Khamis, 21 Februari 2013

Komunikasi Efektif?



5/1/13

Semalam saya ke Al-Fanar yang merupakan satu lagi pusat pendidikan pengajian islam yang dikendalikan oleh kerajaan.

Saya difahamkan bahawa Al-Fanar dianggap sebagai badan induk yang menjadi pusat utama pengurusan yang mengurus pusat-pusat pengajian dakwah di Qatar.

Al-Fanar sudah menjadi tempat lazim untuk kami anak beranak singgah bagi mengerjakan solat apabila berada di kawasan Souq Waqif atau Corniche.

Saya tidak mengetahui tentang aktiviti badan dakwah ini selain pernah dua kali mengikuti ceramah bersifat keagamaan yang dianjurkan oleh beberapa pihak komuniti di sini.

Pertama kali ialah sewaktu Miss Yvonne Ridley diundang untuk memberi perkongsiannya mengenai pengalamannya sebagai seorang wanita Britain beragama kristian menerima Islam setelah dibebaskan oleh pejuang taliban.

Ke dua kalinya ialah sewaktu salah seorang mubaligh tanah air saya yang berketurunan tionghua diundang bagi menjelaskan pelbagai pengisian yang menambah pemahaman kami terhadap akidah yang seterusnya memohon bantuan keewangan dari badan kebajikan yang dikendalikan oleh kerajaan Qatar (jika saya tidak silap)

 

Saya juga mempunyai sejarah tersendiri mengenai Al-Fanar.

Satu ketika saya membantah keinginan komuniti dari tanah air saya sendiri yang mahukan penggunaan bahasa inggeris bagi buku-buku yang bakal digunakan oleh anak-anak kami ketika mengikuti kelas pengajian fardhu ain.

Tatkala itu saya ditawarkan untuk turut menjadi salah seorang pengajar bagi anak-anak kami.

Lantaran saya menyedari ketiadaan kelulusan tinggi sebagai syarat, saya mencuba menolaknya dengan baik.

Menggunakan alasan menolak penggunaan bahasa inggeris bagi buku-buku rujukan yang akan digunakan yang dikatakan didatangkan dari Arab Saudi (sekiranya saya tidak silap) saya berusaha untuk menghindari mengganggu kelancaran aktiviti program komuniti tanah air saya.

 

Tatkala itu pendirian saya melampaui sempadan tatkala penerbitan buku pastinya didatangkan dari Amerika (saya masih mengimbas satu persatu peristiwa itu).
 

“Bagaimana mungkin anak-anak kita diasuh imannya menggunakan bahasa lain tatkala kita sendiri yang mengajar mereka?'
 

Saya melemparkan senyuman kepada wanita tinggi lampai yang berkulit putih sambil memandang seorang wanita yang berkaca mata yang pernah menjawat jawatan di Lembaga Peperiksaan di tanah air saya.
 

“Anak-anak kita kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris dan tidak mahir berbahasa melayu.”

“Apa masalahnya jika meningkatkan penggunaan bahasa inggeris.”
 

Saya menyapu pelbagai persoalan ke dalam lipatan sanubari minda saya untuk dibuka semula sekiranya saya memerlukan inti bagi menulis.

 

Saya tidak bersedia menjadikan bahasa inggeris sebagai perantara terhadap anak-anak bangsa saya yang gagal untuk melihat bahawa pembinaan jati diri sebagai seorang muslim sangat wajar dibina oleh bahasa yang difahami dalam memahami proses-proses mengapa dan bagaimana kehidupan kami sebagai seorang muslim mempunyai pengertian yang amat dalam untuk dilalui sebelum ianya upaya diteladani.

 

Pagi itu kami tidak bertengkar jauh sekali bermasam muka tatkala berbincang dan berkongsi pandangan.

Air panas dan karipap (sejenis kuih kegemaran saya) menjadikan kami menghirup udara segar villa mewah di West Bay memasuki rongga-rongga sesalur periferi membuatkan tidak wujud tekanan dan stress di antara kami kerana kecukupan oksigen pada aliran darah kami walaupun darah kami masih dari jenis darah belia muda.

Itulah akhirnya kami berpandangan dan saling menyapa emosi.

Berpisah tanpa bertemu semula.

Mungkin kordinasi saraf saya bersifat neutral tatkala upaya melafazkan kata-kata, ‘bagaimanakah kenderaan mewah menaiki pembahagi jalan jika tidak dipandu laju’ tatkala menemukan salah sebuah kenderaan pengiring acara pertandingan tennis tersadai di atas pembahagi jalan di Corniche dalam perjalanan pulang.

Jika tidak silap kenderaan mewah BMW yang tersadai di pembahagi jalan itu menjadi kenderaan rasmi pihak penganjur bagi acara yang dianjurkan oleh WTQ ketika itu.
 
Dan semalam saya berada semula di Al-Fanar.
Sebuah bangunan yang menjadi antara daya tarikan bagi Doha.
 
Anak pertama dan anak ke dua saya seperti selalu menjadi peneman setia saya jika ke mana-mana.
Kasih sayang keluarga menjadikan saya sering berasa damai walau pun berada di tengah-tengah kemelut tindanan emosi.
 
Musykil saya sukar diluahkan sejak dari saat pertama mendapatkan khabar tentang pengisian ilmu yang menggunakan bahasa melayu.
Ya bahasa melayu di sini merujuk bahasa Indonesia bukan bahasa kebangsaan tanah air saya. 'Malay language' pula dirujuk sebagai 'malayalam language'.
Pengetahuan saya umpama ‘layang-layang’ yang putus tali kerana tidak upaya dan tidak sedia diikat oleh apa pun jenis temali. Ianya kerana sememangnya tiada wujud temali yang melingkari lingkaran aktiviti saya selama ini.
Telah tujuh tahun saya mencari dan saya tidak menemukannya kerana itu saya upaya mempertahankan kedamaian dan ketenangan kerana tabah untuk menyedari sememangnya ‘tali Allah’ berpintal kuat mengikat saya.
Ke mana sahaja kita berada Allah menyaksi dengan bala tenteranya yang turut menghuni alam ini.
Malaikat.
Malaikat adalah ‘bala tentera- tentera' Allah yang turut melihat ‘roh-roh’ jahat yang dijadikan perisai oleh para syaitan.
 
Saya sangat bosan dengan gangguan yang dilakukan secara tidak bermaruah sehingga catatan saya tidak lagi dibuka hanya beralasan ianya hanya catatan lama yang usang dan bukan bersifat baru untuk dijadikan idea.

Tiada ulasan: