Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2012

Kita Tidak Wajar Menipu.

Pusara aruah abah di tanah perkuburan Islam Simpang Lima Klang



Bagaimanakah mengusahakan agar catatan lama boleh diulang dan mulakan semula penulisannya tanpa gangguan?

 Keluhan perlahan terlontar tanpa sambutan.

Saya bukan orang India dan bukan pula orang Cina.

Saya tidak faham mengapa mereka masih  mempertalikan nama pena saya dengan etnik india.

Nama saya ialah Lelawati binti Mohd Ali seorang wanita melayu muslim yang dilahirkan tepat jam 8.18 pagi hari Rabu bulan Jun 1963 bersamaan 19 Muharram 1383 di Rumah Beranak Hospital Daerah Klang Selangor.

Rumah kediaman emak dan abah saya pada waktu itu ialah No : 2 Police Barracks Klang yang kini tapak lamanya berlokasi di belakang Balai Polis Daerah Klang yang juga bersebelahan dengan Gedung Raja Mahadi, sebuah bangunan berwarna hitam bersebelahan dengan bangunan Jabatan Bomba Daerah Klang.

Saya dilahirkan sebagai kembar yang ke dua bagi pasangan Aruah PC 14556 Mohd Ali bin Ahmad dengan Nafsiah binti Salleh.

Ibu saya berusia dua puluh lapan tahun ketika melahirkan saya.

Arwah abah saya meninggalkan dunia ketika saya berusia tujuh tahun. Ketika itu usia abah  empat puluh tahun akibat 'fructure skull with central humarlaps' - ahh tulisan seorang doktor memang seperti cakar ayam hanya dia sahaja yang boleh membacanya.

Saya tidak dapat membaca catatan Dr.D.D Murugam (Ceylon) yang ketika itu berkhidmat di Rumah Sakit Assunta, Petaling Jaya mengesahkan sijil kematian aruah abah pada tahun 1970.

Kepalanya tercedera setelah tergelincir jatuh bersama motosikal berkuasa besarnya di jalanraya yang mungkin pada waktu itu masih di dalam pembinaan di satu tempat bernama Sungai Way sewaktu mengiringi DYMM Almarhum Sultan Selangor ketika itu DYMM Al Marhum Sultan Abdul Aziz Salehuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj.

Emak dan abah saya adalah orang melayu yang tidak mempunyai kacukan dengan mana-mana darah dari etnik keturunan lain.

Emak berasal dari Kampung Terentang Kuala Pilah di negeri Sembilan manakala aruah abah dilahirkan di Kampung Geylang, Simpang Pertang Kuala Kelawang juga di Negeri Sembilan.

Satu-satunya buku belian aruah abah yang saya baca ketika berusia lapan tahun ialah Bersama Sang Surya sebuah buku yang berkulit tebal mengenai cerita-cerita rakyat di seluruh dunia.

Antara kenangan yang masih diingati ialah pernah dibawa oleh aruah abah menonton wayang tayangan gambar cerita perang cina di panggung wayang yang kosong di Klang.


Sebenarnya ada isu yang lebih besar di minda saya apabila membawakan cerita tentang arauah abah saya.

Saya berasa musykil terhadap perkara rahsia yang disengajakan oleh rangkaian software dari paparan internet yang masih menyediakan senggaraan media untuk berfitnah terhadap isu kegenderan.

Lalu saya berujar seolah-olah sedang berbual-bual dengan mereka yang tidak tahu berbahasa melayu.

Ujaran saya ialah :


Who's 'daddy' will be willing to be fucking by young girls?

Does Apple still be the reason of the split banana - means do we will say no to prostitute but yes to masturbation?

Mind if i write 'syiit fucking'  'daddy' or 'mummy' when imagination of sexuality being design during writing the story to be told as part of creativity of literal thinking.

We must cook the 'red meat' and serve it as a dog food, means : my issue is no women in mukminah saff want to take man place as a father or as a leader in any house.

'What is your intention with all this after almost seven years we have a 'chatting' - just to have fun to being naked?'

Muslim women still stay at home not because they are a 'slave' but they have a kindness and respected on their Al -Quran order to be a assistant to their husband.

Do you understand meanings of muslim women have a kindness and respected to their Al-Quran order not just their husband order?

What must you do to make our muslim man look idiot?

Ahhhhhh akhirnya saya hanya berbual dengan minda sahaja.





Sabtu, 21 April 2012

Rawan Hati Sayu Yang Sepi

Sehingga hari ini keluarga Lelawati binti MohdAli tidak mempunyai sejarah kematian disebabkan oleh penyakit kanser.


Aruah Uwan Tiami binti Sulit.


Aruah uwan (nenek di sebelah emak saya) bukan orang kaya. Uwan memang miskin. Tetapi dia tidak pernah memburukkan adik beradik dan sanak saudaranya. Uwan tidak pernah tamak dengan apa yang dimilikinya. Dia hanya seorang penoreh getah dan penanam padi sejak zaman mudanya di samping mengambil upah menoreh getah milik kebun orang kampong.



Rumah adat - tanah pusaka di Kampung Terentang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Dia memiliki sawah padi yang dikongsikan secara bersama geran tanah yang dipecahkan persempadannya dengan sepupu-sepupunya. Persepakatan hasil permuafatan pecahan sempadan bagi tanah yang didirikan rumah adat secara bersama telah dipersetujui oleh moyang-moyang kami sebelum kami dilahirkan. Tidak pernah wujud pengungkitan untuk berebut di antara mereka. 


Mereka tidak berkelahi tentang buah rambutan atau buah kundang atau buah durian atau buah kelapa atau buah jambu yang merendang memasuki sempadan tanah dan laman mereka.

Anak-anak dan cucu serta cicit aruah uwan dan adik beradik serta sepupunya tidak pernah berkelahi untuk memilikkan itu dan ini apabila sesekali pulang berkumpul di rumah-rumah adat yang kecil yang masih bersifat kekampungan walau pun usia mereka meningkat tua dan sikap ini jelas diwarisi oleh anak-anak perempuan  dari nasab emak dan adik beradiknya serta sepupu mereka, baik yang lelaki mahupun perempuan.


Seingat saya apabila pulang ke kampong sentiasa kami disambut dengan penuh riang oleh sepupu-sepupu yang tinggal di baruh tanpa kami bergaduh walau pun kami adik beradik boleh dianggap sebagai orang bandar kerana tidak tinggal di kampong.



Emak pemblog  (Hajjah Nafsiah binti Salleh)



Apa yang pasti saya tidak berasa malu dengan wajah dan rupa nenek dan emak saya.

Apakah saya perlu meletakkan wajah nasab saya dengan rupa orang india atau orang afrika atau orang mana-mana pihak yang anda inginkan?

Saya tidak faham dengan keegoan anda yang suka membandingkan usia tua masyarakat di lokasi yang berlainan dengan lokasi anda,yang berlainan dengan bentuk rupa bumi anda, yang berlainan dengan jenis pemakanan anda, yang berbeza dengan iklim dan keadaan persekitaran anda, yang berlainan dengan keluasan negara anda, yang berlainan dengan musim-musim peredaran bumi dengan matahari, yang berbeza dengan cara dan gaya hidup anda malah yang tidak sama agamanya dengan anda.

Uwan (nenek) dan emak saya tidak menjalani proses memudakan dirinya yang menjadi imej dan simbol masyarakat moden pada hari ini.


Sabtu, 14 April 2012

Foto Sebagai Bencana?


Islam dibina kekeluargaannya dari darah kerana wujud hak perwarisan. 


Hukum dari syariat juga meletakkan sempadan di antara anak lelaki dan anak perempuan sebagai nilai akhlak. 


Institusi kekeluargaan wajib dijadikan sebagai medan yang menghubungkan di antara pendidik dengan pelajar meski pun ia hanya melibatkan ibu dan bapa dengan anak-anak mereka juga hubungan di antara ahli keluarga yang lebih dewasa seperti di antara datuk nenek dengan cucu dan cicit mereka selain hubungan di antara ibu dan bapa saudara.





Dari kiri Ahmad Muttaqin, Ahmad Hilman, Ahmad Mustaqim dan paling kanan Siti Hanan di Restoren Bennigan Dafna Doha Qatar


Bersedekah dengan kasih sayang merupakan sekecil sumbangan yang upaya dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 

Namun ada pujangga yang bermadah bahawa hanya seorang bapa yang kaya sahaja yang mengenali siapakah anak kandungnya tatkala menjadi lazim berlaku terlalu ramai yang ingin mengakui menjadi anak kepada ibu bapa yang kaya.




Anak-anak ku sewaktu kami bersafari di Sea Line pantai yang berdekatan dengan  Mussaeid




Kuasa diri membina peribadi. Apabila terlalu jauh memandang ke hadapan kita sering terlupa menyedari untuk menghargai apa yang masa ini kita miliki. Kitaterleka sehingga sering terlupa kita upaya kehilangan apa yang dimilik di tangan tatkala terlalu ashik mengintai-intai hari yang belum pasti kita genggam.






Ahmad Muttaqin, Siti Hanan, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman  bersama  satu-satunya nenek  yang  mereka miliki setelah mereka kehilangan datuk di pihak abah dan emak serta nenek di sebelah abah mereka.