Dan beban lain yang perlu ditangani ialah apabila mesin dajjal RSS kekal masih menyatakan XBox 360 sedang menyediakan pelbagai paparan baru untuk dimainkan.
Adakah sememangnya wujud 'manusia setan' yang disengajakan menemani pelayaran akses internet saya tatkala Iblis dan bala tenteranya diberikan cuti selama mana Ramadhan berlansung?
Siapakah
wanita di mata lelaki dekad ini?
Puasa kali ini menyerlahkan pelbagai emosi yang tersimpan di dalam lubuk minda saya.
Jenama dan produk bagi pasangan suami isteri ialah anak-anak samada ianya lelaki atau perempuan malah tatkala ianya cacat mahu pun tergencat akalnya atau ianya khunsa.
"Dikau terlalu memikirkan hal yang bukan menjadi urusan mu."
"Ya saya tahu ada yang sengaja menukar sifat jantinanya dengan sengaja. Tentunya ia adalah kesalahan kepada orang islam. Tetapi dikau jangan lupa ibu bapa juga ada yang menjadikan kecenderungan itu menjadi sebati sehingga menukar sifat azali."
Siapakah wanita di mata lelaki dekad ini?
Apakah
anak-anak gadis kita berasa selamat untuk berada bersama dengan datuk atau bapa
atau pak cik atau abang atau adik atau sepupu serta rakan lelaki mereka tatkala
khalayak ini tidak memikirkan tentang siapa wanita di mata mereka selain wanita
yang mempunyai tarikan seksualiti?
Tidakkah
nenek, mama/ibu, mak cik, kakak dan sepupu perempuan mereka itu wanita yang perlu dihormati?
Tidakkah mereka ini juga berstatus isteri, ibu, menantu, kakak, sepupu, saudara, rakan wanita kepada keluarga dan suami seseorang?
Terus terang saya menyatakan padanya agar kekal tidak bersalah faham antara kami:
Biarlah jujur saya katakan bahawa adalah sukar buat
saya secara peribadi menerima pembelajaran agama dari pengajar yang bukan
sebangsa dengan saya (jika saya berada di Malaysia).
Dengan lebih jelas dinyatakan bahawa saya tidak
sedia menerima tazkirah dan pesanan iman yang disampaikan menggunakan bahasa
lain dan diberikan oleh mualaf dari bangsa lain (jika saya berada di Malaysia) walau pun saya sebenarnya menerima dan menyakini kelayakan mereka dari sudut
iman dan akhlak (jika saya berada di Malaysia).
Biarlah tazkirah pesanan iman saya dan anak-anak
diperolehi dari bahasa yang kami fahami yakni bahasa kebangsaan negara saya
sendiri.
Anda wajar fahami mengapa saya tidak kemana-mana
centre dan pusat pembelajaran mengenai ilmu iman dan islam kerana saya tidak
mahu menggunakan bahasa lain yang akan menukar konsep pemahaman iman saya.
Saya
tidak berada di tahap manusia sempurna kerana saya tidak boleh berbahasa arab.
Tetapi itu tidak pula menjadikan saya wajar berasa
rendah diri kerana kefahaman iman terhadap tuntutan akidah saya yakin ianya berada
di tempat yang jelas dan benar serta sahih, insyaAllah.
Saya mahu berujar bahawa apakah pengetahuan terhadap bulan-bulan islam di tahun hijriah difahami
oleh masyarakatnya (saya tidak tahu siapakah 'dia' di sini untuk dirujukkan)
Setiap bulan ada sejarahnya pada sudut ibadah
muslim.
Ini wajar ditekankan dan diberikan sudut
pengkhususan yang berfokus apabila tanah air saya membawakan model hub halal
dan bina insan sebagai sumbangan kami kepada pembangunan ummah.
Tahun Hijriahdan taqwimnya pada sisi berpengetahuan masih tidak
diketahui oleh anak-anak saya sendiri.
Dia wajar sedar 'kebencian' saya terhadap usaha untuk
menjadikan wujud persaingan saya sebagai emak kepada anak-anak biologi saya dan
mempertikaikan suami saya sebagai abah kepada mereka!
Saya bosan dan berasa meluat!
Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan kami sama
barakatnya dengan Muharram, Safar RabiulAwal, RabiulAkhir, JamadilAwal,
JamadilAkhir, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Kami tidak mempersaingkan bulan-bulan ini kerana
ianya sudah disusun mengikut peredaran bulan-bulan Qamariah.
Melainkan Rejab dan Sya’ban adalah berfungsi bagi
meraikan Ramadhan yang menjadi bulan kekasih-kekasih dengan Kekasihnya.
Dia jumud apabila mewatakkan bulan dengan kekasih
sebagaimana watak manusia berkasih.
Di dalam syurga ada syurga yang mengalirkan sungai
berwarna putih bernama ‘Rajab’.
Ini tidak sama seperti mana jubah putih atau
telekong putih kami untuk solat.
Ia tidak sama kerana di dalam agama saya tidak wujud
watak manusia suci melainkan kami memilih warna putih untuk pakaian sembahyang
kerana kekotoran mudah dilihat.
Agama saya Islam.
Agama saya tidak ada manusia suci
walau pun ada muslim yang menjadi ahli syurga.
Ahli syurga kami tidak bersifat
suci kerana mereka juga mempunyai kelemahan malah Kekasih saya Rasulullah SAW
pernah ‘dicela’ oleh Kekasih baginda Allah SWT sewaktu bermasam muka pada
pertanyaan seorang muslim yang buta sewaktu Rasulullah SAW berasa terganggu
kerana sedang memberikan pengajaran di dalam majlis ilmu.
Watak ahli syurga kami bukan mimpi.
Ia perlu usaha.
Akal fikiran tidak diterbitkan dengan khayalan untuk melakarkan mimpi.
Akal
dicipta oleh Allah supaya ada usaha untuk memfungsikan akal.
Akal tempat untuk
berfikir.
Berfikir perkara yang baik dan bermanafaat bukan berfikir perkara
keburukan yang membawa kejahatan.
Akal yang sihat upaya membezakan kebaikan dan perbezaan kejahatan.
Sekolah mendidik bagaimana menggunakan fikiran bukan
menghafal pelajaran.
Pengetahuan tidak diterbitkan oleh hafalan semata-mata.
Berbeza dengan ayat-ayat di dalam Al-Quran – hafalan mesti dilakukan
kerana ia membawa keberkatan.
Rohani menjadi alam yang tidak upaya difahami oleh
mereka yang tidak sedia beriman dengan alam ghaib kerana barakah itu dinikmati
oleh rohani yakni spritual.
Jesteru itu menggunakan logik akal sahaja fikiran tidak upaya mencapai sasaran
menjadikan pengetahuan itu sebagai kekuatan kepada kita kerana masih gagal
membezakan baik dengan jahat.
Batu ‘hajarulaswad’ asalnya dari syurga dan berwarna
putih kini menjadi hitam.
Akal logik tidak dapat memastikan fakta ini kerana
belum ada sesiapa yang masih hidup boleh memasuki syurga dan tidak ada di
kalangan mereka yang sudah mati yang boleh hidup semula untuk membenarkan
kesahihan fakta ‘hajarulaswad’ asalnya berwarna putih dan berasal dari syurga.
Agar Cik Puan-Cik Puan itu tidak berjauh hati dengan catatan-catatan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan