20 hb April 2012
– Jumaat
Pemblog bersama dengan emaknya yang dibawa berkunjung menziarahi keluarganya di Qatar. |
Emak dimasukkan
ke hospital Daerah Klang setelah mengalami sakit di bahagian dada dan berasa
kepenatan apabila melakukan rutin hariannya.
Perkembangan
mukhtahir emak diberitahu oleh kakak ku Arinawati yang mengirimkan pesanan ringkas
ke peti inbox C903.
Berada jauh dari
tanah air menjadikan berita tentang emak adalah penting dan mendapat perhatian
utama.
Setiap hari
keadaan emak diberitahu dengan terperinci oleh anak-anak saudara ku Nur Atikah
dan Nur Qistina yang bertindak mengambil cuti untuk menjaga nenek mereka.
Pagi ini 20 hb
April saya memberikan pandangan kepada Nur Atikah setelah mengetahui dari kakak
ku Norlea yang menyatakan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan
bagi mendapatkan emak rawatan rujukan ke hospital HUKM atau IJM (Institiut
Jantung Negara)
Saya menolak
untuk emak disusulkan bagi mendapatkan rawatan susulan ke HUKM.
Saya menolaknya
dengan tegas menyatakan bahawa selama emak mendapat rawatan rujukan di hospital
itu emak tidak disahkan sebagai pesakit jantung walau pun beberapa hari
dimasukkan ke wad bahagian kardiologi.
Emak wajar
dirujuk ke Institiut Jantung Negara dan mendapat pengesahan Hospital Daerah
Klang yang mahu memastikan keadaan sebenar emak lantaran pihak hospital meminta
sehingga esok (21 hb April 2012) bagi memantau keadaan emak yang masih berasa
pening dan berasa tekanan di bahagian dada.
Biarlah emak
disahkan samada berhadapan dengan masalah jantung atau tidak setelah HUKM tidak
mengesahkan emak sebagai pesakit jantung.
Saya masih
mengingati dengan jelas bagaimana doktor yang ditemui pada pagi setibanya saya
di tanah air dari Qatar tahun lalu.
Saya pulang bersendirian kerana emak sering sakit pada ketika itu |
Bualan dan
informasi serta perbualan kami adalah seperti ini :
LelawatibintiMohdAli
: Boleh doktor nyatakan keadaan emak saya?
Doktor : Emak
puan tidak menghadapi masalah jantung. Kami telah membuat banyak ujian dan
tidak menemukan masalah itu.
LMA : Apa
sebenar masalah emak saya?
Doktor : Mungkin
sintom dari putus haidh.
Saya pada waktu
itu ingin sekali menggambarkan perasaan hati dan melontarkan seluruh rasa emosi
kepada doktor muda ini dan rakannya yang saya kira masih menjalani latihan
amali setelah lulus dan berjaya
menjadi seorang perawat. Menjadi lebih malang ke dua-duanya doktor lelaki.
Emak melahirkan
saya ketika emak berusia 28 tahun.
Ketika
ditinggalkan oleh suaminya emak berusia sekitar 35 tahun yang bermakna emak
saya berhenti menjalankan aktiviti seks apabila tidak berkahwin semula bagi
menjaga kami adik beradik.
Pada usia antara
36 tahun dan 45 tahun emak secara tiba-tiba mendapat serangan sakit jantung
akibat tekanan berhadapan dengan perkara biasa di dalam kehidupan sewaktu
bersendirian menguruskan kehidupannya berhadapan dengan masalah-masalah
anak-anak yang turut menjadi amanah untuk emak menyelesaikannya.
Sejak itu emak
menjadi pesakit tetap yang mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Beberapa kali
emak dimasukkan ke hospital ini dan saya masih ingat bersama kakak-kakak kami
bergilir-gilir menaiki bas Foh Hup untuk menemani emak dan hanya duduk di bawah
pokok sementara menanti waktu melawat di sebelah petang bermula jam pukul 5 petang dan hanya tiba semula di rumah sekitar jam sembilan atau sepuluh malam kerana pada waktu itu kesesakan dari Kuala
Lumpur dan hentian Pudu Raya ke Jalan Ceras sehingga ke Kajang mengambil masa yang lama oleh sistem jalan raya yang masih belum mempunyai lebuhraya.
Sejak itu emak
mula memakan ubat sakit jantung.
Sehinggalah
sekitar usia emak menghampiri enam puluh tahun emak benar-benar bebas dari masalah
kesakitan dada dan tidak lagi memakan pil ubat jantung. Sementelahan kami semua
semakin meniti usia yang lebih matang dan sudah dapat menyembunyikan
masalah-maslaah rumah tangga dari pengetahuan emak dan menguruskan hal-hak
anak-anak tanpa terlalu banyak mendedahkannya kepada emak melainkan apabila
kami memerlukan nasihat emak.
Emak tetap
seorang emak yang mengetahui apa sahaja tanpa diberitahu.
Walau bagaimana dirahsiakan emak tetap mengetahui masalah-masalah kami menerusi bahasa
badan dan raut wajah kami.
Saya yakin pada
sekitar usia lima puluhan emak sudah putus haid dan apabila diusulkan bahawa kesan
dari putus haidh sebagai rumusan doktor
mengenai emak yang dimasukkan ke wad Kardiologi, sukar saya menyatakan
dengan benar perasaan saya ketika itu.
Selepas lebih dua puluh tahun wajarkah sintom ini kembali mengimpakkan kesihatan emak?
Saya berbalas
kata dengan niat mahu doktor itu lebih beretika sebagai seorang doktor tatkala
secara tidak sedar meluahkan rasa bahawa emak saya seperti ‘saja-saja merasa
sakit itu dan sakit ini’ …
Kepada saya emak adalah seorang tua dan sudah tentu dia tidak mahu ke hospital jika dia tidak sakit.
Kepada saya emak adalah seorang tua dan sudah tentu dia tidak mahu ke hospital jika dia tidak sakit.
Walau pun
sekadar angin yang menjadi akhir analisanya kesan dari sakit yang emak rasakan
saya semakin gusar dengan perilaku petugas di hospital yang tidak sensetif
dengan usia pesakit yang seolah-olah pesakit dari kalangan kanak-kanak lebih
diutamakan oleh telatah yang dianggap manja manakala ‘kesakitan’ pesakit
berusia’ yang benar-benar lara dianggap sebagai karenah yang disengajakan.
Pagi tadi suara
emak agak parau. Kesan dari pengambilan
beberapa jenis ubat yang terdahulu dari itu mendapat suntikan bagi mencairkan
kepekatan darahnya.
Apakah darah
emak kekurangan oksigen?
Kami bukan orang
kaya yang boleh membayar dengan harga yang tinggi bagi mendapatkan tukaran darah setiap tahun atau
enam bulan sekali yang menggunakan
kaedah menukar ganti darah bagi memiliki kecergasan sebagai seorang yang
muda usianya.
Apakah wujud
perkhidmatan simpanan dari tabungan darah dijual kepada orang-orang kaya oleh
hospital-hospital demi mendapatkan wang walau pun mendapat peruntukkan malah di
hospital-hospital swasta yang didana oleh korporat dan diuruskan oleh korporat
juga menjalankan kaedah ini setelah harga ubat meningkat oleh keperluan
menghormati akta perjanjian bebas dagangan dengan Negara luar?
Wajarkah seorang doktor tidak mengetahui sejarah pesakit?
Ingin dinyatakan usahlah mengganggu dan cuba menginteraksikan usaha saya dengan berbagai penyakit khususnya kanser
atau aids kerana penyakit ini tetap wujud bila doktor dan jururawat juga merokok serta minum alkohol selain ada yang sedia melakukan seks tanpa nikah.
Membaca diri sendiri memerlukan sesuatu untuk ditulis tetang diri sendiri bukan dengan menulis tentang orang lain.
Kaedah untuk menolak fitnah dan pembohongan dajjal sangat wajar disegerakan jika benar kemelut ummah mahu disediakan cara penyelesaiannya dengan mengasuh untuk sedia berkata benar.
Kaedah untuk menolak fitnah dan pembohongan dajjal sangat wajar disegerakan jika benar kemelut ummah mahu disediakan cara penyelesaiannya dengan mengasuh untuk sedia berkata benar.
1 ulasan:
Terima kasih kepada pegawai perubatan di Institiut Jantung Negara yang telah mengesahkan bahawa emak kami mempunyai masalah jantung pada peringkat 'mild' dan boleh disembuhkan dengan hanya memakan ubat sahaja. Faktor usia menjadikan keadaan jantung emak begitu. Ya emak akan menghampiri usia 80 tahun beberapa tahun sahaja lagi. Dan ini bermakna emak tidak lagi perlu ke HUKM. Terima kasih kepada semua kakak-kakak dan anak-anak saudara di Malaysia.
Catat Ulasan