Sejak mula saat diisi borang pendaftaran saya sudah mulai
diulit rasa musykil.
Pada malam Khamis hari Rabu (2/1/13) sejurus sebelum waktu
maghrib saya menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang bersuara amat
lembut perlahan dengan dailek Indonesia memperkenal diri sebagai Siti Aisyah
bertanyakan tentang email yang
dikirimkan kepada saya.
Apabila menyatakan saya tidak menerima pengiriman email ke
thanaif@gmail, Siti Aisyah meminta saya mengirimkan email
kepadanya untuk kiriman semula.
Sukar untuk menjelaskan perasaan hati saya terhadap susunan yang disistemkan pada akaun email-email saya kebelakangan ini tatkala saya tidak menerima banyak kiriman email kerana tidak mempunyai ramai kenalan.
Eletronik digital juga mempunyai teknologi pda sudut genetiknya?
Memiliki gen jugakah pemetaan komunikasi peribadi dan jaringan komputer sehingga menjadikan saya sering bermenung melihat aksi robot pembantu yang tidak berjalan melalui gentian optik tetapi dari satelite yang dapat mengesan laluan orbit di bumi?
Bertimbun-timbun web master mengirim semula email yang saya balas yang menjelaskan sensor eletronik seperti mengawal sistem jaringan komputer saya.
Alamat email Siti Aisyah stay_m26@yahoo.co.id
dinyatakan sebagai tidak sah oleh yahoomail dan gagal dikirimkan tatkala saya mencuba menggunakan akaun
thanaif@yahoomail serta di hotmail.
Apabila mesin diminta berfikir hanya melalui program penduplikasian dalam sistem komunikasi yang dikawal ingin ditanyakan apakah makna globlalisasi apabila prosessor cip yang menyimpan memori mudah digunakan bagi meniru dan mengubah suara?
Adakah wujud pembebasan manusia dari belenggu 'apartheid' tatkala sistem perhubungan manusia boleh ditempa acuannya?
Dan sesungguhnya mesin tidak boleh digunakan di dalam membina interaksi bila ianya tidak boleh didakwa apabila wujud kesalahan yang perlu dipertanggungjawabkan. Manusia bernyawa dengan sifat emosi, intelek dan rohani yang tidak boleh diprogramkan oleh mesin yang sengajakan untuk mempunyai multi identiti.
Anak gadis menyatakan bahawa saya wajar hanya menggunakan
satu email sahaja bagi menghindari kekeliruan kerana saya mungkin terlupa email
yang mana telah gunakan.
Kebahagiaan diberikan kepada orang yang berbakat.
Apakah bakat saya pada penulisan ini sesuatu yang
memudratkan sehingga saya perlu berhadapan dengan kesukaran?
Lantaran itu saya menggunakan kesemua email bagi mengesahkan
aktiviti saya di siber setelah menyedari Yahoo Mesengger saya telah
digunakan oleh seseorang yang turut menamakan dirinya sebagai thanaif.
Dipersendakan saya tergelak.
Diperendahkan saya tidak mengelak.
Dilempar keji saya tidak tersentak.
Diumpat hista sedikit rasa cuak.
Gusar agama menjadi fitnah walau nama telah dilumuri sebak.
Dihasad iri saya tangiskan dengan jiwa yang sesak.
Walau sesekali terladung air mata hingga mata membengkak.
‘Bangsat, durjana malah khinzir’ melucur laju sebagai
kalimat bertekak.
Apakah mereka kekal tidak menyedari bahawa angkasa, lautan, bumi dan udara dimiliki oleh Pencipta untuk seketika mereka merendahkan ego yang dikuasai?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan