Alhamdulillah , pada 11 Januari 2016 kira-kira
pukul 2.40 petang waktu Malaysia saya selamat tiba di tanah air dari Qatar.
Setelah lebih dari dua belas kali
pulang dan pergi ke Malaysia dari Qatar, perjalanan udara kali ini sangat menyukarkan saya.
Mungkin tempahan tiket agak lewat,
saya dapati tempat duduk saya di dalam pesawat dikelilingi dengan
penumpang-penumpang lelaki.
Oleh kerana kedudukan saya paling
tepi di bahagian tengah pesawat menjadikan di kanan, di hadapan, di belakang dan di kiri saya adalah penumpang lelaki.
Saya mencari ketenangan di dalam
minda agar keletihan saya tidak mengiringi kesedihan apabila dikhabarkan
keadaan emak yang tidak sihat.
Apakah yang upaya saya katakan
apabila penerbangan pada ketika itu penuh dan saya menjadi antara penumpang terakhir
untuk memasukki pesawat?
Dengan giliran sebagai kumpulan penumpang terakhir memasukki pesawat, saya tidak mempunyai peluang untuk
melihat keadaan di dalam pesawat bagi menukar tempat duduk sekiranya ada kekosongan untuk penukaran tempat suka sama suka sebelum pesawat berlepas.
Apakah yang upaya saya katakan
apabila lelaki muda berketurunan cina menepuk perlahan bahu saya agar saya
terjaga kerana dia mempunyai hajat untuk ke bilik air?
Apakah yang upaya saya katakan?
Hanya istighfar menemani saya kerana
hakikat pesawat milik syarikat-syarikat penerbangan negara muslim masih sama dan masih serupa sifatnya dengan pesawat-pesawat milik syarikat negara bukan muslim walaupun
diuruskan dengan cemerlang oleh pengurus yang beragama islam.
Siapakah yang tahu keletihan jiwa
saya yang tersangkar di dalam jasad yang sering gusar dengan perjalanan yang
jauh di angkasa melebihi empat ribu kaki dari bumi?
Siapakah yang tahu kegentaran yang
sering berdenyut di dalam hati para penumpang pesawat-pesawat apabila
sepenuhnya berada di dalam genggaman Al-‘Alim?
Seringnya didoakan agar setiap pesawat udara dan para penumpangnya beroleh pemeliharaan Allah Ta' ala saat terlihat dan terdengar enjin pesawat di udara.
(Semakin sedarkah saya dengan nikmat
Islam sebagai agama?)
Nazak jiwa saya pada ketika
berseliseh dengan penumpang-penumpang lelaki yang secara fitrahnya pada waktu
yang sama mahu ke bilik air, mahu berdiri dan
berjalan pada laluan pesawat yang sangat sempit ruang legarnya itu...
Musafir kali ini amat-amat payah untuk
dilalui bagi seorang wanita muslim yang telah bersuami seperti saya kerana saya berasa
seperti fitrah akhlak muslimah saya diperkecilkan di dalam suasana
keselamatan dan keamanan perjalanan dijamin.
Dan seringnya bertanya di dalam hati apakah lelaki-lelaki muslim juga berasa terganggu jika fitrah akhlak mereka sebagai suami mendepani suasana yang saya alami ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan