Catatan ini tidak boleh dibaca mempunyai perkaitan dengan siri Kembara walau pun memilih jenis tulisan verdana yang diketahui diimejkan dengan sifat india tatkala saya terus digagalkan untuk memilih jenis huruf bagi mencirikan bina diri saya sebagai seorang wanita melayu muslim yang berasal dari Klang Selangor.
Ya memilih jenis huruf Verdana tidak boleh menyifatkan saya sebagai penulis yang mempunyai perkaitan dengan India.
Bagaimana pula dengan pilihan jenis huruf lainnya seperti Arial, Courier, Georgia, Helvitica, Times dan Trebuchet pilihan huruf ini akan menyifatkan perhubungan saya dengan negara dan siapa pula?
Keluarga Lelawati binti MohdAli mempunyai sejarah penyakit umum yang biasa seperti pitam, mudah pening kerana tekanan darah tinggi (bukan penyakit darah tinggi).
Panggilan kakak sulong yang meminta saya ke sisi uwan ditakdirkan menjadi kenangan buat saya. Saya ditakdirkan untuk menjadi hanya sebagai penyimpan kenangan.
Ya memilih jenis huruf Verdana tidak boleh menyifatkan saya sebagai penulis yang mempunyai perkaitan dengan India.
Bagaimana pula dengan pilihan jenis huruf lainnya seperti Arial, Courier, Georgia, Helvitica, Times dan Trebuchet pilihan huruf ini akan menyifatkan perhubungan saya dengan negara dan siapa pula?
Dikau muflis idea atau sedang tidak siuman kerana rasa bersalah?
Saya bertanya kepada wanita yang disepara mesinkan yang masih mengekori lintasan pada jalur fibre optik saya.
Apakah mungkin kerana dia menjadi hamba sahaya kepada kehendak-kehendak yang menjadikan dia semakin hilang kerasionalan? Bagi menahan emosi yang disengajakan untuk mendera minda saya, saya mengimejkan wajahnya bagaikan salah seekor haiwan di taman haiwan rakaman semasa saya di Zoo Brno, Republik Czech.
Saya meletakkan gambar ini bagi membantah kekeliruan yang didepani apabila melihat jarak susunan gambar-gambar yang sedia ada tetapi dikosongkan imejnya dengan muat naik gambar yang baru. |
Uwan atau panggilan lain bagi nenek atau opah atau tok emak saya, bernama (Hajjah) Tiami binti Sulit meninggal dunia ketika berusia menghampiri atau telah melepasi usia 100 tahun.
(saya sengaja meletakkan angka supaya mereka yang sudi membaca cermat memerhati)
Wajah aruah nenek ku Tiami binti Sulit |
Keluarga Lelawati binti MohdAli mempunyai sejarah penyakit umum yang biasa seperti pitam, mudah pening kerana tekanan darah tinggi (bukan penyakit darah tinggi).
Uwan (nenek) saya, (Hajjah) Tiami binti Sulit tidak mengalami keadaan nyanyuk atau hilang ingatan.
Benarkan saya menceritakan saat-sat akhir sebelum uwan menutupkan matanya.
Dalam tempuh antara tiga dan empat hari uwan demam namun masih berjalan ke bilik air.
Dia masih mengenal kami.
Dia masih bersenda dengan Ahmad Hilman yang ketika itu masih kecil dan menjadi teman hari-harinya.
Ahmad Hilman semasa kecil merupakan satu-satunya cicit aruah uwan yang menjadi teman di hari- hari akhirnya. |
Uwan cuma kerap memberitahu kami tentang saudara-saudaranya yang telah lama meninggal. Cara uwan bercerita seolah-olah mereka berada disisinya.
Salah satu hari menjelang berakhirnya usia uwan saya menjemput doktor datang ke rumah.
Doktor itu memasukkan air dan meminta emak dan kami semua jangan bersusah hati kerana keadaan uwan adalah fenomena lazim bagi seorang yang telah tua.
Doktor Kamaruzzaman pada waktu itu membuka Klinik Firdaus di Taman Sri Andalas juga sedang merawat salah seorang anak saudara saya yang mengalami kemalangan disambar api tatkala sedang membakar sampah yang terdiri dari tin kosong bekas semburan cat.
Doktor Kamaruzzaman pada waktu itu membuka Klinik Firdaus di Taman Sri Andalas juga sedang merawat salah seorang anak saudara saya yang mengalami kemalangan disambar api tatkala sedang membakar sampah yang terdiri dari tin kosong bekas semburan cat.
Sehari selepas dari kedatangan doktor, Uwan masih berbual bertanya samada kami dan cucu-cucunya masih di tempat bekerja atau sudah balik dari sekolah dan kurang dari sejam sebelum Uwan menghembuskan nafasnya, saya bersama kakak sulong dan kakak yang ke tiga mengelapkan tubuhnya. Pada waktu itu saya masih dapat merasa panas di seluruh bahagian badan uwan.
Sehingga hari ini saya masih sering melihat gamitan tangan uwan yang sudah dikunjungi oleh malaikat Izrail saat uwan masih mampu mengangkat tangannya separas bahu menggamit anak saya Ahmad Hilman dengan kata-kata, ‘apa kena Oyang nie Jiman.’ Sejurus dari minit-minit itulah uwan kembali ke hadarat Allah SWT dengan aman damai tenang.
Jiman ialah nama salah seorang anak saudara uwan yang telah lama meninggalkan dunia.
Lantaran melihat uwan masih tersenyum masih berkata-kata saya meninggalkan kakak-kakak dan emak serta jiran untuk membersihkan tuala di dapor.
Panggilan kakak sulong yang meminta saya ke sisi uwan ditakdirkan menjadi kenangan buat saya.
Uwan menutup matanya ketika dan saat ketika saya tiada di sisinya.
Saya mencari denyut nadi uwan dan setekah pasti denyutan nadi uwan tiada di pergelangan tangannya dengan jelas saya mengucapkan kepada emak, kakak-kakak dan jiran, ‘Innalillah hi Wainna Lillahhi Rajiun.’ Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Saya mencari denyut nadi uwan dan setekah pasti denyutan nadi uwan tiada di pergelangan tangannya dengan jelas saya mengucapkan kepada emak, kakak-kakak dan jiran, ‘Innalillah hi Wainna Lillahhi Rajiun.’ Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Uwan kami pergi menghadap Allah dengan mudah segera dan tidak menyusahkan emak dan kami adik beradik namun jauh di sudut hati, saya terasa kesedihan di hati sepi uwan yang sentiasa bertanyakan tentang anak-anak lelakinya yakni adik beradik emak di kampung.
Pada hari itu kami melihat hampir seluruh cucu cicit menantu dari adik beradik emak dan anak-anak saudara, sepupu dan sanak saudara aruah wan memenuhi rumah kami di rumah pusaka yang ditinggalkan oleh aruah abah di rumah beralamat nombor 56, Jalan Hijau, Taman Kampong Kuantan di Klang yang merupakan satu-satunya harta peninggalan aruah abah kepada kami.
Allah memberikan kelebihan kepada aruah uwan apabila jenazahnya disolatkan dua kali.
Pada solat jenazah yang pertama barisan safnya memanjang sehingga tiga saf.
Atas permintaan anak-anak saudara aruah uwan yang tiba lewat dari Kampung Terentang di Kuala Pilah, Bayai, dan Serting, Pasoh (saya tidak pasti tentang sanak saudara dari Jelebu kerana tidak mengenali mereka) jenazah aruah wan disolatkan untuk kali ke duanya dengan barisan saf yang panjang. Uwan dikebumikan di perkuburan islam Lipat Kajang bersebelahan perkuburan aruah abah kami yang dipusarakan di tanah perkuburan Simpang Lima Klang.
Waktu itu suami saya berada di England kerana bertugas setelah meninggalkan perkhidmatannya di Tenaga Nasional Berhad pada akhir tahun 2005. Selain itu kakak kembar saya juga tidak hadir bersama kami dari saat uwan mulai menunjukkan tanda untuk kembali menghadap Ilahi sehingga seratus hari uwan dikebumikan.