Islam dibina kekeluargaannya dari darah kerana wujud hak perwarisan.
Hukum dari syariat juga meletakkan sempadan di antara anak lelaki dan anak perempuan sebagai nilai akhlak.
Institusi kekeluargaan wajib dijadikan sebagai medan yang menghubungkan di antara pendidik dengan pelajar meski pun ia hanya melibatkan ibu dan bapa dengan anak-anak mereka juga hubungan di antara ahli keluarga yang lebih dewasa seperti di antara datuk nenek dengan cucu dan cicit mereka selain hubungan di antara ibu dan bapa saudara.
Dari kiri Ahmad Muttaqin, Ahmad Hilman, Ahmad Mustaqim dan paling kanan Siti Hanan di Restoren Bennigan Dafna Doha Qatar |
Bersedekah dengan kasih sayang merupakan sekecil sumbangan yang upaya dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Namun ada pujangga yang bermadah bahawa hanya seorang bapa yang kaya sahaja yang mengenali siapakah anak kandungnya tatkala menjadi lazim berlaku terlalu ramai yang ingin mengakui menjadi anak kepada ibu bapa yang kaya.
Anak-anak ku sewaktu kami bersafari di Sea Line pantai yang berdekatan dengan Mussaeid |
Kuasa diri membina peribadi. Apabila terlalu jauh memandang ke hadapan kita sering terlupa menyedari untuk menghargai apa yang masa ini kita miliki. Kitaterleka sehingga sering terlupa kita upaya kehilangan apa yang dimilik di tangan tatkala terlalu ashik mengintai-intai hari yang belum pasti kita genggam.
Ahmad Muttaqin, Siti Hanan, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman bersama satu-satunya nenek yang mereka miliki setelah mereka kehilangan datuk di pihak abah dan emak serta nenek di sebelah abah mereka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan