Memaparkan catatan dengan label Gender. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gender. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2016

Apakah Yang Upaya Dikatakan Lagi (1)


Alhamdulillah , pada 11 Januari 2016 kira-kira pukul 2.40 petang waktu Malaysia saya selamat tiba di tanah air dari Qatar.

Setelah lebih dari dua belas kali pulang dan pergi ke Malaysia dari Qatar, perjalanan udara kali ini  sangat menyukarkan saya.

Mungkin tempahan tiket agak lewat, saya dapati tempat duduk saya di dalam pesawat dikelilingi dengan penumpang-penumpang lelaki.
Oleh kerana kedudukan saya paling tepi di bahagian tengah pesawat menjadikan di kanan, di hadapan, di belakang dan di kiri  saya adalah penumpang lelaki.

Saya mencari ketenangan di dalam minda agar keletihan saya tidak mengiringi kesedihan apabila dikhabarkan keadaan emak yang tidak sihat.

Apakah yang upaya saya katakan apabila penerbangan pada ketika itu penuh dan saya menjadi antara penumpang terakhir untuk memasukki pesawat?

Dengan giliran sebagai kumpulan penumpang terakhir memasukki pesawat, saya tidak mempunyai peluang untuk melihat keadaan di dalam pesawat bagi menukar tempat duduk sekiranya ada kekosongan untuk penukaran tempat suka sama suka sebelum pesawat berlepas.

Apakah yang upaya saya katakan apabila lelaki muda berketurunan cina menepuk perlahan bahu saya agar saya terjaga kerana dia mempunyai hajat untuk ke bilik air?

Apakah yang upaya saya katakan?

Hanya istighfar menemani saya kerana hakikat pesawat milik syarikat-syarikat penerbangan negara muslim masih sama dan masih serupa sifatnya dengan pesawat-pesawat milik syarikat negara bukan muslim walaupun diuruskan dengan cemerlang oleh pengurus yang beragama islam.


Siapakah yang tahu keletihan jiwa saya yang tersangkar di dalam jasad yang sering gusar dengan perjalanan yang jauh di angkasa melebihi empat ribu kaki dari bumi?


Siapakah yang tahu kegentaran yang sering berdenyut di dalam hati para penumpang pesawat-pesawat apabila sepenuhnya berada di dalam genggaman Al-‘Alim?

Seringnya didoakan agar setiap pesawat udara dan para penumpangnya beroleh pemeliharaan Allah Ta' ala saat terlihat dan terdengar enjin pesawat di udara.

(Semakin sedarkah saya dengan nikmat Islam sebagai agama?)


Nazak jiwa saya pada ketika berseliseh dengan penumpang-penumpang lelaki yang secara fitrahnya pada waktu yang sama mahu ke bilik air, mahu berdiri dan berjalan pada laluan pesawat yang sangat sempit ruang legarnya itu...



Musafir kali ini amat-amat payah untuk dilalui bagi seorang wanita muslim yang telah bersuami seperti saya kerana saya berasa seperti fitrah akhlak muslimah saya diperkecilkan di dalam suasana keselamatan dan keamanan perjalanan dijamin. 


Dan seringnya bertanya di dalam hati apakah lelaki-lelaki muslim  juga berasa terganggu jika fitrah akhlak mereka sebagai suami mendepani suasana yang saya alami ini?




Isnin, 24 Mac 2014

Kesabaran Ini Diujikah?


Pengalaman memandu di sini amat mengejutkan.



Tabiat pemanduan anak-anak muda tempatan juga rakan sebaya mereka yang bernegara asing seakan-akan menggambarkan pewarisan sikap kecuaian pemanduan generasi berusia mereka.



Ia memangsakan kejujuran dan kesederhanaan pemanduan pemandu yang berhikmah dengan ketertiban kerana pengalaman-pengalaman kemahiran tinggi kebanyakan pemandu dari negara di Asia Tenggara dan tidak keterlaluan memaksudkan pemandu wanita yang lebih beretika sesuai dengan sifat hikmah para ibu.



Jalan raya menyerlahkan sikap dan karektor sebenar pemandu-pemandu lelaki baik dari negara arab dan barat juga timur.

Apakah sedia dihindari khilaf andai diri tersilap mengujarkannya?

Sombong dan angkuh tidak keterlaluan untuk mempaparkan tabiat yang dibentuk oleh pendominasian sikap lelaki arab  ke atas kaum wanitanya manakala ia gambaran bagaimana mudahnya wanita sedia direndahkan kualiti nilai diri kemuliaan mereka oleh kaum lelaki.

Apakah sedia dielakkan khilaf faham andai diujarkan bahawa ia bukan merujukkan kepada semua para bapa?


(Di mana-mana hati lelaki sering wanita ditempatkan sebagai penebus keserakahan nafsu dan emosi - malah saya tertanya apakah yang dimesejkan oleh pengarah dan penulis skrip yang mengadegankan wanita-wanita muda dan tua dibogelkan seperti mana yang dilakonkan oleh watak-watak di dalam salah sebuah drama yang ditayangkan oleh televisyen mengenai kisah mangsa Bosnia oleh Serbia di dalam tayangan  In The Land o Blood and Honey.)


Pendidikan melalui filem ya cikgu sehingga yang haram perlu ditontoni oleh penonton muslim?

Akhirat tidak menjadi masa depanmu dan itukah perubahan menurutmu?)



Kesabaran juga tidak diseimbangkan dengan kesopanan pakaian jubah putih yang dilengkapkan oleh lilitan igal di kepala kerana mereka tidak sedia menunggu lama barisan kenderaan yang memanjang akibat penutupan jalan, lampu-lampu isyarat yang jaraknya berdekatan dengan susur bulatan atau kerja-kerja penurapan jalan.

Apakah terkesan reaksi radang dari pandangan ini?


Kenderaan mereka yang besar saiznya itu akan mulai memotong deretan pemandu kenderaan yang lebih beretika malah pemandu ini sedia menaiki tebing-tebing pembahagi laluan berturap simen di bahu jalan  bagi menunjukkan ketiadaan sifat sabar.

Menyalakan lampu-lampu tinggi sewaktu berada di lorong sebelah kiri atau tengah jelas perlakuan yang mengganggu pemanduan yang mematuhi had kelajuan.

Sesuatu yang sukar digambarkan apabila kesalahan-kesalahan jalan raya kekal dilakukan
oleh pemandu-pemandu muda tempatan dan remaja asing yang memperolehi lesen memandu.

Apakah takrifan bagi taraf jalan raya kegunaan awam apabila dikompromikan untuk menutup laluan utama jalan awam semata-mata bagi meraikan sesuatu kemenangan  atau perayaan?


(Wajarkah setiap yang terkesan di hati dituntut kemaafan?)

Kemeriahan hanya berlaku dan diraikan di dalam stadium sahaja dan tidak di atas jalan raya awam.


Pemanduan di sini kerap menimbulkan gangguan yang mendera perasaan  pemandu wanita yang umumnya lebih bersifat sabar menerusi corak pemanduan yang perlahan dan mematuhi tanda had kelajuan.

Namun tatkala keterlaluan diprovokasi wanita juga upaya memandu dengan meletakkan kerasionalan untuk diuji.


Memprovokasi di atas jalan raya menjadi ciri penderaan ke atas jiwa yang kadangkala ditemui pada cara pemanduan pemandu-pemandu dari India, Nepal, Pakistan juga lelaki-lelaki berusia.



Kebelakangan ini sistem pengaturan lalu lintas trafik kerap mengeluarkan saman ke atas pemanduan berdasarkan rakaman video ‘photo kamera’ di simpang berdekatan lampu isyarat dan ‘speed camera’ yang kerap menimbulkan kekeliruan.

Pemantauan dianggap menyempadani undang-undang untuk lebih dihadami lantaran sudut kematangan keterbukaan adalah dengan upaya menilai proses mengapa undang-undang tidak dihayati?

Misalannya tatkala kenderaan berada pada kedudukan jarak antara 100-200 meter di saat lampu hijau masih bernyala., pertukaran lampu isyarat sukar dihindari untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak rakaman kamera oleh kesalahan memandu pada lampu merah saman yang dikeluarkan adalah bernilai 300 hingga 500 riyal.

Misal lainnya apakah wujud keadaan yang disengajakan apabila  diletakkan kenderaan lama di bahu jalan lokasi tertentu yang disediakan kamera di dalamnya (jalan yang lurus yang biasanya dipandu melebihi 110 kilometer apabila tidak banyak kenderaan yang melaluinya.

Aniaya kerana kenderaan ini tidak diletakkan di ke dua-dua belah bahu jalan dan ia dianggap keterlaluan kerana tidak ada imej atau lambang jabatan trafik sebagai amaran yang meminta disederhanakan kelajuan pemanduan.

Lebih keliru apabila lampu berwarna kuning bukan bermakna bersedia yang wajar menunggu, sehingga warna hijau bernyala tetapi lama masa bernyalanya itu membenarkan diteruskan laluan kenderaan di simpang yang telah terpadam lampu merahnya mengakibatkan terganggu laluan pemanduan kenderaan dari simpang yang lain pada susur laluan persiaran bulatan.



Kami juga bersua keadaan di mana secara tiba-tiba pada waktu laluan di bulatan dikawal, secara rawak dan tiba-tiba hanya beberapa kenderaan diberikan saman kerana tidak menggunakan tali pinggang keselamatan.

Mengapa ia memeranjatkan?

Lantaran kesalahan itu turut dilakukan oleh pemandu kenderaan di lorong lain yang berada berhampiran dengan pemandu yang dikenakan tindakan.



Pernah juga ditemui amalan sikap memilih untuk dikenakan tindakan di mana saman yang dikeluarkan hanya menyebut ‘kenderaan ini telah dipandu secara merbahaya kepada awam’ tanpa menjelaskan sebab-sebab yang pasti tentang jenis kesalahan saman yang dikeluarkan sama seperti kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan yakni tebing tinggi di premis tertentu pada hujung minggu yang tidak dapat dielakkan kerana ketiadaan tempat yang mencukupi bagi menempatkan kenderaan.

Mengapa?

Lantaran berlaku di hadapan mata kami kesalahan sebegini tidak dikenakan tindakan apabila pemandu adalah dari penduduk tempatan dan yang sebangsa dengan mereka.

Mahukah ditolak kita sedang menguji reaksi bebas emosi?

Rasanya setakat ini sejumlah menghampiri 10,000 riyal nilai saman menjadi tanggungan kami.
(kira-kita lima tahun pada awal ketibaan kami)



Adil?



Kami menjadi lebih tinggi kesabarannya walaupun telah diberitahu bahawa saman berjumlah 6,000 riyal akan dikenakan apabila membuat pusingan semula di simpang bersebelahan Villagio dan premis perniagaan Hayat.

Di lokasi ini kenderaan lebih bervariasikan kepelbagaian jenama yang ekslusif mewah dipandu umumnya oleh pemandu tempatan.

Fenomena normal kekal dengan kenderaan-kenderaan berterusan membuat pusingan di simpang tersebut kerana tidak ada alternatif lain kesan dari perancangan plan trafik dan jajaran bangunan yang tidak bijak susunan lorong jalannya.


Adakalanya hangat yang memijar ini ditelaah oleh minda ini yang meminta kebanyakan warga dunia pelbagai lokasi berusaha giat mencari kaedah menukarkan minyak dan gas kepada sumber lain bagi menghidupkan enjin-enjin agar kebergantungan kepada telaga-telaga ini tidak kekal mengimpakkan pertelingkahan yang upaya mengarah kepada perselisehan faham yang menuju kepada peperangan.

Marahkah Syeikh dan tuan milik telaga minyak serta gas dengan luahan ini?


Bagaimana menghasilkan sel-sel bateri dari penggunaan solar yang lansung tidak memerlukan minyak dan gas wajar diberikan tempat untuk dihasilkan sebagai alternatif?


Sering disabarkan kepada anak lelaki yang kian ramai kenalannya dari warga tempatan, agar memahami bahawa pihak di sini mahu mendisplinkan warga mereka yang kelihatan begitu sukar untuk dididik atau dimotivasikan oleh kelaziman bertabiat hidup di dalam keselesaan dan kemewahan.

Hak-hak ketuanan mereka ini telah menjadikan ego sebagai sistem nilai berkemandirian lantaran mereka umumnya bukan di dalam kategori pekerja tetapi sebagai majikan.

Ini mungkin adunan budaya untuk berada selesa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat barat khususnya Amerika dan Eropah?

Namun setelah permautautinan kami meningkat usia terserlah wujud keadaan di mana ada komuniti atau kumpulan individu yang mengambil kesempatan ke atas hubungan anak saya dengan rakan-rakannya yang sangat mencabar kerukunan dan keharmonian kehidupan kami sekeluarga.

Malah amat keterlaluan apabila hak saya sebagai ibu mulai dicabar oleh mereka yang berada di lingkaran hubungan anak saya sehingga sangat mudah anak saya dikendalikan emosinya.


(Kami adalah muslimin yang beriman  dengan akidah di mana akidah bukan dicerna oleh sifat sekularisme dan  nasihat di dalam agama islam tidak disumberkan seperti mana olahan yang diwujudkan oleh kaedah 'Biblical Counseling' yang ditermakan melalui pendekatan 'Whole Person Counseling'! - kerana mentaati ibu bapa adalah ibadah yang menjadi asas kepada tarbiatul aulad bagi institusi kekeluargaan muslim!!!)

Saya akan memastikan hak saya sebagai seorang ibu yang berakidah tidak wewenangnya dipersedakan oleh komuniti rakan anak-anak saya yang beragama Kristian!


“Ya, jika pun mahu mendisplinkan warga mereka usahlah sehingga menganiaya warga yang datang ke sini untuk turut bersama membangunkan negara mereka. Kita bukannya kaya seperti mereka.Kita tidak mempunyai konsep 'Big Bro' atau kelab jutawan yang mengawal apa sahaja untuk mendominasi. Jangan sangka emak tidak mengendahkan semua ini. Sehingga ke akhirat emak akan membawa dakwaan ini ke pengadilan kerana hubungan seorang ibu muslim tidak terputus sehingga berlakunya kiamat!”


Keras saya menegaskan kepada anak-anak saya yang sangat rendah iman dan pemahaman berpengetahuan di dalam bertanggungjawab menjadi seorang muslim yang berakidah.

Saya tidak akan melepaskan setiap 'kebodohan' yang sengaja digunakan ke atas keluarga saya!


Dan stuasi di rumah kami sering tegang di antara penghuni lelaki sesama sendiri oleh tuntutan-tuntutan dibayar semula bayaran saman yang didahulukan.

Inikah penanda baru persaingan mellinium abad ini dalam menuju kesempurnaan?

Kebebasan jahiliah yang berkonsepkan sekularisme ini tidak menjadi rahsia lagi upaya merobohkan istitusi kekeluargaan islam dan kehidupan berkeluarga kami.



Punca sumber yang upaya meruntuhkan satu persatu binaan unit di dalam keluarga?


Tahniah.



Mengapa diucapkan tahniah?


Menjadi kelaziman masyarakat masa kini menyamakan nilai kehidupan berkeluarga sama seperti masyarakat barat di mana mereka tidak melihat keperluan untuk kekal menjadikan anak-anak remaja sebagai unit keluarga yang perlu dikasihi dan tidak dibebaskan awal dari menjadi sebahagian ahli keluarga.

Mengasihi dan menyayangi tidak bermakna dengan membuta tuli tanpa menghukum kesalahan yang dilakukan.

Mengasihi dan menyayangi bukan bermakna mendiamkan sahaja perbuatan dosa!


Mereka wajar dituntut mencari pekerjaan dan menyara kos kehidupan dengan sumber yang halal tanpa dianjurkan untuk  menghalalkan cara dalam mencapai imatlamat.

Mengasihi dan menyayangi bukan bererti menghimpunkan sejumlah senarai perbuatan maksiat!


Mengasihani dan menyayangi buat saya ialah menghadirkan anak-anak sebagai orang ke tiga penting selepas bapa dan ibu pada sudut kebolehan untuk beramanah ke atas keluarga sendiri dan sedia memelihara untuk membela keluarga pasangan mereka sekiranya telah beristeri atau bersuami dari perbuatan dosa dan maksiat.



Anak-anak tidak wajar dibenarkan tinggal berasingan dengan ibu bapa sebelum dia benar-benar layak memahami kewajipan dan tanggungjawab hidup berkeluarga.


Anak lelaki wajar tahu muhrim yang perlu diberikan keutamaan untuk ditanggung penanggungjawabannya.

Ibu, nenek, ibu saudara sebelah ayah dan ibu, saudara-saudara perempuan, sepupu perempuan di ke dua pihak ibu bapa, anak perempuan dari adik beradiknya wajar mendapat pemahaman yang ikhlas sebelum dia benar-benar memberikan perhatian kepada wanita lain melalui pernikahan dan sebelum saudara-saudara perempuannya berkahwin. 

Apakah anak-anak lelaki muslim ini faham kewajipan dan tangung-jawab mereka?



Apakah yang terjadi tatkala anak-anak yang masih rendah usia dan pengalaman hidup ini diberikan kesempatan dan ruang untuk berada di luar lengkungan keluarga atas anjuran berdikari?


Bagaimanakah caranya untuk dipelajari tugas dan peranan sebagai ketua keluarga seandainya hanya berada di dalam garisan cinta dan kasih sayang sahaja seperti yang ditermakan oleh semangat 'Ketuhanan' barat tanpa ibadah?



Adil yang bagaimana mahu direlevankan?



Menjadi tabiat yang telah diketahui bagaimana remaja-remaja apabila mencapai had umur antara 17 hingga 21 mereka ditunjukkan jalan keluar untuk hidup sendiri. 

Berdikari.


Apabila kajian dan pengalaman orang kaya menjadi tiruan dimodelkan pembinaan syaksiah remaja dan generasi entah di mana mahu diletakkan kewarasan.



Sedangkan hakikat dari tarbiah Rasul Sallahllah hu alaihiwassalam  anak-anak diangkatkan menjadi ahli keluarga yang memberi kesempatan untuk mereka bertanggungjawab.



Mengapakah keberkatan hilang dari aktiviti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan  bernegara pada zaman ini?



Mengapa?



Hanya untuk menjadi kaya.



Siapa kata?



Ibu dan bapa.



Andai orang miskin bagaimanakah anak-anak dianjurkan menjadi kaya?

Sentiasa jujur. 

Tidak berbohong dan bersikap tamak untuk segera menjadi kaya tanpa usaha.

Menerima hakikat perkara yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

Ia bukan perlu dimodalkan. 


Walau pun tidak upaya menjadi kaya, kita hidup bahagia kerana tidak menipu malah tidak berhutang.



Mudah.



Kehidupan berkeluarga masyarakat tempatan juga lebih menempatkan ruang-ruang pemisahan di antara ahli keluaraga apabila hujung minggu di sini kaum bapa lebih senang meninggalkan isteri dan anak-anak mereka di premis perdagangan utama dan mereka sendiri berada atau berkumpul beramai-ramai di ruang-ruang mewah untuk menikmati kehidupan berperibadi.



Ia sesuatu yang agak ganjil.



Lambang penyatuan keluarga lebih terarah kepada kehidupan bernafsi-nafsi yang memutlakkan hak berperibadi.



Anih.



Setelah bersusah payah memiliki kehidupan berkeluarga tiba-tiba sahaja inginkan kelainan. Tetiba sahaja inginkan konsep dan ciri yang lebih memfungsikan kehendak naluri dari sanubari yang paling dalam.


Sensasi kedengarannya atau lebih dieksklusifkan kehendaknya berbanding keperluan?



Kehidupan bersosial ini menimbulkan persoalan tentang landas tanda pembinaan ummah andai masyarakat yang didirikan tidak bertabiat dengan keislaman sebagai agamanya keimanan sebagai budayanya.


Ya masyarakat muslim di sini telah ditandai dengan liberalisme sekular.


P/S :

Mari ku ajarkan kamu bahasa melayu ku yang bebas tanpa perlu berhipokrasi atau dijual beli buat memiliki calitan kroni.


Tertanya mengapa dia masih mahu menginggeriskan minda ku walau pun dia sudah terlalu kaya dan hebat untuk tidak lagi wajar mendapat bantuan selain sokongan.


Usah membuatkan rasa benci  ini semakin tinggi.


Kerana kayu yang besar jugalah yang terus bersakat sedang yang layu berlumur karat masih marhaen yang padat dengan selaut jaki diberdayakan untuk menjadi insani.