Jumaat, 20 Disember 2013

Ibu Saudara Yang Mengasihi Anak-Anak Kakak-Kakaknya

Catatan ku di http://www.facebook.com/LelawatibintiMohdAli

Lebih tujuh tahun yang lalu wujud perbualan di antara seorang ibu saudara dengan anak saudaranya yang ketika itu masih menuntut di salah sebuah universiti di New Zealand.


Mereka sering berbual-bual apabila wujud kesempatan,lantaran ke dua ibu dan anak saudara ini   saling berjauhan dari keluarga yang kerap dikenang...


Seorang di Qatar dan seorang lagi berada nun jauh di New Zealand...


Komunikasi melalui talian kabel bawah laut fiber optik membawa khabar kami menerusi menara-menara telekom dan satelite.


Bicara hal ehwal keluarga, peribadi dan hal-hal pesanan nasihat di dalam iman kami lakukan menerusi talian gentian optik dan satelite...caj bagi perutusan melalui telekom memang mahal lalu kami menggunakan laluan internet yang saling menghubungkan berjuta komputer secara percuma oleh kewujudan 'internet server provider' yang menterjemahkan perbualan kami.


Email-email ketika itu tidak menimbulkan masalah kepada kami apabila tiada gangguan 'penghackers'...yang memecah masuk kata kunci akaun email kami.


Ada ketikanya kami bertentangan pendapat, maklum sahaja jurang beza usia dan apabila pengalaman tidak sedia diterima sebagai sebahagian dari pengetahuan dan pendidikan.


Ada ketikanya kami saling memujuk supaya tidak ada yang terlalu mudah berkecil hati atau berasa kecewa perasaannya apabila berhadapan dengan ujian... 


Ada ketikanya saya lebih banyak meraikan kegembiraan yang dinikmati oleh anak saudara dan teman-temannya...


Lalu sehingga hari ini saya kekal menggunakan internet untuk pesanan-pesanan iman walau pun tidak mendapat sapaan, bersendirian dengan Allah menjadi saksi saya tidak berasa kesunyian atau kesedihan...

Biarlah ia menjadi amalan amal makruf dan nahi munkar saya... 


Alhamdulillah email ini yang hilang dari peti simpan akaun yahoo dapat disemak semula bagi diperbetulkan penggunaan ayat...



----- Forwarded Message ----From: twinpeaks klcc qatar <twinpeaks_56@yahoo.com>To: syuhadah alias <wardah_mujahadah@yahoo.com>Sent: Mon, June 12, 2006 10:59:07 AMSubject: Re: Fwd: [kworldclub] Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti


Assalamualaikum Along (kesemua anak-anak sulong dipanggil Along)

Sebelum berbual panjang tentang bola, mak anje mahu along tolong berikan mak anje email Angah Alib, boleh?


Begini sahajalah, agama itu adalah nasihat.

Sejauh mana kita telah menebarkan sayap sebagai individu yang menggerakkan nasihat-nasihat ini?


Bagaimana along dan rakan-rakan menanggapi perbezaan yang wujud di antara pemikiran, persepsi, pandangan dan pendapat?


Apakah dengan perbezaan-perbezaan ini menjadikan kita semakin rapat atau semakin jarak perhubungannya....kelian akan mewarnakan dunia dengan warna-warna yang kelian sendiri kehendaki...namun kita mesti jujur bahawa kita mesti membentuk sesuatu ke arah mengkreatifkan pemikiran.

Pemikiran kita selalu jumud dan beku apabila berhadapan dengan pertentangan antara tanggungjawab dan kehendak.


Mak anje merujuk tanggung jawab kepada agama dan kehendak sebagai naluri peribadi.

Bolehkah ke dua ini bertemu ?
Mesti boleh !
Kita yang membina dinding tembuk pagar dengan berpendirian bahawa setiap yang terbit ilhamnya tidak wujud kaitan dengan nilai agama, mesti benda itu akan merosakkan tatkala iman kita abaikan.

Bola.

Stamina yang mengekalkan kepantasan berpasukan adalah pendidikan untuk kita membina jamaah.  

Kita sarat dengan kemelut remeh temeh yang sebenarnya MEMBUNUH kekreatifan idea untuk berfikir.


Arak misalnya fakta yang jelas haram kepada muslimin.

Bagaimanakah kita bersama dapat menyedari perkara ini?

Membaling batu? 

Berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian kita? 

Berbincang atau menyertai pertubuhan politik dan NGO yang mampu merealisasikan inspirasi kita? 

Belajar dengan ilmu tapi amalan menuntut bayaran sejajar dengan kelayakan juga pengalaman upaya menghalang kita.


Kita silap apabila sentiasa menakutkan diri tentang jauhnya jarak kita dengan syuga.

Mulakan dengan diri terlebih dahulu....sentiasa jujur ikhlas sentiasa bersedia untuk maju ke hadapan bukan dengan mencipta persepsi-persepsi yang manis di telinga sahaja tapi kaitkan dengan hati kerana hati tempat duduk segala rasa. 

Hati yang menjadi alat utama untuk membaikkan perbuatan bila niat sentiasa diperbetulkan.

Adakah ilmu duduk di minda sahaja?

TRAMPILKAN ILMU dengan mendidik menghubungkan mereka yakni remaja dengan perkara yang benar.


Jika mahu bermain bola perlu berlatih, perlu ada semangat bersatu bukan individu.


Jika mahu menyanyi mesti faham siapa yang akan jadi sasaran kita....apa yang mahu di bawa.........bagaimanakah mahu dijalinkan irama muzik sesuai dengan keperluan fitrah insan yang mahu masa senggang bagi melenyapkan kerunsingan.
(fatwa ke atas muzik berbeza-beza mengikut agama atau iman atau dasar kerajaan?)


Jika membaca Al-Quran, bagaimanakah kita bentangkan dalam kehidupan rutin harian apa yang kita baca?


Mak Anje lebih suka bersendirian sebab mudah menjaga hati, niat dan perbuatan tetapi adik-adik merimaskan mak anje bila mereka tidak mempunyai ramai kawan, mempunyai banyak masa di rumah dan memilih untuk berkomunikasi dengan alam cyber dengan pelbagai akses....

Namun jika kita tinggal di dalam gua kita tidak dapat menyampaikan walaupun sepotong ayat dari kudwah hasanah Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassallam. 

Banyak yang mereka dapat tapi mereka tak mahu berkongsi dengan mak anje apa yang mereka buat.

Sesekali mak anje kena menghormati keinginan mereka... namun mak anje syukur sebab mereka jujur sentiasa berusaha melenyapkan prasangka mak anje....yang pasti mak anje beri mereka kebebasan setelah menerangkan apa natijjahnya jika ini yang dipilih atau itu yang dikehendaki...yang penting bila mereka menipu, mereka menipu Allah dan malaikat yang menjadi saksi ke atas setiap apa yang mereka sembunyikan.

Perbuatan ini tidak merugikan mak anje atau menguntungkan mereka.

Antara hadis Nabi sallallah hu alaihiwasalam yang menjadi panduan mak anje ialah ",,,didik, bimbing, ajar, terangkan, asuh dan tunjuklah bagi memberitahu anak-anak kamu, sebab mereka adalah tercipta untuk MENGHADAPI MASA YANG LAIN DARI MASA KAMU."


Mengenai aurat.....bagaimanakah pandangan Along? 

Sudah sampaikan pada sepupu, rakan, taulan dan handai apa erti aurat dan mengapa ia tidak wajar dicampurkan dengan tabbaruj?

Bukan semua insan itu soleh.......mudah menguyah menghadamkan apa yang kita sampaikan.

Masalah kita adalah berhadapan dengan insan yang belum soleh, namun di dalam hati mereka ada sifat mengasihi agama, ada rasa pedih jika dikutuk dihina dilemparkan dengan nista. 

Adakah kita dapat selami perasaan itu?

Kita yang rasa agak sempurna penjagaan aurat selalu membiarkan mereka terkapai bersendirian.

Dekatilah mereka dengan kasih sayang yang jujur...pasti, pasti Allah akan menyayangi kita dengan memberkati niat usaha kita.


Palestian bumi anbiak.....semua yang mencinta Allah dan yang mengasihi agama, merasa berhak ke atas bumi ini. ..

Kesukaran akan menjadi mudah bila melihat bagaimana Allah membiakkan manusia yang berbagai rupa dalam jasad yang berbeza dalam bahasa yang berbeza yang asalnya bermula dari seorang manusia ADAM.


Apakah yang kita rebut atau persaingkan....bila semua akan mati...tatkala ini percaturan pemimpin yang berkaedahkan amalan yang kuat menindas yang lemah kerana memiliki kuasa tapi amanah kuasa itu yang sering membinasakan mereka.


Kekuatan jika tak di seimbangkan dengan kemanusiaan yang bertunjangkan iman akhirnya lihat apa yang berlaku.....mendapat kekayaan dari cara yang salah misal menjual senjata api dan apa sahaja yang diperlukan oleh tentera untuk mengkreatifkan hasil pendapatan negara yang upaya merosakkan bangsa dan negara lain dan penanaman popi.


Bagaimanakah menjajah dengan cara yang bermaruah?


Perang dunia tidak akan berlaku atas kekuatan ketenteraan tetapi menerusi penjajahan ekonomi yang bersifat adil upaya mencetuskan 'peperangan di benua-benua'.


Menjajah dengan 'mentaliti bijak'... (sayangnya mentaliti bijak ini kurang dimiliki oleh kaum lelaki)
Sebaliknya semakin ramai kaum wanita yang memiliki kelebihan kekuatan berfikir mencetus idea menggarap tujuan dan haluan yang merintis banyak jalan ke arah kebaikan....

Kembali semula kepada soal Palestian...mereka yang berhujjah kata, berdiskusi idea, berikat janji setia di pentas PBB  tidak sama dengan mereka yang menitiskan airmata apabila kehilangan suami dan anak-anak...bagaimana mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan jika tidak ada sekolah yang lengkap,,,,adalah tidak munasabah khalayak yang jauh dari Palestein upaya menjadi tetangga jika bukan masyarakat arab dan yahudi itu sendiri yang dianggap munasabah membina hubungan sesama mereka.

Susun nasab Quraizah, Qainuqa' dan Nadhir tidakkah masih wujud anak cucu cicitnya pada ketika in?

Nasab bani Quraisy juga memiliki anak cucu cicitnya...

Berseliseh pendapat tidak bermakna kita tidak boleh melakukan perkara yang bermanafaat.

Yahudi atau Arab  sama-sama insan yang mulia jika bertunjangkan akidah...

Adakah nasrani membantahnya?


Misyar lebih baik atau poligami lebih baik?
Ini bukan hal bangsa Amerika atau Britain atau Eropah.

Apa sahaja yang telah Allah tetapkan semua ini baik untuk kita. Sebab sesuai dan memang mampu di hadapi oleh kita tak memberatkan. Menjadi berat apabila soal ini tidak di fahami dengan jujur.

Poligami tidak menjadi niat mak anje sebelum di ijab qabulkan.
(Mak Anje fikir setiap  gadis muslim perlu menyatakan perkara ini dengan jelas sebelum mereka dijabkabulkan)

Ta'aliq talaq bukan hal ehwal dan bukan urusan yang perlu ditangani oleh masyarakat bukan mukmin.

Kelemahan memahami tafsiran Al-Quran menjadi masalah tatkala tajweed bacaan Al-Quran boleh dipelajari.