Memaparkan catatan dengan label Menulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menulis. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

Membaca Diri Sendiri



20 hb April 2012 – Jumaat


Pemblog bersama dengan emaknya yang dibawa berkunjung menziarahi keluarganya di Qatar.


Emak dimasukkan ke hospital Daerah Klang setelah mengalami sakit di bahagian dada dan berasa kepenatan apabila melakukan rutin hariannya.

Perkembangan mukhtahir emak diberitahu oleh kakak ku Arinawati yang mengirimkan pesanan ringkas ke peti inbox C903.

Berada jauh dari tanah air menjadikan berita tentang emak adalah penting dan mendapat perhatian utama.

Setiap hari keadaan emak diberitahu dengan terperinci oleh anak-anak saudara ku Nur Atikah dan Nur Qistina yang bertindak mengambil cuti untuk menjaga nenek mereka.

Pagi ini 20 hb April saya memberikan pandangan kepada Nur Atikah setelah mengetahui dari kakak ku Norlea yang menyatakan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan bagi mendapatkan emak rawatan rujukan ke hospital HUKM atau IJM (Institiut Jantung Negara)

Saya menolak untuk emak disusulkan bagi mendapatkan rawatan susulan ke HUKM.

Saya menolaknya dengan tegas menyatakan bahawa selama emak mendapat rawatan rujukan di hospital itu emak tidak disahkan sebagai pesakit jantung walau pun beberapa hari dimasukkan ke wad bahagian kardiologi.

Emak wajar dirujuk ke Institiut Jantung Negara dan mendapat pengesahan Hospital Daerah Klang yang mahu memastikan keadaan sebenar emak lantaran pihak hospital meminta sehingga esok (21 hb April 2012) bagi memantau keadaan emak yang masih berasa pening dan berasa tekanan di bahagian dada.

Biarlah emak disahkan samada berhadapan dengan masalah jantung atau tidak setelah HUKM tidak mengesahkan emak sebagai pesakit jantung.


Saya masih mengingati dengan jelas bagaimana doktor yang ditemui pada pagi setibanya saya di tanah air dari Qatar tahun lalu.




Saya pulang bersendirian kerana emak sering sakit pada ketika itu



Emak dan salah seorang anak saudara pemblog

Bualan dan informasi serta perbualan kami adalah seperti ini :

LelawatibintiMohdAli : Boleh doktor nyatakan keadaan emak saya?

Doktor : Emak puan tidak menghadapi masalah jantung. Kami telah membuat banyak ujian dan tidak menemukan masalah itu.

LMA : Apa sebenar masalah emak saya?

Doktor : Mungkin sintom dari putus haidh.

Saya pada waktu itu ingin sekali menggambarkan perasaan hati dan melontarkan seluruh rasa emosi kepada doktor muda ini dan rakannya yang saya kira masih menjalani latihan amali setelah lulus dan berjaya menjadi seorang perawat. Menjadi lebih malang ke dua-duanya  doktor lelaki.

Emak melahirkan saya ketika emak  berusia 28 tahun.
Ketika ditinggalkan oleh suaminya emak berusia sekitar 35 tahun yang bermakna emak saya berhenti menjalankan aktiviti seks apabila tidak berkahwin semula bagi menjaga kami adik beradik.

Pada usia antara 36 tahun dan 45 tahun emak secara tiba-tiba mendapat serangan sakit jantung akibat tekanan berhadapan dengan perkara biasa di dalam kehidupan sewaktu bersendirian menguruskan kehidupannya berhadapan dengan masalah-masalah anak-anak yang turut menjadi amanah untuk emak menyelesaikannya.

Sejak itu emak menjadi pesakit tetap yang mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Beberapa kali emak dimasukkan ke hospital ini dan saya masih ingat bersama kakak-kakak kami bergilir-gilir menaiki bas Foh Hup untuk menemani emak dan hanya duduk di bawah pokok sementara menanti waktu melawat di sebelah petang bermula jam pukul 5 petang dan hanya tiba semula di rumah sekitar jam sembilan atau sepuluh malam kerana pada waktu itu kesesakan dari Kuala Lumpur dan hentian Pudu Raya ke Jalan Ceras sehingga ke Kajang mengambil masa yang lama oleh sistem jalan raya yang masih belum mempunyai lebuhraya.


Sejak itu emak mula memakan ubat sakit jantung.

Sehinggalah sekitar usia emak menghampiri enam puluh tahun emak benar-benar bebas dari masalah kesakitan dada dan tidak lagi memakan pil ubat jantung. Sementelahan kami semua semakin meniti usia yang lebih matang dan sudah dapat menyembunyikan masalah-maslaah rumah tangga dari pengetahuan emak dan menguruskan hal-hak anak-anak tanpa terlalu banyak mendedahkannya kepada emak melainkan apabila kami memerlukan nasihat emak.

Emak tetap seorang emak yang mengetahui apa sahaja tanpa diberitahu.
Walau bagaimana dirahsiakan emak tetap mengetahui masalah-masalah kami menerusi bahasa badan dan raut wajah kami.

Saya yakin pada sekitar usia lima puluhan emak sudah putus haid dan apabila diusulkan bahawa kesan dari putus haidh sebagai rumusan doktor  mengenai emak yang dimasukkan ke wad Kardiologi, sukar saya menyatakan dengan benar perasaan saya ketika itu.


Selepas lebih dua puluh tahun wajarkah sintom ini kembali mengimpakkan kesihatan emak?


Saya berbalas kata dengan niat mahu doktor itu lebih beretika sebagai seorang doktor tatkala secara tidak sedar meluahkan rasa bahawa emak saya seperti ‘saja-saja merasa sakit itu dan sakit ini’ … 

Kepada saya emak adalah seorang tua dan sudah tentu dia tidak mahu ke hospital jika dia tidak sakit.


Walau pun sekadar angin yang menjadi akhir analisanya kesan dari sakit yang emak rasakan saya semakin gusar dengan perilaku petugas di hospital yang tidak sensetif dengan usia pesakit yang seolah-olah pesakit dari kalangan kanak-kanak lebih diutamakan oleh telatah yang dianggap manja manakala ‘kesakitan’ pesakit berusia’ yang benar-benar lara dianggap sebagai karenah yang disengajakan.


Pagi tadi suara emak  agak parau. Kesan dari pengambilan beberapa jenis ubat yang terdahulu dari itu mendapat suntikan bagi mencairkan kepekatan darahnya.

Apakah darah emak kekurangan oksigen?

Kami bukan orang kaya yang boleh membayar dengan harga yang tinggi bagi  mendapatkan tukaran darah setiap tahun atau enam bulan sekali yang menggunakan  kaedah menukar ganti darah bagi memiliki kecergasan sebagai seorang yang muda usianya.


Apakah wujud perkhidmatan simpanan dari tabungan darah dijual kepada orang-orang kaya oleh hospital-hospital demi mendapatkan wang walau pun mendapat peruntukkan malah di hospital-hospital swasta yang didana oleh korporat dan diuruskan oleh korporat juga menjalankan kaedah ini setelah harga ubat meningkat oleh keperluan menghormati akta perjanjian bebas dagangan dengan Negara luar?


Wajarkah seorang doktor tidak mengetahui sejarah pesakit?


Ingin dinyatakan usahlah mengganggu dan cuba menginteraksikan usaha saya dengan berbagai penyakit khususnya kanser atau aids kerana penyakit ini tetap wujud bila doktor dan jururawat juga merokok  serta minum alkohol selain ada yang sedia melakukan seks tanpa nikah.



Membaca diri sendiri memerlukan sesuatu untuk ditulis tetang diri sendiri bukan dengan menulis tentang orang lain.


Kaedah untuk menolak fitnah dan pembohongan dajjal sangat wajar disegerakan jika benar kemelut ummah mahu disediakan cara penyelesaiannya dengan mengasuh untuk sedia berkata benar.