Isnin, 2 Februari 2015

Bagaimanakah Upaya Tersenyum?

Catatan hari Sabtu 25 Disember 2014 adalah hari yang terakhir bagi tahun 1435 Hijriah yang menandakan Ramadhan 1436 semakin hampir tiba, insya Allah.

Sambil berjalan-jalan mencari tempat beriadhah bersama Hanan pada awal pagi fikiran saya sepenuhnya bertumpu kepada cara untuk beristiqamah dengan fokus akhirat sebagai masa hadapan ummah menerusi penambahan kepada catatan-catatan di blog-blog dan media sosial bagi memenuhi tuntutan amar makruf dan nahi munkar setelah generasi La ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah dilahirkan sejak sekian lamanya.

Lamunan terhenti sebaik sahaja kami bertemu dengan tiga taman riadhah yang bersaiz sekecil negara ini yang berlokasi di antara Abuhamour dan kejiranan kami Maamoura.


Taman riadhah pertama yang terletak berhampiran Sekolah Raudhah Islam dirasakan tidak tepat lokasinya untuk kegunaan wanita dan gadis serta kanak-kanak perempuan apabila terlalu berhampiran dengan kediaman pekerja (berdasarkan deretan bas-bas di sepanjang jalan di taman).

Taman riadhah ke dua pula juga bersaiz seperti taman riadhah yang pertama kami temui. Walaupun bersebelahan dengan jalan raya utama yang sibuk tetapi lokasinya agak terpencil dan sunyi kerana kedudukannya di hujung jalan. Terlihat pekerja (pengawal) berada di dalam taman.

Di taman riadhah pertama pengawal ditempatkan di bangunan yang terasing dari taman riadhah.

Taman riadhah ketiga adalah taman yang dikhususkan hanya untuk pengguna-pengguna wanita sahaja. Terpapar peraturan yang dikuatkuasakan untuk dihormati oleh pengguna. Kami tidak dibenarkan menggunakan tempat riadhah ini kerana pengawal lelaki ini menjelaskan bahawa taman ini hanya dibuka selepas pukul sebelas pagi dan selepas waktu 'Asar. Waktu itu jam baharu menunjukkan pukul tujuh pagi.

Sesungguhnya sangat sukar untuk bermanis muka dan bermanis tutur kata bagi seorang wanita muslim yang berstatus isteri terhadap lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
Perkara ini bukan asing kepada masyarakat di sini biarpun secara umumnya manusia tidak serupa dalam semua perkara.

Sering terjadi ingin digemakan pertanyaan umumnya seorang suri rumah tangga itu lelaki atau perempuan?

Seorang suri rumah tangga bukan pekerja buruh dan mereka bukan pekerja yang perlu didaftarkan dengan mana-mana kesatuan pekerja.


Apabila memandang isu pekerja di negara ini ia sering membuatkan saya 'tersenyum' dalam diam kerana umumnya pekerja kumpulan sokongan dan pekerja buruh di sini bukan kesemuanya boleh dikelompokkan sebagai kumpulan pekerja yang beretika. Pemandu sebagai jawatan yang dibayar gajinya juga tidak terkecuali dari kelompok ini terutama mereka yang memandu pengangkutan awam.
Dengan jujur dikatakan bahawa kesabaran yang tinggi diperlukan apabila berhadapan dengan tata susila serta etika pemanduan pemandu yang bergaji.

Saya tidak pasti adakah kerana ia beralasankan oleh pendominasian negara-negara  yang membekalkan pekerja perburuhan dan sektor kumpulan sokongan atau kerana sifat dan sejarah negara di teluk sendiri yang tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai bagi menjadi tenaga pekerja yang membangunkan negara mereka.

Umumnya pekerja buruh tidak tahu bidang tugas mereka sebagai kumpulan pekerja sokongan dan tenaga buruh berbanding pekerja di bawah kumpulan pekerja sokongan teknikal dan professional. Dengan kata lain sifat professional tidak terserlah di kalangan mereka yang sesetengahnya mempunyai cara berfikir, kemampuan, status kehidupan, kecerdasan aqal serta budaya yang berlainan dengan rakyat dan masyarakat negara arab walaupun beragama yang sama yakni Islam.


"Bukan hal kita, emak...tolonglah.." Kata-kata anak-anak sering menjadi ingatan saya.


Lokasi tempat riadhah ini  sangat hampir dengan sekolah baru kami.

Keluasan padang pasir memperlihatkan masih terhad penggunaan tanah walaupun negara tempat kami bermaustautin ini sangat kecil..tetapi tinggi jumlah pekerja asing di pelbagai sektor pekerjaan.

Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab?


Orang-orang Amerikakah?


Tidak pula saya tahu ada kajian kebakaan untuk diketahui orang-orang Amerika adalah penduduk asal bagi negara-negara arab.


Apakah keistimewaan bagi tanah jazirah ini hanya terbatas kepada negara-negara teluk sahaja setelah Al-Quran menjadi sumber kepelbagaian bahasa?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila kerajaan Saba' itu juga turut membina peradaban awal bagi bangsa arab?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila Nabi Hud alaihisalam nabi terawal menggunakan bahasa arab?




Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Mesir juga adalah sebagai tanah yang menjadi pusat perkumpulan para anbiak dan tempat berlakunya peristiwa-peristiwa yang disebutkan di dalam Al-Quran selain tanah suci Mekah Al-Mukarramah dan tanah suci Madinah Al-Munawwarah di Saudi?

Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Syam itu turut melewati Kuwait, Lebanon, Jordan sehingga Syria, Iraq dan Iran setelah sepupu-sepupu Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang terdiri dari nabi-nabi berbangsa yahudi berpusat di Baitul Muqaddis, tatkala Turki lebih hampir dengan jazirah arab.