3 Ramadhan 4 Ramadhan 5 Ramadhan 1436
Subhanallah Walhamdulillah qamar hilalku bercahaya bersinar pada
deretan kerdipan bebintang di langit rumah kami…
Kerinduan yang tidak disantuni sejak perginya bulan Rejab dan Syakban
membuatkan hati ini terdera
Tahun ini saya hanya berniat untuk mengerjakan ibadat solat sunat taraweh
di rumah sahaja kerana suasana yang lebih tenang yang dapat dibina.
Apabia letih saya berehat sebentar mengikut pecahan 4, 8, 12, 16, 18 dan 20 rakaat.
Apabila berasa mengantuk saya menyambung mengerjakan solat di tengah
malam sebelum waktu bersahur untuk diiringkan dengan solat tahajjud.
Ada kalanya saya hanya dapat menyudahi solat sunat taraweh dengan 8
rakaat sahaja apabila saya tidak mampu untuk berjaga di awal waktu pada waktu
sahur.
Niat untuk mendirikan solat sunat tasbih masih belum terlaksana
walaupun dengan agak payah saya cuba melatih diri untuk mengerjakan solat sunat
dhuha apabila saya masih gagal untuk tidak memikirkan tentang rezeqi yang
dianjurkan untuk dipohon dari Allah Subhanahu wataala dari setiap arah yang
diMilikiNya dari lautan, dari perut bumi, dari langit agar yang jauh didekatkan
yang sukar dimudahkan yang haram dihalalkan sumbernya, saya tidak melazimkan
diri mengerjakannya.
Seandainya kekayaan yang diniatkan dan kedapatan pula halangan dari
manusia, kelemahan beriman saya seperti ditampilkan… saya tidak melazimkan diri
mengerjakan solat dhuha walaupun tetap melakukannya sekali dalam masa sebulan.
Erti berpuasa bagi wanita berusia 52 tahun ini sudah semakin
menyedarkan tentang perjalanan masa yang semakin pantas.
Dengan Al-Qadar yang ditakdirkan upaya dilalui, ilmu itu perlu dipohon
kefahamannya di dalam doa.
Kelembutan hati itu perlu dipohonkan keikhlasan untuk dihalusi naluri
keinsanan di dalam doa.
Kesabaran itu perlu dikuatkan untuk dikuasai minda aqal nurani qalbu
dan jasadnya pada ujian-ujian kecil yag disumberkan dari nafsu, perlu
dipohonkan di dalam doa.
Insan-insan yang terdekat adalah yang melahirkan saya dan yang
menjadikan saya menjadi pelahir zuriat adalah manusia-manusia yang telah
ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam kitabNya Al-Quran mempunyai
tingkatan lebih tinggi dari diri saya, membuatkan sering dipohonkan agar diri
saya direndahkan serendah-rendahnya menurut pandangan mata sendiri namun menjadi
tinggi pada pandangan Allah Subhanahu Wataala dan mata kedua ibu bapa serta
suami saya.
Cahaya mata yang menjadi selimut kasih sayang dipohon sentiasa menjadi
soleh dan solehah…pengamanah kepada hak-hak mereka yang dikhianati menjadi
pembela untuk mereka yang dianiayai…
Kekayaan tidak diwarisi tetapi ianya diusahakan.
Memastikan ada di antara cucu-cicit saya menjadi penghafal Al-Quran
dan upaya memahami hadis antara permohonan doa buat mereka…
Gazza yang termetrai kukuh terlipat kukuh di dalam hati dan tidak
tertanggal dari ingatan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan