Sabtu, 22 Julai 2017

Sahkan Lokasi Saya

Saya benar-benar terganggu dengan 'muslihat' di atas jalur interaksi yang mengawal usaha saya bagi mengsahihkan lokasi saya dan pengunjung yang melayari blog ini.

Saya tidak layak untuk menulis namun saya yakin saya dibenarkan untuk mencatat yang telah saya mulai sejak awal tahun 2006 lagi ketika menetap di Doha Qatar.

Kini saya telah kembali menetap di Selangor Malaysia setelah suami saya Ingeeniur Harith bin Abd Hamid memilih untuk bersara dari lapangan kejuruteraan.

Kami berada di Malaysia ketika covid sedang meluas penularannya serata dunia dan setelah Emeriah Arab Bersatu selesai menjalani pengkuarantinan bagi setiap perjalanan dan keluar melalui udara, darat dan lautan. 

الحمدالله kami selamat tiba di Malaysia pada 1 julai 2020 dan setelah menjalani tempuh kurantin dan menjalani ujian pemeriksaan berbayar covid19 seperti yang telah ditentukan o oleh kementerian kesihatan Malaysia.
Pembiayaan penginapan semasa pengkurantinan kami di pusat yang disenaraikan oleh KKM sepenuhnya ditanggung sendiri oleh kami.

Khamis, 18 Mei 2017

Catatan Dari Al-Riggah, Dubai.

2 Rabiul Akhir 1438 - Al-Ahad

1 Januari 2017 - Isnin.

CATATANKU DI DUBAI (Al-Riggah-Deira,) UAE.

Sejak bermaustautin ke Qatar pada 21/11/2005, kami masih belum ditakdirkan untuk pulang ke tanah air, apabila Allah Ta'ala telah menempatkan kami untuk bermaustautin ke United Arab Emerites bermula pada 1/8/2016 bersamaan 27 Syawwal 1438 hijriah.


Kami meninggalkan Qatar (mungkin buat selama-lamanya) pada 31/7/2016, bersamaan 26 Syawwal 1437.

Kami tidak tahu ke manakah akhirnya Allah Azzawajalla akan menempatkan keluarga Harith dan Lelawati kelak..

Semalam kami ke Business Bay, Dubai untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api yang diadakan di Burj Khalifah, mercu tanda bagi Emeriah Arab Bersatu.

Sebelum itu petangnya kami ke Deira City Centre untuk membeli keperluan harian setelah suami perlu bekerja pada hari Jumaat.

Kami meninjau-ninjau juga ke musim tahunan festival membeli belah yang diadakan di kesemua gedung-gedung perniagaan serata Dubai.

Hanya Siti Hanan sahaja menemui keperluan yang dicarinya, sehelai jeans yang telah diturunkan harganya menjadi AED60.

Siti Hanan perlu mengakui hakikat bahawa dia seorang anakk yang baik dan mendengar kata kami kerana walaupun dia satu-satunya anak perempuan kami, dia tidak pernah menuntut apa-apa wang saku dari abahnya. Dia tidak meminta apa-apa dari aki untuk berbelanja membeli-belah walaupun dia sangat mengikuti trend terkini pakaian.

Dia tidak keluar pada hujung minggu. Dalam hidupnya yang telah berusia dua puluh lima tahun itu, Siti Hanan hanya keluar empat kali sahaja tanpa kami untuk bertemu rakan-rakannya perempuan sebayanya...

Hanya Allah Ta'ala engetahui kesyukuran kami memilikinya walaupun dia seorang anak gadis yang agak  'tegas', dan keras hatinya.

Di dalam diam saya berharap saudara-saudara lelakinya juga bersyukur memiliki saudara perempuan yang baik akhlaknya walaupun amat cerewet dalam serba-serbi khususnya setelah berani mengambil sikap kesan dari persekitarannya, dari pengaruh media khususnya internet di samping mungkin pengalaman jatuh bangunnya di dalam hubungan persahabatan.

Dia tidak pernah bersentuh kulit dengan mana-mana lelaki di dalam hidupnya selain abahnya dan saudara-saudara lelakinya sendiri.

Di dalam hati saya juga berdoa agar jejak ini upaya diikuti oleh saudara-saudara lelakinya.

"Milik Allahlah kerajaan lagit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki.

"Atau Dia menganugerahkan jenis laki-laki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa."

Penampakan identiti negara-negara arab menjadi lokasi pekerja-pekerja asing khususnya dari negara benua kecil Asia sehingga Asia Tenggara ke Asia Jauh terzahir begitu jelas...

Petempatan bandar-bandar kecil dipecahkan mengikut negara misalnya di tempat kami yang lebih jauh dari bandar Dubai, jarang sekali perjalanan kami menemukan warga dari barat atau atau eropah yang umumnya mendiami di tempat-tempat yang lebih hampir dengan Dubai.

Dan hanya kami sekeluarga sahaja berasal dari Malaysia yang muslim berada di sini.

Sukar memadamkan kesukaran untuk memulakan perhubungan baru apabila kami tidak upaya bersapaan dengan jiran tetangga kami yang waktu keluarnya mereka dengan kami berbeza waktunya.

Lalu kami belum memperolehi kemanisan komunikasi dan jalinan hubungan bagi mewarnai rutin harian kami setelah hampir setahun berada di Dubai.

Rata-ratanya kesemua pengunjung premis berkomunikasi dengan gajet-gajet. Tersenyum di hadapan gajet-gajet. Berjalan-jalan dengan memandang hanya ke gajet-gajet. 

Bagaimanakah mahu saling bertukar salam apabila kitaran lingkaran perjalanan kami lebih ramai ditemui lelaki-lelaki bukan mahram berbanding wanita yang muslim?

Bagaimanakah upaya memberi senyum bila kami tidak upaya merasakan ianya perlu dilakukan tatkala saya adalah seorang isteri dan anak saya adalah seorang gadis yang wajar mempunyai rasa malu untuk bermanis wajah tanpa alasan?