Selasa, 5 April 2016

Apakah Yang Upaya Dikatakan Lagi (11)

Bacaan-bacaan doa permusafiran membuatkan dihindari bisikan nafsu yang mudah sahaja menyalahkan itu dan ini.

Lalu apakah solat musafir yang dilakukan sebelum meninggalkan rumah mahu saya sia-siakan tanpa cuba bersabar dengan ‘ujian’ hati ini?

Apakah sukar memiliki pesawat yang mempunyai sifat muslim kepada negara-negara muslim yang telah lama mempunyai banyak pengalaman perkhidmatan penerbangan udara?



Usah bicara tentang keselesaan kaum bangsawan ketika di dalam penerbangan.

Usah bicara tentang keperluan kaum jutawan yang inginkan nikmat keselesaan dikekalkan walaupun untuk berada di dalam sebuah tandas bagi membuang perkumuhannya!

Usah bicara tentang menempatkan menu hidangan restoren di Paris di dalam pesawat bila syariat itu semakin wajar mudah dipiawaikan menurut pertimbangan iman setelah 1437 hijriah berlansung.


(Fahamkah kedukaan menanggung malu bila kekayaan jutawan minyak hanya berligar di sekitar mengidentitikan kemewahan sahaja??

Ingat arab maka identiti kekayaan menjadi lambang?

Begitukah apabila rumpun bangsa ini juga yang masih diusir ke mana-mana tanpa upaya dibantah oleh kehilangan taraf kerakyatannya?

Lalu apakah benar bangsa arab itu bangsa yang mempunyai kekayaan sehingga rantau tanah semenanjungnya mahu disasarkan untuk dicetuskan peperangan imaginasi Amergoddon setelah 2012 tidak berlakunya kiamat?

Rompakan atau rombakan kekayaan mereka yang mahu diuruskan?


“ Dialah Tuhan yang telah menjadikan kamu dapat berjalan didaratan (dan berlayar di atas lautan). Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal dan meluncurlah (kapal itu) membawa mereka (orang-orang yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenab penjuru, maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah semata-mata seraya berkata:

"Sekiranya Dikau meyelamatkan kami dari bahaya ini pasti kami termasuk ke dalam kalangan mereka yang bersyukur."


Pemblog sedar dia  tidak ada kelayakan untuk menggunakan ayat ke 22 surah Yunus ini. 

Tafsirannya sahaja yang dicuba sandarkan kepada kelemahan dirinya sendiri untuk memahami keperluan mempunyai sistem pengangkutan yang memenuhi tuntutan dari bacaan Al-Quran Al-Kareem.


Pengangkutan udara tidak diterangkan dengan jelas oleh ayat-ayat dari surah Al-Quran selain dari kisah Israk dan Mikraj.

Benarkah begitu?




Apakah Yang Upaya Dikatakan Lagi (1)


Alhamdulillah , pada 11 Januari 2016 kira-kira pukul 2.40 petang waktu Malaysia saya selamat tiba di tanah air dari Qatar.

Setelah lebih dari dua belas kali pulang dan pergi ke Malaysia dari Qatar, perjalanan udara kali ini  sangat menyukarkan saya.

Mungkin tempahan tiket agak lewat, saya dapati tempat duduk saya di dalam pesawat dikelilingi dengan penumpang-penumpang lelaki.
Oleh kerana kedudukan saya paling tepi di bahagian tengah pesawat menjadikan di kanan, di hadapan, di belakang dan di kiri  saya adalah penumpang lelaki.

Saya mencari ketenangan di dalam minda agar keletihan saya tidak mengiringi kesedihan apabila dikhabarkan keadaan emak yang tidak sihat.

Apakah yang upaya saya katakan apabila penerbangan pada ketika itu penuh dan saya menjadi antara penumpang terakhir untuk memasukki pesawat?

Dengan giliran sebagai kumpulan penumpang terakhir memasukki pesawat, saya tidak mempunyai peluang untuk melihat keadaan di dalam pesawat bagi menukar tempat duduk sekiranya ada kekosongan untuk penukaran tempat suka sama suka sebelum pesawat berlepas.

Apakah yang upaya saya katakan apabila lelaki muda berketurunan cina menepuk perlahan bahu saya agar saya terjaga kerana dia mempunyai hajat untuk ke bilik air?

Apakah yang upaya saya katakan?

Hanya istighfar menemani saya kerana hakikat pesawat milik syarikat-syarikat penerbangan negara muslim masih sama dan masih serupa sifatnya dengan pesawat-pesawat milik syarikat negara bukan muslim walaupun diuruskan dengan cemerlang oleh pengurus yang beragama islam.


Siapakah yang tahu keletihan jiwa saya yang tersangkar di dalam jasad yang sering gusar dengan perjalanan yang jauh di angkasa melebihi empat ribu kaki dari bumi?


Siapakah yang tahu kegentaran yang sering berdenyut di dalam hati para penumpang pesawat-pesawat apabila sepenuhnya berada di dalam genggaman Al-‘Alim?

Seringnya didoakan agar setiap pesawat udara dan para penumpangnya beroleh pemeliharaan Allah Ta' ala saat terlihat dan terdengar enjin pesawat di udara.

(Semakin sedarkah saya dengan nikmat Islam sebagai agama?)


Nazak jiwa saya pada ketika berseliseh dengan penumpang-penumpang lelaki yang secara fitrahnya pada waktu yang sama mahu ke bilik air, mahu berdiri dan berjalan pada laluan pesawat yang sangat sempit ruang legarnya itu...



Musafir kali ini amat-amat payah untuk dilalui bagi seorang wanita muslim yang telah bersuami seperti saya kerana saya berasa seperti fitrah akhlak muslimah saya diperkecilkan di dalam suasana keselamatan dan keamanan perjalanan dijamin. 


Dan seringnya bertanya di dalam hati apakah lelaki-lelaki muslim  juga berasa terganggu jika fitrah akhlak mereka sebagai suami mendepani suasana yang saya alami ini?