Memaparkan catatan dengan label Dokumen/Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dokumen/Fakta. Papar semua catatan

Khamis, 26 September 2013

Sempadan Dan Garisan


Catatan dari thanaif.facebook.com

8/8/13 yang lalu adalah pengalaman yang tidak pernah kami sekeluarga lalui setelah berulang alik setiap tahun untuk pulang bercuti semenjak hampir lapan tahun menetap di Qatar.

Seperti lazimnya syarikat majikan tempat suami berkhidmat tidak memberikan wang tunai bagi membeli tiket-tiket penerbangan dua hala bagi ahli keluarga yang berada di dalam tanggungan suami untuk pulang ke tanah air setiap tahun.

Tidak seperti sesetengah syarikat lain yang mendepositkan wang tunai bagi pekerja mereka untuk pembelian tiket ahli keluarga yang pulang bercuti, kesemua urusan pembelian tiket sepenuhnya dikendalikan oleh pihak syarikat, dari urusan pengstatusan yakni 'status residen', status sah pasport dan dokumen perjalanan yang berkaitan kesemuanya diuruskan oleh majikan yang dilakukan secara 'on line'.

Kami tidak boleh memilih tidak pula boleh membantah.  


Beberapa tahun yang lalu ketika anak sulong saya masih berada di bawah penanggungan majikan syarikat tempat suami bertugas, individu atau pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal yang disebutkan di atas pernah culas menjalankan tugas apabila pada jam-jam yang akhir penerbangan berlepas, suami dan anak perlu bergegas ke jabatan polis bagi mendapatkan pengesahan dokumen perjalanan (saya tidak mengetahui dengan jelas status dokumen itu).


Dan pada malam syawal hari pertama setelah saya dan anak-anak melepasi pemeriksaan di kaunter imigresen saya dapati suami ditahan dan dibawa oleh polis untuk keluar dari garisan kuning yang menjadi sempadan antarabangsa untuk bebas dari berada di Qatar pada sifat undang-undangnya.


Apakah makna garisan kuning yang digariskan di kaunter terakhir bagi pemeriksaan imigresen di setiap lapangan terbang?

Apakah undang-undang mengenainya diketahui oleh setiap ahli penerbangan yang sering kelihatan bergaya ketika berada di lapangan-lapangan terbang?

Ketika suami ditahan saya menutup talian bimbit yang memberi masalah kepada saya walau pun berjenama 'smartphone'. Pada waktu saya dan anak-anak sedang sibuk mengendalikan barangan untuk pemeriksaan itu pada waktu itu jugalah beberapa kali suami mencuba menghubungi saya.


Sukar untuk menyatakan emosi saya dan anak-anak ketika itu kerana beberapa hari sebelumnya saya telah mengingatkan suami mengenai kesemua dokumen dan urusan tiket serta pasport perjalanan kami sekeluarga.

Memandangkan dia adalah penaja yang menanggung kami, sewajarnya tidak wujud masalah ke atas suami setelah saya dan anak-anak berjala melepasi pemeriksaan di imigresen.

Apabila menoleh mencarinya pada saat itulah saya menyedari suami saya telah berada di luar garisan yang berwarna kuning dan hanya mampu memandang kami yang tidak mengetahui apa yang terjadi.


Sebagai seorang isteri saya bertindak melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan maklumat mengapa dia tidak melepasi pemeriksaan kastam. Melalui telefon suami menyatakan mungkin dia perlu menaiki penerbangan lain dalam sehari dua nanti bagi menguruskan dokumen perjalanannya yang dikatakan tidak sah!  

Pada waktu inilah karenah petugas dari rakyat tempatan amat menjengkilkan.

Apakah sememangnya teramat payah untuk petugas atau pasukan polis yang ada di situ untuk bertanyakan kepada saya mengapakah saya mahu melangkahi garisan kuning itu pada ketika saya mencuba berkomunikasi dengan mereka bagi mendapatkan bantuan?

Apakah ini protokol di dalam etika penjawat yang berada di bahagian hadapan kaunter untuk laluan masuk dan keluar?

Malah petugas lelaki di kaunter meminta saya mengeluarkan pasport tanpa dia menyedari saya sudah selesai berurusan di 'check point' kaunter imigresen. Apabila saya menyatakan saya hanya mahu mendapatkan suami yang melambai meminta saya datang kepadanya bagi diberikan beberapa dokumen, saya tidak dibantu tetapi disergah tanpa menggunakan bahasa inggeris.

Apakah saya memahaminya?
Apakah wujud komunikasi apabila tidak ada informasi atau maklumat yang boleh difahami?

Tidak ada yang membantu saya dan atas alasan itu saya melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan suami dan mengambil kesemua dokumen yang mahu diberikannya kepada saya.


Di dalam keadaan seperti ini siapakah yang tahu tentang ketidaktahuan mengenai undang-undang perjalanan, undang-undang ketika berada di lapangan terbang, undang-undang yang berkaitan dengan syarikat penerbangan?

SIAPA?

Rabu, 18 Julai 2012

Apakah Makna Benar?

Kira-kira empat puluh sembilan tahun yang lalu pada 17. 7 .1975, saya memiliki pengenalan diri yang berbentuk kad plastik bagi mengiktiraf dan melayakkan saya disenaraikan sebagai salah seorang warga kepada tanah tumpah darah saya Klang, Selangor Darul Ehsan. 


Saya terhitung sebagai berstatus rakyat bagi sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat pada tarikh tersebut.


17.7.1975 kad pengenalan saya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia saat saya genab berusia dua belas tahun sebagai syarat usia yang layak untuk setiap warga negara memiliki pengenalan diri.


Ianya berlainan dengan Surat Beranak yakni dokumen berbentuk sebagai sijil yang mengesahkan kelahiran saya hasil perkongsian dan perkahwinan antara emak dan aruah abah (Nafsiah binti Salleh dan aruah PC 14556 Mohd Ali bin Ahmad).
Dengan lain perkataan saya bukan anak yang dilahirkan di luar perkahwinan.




Adakah berasas untuk menjadikan 17.7 hanya milik khalayak tertentu sahaja tatkala saya tidak berbohong?


Hanya tarikh dan peristiwa ini sahaja menjadikan saya upaya 'melihat' Julai yang bersifat pendusta, pemuslihat, pembohong, pendajjal malah pelacur kerana telah didominasi dengan niat-niat tertentu oleh pihak yang berkepentingan?


Sementelahan kesemua laptop peribadi saya digunakan secara bersama oleh saya dan anak-anak yang tidak suka membaca, tidak suka berfikir dan ada yang sedia mengutamakan pihak yang berada di luar lingkaran keluarganya sendiri!


Ini membuatkan saya sesekali berasa meluat dan berasa 'benci' dengan 'generasi muflis' ini dan tersangat ingin menyingkir jauh mereka dari pandangan minda saya apabila terlalu banyak emosi diperalatkan oleh kejumudan akal fikiran mereka yang kononnya ingin memiliki taraf antarabangsa tetapi tanpa mempunyai jati diri untuk berperibadi.




Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan jika sememangnya tiada apa-apa yang perlu menjadi rahsia melainkan ianya sememangnya ada yang tersirat dari suratan yang dirahsiakan.




Bagaimanakah upaya semua bangsa disatukan hanya untuk mendapatkan budaya tatkala ada yang membenci  sifat buka dada, buka pusat, buka butang, buka seluar tunjuk ponggong!


Tatkala ada yang berasa terancam hanya melihat jambang dan janggut, melihat hijab dan niqab, melihat serban dan jubah sehingga terlindung wajah?




Seolah-olah seperti 'setan' turut dibenarkan untuk mencorakkan budaya dan identiti dan ini amat menyakitkan emosi saya yang berusaha agar keturunan saya tidak hilang keaslian jati identiti untuk berdiri.




Ya mungkin sahaja setelah kematian saya selaku pemiliki sah kepada nama-nama pena sebagai produk diri ini akan terkubur sekiranya anak-anak biologi saya memilih pasangan yang berlainan bangsa dengan saya yang saya tolak terang-terangan bagi mewarisi nasab diri 'tejathanaif', 'thanaif', 'mustarhaniff' dan kini paling baru 'eilahaniff' sebagai nama pena untuk menjarakkan saya dari kehendak-kehendak pelbagai mereka.




Saya perlu kekal menjadi diri sendiri pada nama-nama pena ini setelah saya hilang kepercayaan dan dengan amat perlahan terpaksa membina semula kepercayaan yang telah hilang itu.

Sabtu, 14 April 2012

Catatan Dari Facebook (Bagaimana Belajar Berkata Benar?)

Bismillah.


Mengapa tidak suka pada nama sendiri?
oleh Lelawati Mohd Ali pada pada 8hb Oktober 2011 pukul 2.45 ptg ·


Dahulu masyarakat di kampung pernah memikirkan satu kaedah di mana anak-anak yang sering menangis atau mengalami demam yang berpanjangan, dianjurkan oleh orang-orang tua agar ditukarkan nama asal anak itu dengan nama timangan.


Ini berikutan didakwa nama yang diberikan itu tidak sesuai untuk nama anak tersebut.


Waktu itu saya masih kecil dan turut melihat realiti apa yang disebutkan di atas di dalam masyarakat kampung nenekanda saya di Kampung Terentang Kuala Pilah Negeri Sembilan.




Anak saudara saya yang ditukar panggilan namanya  dari Zulkhibri  menjadi Talib  kerana selalu sakit semasa kecil. Ia amalan masyarakat di kampung emak saya ( Kg Terentang)



Saya mentertawakan dan merasa tidak logik.


Sehinggalah berlaku kepada saya sewaktu berusia sekitar (tidak diingati) waktu saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sandaran.


Setiap penjawat yang ditawarkan jawatan dengan kerajaan perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh dan x ray bagi membuktiknannya sihat tanpa mengidap penyakit yang merbahaya dan berjangkit.


Bersama dengan seorang rakan kami  menunggu nombor giliran dipanggil di bahagian pesakit luar di Hospital Besar Kuala Lumpur.

(Dari Blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah.)

Baru secicah menduduki kerusi yang disediakan,nama saya dipanggil untuk masuk bertemu doktor.Saya berasa pelik kerana baru sahaja tiba di hospital.


Setelah menjalani kesemua ujian yang diperlukan doktor wanita yang berketurunan india menyemak surat tawaran dari Jabatan Pelajaran Selangor dengan borang pengesahan pesakit dan dia telah menunjukkan rasa yang tidak senang dengan membulatkan matanya dengan sedikit perasaan marah.


‘Awak tidak tahukah nama awak siapa?’


‘Saya masuk kerana jururawat itu memanggil nama saya.Memang itu nama saya.’


Jururawat itu juga menunjukkan reaksi yang sama dengan doktor itu.


‘Awak tidak lihatkah nama yang ada di surat ini?’ Dia menunjukkan surat pengesahan pesakit.


‘Misi (nurse) tidak menunjukkan surat itu. Bagaimana saya boleh melihatnya.’


Saya membantah kerana jelas jururawat dan juga doktor tersebut mengabaikan maklumat dan biodata saya di surat tawaran dan surat pengesahan pesakit.


Saya didewasakan dengan proses membantah dan memprotes kerana sering diabaikan oleh alasan-alasan yang sukar dimengertikan.


Doktor dan jururawat itu menjadikan saya mangsa untuk berasa bersalah di atas kelemahan kemanusiaan mereka.


Nama pada surat tawaran itu dieja Lelawati binti Mohd Ali dan nama di surat pengesahan pesakit dieja  Leelawathy  d/o  (daughter of -------- tidak diingat lagi)


Kebetulan pada surat kelahiran saya di muka hadapan pendaftaran nama saya dieja seperti nama yang terdapat di surat tawaran dan di muka surat belakangnya dieja Leelawathy ejaan nama gadis india.


Bukti sah yang tidak boleh disalahgunakan mengenai diri sebenar tejathanaif

Beginilah yang dilakukan oleh moderator blogger yang menunggang terbalikkan  gambar-gambar yang digunakan sebagai bukti sah kesahihan diri sebenar tejathanaif.


Sejak itu saya tidak suka menggunakan nama asal yang diberikan oleh arwah abah dan bertindak menukarnya sendiri menjadi  Nurlaila binti Mohd Ali.


Saya cuba menukar nama itu di mahkamah tetapi menurut Pesuruh Jaya Sumpah di Mahkamah Rendah Klang (Selangor) penukaran nama perlu melakukan akuan bersumpah untuk ditukarkan nama ini pada sijil kelahiran dan nombor kad pengenalan dengan kadar kos yang tidak mampu ditanggung kerana saya ketika itu seorang penganggur.


Dan saya telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif@thanaif sekitar awal 2006 dengan beberapa pembuktian yang dirakamkan dari kiriman email.


Selain itu saya juga pernah menggunakan nama samaran seperti Mustar Haniff, Thespian Gulf,  nlma_126, thrall_throes, teja, thanaif_56, twinpeaks_56 di samping pernah untuk beberapa waktu menggunakan nama zalisa_56 pada kata kunci  (password Blogger kerana tidak tahu mengisi maklumat di blog.spot.com) selain nama pena yang digunakan di siber, thanaif, tejathanaif, teja thanaif, tejathanaif thanaif yang digunakan setelah menyedari nama pena teja thanaif, thanaif, tejathanaif disalahgunakan sewaktu laptop-laptop peribadi kegunaan rumah ‘ diuruskan tanpa sepenuhnya di dalam pengetahuan tt’ oleh suami dan anak sulong yang telah menimbulkan beberapa masalah dan kerumitan yang tidak difahami asal sumber dan alasan ianya terjadi. 


Dengan kerumitan yang didepani saya mulai berkongsi pencarian penyelesaian masalah  dengan anak-anak saudara lelaki dan perempuan yakni anak-anak kakak-kakak saya.



Nur Qistina, Mohd Zul Helmi, Fatin Aqilah dan Nur Syahidah
Nur Atikah, Nabil Fikri dan Mohd Hazim
Mohd Zul Aizat, Mohd Zul Haziq, Mohd Zul Helmi, Iqbal Hakim, dan Amnan Afiq  bersama  kakak dan abang ipar ku

Wanita dimuliakan oleh pakaian. Dengan pakaian manusia berperadaban dan  berbudaya. Tanpa pakaian  manusia setaraf haiwan.

Jesteru itu saya mula mahu mendapatkan bantuan pengendalian sewaktu menggunakan interaksi internet bukan disalahgunakan bagi berkomunikasi kerana mempunyai hasrat untuk berjaya sebagai seorang penulis dan amat mengaibkan apabila wujud interaksi tidak bermaruah yang menggunakan gambar-gambar ahli-ahli keluarga saya di facebook untuk mencari jodoh (bagi mereka yang tua dan telah berumah tangga) atau mempersendakan pilihan gaya dan cara hidup sesetengah dari ahli keluarga saya kerana mereka ini adalah darah daging saya yang perlu dilindungi kerana kami bukan berasal dari keluarga orang kaya!


Isu yang paling utama ialah sesuatu yang paling wajar difahami bahawa setiap perlakuan di antara kami tidak saling berkaitan dan ianya menjelaskan sebagai kelemahan kekurangan peribadi yang perlu dibaiki bukan dikekalkan untuk menjadi lebih buruk.