Sabtu, 28 November 2015

Menunggu Rindu (Alam Barzah)



Saya sering mencemburui kesempatan dan peluang yang diperolehi oleh mereka yang melakukan banyak kebaikan kepada pesakit-pesakit kronik yang meniti baki-baki hari yang dihadiahkan oleh Allah Ta’ala buat mereka.


Apakah keinginan pesakit-pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh?


Seringnya saya bertanya apakah yang dikau ingini saat  setelah dikau mengetahui tempuh hayatmu yang diizinkan untuk membuat persediaan menunaikan kerinduan kepada At-Tauwwab?


Untuk ditemanikah atau ingin sering diziarahikah?


Untuk mendapatkan kasih sayangkah dan mendapat sokongan serta bantuankah?


Apakah yang dikau ingini apabila kedamaian akan dikecapi untuk berada jauh dari hiruk pikuk kami yang masih belum bersedia mengingati mati?


Tidak wajar dikau bersedih atau didukakan menjelang tibanya malaikat Izrail bertamu bagi mengambil untuk menyimpan ‘roh’ yang dipinjamkan kepada jasad dan tubuh badanmu.


Adakah dikau perlu bergembira sepanjang melewati hari-harimu dengan alasan dikau ingin penuhi kegembiraan pada hari-hari akhirmu sehingga saat-saatmu berlalu pergi tanpa upaya pintu-pintu syurga itu kau ketuk tatkala ia telah lama menanti ketukkan mu…


Lupakanlah mereka yang akan ditinggalkan kerana yang menunggumu nanti adalah Al-Hayyum Al-Qayyum yang sangat luas Kasih SayangNya buat mu…


Yang akan ditinggalkan masih perlu menghadapi kehidupan dan sebagaimana hari berganti, hari baharu perlu diisi dan kenangan tentang dirimu tetap kemas terlipat dan pasti akan dibuka semula di akhirat nanti.

Lantas lupakan kami yang akan ditinggalkan apabila dunia barumu akan bermula semula di alam barzah, setelah dikau menguruskan wasiat dan pesanan khusus terhadap perlunasan hutang-hutangmu kepada mereka yang dikau amanahkan.


Apakah kita mengenali siapakah malaikat yang bernama Izrail itu?

Tidakkah ingin wujud perkasihan kita dengannya dan saudara-saudaranya yang bernama Munkar dan Nankir setelah mengetahui ketaatan mereka dalam menjalankan tanggung jawab?


Apakah setelah mengenali malaikat Izrail kita perlu berasa gentar dan takut kepadanya yang sangat berlembut ketika berada di kepala jasad dengan kata-kata,’keluarlah wahai jiwa yang tenang. Baliklah menuju keampunan dan keredhaan Allah Taála.


Biarpun dikau seorang Ratu atau Raja atau Permaisuri atau putra serta putri atau seorang Presiden dan juga seorang Menteri atau ulamak atau seorang guru atau seorang ibu dan bapa atau seorang anak atau seorang pekerja buruh atau siapa pun dikau, bertaaruflah tentang kesukaan malaikat Izrail sehingga ia sifatnya menjadi sangat lembut, dan pelajarilah sebab-sebab bagaimanakah Izrail bertukar menjadi perakus.



Imbasan bacaan saya tentang pesakit dan mereka yang menjaga pesakit yang sedang tenat, telah menjelaskan perbezaan besar antara agama saya islam dengan agama yang lain  tentang sifat dan keadaan ketika pesakit berada di ambang sakratul maut.

Alam ghaib bukan sesuatu yang cuba dijelaskan oleh khalayak tertentu.


Ianya bukan sesuatu yang ajaib atau silap mata seperti yang mereka fahami apabila mengaitkan dengan alam ghaib yang diciptakan oleh Ar-Rabb berserta dengan makhluk yang berada di alam ghaib itu.


 Seseorang yang telah lama tidak saya ditemui sedang dirawat sebagai pesakit kanser payu dara tahap keempat.

Kami tidak rapat tetapi dia telah berkongsi kenangan di dalam kehidupan semasa saya kanak-kanak kerana hubungan persaudaraan jauh antara ibu bapa kami menjadikan kami sering bersama. Dan setelah lama tidak bertemu, kami bersama semula sebaik sahaja dapat menyambung pelajaran kami ke tingkatan enam walaupun berlainan sekolah.

Dia seorang yang pendiam dan mempunyai bakat melukis dan bakat ini telah menjadikan dia pernah membuka 'meja kaunter'nya di pasar seni menerima tempahan menampal logo di t'shirt-t'shirt. 

Dia seorang yang berjaya kerana berusaha dengan 'tulag empat keratnya' mencari rezeqi buat keluarganya sendiri tanpa meminta-minta.

Setakat ini sahaja yang saya ketahui khabar mengenainya.

Kemudian kami berpisah lebih dari tiga puluh tahun.

Lantas sebaik sahaja majlis perkahwinan anak sulong saya Ahmad Muttaqin bin Harith selamat dilansungkan, dengan ditemani oleh anak gadis saya Siti Hanan binti Harith kami menziarahinya yang ketika itu dirawat di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah di bandar Kelang.


Tiba di hospital seringnya pelbagai rasa menusuk ke dalam hati apabila minda membaca dengan mata.

Paparan stuasi pengunjung, pelawat, pesakit malah petugas-petugas hospital sering membuatkan minda belaga dengan emosi…

Sebuah hospital itu bukankah tempat istirehat?

Sebuah hospital itu tidakah mampu menjadi antara taman-taman yang bermiripkan ‘syurga’ oleh banyaknya kunjungan para malaikat ke atas pesakit muslim yang pasti di antara mereka ada yang sedang berhadapan dengan sakratul maut?

Bukankah hospital itu perlu menjadi sumber kebersihan sesuai dengan sifatnya sebagai tempat rawatan?

Atau adakah hospital itu hanya layak untuk menjadi sebagai tempat pekerjaan, pelajaran dan berpendapatan sahaja?

Kesukaran untuk mendapat tempat bagi meletakkan kenderaan telah menjadikan saya berpusing dua kali mengelilingi kawasan hospital itu yang sedang berada di dalam kerja-kerja penambahan dan pembinaan bangunan baru…

Tempat meletakkan kenderaan masih menjadi isu penting kepada pelawat di hospital.

Kesabaran pelawat yang sihat seringnya terburai sesekali sebelum pesakit diziarahi.

Sah?

Pereka plan petempatan, perbandaran dan  bandar apakah perlu dirombak setiap dua puluh atau tiga puluh tahun apabila lokasi bangunan utama seperti hospital ditempatkan di kawasaan tanah yang terhad keluasannya?


Lantas masa yang terperuntukkan buat melawat telah berbaki kira-kira tiga puluh minit.


Bau-bauan sering menusuk ke hidung apabila ke kelinik dan hospital-hospital milik kerajaan.


Marhaen biasa tidak menuntut banyak apabila ke hospital... ini memang tiada sanggahan kerana hospital yang pendaftarannya sangat rendah (waktu saya dirawat di sini pada tahun 1987 jika tidak silap) kira-kira seringgit atau dua ringgit malaysia bagi pesakit rawatan luar menjadi tumpuan mereka yang berpendapatan rendah juga mereka yang tidak berpendapatan.


Wajah rakan yang saya simpan di mata dan hati ini tidak saya temui sebaik sahaja memasuki wad.


Kalut saya seketika apabila terpandang susunan kerusi patah, meja-meja yang tidak digunakan di perkarangan lobi wad bersileh dengan troli pesakit di hujung lobi wad. 

Waktu tengah hari itu pula ramai doktor-doktor yang berada di wad yang sewajarnya menjadi waktu untuk pesakit bersama dengan keluarga mereka.

Jururawat juga sesibuk para doktor tengah hari itu.

Benar perasaan saya berkecamuk ketika itu. 

Katil-katil pesakit masih katil yang sama semasa saya dirawat lebih tiga puluh tahun yang lalu.


Berbagai-bagai perasaan yang saya alami apabila terlihat aurat-aurat yang terabai untuk dipelihara kerana memahami keadaan sesetengah pesakit wanita yang sudah tidak mampu menyedari persekitaran mereka kerana kesakitan yang ditanggung. 

Pesakit berlainan bangsa dan agama memang ditempatkan di hospital-hospital kerajaan.
Dan ziarah ahli keluarga pesakit yang berlainan gender sesuatu yang normal.
Di situlah kecamukan perasaan saya sukar diurai.


Berkali-kali kami mundar mandir keluar dan masuk untuk mencari wajah rakan yang ingin ditemui kerana tidak mahu mengganggu kesibukan petugas,

Sah. Saya sudah tidak mengenali wajah pesakit kanser tahap keempat ini.

Sah. Di mata saya adalah wajahnya yang saya lihat kira-kira tiga puluh tahun yang lalu.

Sah. Dia masih mengenali saya saat mundar mandir itu terlirik mata saya seraut wajah yang memperbetulkan pakaiannya ketika saya terlihat seorang pesakit sedang mengelap luka-luka yang memerah bercampur kuning putih pada daging yang membengkak besar.

Setelah disahkan oleh jururawat, kami kembali semula ke hujung wad yang menempatkan pesakit yang berkali-kali saya lirik tadi.


Benar, tiada kata secantik bahasa tiada bahasa secantik rasa untuk menumpahkan perasaan yang tersimpan di dada setelah tepat matanya memandang mata saya.

Mujur Hanan sering mengetahui bahawa dia wajar menemani emaknya jika abahnya tidak keluar bersama.


Soal tanya saya untuk menyembunyikan perasaan agar mata tidak berkaca dijawabnya dengan perlahan...dia memang tabah...masih gembira masih mahu menjawab senda gurau saya...


Aduhai... hanya tembikai sahajakah buah-buahan untuk pesakit yang semakin kritikal ini sebagai pencuci mulutnya?

Aduhai.... sayur air sahajakah menjadi juadah pembuka selera bagi pesakit yang mengetahui harapannya telah tiada?

Aduhai..... ayam masak merah yang tidak diketahui pedas atau tidakkah itu menjadi lauk bagi sajian tengah hari buat pesakit yang hanya menanti saat tepat dia diundang untuk kembali kepada Ar-Rabbnya?


Saya tidak tahu. 


Dan entah bagaimana bahang panas yang terbit tiba-tiba di hati saya upaya didinginkan tatkala saya saat itu berada di tempat awam yang ramai orangnya.


Sambil memegang tangannya matanya yang tajam memasuki hati saya.  Kata-kata saya diamatinya penuh teliti. Dicermati setiap ucapan kerana dia tahu bagaimana mahu memahami maksud bicara saya. Dia tahu saya mahu dia benar-benar bersedia dan tidak berasa sedih untuk meninggalkan mereka yang dikasihinya... Dia tahu saya mahu dia berani menanti saat panggilannya tiba....tangan kami bergenggaman lama. Sentuhan kulit dan belaiannya membuatkan kami tidak menyeka air mata. Tenungan lama matanya menjadi bekalan untuk saya mengingatinya.


Kedekatan kami menjadikan saya memahami kesakitannya oleh bauan luka-luka yang mendasar jauh ke dalam peparu, sel-sel yang telah mati di dalam daging yang disaluti oleh pendarahan-pendarahan yang mengangkut kekudisan di dalam dadanya. Allah Maha Mengetahui bagaimana bau-bauan itu tidak menusuk ke hidung ini saat kami berbual dan hanya setelah ciuman di dahinya diberikan baharu kesemua hiduan itu meruap meminta untuk diluahkan...


Allah...sungguh pada setiap kesakitan itu adalah kifarah yang hanya Dikau sahaja Yang Maha Mengetahui untuk dilunasikan.

Allah... Allah Dikaulah Tuhan Yang berhak disembah tiada tuhan lain selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam.






Isnin, 5 Oktober 2015

Tatkala Sejarah Semakin Bertambah Lafazkan, Alhamdulillah.



Menerima menantu antara kisah sejarah yang indah buat setiap kita.

Ianya adalah kerana ia menjadi sunnah yang dianjurkan setelah menemukan cinta.

Terlebih indah apabila Al-Quran juga menjelaskan dengan fakta jelas tentang dosa dan pahala.

Barakallah atas setiap aturan peristiwa.

Apabila Minda Berpeta-Peta

Berada di rantau Teluk menyingkap banyak pengalaman yang berharga untuk tidak diabaikan begitu sahaja.


Antaranya sewaktu mempelajari hukum pembacaan Al-Quran telah menjelaskan kebenaran peristiwa-peristiwa yang difirmankan oleh Al-Malik sendiri kepada makhluk-makhluk ciptaanNya.


Semenanjung Hijjaz bukan ciptaan yang sia-sia.


Menjalang saat-saat untuk ditinggalkan rantau yang menjadi tempat bermusafir ini tercatat semula nota yang telah lama ditinggalkan...


Muslim dan pengurusan emas atau muslim dan pemilikkan minyak perlu diadili dalam mensifarkan tanggungan hutang piutang...


Lalu sangat merugikan bagi eropah yang berdekatan dengan Semenanjung Hijjaz jika masih tidak mengambil kesempatan untuk menerima kesatuan negara muslim yang sangat dekat dengan mereka berbanding negara utama dunia yang sangat jauh untuk dihampiri.


Secara semula jadinya minda ini pantas melakarkan pertanyaan, bagaimanakah kadar minimum diwujudkan dalam penetapan harga apabila fikh islam menolak riba tatkala sistem keewangan kekal diuruskan oleh Bank of England.


Semakin angka-angka mampu dibaca, terbit keinginan untuk memahami apabila dividen disifarkan (misalnya pada pembiayaan penjaman/pembelian tanpa bunga), dari sumber manakah keuntungan dikira bagi pengurusan sesebuah sistem keewangan?


Juga saat angka-angka telah dibaca, bernyala hasrat yang menyala-nyala untuk diketahui apabila setiap saduran emas memberikan nilai, implikasi sistem pengurusan manakah yang dasarnya menimbulkan masalah tatkala ingin juga difahami bagaimanakah penyamaan nilai tukaran wang dilakukan pada masa kkeadaan harga barangan boleh dinaik atau diturunkan harga-harganya?

Sabtu, 4 Julai 2015

Ramadhan 1436/ 2015

3 Ramadhan 4 Ramadhan 5 Ramadhan 1436

Subhanallah Walhamdulillah qamar hilalku bercahaya bersinar pada deretan kerdipan bebintang di langit rumah kami…


Kerinduan yang tidak disantuni sejak perginya bulan Rejab dan Syakban membuatkan hati ini terdera 


Tahun ini saya hanya berniat untuk mengerjakan ibadat solat sunat taraweh di rumah sahaja kerana suasana yang lebih tenang yang dapat dibina.

Apabia letih saya berehat sebentar mengikut pecahan 4, 8, 12, 16, 18 dan 20 rakaat.

Apabila berasa mengantuk saya menyambung mengerjakan solat di tengah malam sebelum waktu bersahur untuk diiringkan dengan solat tahajjud.

Ada kalanya saya hanya dapat menyudahi solat sunat taraweh dengan 8 rakaat sahaja apabila saya tidak mampu untuk berjaga di awal waktu pada waktu sahur.

Niat untuk mendirikan solat sunat tasbih masih belum terlaksana walaupun dengan agak payah saya cuba melatih diri untuk mengerjakan solat sunat dhuha apabila saya masih gagal untuk tidak memikirkan tentang rezeqi yang dianjurkan untuk dipohon dari Allah Subhanahu wataala dari setiap arah yang diMilikiNya dari lautan, dari perut bumi, dari langit agar yang jauh didekatkan yang sukar dimudahkan yang haram dihalalkan sumbernya, saya tidak melazimkan diri mengerjakannya.

Seandainya kekayaan yang diniatkan dan kedapatan pula halangan dari manusia, kelemahan beriman saya seperti ditampilkan… saya tidak melazimkan diri mengerjakan solat dhuha walaupun tetap melakukannya sekali dalam masa sebulan.

Erti berpuasa bagi wanita berusia 52 tahun ini sudah semakin menyedarkan tentang perjalanan masa yang semakin pantas.

Dengan Al-Qadar yang ditakdirkan upaya dilalui, ilmu itu perlu dipohon kefahamannya di dalam doa.

Kelembutan hati itu perlu dipohonkan keikhlasan untuk dihalusi naluri keinsanan di dalam doa.

Kesabaran itu perlu dikuatkan untuk dikuasai minda aqal nurani qalbu dan jasadnya pada ujian-ujian kecil yag disumberkan dari nafsu, perlu dipohonkan di dalam doa.

Insan-insan yang terdekat adalah yang melahirkan saya dan yang menjadikan saya menjadi pelahir zuriat adalah manusia-manusia yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam kitabNya Al-Quran mempunyai tingkatan lebih tinggi dari diri saya, membuatkan sering dipohonkan agar diri saya direndahkan serendah-rendahnya menurut pandangan mata sendiri namun menjadi tinggi pada pandangan Allah Subhanahu Wataala dan mata kedua ibu bapa serta suami saya.

Cahaya mata yang menjadi selimut kasih sayang dipohon sentiasa menjadi soleh dan solehah…pengamanah kepada hak-hak mereka yang dikhianati menjadi pembela untuk mereka yang dianiayai…

Kekayaan tidak diwarisi tetapi ianya diusahakan.

Memastikan ada di antara cucu-cicit saya menjadi penghafal Al-Quran dan upaya memahami hadis antara permohonan doa buat mereka…


Gazza yang termetrai kukuh terlipat kukuh di dalam hati dan tidak tertanggal dari ingatan…

Isnin, 2 Februari 2015

Bagaimanakah Upaya Tersenyum?

Catatan hari Sabtu 25 Disember 2014 adalah hari yang terakhir bagi tahun 1435 Hijriah yang menandakan Ramadhan 1436 semakin hampir tiba, insya Allah.

Sambil berjalan-jalan mencari tempat beriadhah bersama Hanan pada awal pagi fikiran saya sepenuhnya bertumpu kepada cara untuk beristiqamah dengan fokus akhirat sebagai masa hadapan ummah menerusi penambahan kepada catatan-catatan di blog-blog dan media sosial bagi memenuhi tuntutan amar makruf dan nahi munkar setelah generasi La ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah dilahirkan sejak sekian lamanya.

Lamunan terhenti sebaik sahaja kami bertemu dengan tiga taman riadhah yang bersaiz sekecil negara ini yang berlokasi di antara Abuhamour dan kejiranan kami Maamoura.


Taman riadhah pertama yang terletak berhampiran Sekolah Raudhah Islam dirasakan tidak tepat lokasinya untuk kegunaan wanita dan gadis serta kanak-kanak perempuan apabila terlalu berhampiran dengan kediaman pekerja (berdasarkan deretan bas-bas di sepanjang jalan di taman).

Taman riadhah ke dua pula juga bersaiz seperti taman riadhah yang pertama kami temui. Walaupun bersebelahan dengan jalan raya utama yang sibuk tetapi lokasinya agak terpencil dan sunyi kerana kedudukannya di hujung jalan. Terlihat pekerja (pengawal) berada di dalam taman.

Di taman riadhah pertama pengawal ditempatkan di bangunan yang terasing dari taman riadhah.

Taman riadhah ketiga adalah taman yang dikhususkan hanya untuk pengguna-pengguna wanita sahaja. Terpapar peraturan yang dikuatkuasakan untuk dihormati oleh pengguna. Kami tidak dibenarkan menggunakan tempat riadhah ini kerana pengawal lelaki ini menjelaskan bahawa taman ini hanya dibuka selepas pukul sebelas pagi dan selepas waktu 'Asar. Waktu itu jam baharu menunjukkan pukul tujuh pagi.

Sesungguhnya sangat sukar untuk bermanis muka dan bermanis tutur kata bagi seorang wanita muslim yang berstatus isteri terhadap lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
Perkara ini bukan asing kepada masyarakat di sini biarpun secara umumnya manusia tidak serupa dalam semua perkara.

Sering terjadi ingin digemakan pertanyaan umumnya seorang suri rumah tangga itu lelaki atau perempuan?

Seorang suri rumah tangga bukan pekerja buruh dan mereka bukan pekerja yang perlu didaftarkan dengan mana-mana kesatuan pekerja.


Apabila memandang isu pekerja di negara ini ia sering membuatkan saya 'tersenyum' dalam diam kerana umumnya pekerja kumpulan sokongan dan pekerja buruh di sini bukan kesemuanya boleh dikelompokkan sebagai kumpulan pekerja yang beretika. Pemandu sebagai jawatan yang dibayar gajinya juga tidak terkecuali dari kelompok ini terutama mereka yang memandu pengangkutan awam.
Dengan jujur dikatakan bahawa kesabaran yang tinggi diperlukan apabila berhadapan dengan tata susila serta etika pemanduan pemandu yang bergaji.

Saya tidak pasti adakah kerana ia beralasankan oleh pendominasian negara-negara  yang membekalkan pekerja perburuhan dan sektor kumpulan sokongan atau kerana sifat dan sejarah negara di teluk sendiri yang tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai bagi menjadi tenaga pekerja yang membangunkan negara mereka.

Umumnya pekerja buruh tidak tahu bidang tugas mereka sebagai kumpulan pekerja sokongan dan tenaga buruh berbanding pekerja di bawah kumpulan pekerja sokongan teknikal dan professional. Dengan kata lain sifat professional tidak terserlah di kalangan mereka yang sesetengahnya mempunyai cara berfikir, kemampuan, status kehidupan, kecerdasan aqal serta budaya yang berlainan dengan rakyat dan masyarakat negara arab walaupun beragama yang sama yakni Islam.


"Bukan hal kita, emak...tolonglah.." Kata-kata anak-anak sering menjadi ingatan saya.


Lokasi tempat riadhah ini  sangat hampir dengan sekolah baru kami.

Keluasan padang pasir memperlihatkan masih terhad penggunaan tanah walaupun negara tempat kami bermaustautin ini sangat kecil..tetapi tinggi jumlah pekerja asing di pelbagai sektor pekerjaan.

Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab?


Orang-orang Amerikakah?


Tidak pula saya tahu ada kajian kebakaan untuk diketahui orang-orang Amerika adalah penduduk asal bagi negara-negara arab.


Apakah keistimewaan bagi tanah jazirah ini hanya terbatas kepada negara-negara teluk sahaja setelah Al-Quran menjadi sumber kepelbagaian bahasa?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila kerajaan Saba' itu juga turut membina peradaban awal bagi bangsa arab?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila Nabi Hud alaihisalam nabi terawal menggunakan bahasa arab?




Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Mesir juga adalah sebagai tanah yang menjadi pusat perkumpulan para anbiak dan tempat berlakunya peristiwa-peristiwa yang disebutkan di dalam Al-Quran selain tanah suci Mekah Al-Mukarramah dan tanah suci Madinah Al-Munawwarah di Saudi?

Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Syam itu turut melewati Kuwait, Lebanon, Jordan sehingga Syria, Iraq dan Iran setelah sepupu-sepupu Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang terdiri dari nabi-nabi berbangsa yahudi berpusat di Baitul Muqaddis, tatkala Turki lebih hampir dengan jazirah arab.