Rabu, 4 Julai 2012

Jangan Marah Ya

'Insan' tidak sedia membina di atas keruntuhan atau tertawa di atas tangisan orang lain

Suami ku bukan pekerja di Qatar Petroleum.


Suami ku pernah gagal untuk mendapatkan tugas di Ras Laffan setelah gagal mendapatkan tugas di Qatar Foundation.

Suami ku adalah bekas pekerja Lembaga Letrik Negara yang kemudiannya diswastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Jurutera setelah selesai membayar wang pinjaman biasiswanya ke Universiti Missiouri selama empat tahun di dalam jurusan Eletrik dan Kuasa.

Dia mendapat ijazahnya pada tahun 1986.

Dia membayar semua wang rakyat yang diamanahkan yang digunakan untuk menanggung pelajarannya  dengan berkhidmat  selama sebelas tahun di TNB sebelum memulakan perkhidmatan di salah sebuah syarikat swasta.

Pada masa yang sama dia sedang bertungkus lumus untuk menjelaskan baki tanggungan hutang-hutangnya yang masih ada.

Dia memberikan perkhidmatan terbaiknya selama hampir dua puluh empat tahun sebagai ‘kuli’ professional yang tidak mengaut apa-apa keuntungan selain apa yang layak untuk diperolehinya di atas tawaran yang diberikan.


Apa yang lebih penting ialah suami ku memotong keratan iklan dari surat khabar bagi memohon jawatan di syarikat  tempat dia sedang berkhidmat bukan menalipon sepupu atau ibu saudaranya bagi mendapatkan jaminan yang boleh  mempengaruhi penemuduga bagi mendapatkan jawatan di syarikat ini.

Jika kami kaya sila semak berapa kalikah perjalanan kami ke tanah suci Mekah dan Madinah dalam masa enam tahun ini.

Kami masih tidak mampu kerana jika kami mahu berziarah kami mahu membawa anak-anak bersama.

Kami ke tanah suci pada tahun 1992 dibiayai oleh aruah bapa dan emak suami bukan dari wang suami saya yang berterus terang menyatakan dia masih belum mampu ketika itu namun kasih sayang antara ibu dan bapa wajarkah mahu dipertikaikan?

Dan sepanjang hampir tujuh tahun di sini hanya sekali sahaja saya menemani perjalanan suami ke Republik Czech dengan menggunakan mata yang dituntut dari perjalanan udara kami bersama Qatar Airways.

Selama berada di Qatar hampir tujuh tahun kami hanya berkesempatan bermusafir ke Oman dan ke Emeriah Arab Bersatu sekali sahaja dan kali ke duanya kami membawa bersama emak yang berziarah ke Qatar.

Apakah kesemua kisah peribadi perlu diceritakan?

Saya mungkin bersifat kasar  berbanding suami untuk menyatakan bahawa ekuiti saham ‘keparat’ yang dimiliki oleh status korporat melayu untuk mendapat milik sebagai pemilik syarikat yang sebenarnya dengan perolehan ekuiti ini orang melayu TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN kerana semua jawatan esekutif dan ‘Lembaga Pengarah’ adalah jawatan yang berbeza kuasa dan kapasitinya untuk sebuah syarikat kecil yang masih sepenuhnya dikendali uruskan oleh rakyat Irish yang kini kaki tangannya hanya terdiri dari enam orang sahaja yang berbangsa melayu.   

Kepada mereka yang sering mengungkap secara rahsia bahawa  pemikiran saya sebagai memiliki faham perkauman perlu lebih rasional untuk berfikir tentang sikap mereka terhadap catatan-catatan saya  apabila hampir 99% pekerja syarikat ini ialah dari keturunan India selain pekerja Filipina di samping pekerja rakyat eropah.

Tahukah mereka bahawa ini adalah syarikat melayu!

Adakah syarikat-syarikat orang melayu hanya mempunyai pemilikan di atas kertas sahaja?

Lantas saya pernah bertanya dahulu apakah sikap bijak  dalam ketika menguruskan sistem keewangan kita sedia membeli kertas hutang?

Waktu itu anda semua sinis bertanya saya dari kelulusan universiti mana…

Saya pernah bertanya dahulu apakah halal atau haram apabila aktiviti menjual hutang, menjual kertas hutang dan akaun hutang?

Adakah membeli hutang dengan tunai boleh dianggap JAHIL DAN BODOH? (merujuk pembelian individu)

Membeli harta diketika harga rendah adakah bijak setelah melalui proses ini kita memiliki harta?

Adakah proses membuat belian pada harga rendah yang disengajakan bagi mendapat keuntungan pada jangka masa singkat dianggap sama dengan membeli harta ketika harganya rendah?


Ada yag lebih penting dari isu di atas  kepada minda saya yang kini berada di sini  (negara Teluk) iaitu :

Adakah dunia dan lokasi serta wilayah tertentunya masih dipajak gadaikan dengan tempuh 99 tahun dilakukan di antara Syeikh di Semenanjung Tanah Arab dengan rakan kongsi barat dan eropah mereka?

(saya masih membaca dengan kadar perlahan kebanyakan buku-buku)

Saya perlu meneruskan catatan lama tanpa peduli dengan gangguan anda yang tidak berimejkan manusia pintar terhadap ketiadaan ketrampilan dan ijazah saya.

Apakah jenis Pajakan dan Gadaian Tanah-Tanah Dunia menjadi asas kepada perniagaan atas hutang yang impaknya TIDAK UPAYA MENSEJAHTERAKAN UMMAT masih mahu diberikan penanggungjawabannya kepada negara-negara yang menjadi punca kepada krisis kemanusiaan sejak dekad-dekad ini?

Apabila anda mengirimkan soalan itu kepada penyanyi kepada pelakon kepada komedi kepada pelacur kepada ahli sukan kepada juruwartawan juru media dan juru foto dan kepada orang awam kepada doktor perubatan kepada guru dan kepada kanak-kanak dan pelajar, apakah jawapan mereka?

Senada dengan jawapan ahli politik dan ahli ekonomi?

Bagaimana pula dengan jawapan ahli badan organisasi bukan kerajaan yang memerlukan dana?





Tiada ulasan: