Khamis, 25 Julai 2013

Ukhuwwah Ramadhan Pada Zahir Dan Batin

Arwah abah ku MohdAli bin Ahmad
Saudara tua arwah abahku arwah Abu Bakar bin Ahmad

Arwah uwanku Tiami binti Sulit (paling kanan) bersama anak sulongnya arwah Mohd Noor bin Salleh (paling kiri)  dan anak bongsunya arwah Hashim bin Ali (di tengah)


Arwah kedua ibu dan bapa mertuaku Abdul Hamid bin Ariffin dan arwah Hawa binti Husin


Ya Allah
Bukankanlah dada kami dengan Al-QuranMu yang agung
Dan mudahkanlah urusan kami
Besarkanlah kami dengan semua kebaikan ganjaran dari Al-QuranMu
Cantikkanlah akhlak kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah hati-hati kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah kubur-kubur kami dengan Al-QuranMu

Ya Allah
Berikanlah kami pahala dari Al-Quran yang kami baca
Jadikanlah pahala dari tahlil kami sebagai hadiah sebagai rahmat 
Yang Dikau cucuri ia dengan keberkatan sedekah kami 
Buat penghulu kami Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam
Buat arwah isteri-isteri baginda, kaum kerabat para sahabat serta  pengikut-pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari kiamat..

Ya Allah
Jadikanlah juga pahala seperti itu yang Dikau tambahkan dari kebaikanMu
Kepada arwah bapa-bapa kami
Ibu-ibu kami
Nenek-nenek kami yang lelaki dan yang perempuan
Adik-beradik kami
Tuan-tuan Syeikh kami
Dan sekelian muslimin dan muslimat di timur dunia hingga ke baratnya 
Cahayakanlah roh-roh yang dikhususkan buat mereka 
Gandakanlah keredhaan dan rahmaMu ke atas mereka

Jadikanlah bacaan dari Al-Quran dan tasbih kami sebgai perisai buat mereka dari api neraka
Penyelamat, pendinding dan penebus dari azab api neraka
Jadikanlah suratan kami, ibu bapa kami dan saudara kerabat dan ibu bapa mereka 
Mendapat rahmat dan keredhaanMu
Dan memberikan syurga buat kami.

Ya Allah
Ampunilah dan rahmatilah mereka
Sihatkanlah mereka
Maafkanlah mereka
Amounilah sekelian msulimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia
Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman 
Dan janganlah Dikau jadikan di hati-hati kami perasaan hasad dan dengki terhadap orang-orang yang beriman.

Berikanlah kami Ya Allah kebaikan di dunia dan akhirat
Peliharalah kami dari azab neraka.
Jadikanlah kami sebaik-baik ummat kepada KekasihMu Rasulullah sallallah hu alihiwasalam.




Rabu, 17 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Catatan ini berkisar dari Ramadhan tiga tahun yang lalu mengenai realiti kediaman-kediaman di Qatar yang tidak beralamat dan ia menerbitkan kerumitan apabila wujud pertindihan lokasi bagi nama-nama tempat tatkala peningkatan penggunaan Global Positioning System dan penandaan pemetaan google dan perkhidmatan bing ekoran dari penggunaan wifi dan telefon pintar juga log-log dari network dari broadcom, mobile HD Graphics dan IPTV

Surat-surat kami menggunakan peti surat milik majikan suami manakala rumah yang disewa tidak berlokasi di alamat pejabat majikan suami.


Ianya seumpama :

Ramadhan, bolehkah ditangguhkan atau tiba mu diawalkan?

Mustahil.

Ramadhan, cahaya mu bagaimanakah dicari tatkala solat taraweh mu tidak memasyarakatkan kami setelah bubarnya saf jamaah?

Solat Taraweh ku ditinggalkan di dalam masjidkah tanpa dibawa pulang bagi menanti Ramadhan berikutnya?

Berkumpulan dan bermasyarakat bukankah sifat mu Ramadan kerana bulan Kekasih yang menjadi barakah bagi alam dan penghuninya termasuk yang di angkasa, di lautan dan di daratan biar pun mereka hanya pohon kayu dengan ranting dan dahan atau mergastua yang bercengkerik nyaring walau suaranya tidak didengari malah ikan-ikan yang renangannya juga memperolehi barakah bulan mengundang cahaya saling membina rantaian?



Apakah yang dikau kesalkan dan benarkah dikau menyesal?

Saya berasa terkilan.

Apa masalah kamu sebenarnya thanaif atau boleh dipanggil teja?

Saya tidak betah dikongkong kebolehan untuk berpendirian .

Saya lemas jika perlu membenar dan menyetujui atau menafi atau menidak mengikut kemahuan orang lain.

Saya benar-benar berasa nazak dan tenat jika dipaksa bersikap begitu.

Apakah hati mu tidak bercahaya?

Yang manakah yang sah bagi memetakan lokasi kediaman saya yang berada di negara asing ini?

Kamu tahu para pemuda yang sudah hilang taringnya itu sedang bermain-main kerisnya yang sudah lama tidak bersarung itu lantaran lambungan keris itu telah melukai tangan mereka sendiri lalu pintalan selendang-selendang nipis sutera menjadi balutan tangan yang berdarah itu sedang terkapar-kapar memendam amarah.


Huhuhuhuhu


Tersenyum kembalilah wahai tejathanaif  kerana namamu satu bukan melibatkan dua indidvidu.

Bersabarlah dengan istighfar sambil dikau mendengar coloteh beberung kecil yang bernyanyi di jendela mu dan beberapa bulan yang lalu sepasang merpati yang memadu kasih sehingga membina 'rumah' mereka di jendela kamar kecil bilik mu hingga lahir dua 'cahaya mata' 
pasangan itu yan membuatkan diri mu menjadi leka seketika melihat merpati yang kebiruan berbaldu itu tidak mahu meninggalkan jendela malah semakin mahu dirinya menjadi jinak jika selalu dikau berkata-kata dengannya.


Pasangan merpati dua sejoli yang berbulan-bulan memadu kasih di jendela bilik saya sambil bertukang membina 'rumah' di jendela itu
Setelah lama mengeramkan telurnya ibu merpati selamat menetaskan dua ekor cahaya matanya 
Wajah 'cahaya mata' pasangan merpati yang 'menumpang rumah' tanpa sewa oleh ibu dan bapa si anak merpati 
Selepas hampir tiga minggu anak-anak merpati ini mulai mengibarkan sayap mereka 



Sejarah ibu saya mahu dinoda sehingga kamar-kamar yang sunyi itu sudah tidak tenteram dan hilang damainya oleh cemar bicara dek luahan rasa sehingga saya sudah tidak tega lagi untuk melepaskan lelah sesekali pulang ke laman-laman yang saya menukangnya secara bersendirian di muka buku...

Semuanya telah dirombak dirubah tanpa pernah bertanya apakah saya membenarkannya atau tidak tatkala saya memerlukan masa untuk menzahirkan diri terlebih dahulu pindaan/ubah suai/kemas kini dilakukan tanpa pengetahuan saya...

Kini saya menjadi asing di laman kampung sendiri malah mereka lebih mengetahui dan mengenali keluarga saya berbanding saya sendiri...


Lalu kamu bencikan mereka?


Saya mahu mereka menjauhkan diri dari saya seketika. Banyak perkara yang masih belum sempurna kerana muka buku eletronik itu tidak pernah menjadikan wujud interaksi sosial antara saya dengan sesiapa...malah saya terusir jauh dari lingkaran kasih sayang keluarga..


Sosial alam remaja tidak menempatkan kemanisan Ramadhankah tatkala Ramadhan itu rohnya adalah akhlak?


"Jika kamu menolong Allah dengan mentaati perintahNya tentulah Allah menolong mu dengan meneguhkan kaki mu yakni kedudukan mu."