Jumaat, 27 April 2012

Membaca Diri Sendiri



20 hb April 2012 – Jumaat


Pemblog bersama dengan emaknya yang dibawa berkunjung menziarahi keluarganya di Qatar.


Emak dimasukkan ke hospital Daerah Klang setelah mengalami sakit di bahagian dada dan berasa kepenatan apabila melakukan rutin hariannya.

Perkembangan mukhtahir emak diberitahu oleh kakak ku Arinawati yang mengirimkan pesanan ringkas ke peti inbox C903.

Berada jauh dari tanah air menjadikan berita tentang emak adalah penting dan mendapat perhatian utama.

Setiap hari keadaan emak diberitahu dengan terperinci oleh anak-anak saudara ku Nur Atikah dan Nur Qistina yang bertindak mengambil cuti untuk menjaga nenek mereka.

Pagi ini 20 hb April saya memberikan pandangan kepada Nur Atikah setelah mengetahui dari kakak ku Norlea yang menyatakan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan bagi mendapatkan emak rawatan rujukan ke hospital HUKM atau IJM (Institiut Jantung Negara)

Saya menolak untuk emak disusulkan bagi mendapatkan rawatan susulan ke HUKM.

Saya menolaknya dengan tegas menyatakan bahawa selama emak mendapat rawatan rujukan di hospital itu emak tidak disahkan sebagai pesakit jantung walau pun beberapa hari dimasukkan ke wad bahagian kardiologi.

Emak wajar dirujuk ke Institiut Jantung Negara dan mendapat pengesahan Hospital Daerah Klang yang mahu memastikan keadaan sebenar emak lantaran pihak hospital meminta sehingga esok (21 hb April 2012) bagi memantau keadaan emak yang masih berasa pening dan berasa tekanan di bahagian dada.

Biarlah emak disahkan samada berhadapan dengan masalah jantung atau tidak setelah HUKM tidak mengesahkan emak sebagai pesakit jantung.


Saya masih mengingati dengan jelas bagaimana doktor yang ditemui pada pagi setibanya saya di tanah air dari Qatar tahun lalu.




Saya pulang bersendirian kerana emak sering sakit pada ketika itu



Emak dan salah seorang anak saudara pemblog

Bualan dan informasi serta perbualan kami adalah seperti ini :

LelawatibintiMohdAli : Boleh doktor nyatakan keadaan emak saya?

Doktor : Emak puan tidak menghadapi masalah jantung. Kami telah membuat banyak ujian dan tidak menemukan masalah itu.

LMA : Apa sebenar masalah emak saya?

Doktor : Mungkin sintom dari putus haidh.

Saya pada waktu itu ingin sekali menggambarkan perasaan hati dan melontarkan seluruh rasa emosi kepada doktor muda ini dan rakannya yang saya kira masih menjalani latihan amali setelah lulus dan berjaya menjadi seorang perawat. Menjadi lebih malang ke dua-duanya  doktor lelaki.

Emak melahirkan saya ketika emak  berusia 28 tahun.
Ketika ditinggalkan oleh suaminya emak berusia sekitar 35 tahun yang bermakna emak saya berhenti menjalankan aktiviti seks apabila tidak berkahwin semula bagi menjaga kami adik beradik.

Pada usia antara 36 tahun dan 45 tahun emak secara tiba-tiba mendapat serangan sakit jantung akibat tekanan berhadapan dengan perkara biasa di dalam kehidupan sewaktu bersendirian menguruskan kehidupannya berhadapan dengan masalah-masalah anak-anak yang turut menjadi amanah untuk emak menyelesaikannya.

Sejak itu emak menjadi pesakit tetap yang mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Beberapa kali emak dimasukkan ke hospital ini dan saya masih ingat bersama kakak-kakak kami bergilir-gilir menaiki bas Foh Hup untuk menemani emak dan hanya duduk di bawah pokok sementara menanti waktu melawat di sebelah petang bermula jam pukul 5 petang dan hanya tiba semula di rumah sekitar jam sembilan atau sepuluh malam kerana pada waktu itu kesesakan dari Kuala Lumpur dan hentian Pudu Raya ke Jalan Ceras sehingga ke Kajang mengambil masa yang lama oleh sistem jalan raya yang masih belum mempunyai lebuhraya.


Sejak itu emak mula memakan ubat sakit jantung.

Sehinggalah sekitar usia emak menghampiri enam puluh tahun emak benar-benar bebas dari masalah kesakitan dada dan tidak lagi memakan pil ubat jantung. Sementelahan kami semua semakin meniti usia yang lebih matang dan sudah dapat menyembunyikan masalah-maslaah rumah tangga dari pengetahuan emak dan menguruskan hal-hak anak-anak tanpa terlalu banyak mendedahkannya kepada emak melainkan apabila kami memerlukan nasihat emak.

Emak tetap seorang emak yang mengetahui apa sahaja tanpa diberitahu.
Walau bagaimana dirahsiakan emak tetap mengetahui masalah-masalah kami menerusi bahasa badan dan raut wajah kami.

Saya yakin pada sekitar usia lima puluhan emak sudah putus haid dan apabila diusulkan bahawa kesan dari putus haidh sebagai rumusan doktor  mengenai emak yang dimasukkan ke wad Kardiologi, sukar saya menyatakan dengan benar perasaan saya ketika itu.


Selepas lebih dua puluh tahun wajarkah sintom ini kembali mengimpakkan kesihatan emak?


Saya berbalas kata dengan niat mahu doktor itu lebih beretika sebagai seorang doktor tatkala secara tidak sedar meluahkan rasa bahawa emak saya seperti ‘saja-saja merasa sakit itu dan sakit ini’ … 

Kepada saya emak adalah seorang tua dan sudah tentu dia tidak mahu ke hospital jika dia tidak sakit.


Walau pun sekadar angin yang menjadi akhir analisanya kesan dari sakit yang emak rasakan saya semakin gusar dengan perilaku petugas di hospital yang tidak sensetif dengan usia pesakit yang seolah-olah pesakit dari kalangan kanak-kanak lebih diutamakan oleh telatah yang dianggap manja manakala ‘kesakitan’ pesakit berusia’ yang benar-benar lara dianggap sebagai karenah yang disengajakan.


Pagi tadi suara emak  agak parau. Kesan dari pengambilan beberapa jenis ubat yang terdahulu dari itu mendapat suntikan bagi mencairkan kepekatan darahnya.

Apakah darah emak kekurangan oksigen?

Kami bukan orang kaya yang boleh membayar dengan harga yang tinggi bagi  mendapatkan tukaran darah setiap tahun atau enam bulan sekali yang menggunakan  kaedah menukar ganti darah bagi memiliki kecergasan sebagai seorang yang muda usianya.


Apakah wujud perkhidmatan simpanan dari tabungan darah dijual kepada orang-orang kaya oleh hospital-hospital demi mendapatkan wang walau pun mendapat peruntukkan malah di hospital-hospital swasta yang didana oleh korporat dan diuruskan oleh korporat juga menjalankan kaedah ini setelah harga ubat meningkat oleh keperluan menghormati akta perjanjian bebas dagangan dengan Negara luar?


Wajarkah seorang doktor tidak mengetahui sejarah pesakit?


Ingin dinyatakan usahlah mengganggu dan cuba menginteraksikan usaha saya dengan berbagai penyakit khususnya kanser atau aids kerana penyakit ini tetap wujud bila doktor dan jururawat juga merokok  serta minum alkohol selain ada yang sedia melakukan seks tanpa nikah.



Membaca diri sendiri memerlukan sesuatu untuk ditulis tetang diri sendiri bukan dengan menulis tentang orang lain.


Kaedah untuk menolak fitnah dan pembohongan dajjal sangat wajar disegerakan jika benar kemelut ummah mahu disediakan cara penyelesaiannya dengan mengasuh untuk sedia berkata benar.





Mereka Masih Mencuri Catatan Saya

Emak pemblog bernama Hajjah Nafsiah binti Salleh


Emak saya (Hajjah) Nafsiah binti Salleh kini berusia hampir 78 tahun. Dia dilahirkan pada tahun 1934, bulan Ogos pada 13 haribulan.
Alhamdulillah pada 11 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 4 November 2014 emak saya telah diberikan rezeki usia 80 tahun dengan kesihatan yang masih baik tanpa penyakit-penyakit yang berat.

Keluarga saya (keluarga Hajjah Lelawati binti Mohd Ali) setakat ini masih belum ada yang meninggal kerana penyakit kanser, kencing manis, HIV atau penyakit-penyakit  berat yang lainnya.

Keluarga Lelawati binti MohdAli tidak mempunyai sejarah kematian disebabkan oleh kanser sehingga catatan ini dibaik pulihkan (11 Muharram 1436Hijrah bersamaan 4 November 2014)

Alhamdulillah.

Setakat ini dari nasab aruah uwan saya (Hajjah Tiami binti Sulit), emak dan adik beradk serta saya sendiri tidak ada yang melahirkan bayi yang cacat atau mempunyai anak-anak  ‘down sindrom’. Alhamduillah.

Dan sehingga catatan ini dibaik pulihkan pada 11 Muharram 1436Hijrah bersamaan 4. November 2014 masih belum ada di antara jurai dari sebelah pihak aruah abah (PC14556) dan dari pihak sebelah emak, kakak-kakak serta keluarga saya sendiri yang melansungkan perkahwinan dengan keturunan lain dari bangsa lain.


(SAYA MAHU DITERIMA SERTA  DIHORMATI MENGAPA SAYA MENULIS DAN MENCATAT MENGENAI PEMANUSKRIPAN DIRI SENDIRI)


Wajar difahami mengapa saya menolak untuk dilibatkan dengan aktiviti pesakit kanser atau lain-lainnya kerana saya bukan dari keluarga orang kaya.

Emak saya sendiri bukan dari keturunan orang kaya untuk digunakan apa-apa dana bagi mendana tabung bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Adakah saya tamak?

Tidak.

Keluarga saya dan adik beradik saya masih miskin dari memiliki harta.

Secara peribadi diri Lelawati binti Mohd Ali tidak mempunyai harta di atas namanya sendiri walau pun setelah berkahwin.

Lantas kerana itu saya mempunyai hak untuk menggunakan nama saya sendiri dan nama pena saya di atas setiap catatan-catatan saya di kesemua laptop Toshiba 1 & 2, Mini Compaq dan Sony Vaio.  

Anak-anak saya dan anak-anak saudara (anak-anak kakak-kakak) saya masih ada yang belum mendapat pekerjaan walau pun ada di antara mereka yang berijazah. 

Kesan kelemahan ekonomi memberi kesan kepada semua peringkat usia tetapi tidak kepada penipu dan pencuri di medan interaksi yang upaya membuat keuntungan hasil dari idea yang kemudiannya upaya pula dipersalahkan apa-apa tuntutan atau pertikaian yang meminta diadili dan dipertimbangkan proses-proses yang tidak mudah difahami sehingga hilangnya hak untuk memiliki apa yang wajar dimiliki oleh mereka yang berhak.


Keluarga suami saya berlainan dari keluarga saya.

Dia memiliki keluarga yang mempunyai harta peninggalan orang tua mereka yang tidak ada hak untuk saya terlibat untuk mengetahuinya.

Dia mempunyai saudara dan kerabat yang menjawat jawatan tinggi di dalam sektor kerajaan dan swasta tetapi itu bukan dirinya.

Saya tidak mengambil tahu tentang harta-harta peribadi peninggalan orang tuanya.

Saya hanya menerima apa yang dihadiahkannya kepada saya yang tentunya dipersetujui oleh keluarganya.

Dia tidak pernah memberitahu saya tentang jumlah wang atau jenis harta yang dimilikinya malah gajinya juga saya tidak diberitahu dengan jelas jumlahnya.

Anda wajar malu untuk mempergunakan suami saya atau keluarganya untuk mengambil tanggungjawab di atas apa yang saya lakukan selama ini.

Saya juga tidak mempunyai apa-apa perolehan hasil dari jualan tanah atau rumah yang pernah kami miliki.

Saya tidak mempunyai saham yang boleh disabitkan dengan nama saya yang dimiliki oleh suami saya.

Insya Allah saya tidak mempunyai hutang-hutang yang tertunggak, yang lapuk atau hutang yang besar jumlahnya.

Sejak kami berkahwin sememangnya saya tidak mengambil tahu tentang urusan keewangannya atas dasar dia tidak mahu saya mengambil tahu mengenainya dan saya dari jenis yang tidak meminta kecuali hak yang saya layak untuk memiliki.


Jangan lagi sesiapa dari anda mengaitkan usaha kecil ini, nama saya dan nama pena saya dengan nama keluarga suami saya.

ADAKAH SAYA TAMAK?


Nota buat 'ANDA' yang tidak dikenali :

BERULANGKALI ANDA  BERTANYA APA YANG SAYA MAHUKAN APA YANG SAYA AKAN PEROLEHI DARI PENULISAN SEMUA INI, sejak hampir 7 tahun ini tatkala saya yakin anda sudah kepenatan membaca catatan saya di ke empat-empat laptop.


Anda mahu hanya Amerika mengubah dunia.
Anda tidak berani meletakkan diri anda berbeza dengan orang lain.
Apa sahaja dakwa Amerika itu kata-kata anda.
Apa sahaja kata-kata anda itu adalah kata-kata pengganas. J
Anda setuju sejak sekian lamanya anda didakwa sebagai ‘terrorist’ hanya kerana wajah anda seperti Bin Laden tatkala keluarga Bin Laden adalah billionaire yang berdagang dengan ahli perniagaan Amerika.


Anda setuju lelaki rupa persis arab dicabul kehormatannya tatkala mereka bergelar tahanan yang perlu mendapatkan perlindungan atas sifat persetujuan anda bahawa ketibaan askar-askar Amerika adalah bertujuan sebagai misi penyelamat, hanya kerana tahanan-tahanan itu bekas pengikut bekas Presiden Iraq yang sememangnya mempunyai takdir sebagai pembuka kepada moral ekonomi masyarakat dunia.


Anda dan bangsa anda  tidak peka tentang seseorang yang dipercayai seorang muslim ( di dalam hal ini saya tidak membaca lagi tentang etnik  ‘manassah’ atau ‘ephraim’ tatkala anda hanya memfokus untuk menjejaki nasab Yahuza) , anda tidak kisah tentang penggantungannya yang dilakukan pada tarikh 1 Ramadhan 1427 HARI KEMULIAAN BAGI ORANG ARAB.

(orang ajam tidak layak menyertai bangsa arab kerana anda mahukan kejayaan anda ini adalah milik bangsa arab)





Bolehkah anda bertanya kepada pemimpin Amerika mengapa mereka menggantung bekas Presiden Iraq pada malam bermulanya fajar Ramadhan jika benar sudah sekian lamanya kita berada di dekad moden, bertamadun dan celik intelek kerana piawaian sistem pendidikan yang telah diglobalkan sejak berakhirnya perangan-peperangan dunia.



Mungkin anda mendakwa ini isu lama.





Tidak mengapa jika begitu. Isu baru saya adakah kekal dinafikan wujudnya sebuah negeri di dunia ini yang diperintah oleh parti islam yang diketuai oleh seorang ulamak  dan ianya memenuhi pencarian masyarakat Order Lama terhadap sejauh manakah kesesuaian Islam dengan amalan demokrasi. 



Catatan ini yang siap  jam 0940 malam waktu tempatan terlebih dahulu dicuri.
  


Sabtu, 21 April 2012

Rawan Hati Sayu Yang Sepi

Sehingga hari ini keluarga Lelawati binti MohdAli tidak mempunyai sejarah kematian disebabkan oleh penyakit kanser.


Aruah Uwan Tiami binti Sulit.


Aruah uwan (nenek di sebelah emak saya) bukan orang kaya. Uwan memang miskin. Tetapi dia tidak pernah memburukkan adik beradik dan sanak saudaranya. Uwan tidak pernah tamak dengan apa yang dimilikinya. Dia hanya seorang penoreh getah dan penanam padi sejak zaman mudanya di samping mengambil upah menoreh getah milik kebun orang kampong.



Rumah adat - tanah pusaka di Kampung Terentang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Dia memiliki sawah padi yang dikongsikan secara bersama geran tanah yang dipecahkan persempadannya dengan sepupu-sepupunya. Persepakatan hasil permuafatan pecahan sempadan bagi tanah yang didirikan rumah adat secara bersama telah dipersetujui oleh moyang-moyang kami sebelum kami dilahirkan. Tidak pernah wujud pengungkitan untuk berebut di antara mereka. 


Mereka tidak berkelahi tentang buah rambutan atau buah kundang atau buah durian atau buah kelapa atau buah jambu yang merendang memasuki sempadan tanah dan laman mereka.

Anak-anak dan cucu serta cicit aruah uwan dan adik beradik serta sepupunya tidak pernah berkelahi untuk memilikkan itu dan ini apabila sesekali pulang berkumpul di rumah-rumah adat yang kecil yang masih bersifat kekampungan walau pun usia mereka meningkat tua dan sikap ini jelas diwarisi oleh anak-anak perempuan  dari nasab emak dan adik beradiknya serta sepupu mereka, baik yang lelaki mahupun perempuan.


Seingat saya apabila pulang ke kampong sentiasa kami disambut dengan penuh riang oleh sepupu-sepupu yang tinggal di baruh tanpa kami bergaduh walau pun kami adik beradik boleh dianggap sebagai orang bandar kerana tidak tinggal di kampong.



Emak pemblog  (Hajjah Nafsiah binti Salleh)



Apa yang pasti saya tidak berasa malu dengan wajah dan rupa nenek dan emak saya.

Apakah saya perlu meletakkan wajah nasab saya dengan rupa orang india atau orang afrika atau orang mana-mana pihak yang anda inginkan?

Saya tidak faham dengan keegoan anda yang suka membandingkan usia tua masyarakat di lokasi yang berlainan dengan lokasi anda,yang berlainan dengan bentuk rupa bumi anda, yang berlainan dengan jenis pemakanan anda, yang berbeza dengan iklim dan keadaan persekitaran anda, yang berlainan dengan keluasan negara anda, yang berlainan dengan musim-musim peredaran bumi dengan matahari, yang berbeza dengan cara dan gaya hidup anda malah yang tidak sama agamanya dengan anda.

Uwan (nenek) dan emak saya tidak menjalani proses memudakan dirinya yang menjadi imej dan simbol masyarakat moden pada hari ini.


Rabu, 18 April 2012

Berkata Benar

Catatan ini tidak boleh dibaca mempunyai perkaitan dengan siri Kembara walau pun memilih jenis tulisan verdana yang diketahui diimejkan dengan sifat india tatkala saya terus digagalkan untuk memilih jenis huruf bagi mencirikan bina diri saya sebagai seorang wanita melayu muslim yang berasal dari Klang Selangor. 



Ya memilih jenis huruf Verdana tidak boleh menyifatkan saya sebagai penulis yang mempunyai perkaitan dengan India.



Bagaimana pula dengan pilihan jenis huruf lainnya seperti Arial, Courier, Georgia, Helvitica, Times dan Trebuchet pilihan huruf ini akan menyifatkan perhubungan saya dengan negara dan siapa pula?




Dikau muflis idea atau sedang tidak siuman kerana rasa bersalah? 

Saya bertanya kepada wanita yang disepara mesinkan yang masih mengekori lintasan pada jalur fibre optik saya. 

Apakah mungkin kerana dia menjadi hamba sahaya kepada kehendak-kehendak yang menjadikan dia semakin hilang kerasionalan? Bagi menahan emosi yang disengajakan untuk mendera minda saya, saya mengimejkan wajahnya bagaikan salah seekor haiwan di taman haiwan rakaman semasa saya di Zoo Brno, Republik Czech.




Saya meletakkan gambar ini bagi membantah kekeliruan yang didepani apabila melihat jarak susunan gambar-gambar yang sedia ada tetapi dikosongkan imejnya dengan muat naik gambar yang baru.




Uwan atau panggilan lain bagi nenek atau opah atau tok emak saya, bernama (Hajjah) Tiami binti Sulit meninggal dunia ketika berusia menghampiri atau telah melepasi usia 100 tahun.

(saya sengaja meletakkan angka supaya mereka yang sudi membaca cermat memerhati) 



Wajah  aruah nenek ku Tiami binti Sulit


Keluarga Lelawati binti MohdAli mempunyai sejarah penyakit umum yang biasa seperti pitam, mudah pening kerana tekanan darah tinggi (bukan penyakit darah tinggi).

Uwan (nenek) saya, (Hajjah) Tiami binti Sulit tidak mengalami keadaan nyanyuk atau hilang ingatan.


Benarkan saya menceritakan saat-sat akhir sebelum uwan menutupkan matanya.

Dalam tempuh antara tiga dan empat hari uwan demam namun masih berjalan ke bilik air.

Dia masih mengenal kami.

Dia masih bersenda dengan Ahmad Hilman yang ketika itu masih kecil dan menjadi teman hari-harinya.

Ahmad Hilman semasa kecil merupakan satu-satunya cicit aruah uwan yang menjadi teman di hari- hari akhirnya. 


Uwan cuma kerap memberitahu kami tentang saudara-saudaranya yang telah lama meninggal. Cara uwan bercerita seolah-olah mereka berada disisinya.


Salah satu hari menjelang berakhirnya usia uwan saya menjemput doktor datang ke rumah.


Doktor itu memasukkan air dan meminta emak dan kami semua jangan bersusah hati kerana keadaan uwan adalah fenomena lazim bagi seorang yang telah tua.


Doktor Kamaruzzaman pada waktu itu membuka Klinik Firdaus di Taman Sri Andalas juga sedang merawat salah seorang anak saudara saya yang mengalami kemalangan disambar api tatkala sedang membakar sampah yang terdiri dari tin kosong bekas semburan cat.


Sehari selepas dari kedatangan doktor, Uwan masih berbual bertanya samada kami dan cucu-cucunya masih di tempat bekerja atau sudah balik dari sekolah dan kurang dari sejam sebelum Uwan menghembuskan nafasnya, saya bersama kakak sulong dan kakak yang ke tiga mengelapkan tubuhnya. Pada waktu itu saya masih dapat merasa panas di seluruh bahagian badan uwan. 

Sehingga hari ini saya masih sering melihat gamitan tangan uwan yang sudah dikunjungi oleh malaikat Izrail saat uwan masih mampu mengangkat tangannya separas bahu menggamit anak saya Ahmad Hilman dengan kata-kata, ‘apa kena Oyang nie Jiman.’ Sejurus dari minit-minit itulah uwan kembali ke hadarat Allah SWT dengan aman damai tenang.


Jiman ialah nama salah seorang anak saudara uwan yang telah lama meninggalkan dunia.


Lantaran melihat uwan masih tersenyum masih berkata-kata saya meninggalkan kakak-kakak dan emak serta jiran untuk membersihkan tuala di dapor.



Panggilan kakak sulong yang meminta saya ke sisi uwan ditakdirkan menjadi kenangan buat saya. Saya ditakdirkan untuk menjadi hanya sebagai penyimpan kenangan.



Uwan menutup matanya ketika dan saat ketika saya tiada di sisinya.


Saya mencari denyut nadi uwan dan setekah pasti denyutan nadi uwan tiada di pergelangan tangannya dengan jelas saya mengucapkan kepada emak, kakak-kakak dan jiran, ‘Innalillah hi Wainna Lillahhi Rajiun.’ Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.


Uwan kami pergi menghadap Allah dengan mudah segera dan tidak menyusahkan emak dan kami adik beradik namun jauh di sudut hati, saya terasa kesedihan di hati sepi uwan yang sentiasa bertanyakan tentang anak-anak lelakinya yakni adik beradik emak di kampung.



Pada hari itu kami melihat hampir seluruh cucu cicit menantu dari adik beradik emak dan anak-anak  saudara, sepupu dan sanak saudara aruah wan memenuhi rumah kami di rumah pusaka yang ditinggalkan oleh aruah abah di rumah beralamat nombor 56, Jalan Hijau, Taman Kampong Kuantan di Klang yang merupakan satu-satunya harta peninggalan aruah abah kepada kami.


Allah memberikan kelebihan kepada aruah uwan apabila jenazahnya disolatkan dua kali.

Pada solat jenazah yang pertama barisan safnya memanjang sehingga tiga saf.

Atas permintaan anak-anak saudara aruah uwan yang tiba lewat dari Kampung Terentang di Kuala Pilah, Bayai, dan Serting, Pasoh (saya tidak pasti tentang sanak saudara dari Jelebu kerana tidak mengenali mereka) jenazah aruah wan disolatkan untuk kali ke duanya dengan barisan saf yang panjang. Uwan dikebumikan di perkuburan islam Lipat Kajang bersebelahan perkuburan aruah abah kami yang dipusarakan di tanah perkuburan Simpang Lima Klang.


Waktu itu suami saya berada di England kerana bertugas setelah meninggalkan perkhidmatannya di Tenaga Nasional Berhad pada akhir tahun 2005. Selain itu kakak kembar saya juga tidak hadir bersama kami dari saat uwan mulai menunjukkan tanda untuk kembali menghadap Ilahi sehingga seratus hari uwan dikebumikan.






Sabtu, 14 April 2012

?



Bagaimana blog ini mempunyai persirian pautan dengan blog-blog yang ditulis di dalam bahasa inggeris? 


Adalah sesuatu yang bertanggungjawab untuk dijadikan kesemua catatan saya sebagai gapaian untuk bermimpi dan sesungguhnya saya sebagai pemilik blog ini tidak mengizinkannya berlaku.

Foto Sebagai Bencana?


Islam dibina kekeluargaannya dari darah kerana wujud hak perwarisan. 


Hukum dari syariat juga meletakkan sempadan di antara anak lelaki dan anak perempuan sebagai nilai akhlak. 


Institusi kekeluargaan wajib dijadikan sebagai medan yang menghubungkan di antara pendidik dengan pelajar meski pun ia hanya melibatkan ibu dan bapa dengan anak-anak mereka juga hubungan di antara ahli keluarga yang lebih dewasa seperti di antara datuk nenek dengan cucu dan cicit mereka selain hubungan di antara ibu dan bapa saudara.





Dari kiri Ahmad Muttaqin, Ahmad Hilman, Ahmad Mustaqim dan paling kanan Siti Hanan di Restoren Bennigan Dafna Doha Qatar


Bersedekah dengan kasih sayang merupakan sekecil sumbangan yang upaya dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 

Namun ada pujangga yang bermadah bahawa hanya seorang bapa yang kaya sahaja yang mengenali siapakah anak kandungnya tatkala menjadi lazim berlaku terlalu ramai yang ingin mengakui menjadi anak kepada ibu bapa yang kaya.




Anak-anak ku sewaktu kami bersafari di Sea Line pantai yang berdekatan dengan  Mussaeid




Kuasa diri membina peribadi. Apabila terlalu jauh memandang ke hadapan kita sering terlupa menyedari untuk menghargai apa yang masa ini kita miliki. Kitaterleka sehingga sering terlupa kita upaya kehilangan apa yang dimilik di tangan tatkala terlalu ashik mengintai-intai hari yang belum pasti kita genggam.






Ahmad Muttaqin, Siti Hanan, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman  bersama  satu-satunya nenek  yang  mereka miliki setelah mereka kehilangan datuk di pihak abah dan emak serta nenek di sebelah abah mereka.











Catatan Dari Facebook (Bagaimana Belajar Berkata Benar?)

Bismillah.


Mengapa tidak suka pada nama sendiri?
oleh Lelawati Mohd Ali pada pada 8hb Oktober 2011 pukul 2.45 ptg ·


Dahulu masyarakat di kampung pernah memikirkan satu kaedah di mana anak-anak yang sering menangis atau mengalami demam yang berpanjangan, dianjurkan oleh orang-orang tua agar ditukarkan nama asal anak itu dengan nama timangan.


Ini berikutan didakwa nama yang diberikan itu tidak sesuai untuk nama anak tersebut.


Waktu itu saya masih kecil dan turut melihat realiti apa yang disebutkan di atas di dalam masyarakat kampung nenekanda saya di Kampung Terentang Kuala Pilah Negeri Sembilan.




Anak saudara saya yang ditukar panggilan namanya  dari Zulkhibri  menjadi Talib  kerana selalu sakit semasa kecil. Ia amalan masyarakat di kampung emak saya ( Kg Terentang)



Saya mentertawakan dan merasa tidak logik.


Sehinggalah berlaku kepada saya sewaktu berusia sekitar (tidak diingati) waktu saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sandaran.


Setiap penjawat yang ditawarkan jawatan dengan kerajaan perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh dan x ray bagi membuktiknannya sihat tanpa mengidap penyakit yang merbahaya dan berjangkit.


Bersama dengan seorang rakan kami  menunggu nombor giliran dipanggil di bahagian pesakit luar di Hospital Besar Kuala Lumpur.

(Dari Blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah.)

Baru secicah menduduki kerusi yang disediakan,nama saya dipanggil untuk masuk bertemu doktor.Saya berasa pelik kerana baru sahaja tiba di hospital.


Setelah menjalani kesemua ujian yang diperlukan doktor wanita yang berketurunan india menyemak surat tawaran dari Jabatan Pelajaran Selangor dengan borang pengesahan pesakit dan dia telah menunjukkan rasa yang tidak senang dengan membulatkan matanya dengan sedikit perasaan marah.


‘Awak tidak tahukah nama awak siapa?’


‘Saya masuk kerana jururawat itu memanggil nama saya.Memang itu nama saya.’


Jururawat itu juga menunjukkan reaksi yang sama dengan doktor itu.


‘Awak tidak lihatkah nama yang ada di surat ini?’ Dia menunjukkan surat pengesahan pesakit.


‘Misi (nurse) tidak menunjukkan surat itu. Bagaimana saya boleh melihatnya.’


Saya membantah kerana jelas jururawat dan juga doktor tersebut mengabaikan maklumat dan biodata saya di surat tawaran dan surat pengesahan pesakit.


Saya didewasakan dengan proses membantah dan memprotes kerana sering diabaikan oleh alasan-alasan yang sukar dimengertikan.


Doktor dan jururawat itu menjadikan saya mangsa untuk berasa bersalah di atas kelemahan kemanusiaan mereka.


Nama pada surat tawaran itu dieja Lelawati binti Mohd Ali dan nama di surat pengesahan pesakit dieja  Leelawathy  d/o  (daughter of -------- tidak diingat lagi)


Kebetulan pada surat kelahiran saya di muka hadapan pendaftaran nama saya dieja seperti nama yang terdapat di surat tawaran dan di muka surat belakangnya dieja Leelawathy ejaan nama gadis india.


Bukti sah yang tidak boleh disalahgunakan mengenai diri sebenar tejathanaif

Beginilah yang dilakukan oleh moderator blogger yang menunggang terbalikkan  gambar-gambar yang digunakan sebagai bukti sah kesahihan diri sebenar tejathanaif.


Sejak itu saya tidak suka menggunakan nama asal yang diberikan oleh arwah abah dan bertindak menukarnya sendiri menjadi  Nurlaila binti Mohd Ali.


Saya cuba menukar nama itu di mahkamah tetapi menurut Pesuruh Jaya Sumpah di Mahkamah Rendah Klang (Selangor) penukaran nama perlu melakukan akuan bersumpah untuk ditukarkan nama ini pada sijil kelahiran dan nombor kad pengenalan dengan kadar kos yang tidak mampu ditanggung kerana saya ketika itu seorang penganggur.


Dan saya telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif@thanaif sekitar awal 2006 dengan beberapa pembuktian yang dirakamkan dari kiriman email.


Selain itu saya juga pernah menggunakan nama samaran seperti Mustar Haniff, Thespian Gulf,  nlma_126, thrall_throes, teja, thanaif_56, twinpeaks_56 di samping pernah untuk beberapa waktu menggunakan nama zalisa_56 pada kata kunci  (password Blogger kerana tidak tahu mengisi maklumat di blog.spot.com) selain nama pena yang digunakan di siber, thanaif, tejathanaif, teja thanaif, tejathanaif thanaif yang digunakan setelah menyedari nama pena teja thanaif, thanaif, tejathanaif disalahgunakan sewaktu laptop-laptop peribadi kegunaan rumah ‘ diuruskan tanpa sepenuhnya di dalam pengetahuan tt’ oleh suami dan anak sulong yang telah menimbulkan beberapa masalah dan kerumitan yang tidak difahami asal sumber dan alasan ianya terjadi. 


Dengan kerumitan yang didepani saya mulai berkongsi pencarian penyelesaian masalah  dengan anak-anak saudara lelaki dan perempuan yakni anak-anak kakak-kakak saya.



Nur Qistina, Mohd Zul Helmi, Fatin Aqilah dan Nur Syahidah
Nur Atikah, Nabil Fikri dan Mohd Hazim
Mohd Zul Aizat, Mohd Zul Haziq, Mohd Zul Helmi, Iqbal Hakim, dan Amnan Afiq  bersama  kakak dan abang ipar ku

Wanita dimuliakan oleh pakaian. Dengan pakaian manusia berperadaban dan  berbudaya. Tanpa pakaian  manusia setaraf haiwan.

Jesteru itu saya mula mahu mendapatkan bantuan pengendalian sewaktu menggunakan interaksi internet bukan disalahgunakan bagi berkomunikasi kerana mempunyai hasrat untuk berjaya sebagai seorang penulis dan amat mengaibkan apabila wujud interaksi tidak bermaruah yang menggunakan gambar-gambar ahli-ahli keluarga saya di facebook untuk mencari jodoh (bagi mereka yang tua dan telah berumah tangga) atau mempersendakan pilihan gaya dan cara hidup sesetengah dari ahli keluarga saya kerana mereka ini adalah darah daging saya yang perlu dilindungi kerana kami bukan berasal dari keluarga orang kaya!


Isu yang paling utama ialah sesuatu yang paling wajar difahami bahawa setiap perlakuan di antara kami tidak saling berkaitan dan ianya menjelaskan sebagai kelemahan kekurangan peribadi yang perlu dibaiki bukan dikekalkan untuk menjadi lebih buruk.