Jumaat, 22 Mac 2013

Berlakonkah Juga Kita?

Bismillah.


Ya Allah sabarkanlah saya.


"They should know i am really fed up with all this domination by arab man on their own lady (i am not sure about it)"  

"To object this weakness, i will making a fun clown story about their own girl and lady."

"Muslim always be fair even they are being treat as an enemy. Is it because they are always be sincere or pretended is their character?"




Sekolah saya di Canada.



Ia tersangat jauh dari tempat tinggal saya.



Saya masih tidak tahu bagaimanakah saya ditempatkan di sekolah ini yang hanya terdiri dari pelajar-pelajar perempuan yang terbahagi kepada beberapa kelompok usia  mengikut kursus yang dikuti.


Saya menemukan berbagai jenis warna kulit pada wajah yang saya temui pada hari pertama menjejakkan kaki di sekolah tinggi ini.


Saya tidak menemui seorang lelaki pun pada ketika itu.


Ketika itu tertanya-tanya juga di dalam hati apakah saya akan melihat pemandu wanita yang memandu van atau bas yang menghantar barangan keperluan ke sekolah?



Di dalam perlahan saya sering berdoa agar tidak menemukan stuasi yang sering mahu dihindari. Saya cuba menghindari dari melalui laluan yang perlu berakhir dengan secara terpaksa untuk diakui dengan pahit bahawa kelemahan di pihak wanita sendiri  yang menjadikan lelaki mereka ditampilkan sebagai penyelamat atau sekurang-kurangnya wanita-wanita ini sendiri yang mahu kekal berdiri di atas kaki para lelaki.



Hanya ini sahaja natijah yang saya temui pada perjalanan yang masih sedikit pengalamanya dalam membina pengalaman sendiri.




Fitrah azali dari sifat Al-Hakam Al-A'dlu menjelaskan siapa Pencipta dan siapa hamba apabila lelaki adalah bersifat memimpin. 


Allah Maha Mengetahui kerana sifat PenciptaNya.



KeadilanNya oleh Kepemurahan kasih sayangnya mengetahui kecenderungan hamba-hambaNya yang berfitrah untuk mempunyai pasangan yang berlainan gender dan menguji hamba-hambaNya yang umumnya tidak mampu berlaku adil jika beristeri lebih dari seorang oleh nafsu amarah tatkala kewujudan wanita-wanita mengatasi bilangan lelaki.



Meski pun pada perjalanan ini wanita-wanita yang saya temui umumnya ramai yang bertumit tinggi kasutnya, hebat aksesorinya dengan pelbagai material jenis lembut menutupi kulit mereka, semua ini menjadikan mereka perlu kekal berada di samping lelaki-lelaki yang lemah yang dikayakan oleh keselesan menjadi pemilik harta yang tidak perlu diluruhkan peluhnya walau pun setitik.



Peluh yang dititiskan hanya wujud tatkala lelaki-lelaki lemah kemandirian ini menangalkan jubah mahal mereka yang ditenun selimpang di atas bahu hinga ke hujung kaki dengan bebenang emas dan igal lilitan imej lelaki 'suci' di kepala dan seutas butiran tasbih mutiara mahal di kocek untuk berasa megah berdiri di sisinya wanita yang enatah dari mana menjelmanya tanpa rasa aib untuk menumpangkan maruah kerana berjaya menjadi arab celu dan arab tiruan.


Mungkin mereka mewarisinya dari lelaki bertuxedo yang bergilap sepatu hitam mereka dek ingin berdiri sebaya usia wanita yang perlu menzahirkan dada untuk dilihat muda...


 


 Saya semakin tenat di sini.


Sakit ini menikam luka di setiap emosi saya tatkala tiada pembaharuan iman yang dilansungkan.


Saya sakit di sini dengan panca indera yang semakin tumpul untuk mencahayakan suara batin yang jauh terletak di sanubari saya meski pun saya sudah semakin baik bacaan Al-Qurannya. Tidak wajarkah ia sudah memadai buat saya?



Saya sakit! 

Sakit kerana terasa perlu memindahkan setiap kelukaan wanita-wanita itu ke atas rohani saya tatkala saya tidak melihat kekecewaan mereka!


Lelaki di tanah ini tidak tahu menitiskan peluh kerana bekerja!


Lantas wanita dan anak-anak mereka menganjurkan supaya pusat riadah menjadi tumpuan dengan kitaran yang serupa di mana akhirnya yang dibawa masuk ialah juru-juru jaya budaya yang tidak memahami penghayatan beragama.
 
Sukar untuk saya membahagiakan hati sendiri tatkala melihat hakikat saudara seagama saya di sini tidak sedia bekerja kerana mereka selama ini selesa menjadi penghijrah yang dianjurkan dengan kebajikan ditaja oleh semangat kemanusiaan baik yang lelaki mahu pun yang perempuan.
 
Lantaran saya perlu melakukan transit di setiap lapangan terbang bagi menukar penerbangan sebelum tiba di Canada, sering ia menjadikan masa saya tidak dapat diuruskan dengan baik. Jauh perjalanannya sehinga saya selalu tiba lewat ke kelas. Cikgu-cikgu pula seperti memahami bahawa perjalanan ribuan batu itu memenatkan saya yang sering mengejar masa untuk disamakan dengan jarum jam di dinding kelas.



Allah memberikan saya peluang untuk sering dapat berada bersama-sama dengan wanita-wanita solehah. Wanita-wanita yang baik ditemui berkumpul di sini. 
Di satukan oleh pencarian ilmu.



Walaupun jauh ribuan kilometer, wangian wanita solehah yang dinaungi oleh sayap-sayap malaikat mudah saya jejaki namun malangnya seperti saya tidak mahu dilepaskan oleh mereka.



Sayakah yang terdera dengan barakah kesolehan mereka?





Saya tidak berfikir mereka ini berlakonan juga ... sebagaimana khalayak yang sering 'mempersendakan' catatan-catatan peribadi saya.