Memaparkan catatan dengan label Diskusi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diskusi. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

Apabila Minda Berpeta-Peta

Berada di rantau Teluk menyingkap banyak pengalaman yang berharga untuk tidak diabaikan begitu sahaja.


Antaranya sewaktu mempelajari hukum pembacaan Al-Quran telah menjelaskan kebenaran peristiwa-peristiwa yang difirmankan oleh Al-Malik sendiri kepada makhluk-makhluk ciptaanNya.


Semenanjung Hijjaz bukan ciptaan yang sia-sia.


Menjalang saat-saat untuk ditinggalkan rantau yang menjadi tempat bermusafir ini tercatat semula nota yang telah lama ditinggalkan...


Muslim dan pengurusan emas atau muslim dan pemilikkan minyak perlu diadili dalam mensifarkan tanggungan hutang piutang...


Lalu sangat merugikan bagi eropah yang berdekatan dengan Semenanjung Hijjaz jika masih tidak mengambil kesempatan untuk menerima kesatuan negara muslim yang sangat dekat dengan mereka berbanding negara utama dunia yang sangat jauh untuk dihampiri.


Secara semula jadinya minda ini pantas melakarkan pertanyaan, bagaimanakah kadar minimum diwujudkan dalam penetapan harga apabila fikh islam menolak riba tatkala sistem keewangan kekal diuruskan oleh Bank of England.


Semakin angka-angka mampu dibaca, terbit keinginan untuk memahami apabila dividen disifarkan (misalnya pada pembiayaan penjaman/pembelian tanpa bunga), dari sumber manakah keuntungan dikira bagi pengurusan sesebuah sistem keewangan?


Juga saat angka-angka telah dibaca, bernyala hasrat yang menyala-nyala untuk diketahui apabila setiap saduran emas memberikan nilai, implikasi sistem pengurusan manakah yang dasarnya menimbulkan masalah tatkala ingin juga difahami bagaimanakah penyamaan nilai tukaran wang dilakukan pada masa kkeadaan harga barangan boleh dinaik atau diturunkan harga-harganya?

Jumaat, 20 Disember 2013

Ibu Saudara Yang Mengasihi Anak-Anak Kakak-Kakaknya

Catatan ku di http://www.facebook.com/LelawatibintiMohdAli

Lebih tujuh tahun yang lalu wujud perbualan di antara seorang ibu saudara dengan anak saudaranya yang ketika itu masih menuntut di salah sebuah universiti di New Zealand.


Mereka sering berbual-bual apabila wujud kesempatan,lantaran ke dua ibu dan anak saudara ini   saling berjauhan dari keluarga yang kerap dikenang...


Seorang di Qatar dan seorang lagi berada nun jauh di New Zealand...


Komunikasi melalui talian kabel bawah laut fiber optik membawa khabar kami menerusi menara-menara telekom dan satelite.


Bicara hal ehwal keluarga, peribadi dan hal-hal pesanan nasihat di dalam iman kami lakukan menerusi talian gentian optik dan satelite...caj bagi perutusan melalui telekom memang mahal lalu kami menggunakan laluan internet yang saling menghubungkan berjuta komputer secara percuma oleh kewujudan 'internet server provider' yang menterjemahkan perbualan kami.


Email-email ketika itu tidak menimbulkan masalah kepada kami apabila tiada gangguan 'penghackers'...yang memecah masuk kata kunci akaun email kami.


Ada ketikanya kami bertentangan pendapat, maklum sahaja jurang beza usia dan apabila pengalaman tidak sedia diterima sebagai sebahagian dari pengetahuan dan pendidikan.


Ada ketikanya kami saling memujuk supaya tidak ada yang terlalu mudah berkecil hati atau berasa kecewa perasaannya apabila berhadapan dengan ujian... 


Ada ketikanya saya lebih banyak meraikan kegembiraan yang dinikmati oleh anak saudara dan teman-temannya...


Lalu sehingga hari ini saya kekal menggunakan internet untuk pesanan-pesanan iman walau pun tidak mendapat sapaan, bersendirian dengan Allah menjadi saksi saya tidak berasa kesunyian atau kesedihan...

Biarlah ia menjadi amalan amal makruf dan nahi munkar saya... 


Alhamdulillah email ini yang hilang dari peti simpan akaun yahoo dapat disemak semula bagi diperbetulkan penggunaan ayat...



----- Forwarded Message ----From: twinpeaks klcc qatar <twinpeaks_56@yahoo.com>To: syuhadah alias <wardah_mujahadah@yahoo.com>Sent: Mon, June 12, 2006 10:59:07 AMSubject: Re: Fwd: [kworldclub] Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti


Assalamualaikum Along (kesemua anak-anak sulong dipanggil Along)

Sebelum berbual panjang tentang bola, mak anje mahu along tolong berikan mak anje email Angah Alib, boleh?


Begini sahajalah, agama itu adalah nasihat.

Sejauh mana kita telah menebarkan sayap sebagai individu yang menggerakkan nasihat-nasihat ini?


Bagaimana along dan rakan-rakan menanggapi perbezaan yang wujud di antara pemikiran, persepsi, pandangan dan pendapat?


Apakah dengan perbezaan-perbezaan ini menjadikan kita semakin rapat atau semakin jarak perhubungannya....kelian akan mewarnakan dunia dengan warna-warna yang kelian sendiri kehendaki...namun kita mesti jujur bahawa kita mesti membentuk sesuatu ke arah mengkreatifkan pemikiran.

Pemikiran kita selalu jumud dan beku apabila berhadapan dengan pertentangan antara tanggungjawab dan kehendak.


Mak anje merujuk tanggung jawab kepada agama dan kehendak sebagai naluri peribadi.

Bolehkah ke dua ini bertemu ?
Mesti boleh !
Kita yang membina dinding tembuk pagar dengan berpendirian bahawa setiap yang terbit ilhamnya tidak wujud kaitan dengan nilai agama, mesti benda itu akan merosakkan tatkala iman kita abaikan.

Bola.

Stamina yang mengekalkan kepantasan berpasukan adalah pendidikan untuk kita membina jamaah.  

Kita sarat dengan kemelut remeh temeh yang sebenarnya MEMBUNUH kekreatifan idea untuk berfikir.


Arak misalnya fakta yang jelas haram kepada muslimin.

Bagaimanakah kita bersama dapat menyedari perkara ini?

Membaling batu? 

Berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian kita? 

Berbincang atau menyertai pertubuhan politik dan NGO yang mampu merealisasikan inspirasi kita? 

Belajar dengan ilmu tapi amalan menuntut bayaran sejajar dengan kelayakan juga pengalaman upaya menghalang kita.


Kita silap apabila sentiasa menakutkan diri tentang jauhnya jarak kita dengan syuga.

Mulakan dengan diri terlebih dahulu....sentiasa jujur ikhlas sentiasa bersedia untuk maju ke hadapan bukan dengan mencipta persepsi-persepsi yang manis di telinga sahaja tapi kaitkan dengan hati kerana hati tempat duduk segala rasa. 

Hati yang menjadi alat utama untuk membaikkan perbuatan bila niat sentiasa diperbetulkan.

Adakah ilmu duduk di minda sahaja?

TRAMPILKAN ILMU dengan mendidik menghubungkan mereka yakni remaja dengan perkara yang benar.


Jika mahu bermain bola perlu berlatih, perlu ada semangat bersatu bukan individu.


Jika mahu menyanyi mesti faham siapa yang akan jadi sasaran kita....apa yang mahu di bawa.........bagaimanakah mahu dijalinkan irama muzik sesuai dengan keperluan fitrah insan yang mahu masa senggang bagi melenyapkan kerunsingan.
(fatwa ke atas muzik berbeza-beza mengikut agama atau iman atau dasar kerajaan?)


Jika membaca Al-Quran, bagaimanakah kita bentangkan dalam kehidupan rutin harian apa yang kita baca?


Mak Anje lebih suka bersendirian sebab mudah menjaga hati, niat dan perbuatan tetapi adik-adik merimaskan mak anje bila mereka tidak mempunyai ramai kawan, mempunyai banyak masa di rumah dan memilih untuk berkomunikasi dengan alam cyber dengan pelbagai akses....

Namun jika kita tinggal di dalam gua kita tidak dapat menyampaikan walaupun sepotong ayat dari kudwah hasanah Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassallam. 

Banyak yang mereka dapat tapi mereka tak mahu berkongsi dengan mak anje apa yang mereka buat.

Sesekali mak anje kena menghormati keinginan mereka... namun mak anje syukur sebab mereka jujur sentiasa berusaha melenyapkan prasangka mak anje....yang pasti mak anje beri mereka kebebasan setelah menerangkan apa natijjahnya jika ini yang dipilih atau itu yang dikehendaki...yang penting bila mereka menipu, mereka menipu Allah dan malaikat yang menjadi saksi ke atas setiap apa yang mereka sembunyikan.

Perbuatan ini tidak merugikan mak anje atau menguntungkan mereka.

Antara hadis Nabi sallallah hu alaihiwasalam yang menjadi panduan mak anje ialah ",,,didik, bimbing, ajar, terangkan, asuh dan tunjuklah bagi memberitahu anak-anak kamu, sebab mereka adalah tercipta untuk MENGHADAPI MASA YANG LAIN DARI MASA KAMU."


Mengenai aurat.....bagaimanakah pandangan Along? 

Sudah sampaikan pada sepupu, rakan, taulan dan handai apa erti aurat dan mengapa ia tidak wajar dicampurkan dengan tabbaruj?

Bukan semua insan itu soleh.......mudah menguyah menghadamkan apa yang kita sampaikan.

Masalah kita adalah berhadapan dengan insan yang belum soleh, namun di dalam hati mereka ada sifat mengasihi agama, ada rasa pedih jika dikutuk dihina dilemparkan dengan nista. 

Adakah kita dapat selami perasaan itu?

Kita yang rasa agak sempurna penjagaan aurat selalu membiarkan mereka terkapai bersendirian.

Dekatilah mereka dengan kasih sayang yang jujur...pasti, pasti Allah akan menyayangi kita dengan memberkati niat usaha kita.


Palestian bumi anbiak.....semua yang mencinta Allah dan yang mengasihi agama, merasa berhak ke atas bumi ini. ..

Kesukaran akan menjadi mudah bila melihat bagaimana Allah membiakkan manusia yang berbagai rupa dalam jasad yang berbeza dalam bahasa yang berbeza yang asalnya bermula dari seorang manusia ADAM.


Apakah yang kita rebut atau persaingkan....bila semua akan mati...tatkala ini percaturan pemimpin yang berkaedahkan amalan yang kuat menindas yang lemah kerana memiliki kuasa tapi amanah kuasa itu yang sering membinasakan mereka.


Kekuatan jika tak di seimbangkan dengan kemanusiaan yang bertunjangkan iman akhirnya lihat apa yang berlaku.....mendapat kekayaan dari cara yang salah misal menjual senjata api dan apa sahaja yang diperlukan oleh tentera untuk mengkreatifkan hasil pendapatan negara yang upaya merosakkan bangsa dan negara lain dan penanaman popi.


Bagaimanakah menjajah dengan cara yang bermaruah?


Perang dunia tidak akan berlaku atas kekuatan ketenteraan tetapi menerusi penjajahan ekonomi yang bersifat adil upaya mencetuskan 'peperangan di benua-benua'.


Menjajah dengan 'mentaliti bijak'... (sayangnya mentaliti bijak ini kurang dimiliki oleh kaum lelaki)
Sebaliknya semakin ramai kaum wanita yang memiliki kelebihan kekuatan berfikir mencetus idea menggarap tujuan dan haluan yang merintis banyak jalan ke arah kebaikan....

Kembali semula kepada soal Palestian...mereka yang berhujjah kata, berdiskusi idea, berikat janji setia di pentas PBB  tidak sama dengan mereka yang menitiskan airmata apabila kehilangan suami dan anak-anak...bagaimana mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan jika tidak ada sekolah yang lengkap,,,,adalah tidak munasabah khalayak yang jauh dari Palestein upaya menjadi tetangga jika bukan masyarakat arab dan yahudi itu sendiri yang dianggap munasabah membina hubungan sesama mereka.

Susun nasab Quraizah, Qainuqa' dan Nadhir tidakkah masih wujud anak cucu cicitnya pada ketika in?

Nasab bani Quraisy juga memiliki anak cucu cicitnya...

Berseliseh pendapat tidak bermakna kita tidak boleh melakukan perkara yang bermanafaat.

Yahudi atau Arab  sama-sama insan yang mulia jika bertunjangkan akidah...

Adakah nasrani membantahnya?


Misyar lebih baik atau poligami lebih baik?
Ini bukan hal bangsa Amerika atau Britain atau Eropah.

Apa sahaja yang telah Allah tetapkan semua ini baik untuk kita. Sebab sesuai dan memang mampu di hadapi oleh kita tak memberatkan. Menjadi berat apabila soal ini tidak di fahami dengan jujur.

Poligami tidak menjadi niat mak anje sebelum di ijab qabulkan.
(Mak Anje fikir setiap  gadis muslim perlu menyatakan perkara ini dengan jelas sebelum mereka dijabkabulkan)

Ta'aliq talaq bukan hal ehwal dan bukan urusan yang perlu ditangani oleh masyarakat bukan mukmin.

Kelemahan memahami tafsiran Al-Quran menjadi masalah tatkala tajweed bacaan Al-Quran boleh dipelajari.


Rabu, 30 Oktober 2013

Masyarakat Pengguna Diperlukan Oleh 'Made from America'.

"Tidak ada Nabi sesudah Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam!"

"Adakah kerana itu idol dan ikon dari siri realiti menjadi solusinya?"

"Mahu diapakan kisah ahli-ahli syuga bila petunjuk ke neraka dialternatifkan?"


"Lalu bagaimanakah anda meletakkan remaja dan belia sebagai idol untuk memangku isu-isu dunia bila mereka diheret bagaikan lembu dan kuda yang dikekang talinya dek perlu bernaung di bawah redupan bayangan pihak-pihak yang memerlukan sokongan mereka?  Ia membuatkan kita dilihat telah menurunkan harga diri peradaban...yang kekal hilang kesolehan sebagai identiti yang beragama."


"Peradaban di facebook dan twitter sahajakah yang diminta mereka menggalas amanah dan tahu bertanggung jawab? Bersaing dengan album-album eletronik yang menjadi alternatif setelah kamera manual kodak tidak lagi digunakan? Ini peradaban 'Made From America'...hak peribadi dilucutkan dan tidak dihormati. 'Free of charge' milik mutlak media yang para penjawatnya bergaji dan berbonus."


Sudah dilupakankah dek sabda Rasulullah sallallah hu alihiwassallam :

Saya ialah Muhammad yakni bermakna yang dipuji. 
Saya adalah Ahmad yang bererti yang terpuji.
Saya adalah Al-Mahi yang bermakna penghapus yang melalui baginda dihapuskan kekufuran.
Saya adalah Al-Hasyir yang bererti menghimpun di mana manusia berhimpun selepas baginda wafat.
Saya adalah Al-Aqib yakni penyudah yang tidak ada Nabi selepasnya.


'Made From Amerika' tidak mampu mengabaikan pendominasian, pemonopolian untuk tujuan pengeksploitasian setelah ia menjadi industri di pasaran terbuka yang dirintis olehnya."

"Apakah akhir zaman nanti Amerika juga teringin menjadi pemerintahnya?"


Saat ini saya sukar menghalang senyuman dari terukir. Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman?


Saya juga melihat dia tertawa menyeringai...mungkin pertanyaan minda kami yang bisu ini membuatkan kami berkali-kali bertanya, benarkah Amerika masih berhasrat mahu menjadi pemerintah di akhir zaman setelah dia menolak akhirat sebagai masa hadapan?


Saya tersenyum-senyum. Dia pula tertawa-tawa.

Tidak tahu apakah kerana kami berasa girang atau kami berasa lucu dengan komedi Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman.


"Mudah sahaja saya simpulkan...bagaimanakah hak milik pada hak cipta di interaksi 'made from Amerika' dikuatkuasakan undang-undang mengenainya...Adakah sama dengan nilai status 'PC-PC'
tertentu yang menyimpan gambar-gambar peribadi dan kini smartphone-smartphone yang berisiko bertukar hak milik apabila berjaya di 'hack' oleh indivdu perseorangan atau pelajar-pelajar ITC misalnya?"

"Cubalah kita menjawab dengan jujur siapakah Raja Rom yang bertanya tentang Muhammad bin Abdullah sallallah hu alihiwassallam..."

"Dia berkomunikasi dengan si Quraisy yang membenci keluarganya sendiri. Abu Suffian membenci Muhammad sallallah hu alaihiwassallam tetapi dia masih mampu berkata benar tentang Nabi Muhammad..."

"Lalu dikau mahu mengusulkan bahawa 'penghackers' itu penyelamat?"

Pengguna dan masyarakatnya diperlukan oleh 'made from America'.







Khamis, 21 Februari 2013

Komunikasi Tidak Terurus


Setibanya di Al-Fanar semangat saya hilang dan terbang melayang.

Seluruh emosi saya tersentak.

Bagaikan melalui gudang penyetoran bagi menyimpan barangan yang tidak diperlukan, saya tercari-cari laluan untuk mendaftar bagi bertemu dengan Siti Aisyah.

Tersorok bagaikan bersembunyi dari dipandang Al-Fanar umpama karung buruk di mata saya tatkala bagaikan dipaksa agar melewati lorong-lorong gudang yang ditinggalkan.
 
Mungkin juga ianya kerana saya tidak menemui laluan di pintu utama.
 

Mata saya terganggu dengan penglihatan yang sukar dipadamkan .... tidak terurus dengan baik, kekurangan kaki tangan dan beginikah laras pada istilah percuma semata-mata bergantung pada ehsan dan budi serta besar jiwa kerana kasih sayang?
 
Terminal kebajikan dan saluran kemanusiaan juga perlu menggunakan topeng!
 
Saya tidak tahu bagaimana mahu mengira dana dan wang dari tabung yang dikatakan upaya membangunkan sebuah pusat pendidikan yang mahu ditinggikan taraf berpengetahuan wanita dan kanak-kanak.
 
Saya tidak tergiur untuk bertanya tentang Malala yang dihidupkan oleh pelbagai sifat intelek budiman.
Saya tidak ingin lagi memikirkan karisma kepimpinan mana yang perlu diikonkan menjadi ikutan generasi.
 
Penterjemahan beragama apakah perlu kekal menjadikan orang islam kelihatan serba naif tatkala persekitaran kondusif kekal melingkari para pembawa budaya yang membawa skill kemahiran berkualiti dengan jaya diri dengan tampil persona kualitinya walau pun akhlak bukan lagi menjadi pembina institusi kekeluargaan?
 
Kegagalan dari kejayaan pelobian tidak memberi apa-apa makna ... kata sanubari saya yang paling dalam.
 

Menguruskan pengetahuan kepada saudara-saudara yang masih baru mengenali islam adalah satu tanggungjawab yang amat berat kepada tenaga pengajar di Al-Fanar yang menyediakan kelas pengajian islam secara percuma.

Sukar saya pendamkan rasa simpati yang amat dalam terhadap keinginan mereka mengorbankan masa rehat bersama keluarga hanya bagi menguruskan kelas-kelas ini.
 
Tidak wajar  masa-masa  yang dijadualkan untuk bersama keluarga di hujung minggu turut digunakan bagi menguruskan kelas pengajian kerana pada saat-saat begitu di waktu petang kesemua mereka telah mengeluarkan tenaga paling maksimum dan sedikit letih untuk memulakan pembelajaran berbanding pada waktu pagi.
Saya pasti guru-guru juga sudah mengoptimumkan tenaga mereka seharian setiap hari bekerja untuk menikmati kerehatan kerana bukan semua mempunyai pembantu di rumah bagi membantu mereka.
 

Hari Jumaat adalah hari kelepasan umum di Qatar.

Ia wajar diberikan kepada setiap pekerja samada bagi pekerja berpendapatan atau pun bertaraf sukarela khususnya bagi ibu-ibu yang telah menyempurnakan tugas dan kewajipan mereka sebagai isteri dan ibu sementelahan para suami bercuti dan hanya mahu berehat di rumah sebelum memulakan semula tugas mereka pada hari Sabtu atau Ahad.

Waktu bertugas di negara-negara arab amat menuntut pengoptimuman tenaga  tatkala rakyat tempatan bukan terdiri dari pekerja yang memenuhi setiap sudut aktiviti pembangunan negara mereka.
 
Kebergantungan kepada pekerja asing menjadikan kekal cara hidup masyarakat barat menjadi warna kepada hidup berbudaya  negara arab yang sedikit mundur pembangunan akhlaknya.
 
 

Bagaimanakah model yang boleh dijadikan ikutan dalam membina status kebajikan jika diorganisasikan secara percuma?
Apa yang pasti suara sebenar Siti Aisyah tidak sama seperti mana suara yang saya dengar dari telefon....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya Ia Hanya Hubungan Sehala Sahaja


Sejak mula saat diisi borang pendaftaran saya sudah mulai diulit rasa musykil.

Pada malam Khamis hari Rabu (2/1/13) sejurus sebelum waktu maghrib saya menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang bersuara amat lembut perlahan dengan dailek Indonesia memperkenal diri sebagai Siti Aisyah bertanyakan tentang  email yang dikirimkan kepada saya.

Apabila menyatakan saya tidak menerima pengiriman email ke thanaif@gmail,   Siti Aisyah meminta saya mengirimkan email kepadanya untuk kiriman semula.

Sukar untuk menjelaskan perasaan hati saya terhadap susunan yang disistemkan pada akaun email-email saya kebelakangan ini tatkala saya tidak menerima banyak kiriman email kerana tidak mempunyai ramai kenalan.
Eletronik digital juga mempunyai teknologi pda sudut genetiknya?
Memiliki gen jugakah pemetaan komunikasi peribadi dan jaringan komputer sehingga menjadikan saya sering bermenung melihat aksi robot pembantu yang tidak berjalan melalui gentian optik tetapi dari satelite yang dapat mengesan laluan orbit di bumi?
 
Apabila dibalas kiriman  email yang diterima sering pula ianya gagal dihantar oleh web master.
Bertimbun-timbun web master mengirim semula email yang saya balas yang menjelaskan sensor eletronik seperti mengawal sistem jaringan komputer saya.

Alamat email Siti Aisyah  stay_m26@yahoo.co.id dinyatakan sebagai tidak sah oleh yahoomail  dan gagal dikirimkan tatkala saya mencuba menggunakan akaun thanaif@yahoomail serta di hotmail.

Apabila mesin diminta berfikir hanya melalui program penduplikasian dalam sistem komunikasi yang dikawal ingin ditanyakan apakah makna globlalisasi apabila prosessor cip yang menyimpan memori mudah digunakan bagi meniru dan mengubah suara?
Adakah wujud pembebasan manusia dari belenggu 'apartheid' tatkala sistem perhubungan manusia boleh ditempa acuannya?
Dan sesungguhnya mesin tidak boleh digunakan di dalam membina interaksi bila ianya tidak boleh didakwa apabila wujud kesalahan yang perlu dipertanggungjawabkan. Manusia bernyawa dengan sifat emosi, intelek dan rohani yang tidak boleh diprogramkan oleh mesin yang sengajakan untuk  mempunyai multi identiti.
 
Anak gadis menyatakan bahawa saya wajar hanya menggunakan satu email sahaja bagi menghindari kekeliruan kerana saya mungkin terlupa email yang mana telah  gunakan.


Kebahagiaan diberikan kepada orang yang berbakat.

Apakah bakat saya pada penulisan ini sesuatu yang memudratkan sehingga saya perlu berhadapan dengan kesukaran?

Lantaran itu saya menggunakan kesemua email bagi mengesahkan aktiviti saya di siber setelah menyedari Yahoo Mesengger saya telah digunakan oleh seseorang yang turut menamakan dirinya sebagai thanaif.

 
Bersendirian saya menuntut hak ke atas nama pena ini.


Dipersendakan saya tergelak.

Diperendahkan saya tidak mengelak.

Dilempar keji saya tidak tersentak.

Diumpat hista sedikit rasa cuak.

Gusar agama menjadi fitnah walau nama telah dilumuri sebak.

Dihasad iri saya tangiskan dengan jiwa yang sesak.

Walau sesekali terladung air mata hingga mata membengkak.

‘Bangsat, durjana malah khinzir’ melucur laju sebagai kalimat bertekak.
 
Apakah mereka kekal tidak menyedari bahawa angkasa, lautan, bumi dan udara dimiliki oleh Pencipta untuk seketika mereka merendahkan ego yang dikuasai?

 

Jumaat, 11 Januari 2013

Saksi-Saksi Ku

Catatan tatkala di Mozah Centre :

Sambil melayani bacaan-bacaan hafalan rakan-rakan kelas fikiran saya membaca lipatan hati yang sering berbicara sendiri...

Adakah Al-Quran tidak tidak mewacanakan sifat intelek kepada pembacanya?

Apakah harus pembaca Al-Quran itu dari khalayak yang serba dhaif dan serba mundur sisi fizikalnya?

Adakah sejarah di dalam Al-Quran tidak berulang dan tiada wujud perwatakan baru bagi masyarakat dunia pada hari ini?


Keunggulan bahasa Al-Quran yang menyuburkan kepelbagaian bahasa untuk dihayati sifat insan seperti terlihat dirundumkan oleh bahasa inggeris dan ahli masyarakatnya yang kehilangan jati diri berperibadi sebagai seorang muslim sehingga kelancaran untuk menemukan bagi membina sifat buday dari Al-Quran tidak sepenuhnya aktif menjadi aktiviti ummat.


Saya berasa 'sakit' dengan hak-hak yang dibentuk isunya oleh laras-laras ideologi.


Berasa marah dan kecewa dengan kegagalan hijrah menjadi ciri bagi muslimin yang beramanah dengan imannya.


Saya tidak tahu mahu menghalakan pandangan ke mana lagi tatkala sikap penceroboh dan pencabul yang tidak bermaruah mulai menzahirkan kehadiran mereka di mana-mana sahaja interaksi yang boleh dicapai melalui hubungan interaksi jalur fiber optik dan gelombang.


Di manakah masyarakat mukmin setelah pintu pra akhir zaman sudah terbuka?

Di manakah generasi rabbani yang membaca Al-Quran sejak sekian lamanya menjelang terbukanya pintu pra akhir zaman ini?

Di manakah penutur bahasa Al-Quran ini yang didakwa kaya raya berkuasa terhadap nilai kuasa membeli tatkala pelbagai pintu pra akhir zaman sudah dibina sejak sekian lamanya?


Berasa sedikit gusar seketika tatkala seperti wujud keinginan bagi menampilkan hanya jenis ras etnik tertentu sahaja bagi mewakili Asia Jauh setelah Asia Tengah sudah bercaca merba variasi etniknya.


Dicatatkan renungan minda ini di skrin mini agar ia tidak dilupakan :

Rakyat tionghua di tanah air ku dapatkah memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk melintasi rintangan yang disediakan untuk mereka setelah selama ini mereka amat memahami sifat sebenar seorang muslim melayu di tanah air kami tidak berjudi, tidak meminum arak, tidak berzina, tidak memakan makanan yang tidak halal, tidak mengambil hak bukan muslim dan pelbagai ketidakbolehan terhadap aktiviti yang dilarang untuk kami melakukannya oleh islam?


Bolehkah mereka beramanah dengan hukum-hukum fikh kami yang selama ini telah mereka hayati oleh pergaulan baik di antara ibu bapa serta datuk nenek kami selama ini?


Apakah upaya Asia dibina oleh ras cina dari kalangan rakyat yang dilahirlkan oleh tanah air kami?

Isnin, 3 Disember 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi

Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.

Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.

Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.

Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.

Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."

Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...


“Allah sabarkan saya dengan kejahilan kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka… amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya kelas dari kursus bahasa  dan akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya  yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam) dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
 Pengerusi mengalukan kehadiran kami dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Beberapa pandangan dan pesanan iman turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan kami.
Dan saya saling berjabat tangan dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?

Sabtu, 10 November 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi



Kemudian salah seorang petugas memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.

Menyatakan perkara yang berlainan di atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah rahsia di antara saya dengan Allah.

Lantaran pilihan saya bagi mengikuti asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga puluhan dan melepasi empat puluhan.

Mereka di mata saya menzahirkan perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya, tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?

Muallimah Mona yang mengendalikan kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.

Muda dan manis wajahnya.

Kami tidak bertaaruf walau pun jelas kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.

Sepenuhnya kelas dikendalikan di dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.

Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf hijaiyah.

Apakah tidak upaya tajweed menjadi mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?

Al-Quran pada sudut bahasa arabnya mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari sejak awal lagi.

Ia sangat berbeza dengan bahasa arab moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami asas binaan bahasa itu.

Takdir dari sunnahtullah Allah Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta olehNya sebagai Pencipta.

Ia bacaan yang membenarkan ummah mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Apakah manusia yang diciptakanNya tidak wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?

Ya cuma tatkala manusia berhasad dan mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.

Tafsiran dari surah-surah wajar dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.

Mencari Peluang Berkomunikasi


Masyarakat arab sudah sedia mengabaikan pembinaan diri mereka sebagai pemilik harta dari Allah yakni Al-Qurankah?

Setelah masyarakat nusantara sudah agak lama mengabaikan harta Allah ini sehingga mengimpakkan kecelaruan wadah untuk dibentuk semula jati diri masyarakat yang beragama apabila yang berbangsa itu lebih ingin mencapai taraf kegloblasasian oleh modeul moden pada kesaksamaan dan kebersamaan kewujudan diri, nusantara semakin tidak dikenali.


Beberapa ketika rakan saya meminta ditemui seorang wanita yang bertindak sebagai pengurus bagi penempatan pelajar baru bukan arab mendaftar bagi mengikuti pelajaran yang dipilih.

Saya tidak diperkenalkan dengan siapa saya berkomunikasi pagi itu.

Wanita yang bersantun dengan budi yang mesra bersifat peramah menyusun bicara. Mengenalkan beberapa peraturan umum berkaitan masa, jadual kelas, tempuh percutian, kawasan larangan bagi meletakkan kenderaan sambil menegaskan bahawa tidak ada layanan istimewa untuk membezakan di antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.

(pada saat ini saya berasa seperti kebersamaan bagi kami yang bukan wanita arab dengan wanita arab tempatan difokuskan dengan penuh santun kerana sekilas yang diperhati wanita-wanita yang mengikuti kelas-kelas pengajian islam dan Al-Quran di sini dan di Mozah Centre adalah terdiri dari wanita yang berstatus kaya, berkedudukan dan selazimnya beridentitikan mempunyai wang manakala kebanyakan dari kami sebagai isteri pekerja asing di Qatar hanya bersifat seadanya mengikut apa yang terdaya dipenuhi oleh suami. Malah ada ketikanya dompet saya sendiri tidak menyimpan walau seriyal wang J)

Ini satu kemandirian yang sangat perlu dihargai lantaran keberdayaan  diolah oleh peraturan fikh kami yang menyamakan kami semua dengan laras iman.
Mengasihi fikh sebagai peraturan yang memuliakan wanita-wanita muslim sukarkah ditangani?