Sehingga hari ini keluarga Lelawati binti MohdAli tidak mempunyai sejarah kematian disebabkan oleh penyakit kanser.
Aruah Uwan Tiami binti Sulit. |
Aruah uwan (nenek di sebelah emak saya) bukan orang kaya. Uwan memang miskin. Tetapi dia tidak pernah memburukkan adik beradik dan sanak saudaranya. Uwan tidak pernah tamak dengan apa yang dimilikinya. Dia hanya seorang penoreh getah dan penanam padi sejak zaman mudanya di samping mengambil upah menoreh getah milik kebun orang kampong.
Rumah adat - tanah pusaka di Kampung Terentang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
Dia memiliki sawah padi yang dikongsikan secara bersama geran tanah yang dipecahkan persempadannya dengan sepupu-sepupunya. Persepakatan hasil permuafatan pecahan sempadan bagi tanah yang didirikan rumah adat secara bersama telah dipersetujui oleh moyang-moyang kami sebelum kami dilahirkan. Tidak pernah wujud pengungkitan untuk berebut di antara mereka.
Mereka tidak berkelahi tentang buah rambutan atau buah kundang atau buah durian atau buah kelapa atau buah jambu yang merendang memasuki sempadan tanah dan laman mereka.
Anak-anak dan cucu serta cicit aruah uwan dan adik beradik serta sepupunya tidak pernah berkelahi untuk memilikkan itu dan ini apabila sesekali pulang berkumpul di rumah-rumah adat yang kecil yang masih bersifat kekampungan walau pun usia mereka meningkat tua dan sikap ini jelas diwarisi oleh anak-anak perempuan dari nasab emak dan adik beradiknya serta sepupu mereka, baik yang lelaki mahupun perempuan.
Seingat saya apabila pulang ke kampong sentiasa kami disambut dengan penuh riang oleh sepupu-sepupu yang tinggal di baruh tanpa kami bergaduh walau pun kami adik beradik boleh dianggap sebagai orang bandar kerana tidak tinggal di kampong.
Emak pemblog (Hajjah Nafsiah binti Salleh) |
Apa yang pasti saya tidak berasa malu dengan wajah dan rupa nenek dan emak saya.
Apakah saya perlu meletakkan wajah nasab saya dengan rupa orang india atau orang afrika atau orang mana-mana pihak yang anda inginkan?
Saya tidak faham dengan keegoan anda yang suka membandingkan usia tua masyarakat di lokasi yang berlainan dengan lokasi anda,yang berlainan dengan bentuk rupa bumi anda, yang berlainan dengan jenis pemakanan anda, yang berbeza dengan iklim dan keadaan persekitaran anda, yang berlainan dengan keluasan negara anda, yang berlainan dengan musim-musim peredaran bumi dengan matahari, yang berbeza dengan cara dan gaya hidup anda malah yang tidak sama agamanya dengan anda.
Uwan (nenek) dan emak saya tidak menjalani proses memudakan dirinya yang menjadi imej dan simbol masyarakat moden pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan