Isnin, 3 Disember 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi

Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.

Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.

Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.

Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.

Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."

Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...


“Allah sabarkan saya dengan kejahilan kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka… amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya kelas dari kursus bahasa  dan akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya  yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam) dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
 Pengerusi mengalukan kehadiran kami dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Beberapa pandangan dan pesanan iman turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan kami.
Dan saya saling berjabat tangan dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?