pada nama-nama pena ini setelah saya hilang kepercayaan dan dengan amat perlahan terpaksa membina semula kepercayaan yang telah hilang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan