Sabtu, 10 November 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi



Kemudian salah seorang petugas memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.

Menyatakan perkara yang berlainan di atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah rahsia di antara saya dengan Allah.

Lantaran pilihan saya bagi mengikuti asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga puluhan dan melepasi empat puluhan.

Mereka di mata saya menzahirkan perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya, tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?

Muallimah Mona yang mengendalikan kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.

Muda dan manis wajahnya.

Kami tidak bertaaruf walau pun jelas kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.

Sepenuhnya kelas dikendalikan di dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.

Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf hijaiyah.

Apakah tidak upaya tajweed menjadi mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?

Al-Quran pada sudut bahasa arabnya mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari sejak awal lagi.

Ia sangat berbeza dengan bahasa arab moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami asas binaan bahasa itu.

Takdir dari sunnahtullah Allah Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta olehNya sebagai Pencipta.

Ia bacaan yang membenarkan ummah mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Apakah manusia yang diciptakanNya tidak wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?

Ya cuma tatkala manusia berhasad dan mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.

Tafsiran dari surah-surah wajar dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.

Tiada ulasan: