Menjadi kebiasaan saya sebaik sahaja terjaga dari tidur saya akan
menjenguk ke luar jendela bagi memastikan anak sulong kami ada di rumah menerusi
kenderaannya yang diletakkan di tempat
meletakkan kenderaan di hadapan villa kami.
Pada pagi itu jam menghampiri ke angka satu. ..malam masih muda… kata hati
saya tatkala terlihat empat kenderaan di hadapan rumah jiran saya.
Mungkin ada acara pertemuan rakan-rakan setugas jiran yang tidak kami
kenali itu…duga saya di dalam hati.
Adalah satu yang normal bagi pekerja asing yang menyewa di Qatar ini tidak mengenali di antara satu sama
lain…khususnya bagi penyewa yang tidak membawa keluarga kerana status bujang.
Sementelahan pula bukan menjadi kebiasaan untuk wanita-wanita di sini berinteraksi dengan
lelaki-lelaki bukan ajnabi khususnya lelaki bukan muslim dan berwarga negarakan
dari negara barat.
Kelaziman ini menjadi ikutan hampir kepada semua wanita-wanita yang mengikuti suami mereka bertugas di kebanyakan negara di tanah teluk.
Adalah salah untuk meletakkan kebiasaan ini sebagai adat atau tradisi
bagi wanita-wanita yang beragama walau dari mana negara asalnya apabila fikh
yakni hukum berperaturan beragama tauhid bukan bermakna memenjarakan diri
mereka dari kemodenan seperti mana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat
umum bahkan menjadikan diri mereka beridentiti sebagai muslimah yang menjadi kewajipan untuk dizahirkan ke tengah
dunia yang maju dan membangun memenuhi piawaian masa yag ditetapkan oleh
kegloblasasian, dituntut ditangani dengan sebaik-baiknya oleh muslimah itu sendiri.
Lingkungan dunia muslim sudah sangat mudah untuk dikenali petanya yang
bermakna telah diketahui jenis dan cara hidup mereka, anutan kepercayaan juga
pemikiran mereka serta alasan yang menjadikan mereka sebenarnya mengaplikasikan
makna syariat di dekad tamadun moden ini yang semakin tidak difahami oleh
mereka yang meletakkan piawaian kesarjanaan sebagai juru pulih kelemahan
ketoleransian khalayak yang didakwa masih mundur jika method iman menjadi asas
kehidupan.
Kembali saya mengimbas warkah-warkah yang mahu dikirimkan ke Vatican
City dan Gereja Cantebury yang berada di Eropah dan England atas semangat silaturrahim
kerana sejarah islam apabila dibaca ia tidak sedikit pun mengikis sumbangan
moral dan akhlak yang terjalin di antara nenek moyang bangsa yang berada di
tanah eropah.
Apakah mungkin wanita-wanita dan gadis-gadis yang bersalahduga dengan
saya selama ini mengingini alasan mengapa saya banyak menghalakan fokus kepada England
dan negara di Kesatuan Eropah?
Eropah merupakan antara penggerak utama ekonomi dunia manakala Britain adalah
bekas penjajah yang mempelajari banyak perkara dari bekas negara yang pernah
menjadi anak jajahannya.
Ke dua ras bangsa ini mempunyai nenek moyang yang pernah berinteraksi
dengan kepimpinan Abbasiah dan Muawiyyah serta Othmaniah malah mempunyai nasab keturunan yang
mengenali sahabat-sahabat semasa pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin …
Sangat bersalahan untuk didakwa pengetahuan mengenai perbezaan ini
masih asing dan belum diketahui oleh masyarakat moden yang kian dirapatkan
jurang kejauhannya oleh kemudahan pengaksessan telekomunikasi dari pelbagai
medium.
Kembali semula kepada kisah jiran kami, sejam kemudian sejurus selesai memenuhi ‘janji’ pertemuan setiap dinihari
malam, anak gadis memanggil saya ke biliknya memberitahu bahawa polis berada di
hadapan rumah jiran kami itu.
Kami melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda polis di perkarangan
kediaman jiran kami manakala ada di antara lima hingga enam kenderaan lain dengn sekumpulan lelaki berjubah putih kelihatan di hadapan rumah itu.
Menurut anak gadis saya lelaki-lelaki yang berjubah putih itu tidak memasuki rumah jiran kami sehingga polis tiba.
Seorang wanita
yang kelihatan beridentitikan wanita Filipina kelihatan membuka pintu dan dia
telah dibawa pergi terlebih dahulu oleh salah sebuah kenderaan biasa yang
dipandu oleh seorang angota berpakaian seragam serba biru gelap yakni pakaian pasukan
polis negara ini.
Beberapa orang lelaki berjubah putih mengikuti polis memasuki villa
itu.
Kami dapat melihat kelipan kamera beberapa kali bernyala memecah
kegelapan malam yang hanya diterangi oleh cahaya malap lampu di lorong pejalan kaki.
Hampir sejam kami tidak melihat apa-apa aktiviti selain lelaki-lelaki
itu keluar dan masuk berbual sesama sendiri bagaikan menanti sesuatu. Manakala
angota polis yang berpakaian seragam itu berada di dalam villa tersebut.
Waktu itu saya dan anak saling menduga apakah yang berlaku.
Duga saya mungkin jiran kami itu diserang penyakit menyebabkan mungkin
dia mati dan polis mengambil masa untuk mengesahkannya.
Mungkin pula jiran kami telah meninggalkan Qatar tanpa memberitahu tuan pemilik villa.
Mungkin juga ada pergaduhan sesama mereka yang membuatkan ada yang
tercedera.
Akhirnya kami terdiam kerana kepekaan kami hanya kerana mereka adalah
jiran kami walau pun hanya sekadar sekali dua kami saling terpandang dengan
sedikit senyuman… namun mereka adalah penyewa baru yang sebenarnya gagal untuk
diketahui kewarganegaraan mereka.
Permintaan saya pada beberapa bulan yang lalu bagi mendapatkan senarai
nama dan negara penyewa di kediaman ini tidak tertunai.
Dengan jumlah hanya
tiga puluh orang penyewa menggambarkan villa ini kecil sahaja.
Menurut
pandangan saya dengan hanya tiga puluh orang penyewa sahaja tentu mudah untuk dikenali siapakah jiran kami berdasarkan
kenderaan dan anak-anak serta pasangan mereka walau pun kami tidak saling
bertegur sapa.
Namun sebagai ibu kepada anak-anak yang meningkat remaja saya
mengambil perhatian untuk sering menasihati anak-anak agar menghormati jiran-jiran dengan tidak membuat bising pada waktu malam atau pada awal pagi serta tidak
membawa rakan-rakan ke mini kelab villa yang menempatkan ruang beriadhah dan kolam
renang untuk kegunaan penyewa.
Alhamdulillah anak-anak kami tidak ke kolam renang.
Hanya anak yang
sulong sahaja kebelakangan ini menggunakan fasiliti di mini gymns. Dan dia tidak
lagi membawa rakan-rakannya ke rumah kami semenjak dia mempunyai fokus untuk
berumah tangga manakala adiknya pula kini berada di tanah air menyambung
pelajarannya di salah sebuah universiti di Malaysia.
Manakala anak gadis saya lebih suka berada di dalam rumah malah tidak
keluar ke mini tamannya bagi menghindari dari berhadapan dengan pekerja-pekerja
dan penyewa lelaki yang menyewa di sebelah hadapan dan jiran di sebelah villa
kami.
Begitu juga dengan anak bongsu kami yang tidak mempunyai kenalan rakan
sebaya untuk dia berada di luar rumah.
Kepada saya masih pekerja yang bertugas menjadi pengawal keselamatan di villa ini gagal
berfungsi sebagaimana yang wajar mereka lakukan.
Kebanyakan mereka seperti tidak tahu fungsi seorang pengawal keselamatan yang antaranya
adalah bertanggungjawab untuk melindungi penyewa selain membantu penyewa mengatasi masalah mereka serta
menjadi penghubung di antara penyewa dengan pihak pengurusan yang tidak
mengetahui atau mengenali kami selain menguruskan terma syarat perjanjian penyewaan
kami.
Seperti mana juga pengawal keselamatan di sekolah-sekolah, mereka kelihatan tidak upaya menzahirkan sikap yang upaya dipercayai sekiranya kami memerlukan pertolongan mereka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah.
Adakah agensi bagi menguruskan pengambilan pekerja asing bersifat ambil mudah demi dijimatkan kos pembayaran gaji?
Adakah agensi bagi menguruskan pengambilan pekerja asing bersifat ambil mudah demi dijimatkan kos pembayaran gaji?
Pada malam itu kami tidak melihat pengawal keselamatan berada di situ.
Sewajarnya mereka menjadi saksi untuk melihat atau memberikan bantuan yang
diperlukan oleh penyewa yang tidak tahu berbahasa arab atau tidak mempunyai
kenalan serta saudara untuk dihubungi.
Pengawal keselamatan di tanah air saya lebih bersifat sebagai pekerja
separa professional kerana mereka distatuskan sebagai ‘polis bantuan’.
Mereka biasanya upaya diberikan kepercayaan kerana mereka adalah orang
pertama yang akan dicari oleh penyewa sekiranya berhadapan dengan permasalahan.
Tidak ada penyeragaman sistem yang boleh dilihat pada cara angota polis
di sini bertugas.
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa tahun yang lalu tatkala
kenderaan saya disaman di tempat letak awam yang biasanya dijadikan sebagai
tempat untuk diletakkan kenderaan di Shoprite, premis yang dikenali sebagai lokasi yang
sangat terhad tempat meletakan kenderaannya.
Saya sukakan Qatar dan menjadikan negara ini sebagai negara ke dua
saya.
Saya tidak mempunyai niat-niat yang buruk sejak lebih tujuh tahun
dahulu kerana menyukai kesederhanaan pemerintah dan keluarga di rajanya. Perasaan ini masih tidak berubah walau pun saya berhadapan dengan kesulitan dan kesukaran di
sana sini yang tidak dapat difahami sebab ia terjadi.
Mungkin kerana saya dahulunya adalah anak kepada seorang angota polis saya
berasa sangat ‘sakit hati’ dengan cara pasukan polis di sini bertugas khususnya yang dizahirkan apabila berlakunya kemalangan.
Kesesakan di jalan raya diabaikan
kerana perlu menunggu ketibaan angota polis yang bertangungjawab hanya untuk
mendengar penjelasan bagaimanakah kemalangan berlaku bagi diketahui siapa yang
bersalah.
Ini adalah proses biasa namun apabila kenderaan tidak boleh dialih
jika ia menghadang lalu lintas sehingga polis tiba, ianya sungguh-sungguh tidak
sesuai untuk dikekalkan sistem sebegitu.
Ketidak bolehan berbahasa ingeris juga menjadikan urusan yang melibatkan warga asing
tidak mendapat keutamaan untuk diselesaikan masalah mereka.
Apakah perlu kekal ya Cik Puan Syeikha untuk kami membayar upah bagi
pembantu yang terdiri dari Sudani/Somali
yang disediakan bagi membantu proses mengisi borang atau berurusan dengan
kaunter jabatan kepolisian (saya tidak tahu apakah di jabatan yang lain juga
begitu – selain pengalaman berurusan di Pejabat Pos yang dicatatkan
pengalamanya di salah satu blog saya).
Adakah ianya kerana kami gagal berinteraksi dengan mengunakan bahasa
arab atau kegagalan penjawat untuk berurusan dengan kami di dalam bahasa
inggeris?
Saya tidak tahu bagaimanakah kategori pengambilan pekerja-pekerja dari
kumpulan sokongan dilakukan apabila pekerja wanita dari Filipina umumnya
kelihatan seperti ‘pelacur’ di setiap jabatan atau premis perniagaan malah di
sektor pembantu rumah.
Saya tidak tahu apakah jenis ketoleransian lelaki-lelaki arab yang
muslim apabila wanita pembantu rumah berpakaian seksi menguruskan keperluan mereka
sekeluarga namun saya menolak pula apabila cuba dizahirkan wanita sebagai
pekerja pembantu rumah beruniformkan pakaian seragam berbelang-belang atau
sewarna apabila berada di khalayak seolah-olah wanita-wanita ini banduan yang
dibawa keluar dari sel kurungan.
Ingin saya ketahui peraturan di Jabatan Imigresen di negara timur
tengah.
Adakah syariah tidak menjadi asas perundangan untuk pengambilan pekerja
pembantu rumah di negara didunia arab?
Atau sememangnya hanya wanita dari Filipina, Indonesia, Afrika serta negeri dari Asia Kecil sahaja yang menjadi sumber perbekalan pembantu rumah tatkala saya menemukan jawatan pembantu rumah di kalangan lelaki di sini.
Apakah wanita tempatan dan anak gadis mereka tidak mampu melakukan
pekerjaan di rumah sehingga setiap keluarga memerlukan pembantu untuk masuk ke
dalam rumah mereka tatkala mereka dikenali dengan sifat menjadikan rumah
sebagai syurga untuk tidak mudah dibuka kepada orang asing?
Keluhan saya sangat sukar difahami oleh khalayak yang mengenali saya
secara peribadi.
Soal ekonomi dan pengurusan pengaliran wang keluar wajar ditangani
secara jelas oleh wanita arab dalam masa mereka menghayati Al- Quran.
Sering minda saya sukar melepasi pertanyaan-pertanyaan yang berdentam
dentum di fikiran apabila melihat ramainya pekerja warga asing di terminal
kaunter pengurup mata wang yang bergegas untuk mengirimkan wang ke negara
mereka ketika mana indeks bagi nilai-nilai mata wang mereka tinggi berbanding
riyal mengikut hitungan kenaikan USD di awal setiap bulan setelah gaji
dimasukkan ke akaun bank para pekerja.
Ya bukan urusan saya lagi sejak wujud ‘berbalahan minda’ saya dengan
para ‘pengganggu’ di talian frekuensi
yang membuatkan saya bertindak menutup siaran radio.
Berbalik kepada kisah jiran yang tidak dikenali itu.
Lama juga kami menunggu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku.
Bermula dari pukul satu pagi sehingga laungan azan kami melihat polis masih
melakukan siasatan. Terlihat mereka turun naik di tangga dari bawah ke tingkat
atas. Masih kami tidak tahu apakah yang berlaku selain beberapa kali
kenderaan keluar dan masuk.
Lumrah yang lazim untuk melihat lelaki-lelaki arab menghabiskan masa dengan menghisap rokok.
(Lelaki-lelaki berjubah putih ini tidak dikenali status diri mereka)
Saya meninggalkan anak gadis untuk bersolat subuh dan sejurus selesai
bersolat kami melihat dua lelaki dibawa keluar dengan bergari dibawa
masuk ke dalam sebuah kenderaan berwarna putih (bukan kenderaan rasmi polis)
Jiran kami itu adalah seorang lelaki yang sudah berusia dengan sedikit rambut
kelihatan tidak terurus dan lelaki muda berjalan beriringan.
Kesemua
kenderaan beredar ketika subuh masih gelap.
Esok malamnya saya cuba bertanyakan kepada salah seorang pekerja
keselamatan mengenai jiran kami itu.
Dia tidak dapat menjawabnya melainkan memberitahu bahawa pihak CID tiba
pada paginya meminta untuk dilihat ID pekerja-pekerja.
Dia memberitahu pada malam itu dia tiada di situ dan baru sahaja
bertugas mengganti pekerja lama yang sudah dua hari tidak kelihatan.
Perbualan kami berlansung sejurus saya terlihat sebuah kenderaan
berwarna coklat muda dengan seorang lelaki arab (diberitahu oleh pekerja
keselamatan sebagai seorang lelaki Mesir) telah kelihatan memasuki rumah itu
tanpa diketahui siapakah dia kepada lelaki-lelaki yang dibawa oleh polis
semalam. Dan sejam kemudian dua lelaki dan seorang wanita berketurunan cina
meminta informasi dari saya dan suami mengenai jiran kami yang didakwanya
sebagai rakannya.
Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai warga Singapura tetapi
dilahirkan di Taiwan dan pernah pula tinggal di Pulau Pinang selama sepuluh
tahun menjelaskan bahawa lelaki tua itu adalah warganegara Singapura dan mereka
sering bertemu di hujung minggu untuk bersosial. Menurutnya ada tiga lelaki
tinggal di situ tanpa mengetahui wujudnya seorang wanita.
Jiran kami itu dinyatakan olehnya sebagai seorang yang baik dan
bertugas sebagai supervisor di airport. Dia mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas rakannya apabila lelaki itu tidak
menjawab pangilan telefonnya sejak dari pagi.
Kami dapat melihat kekhuatiran di wajah mereka.
Suami saya mengusulkan agar mereka menghubungi jabatan central kepolisan
di Doha bagi menjejaki rakannya. Setelah mengambil nombor telefon suami, mereka beredar sambil
mengucapkan terima kasih di atas maklumat kami.
Ya banyak yang tidak saya ketahui berlaku di sini sejak tinggal menyewa kira-kira tiga tahun yang lalu.
Sebuah kediaman di sini tidak dapat ditentukan status penyewanya.
Tidak dapat dikenali siapa yang bujang dan siapa yang telah berkeluarga.
Namun jika wujud aktiviti melacuri wanita atau menjadikan sesuatu yang
bertentangan dengan cara hidup muslim dilakukan terang-terangan tanpa
menunjukan keinginan menghormati jiran-jiran yang muslim dan mempunyai anak-anak yang masih remaja, saya juga upaya berasa marah.
Misalnya didakwa wujud penyewa yang tinggal bujang bersendirian di
villa yang agak besar ini membawa wanita-wanita ke dalam rumah dan
beramai-ramai menggunakan kolam renang di mana didakwa kedapatan wanita-wanita yang
sudah basah tubuhnya ini beraksi di atas meja demi bagi mendapatkan mood untuk
berseronok.
jika ianya benar-benar berlaku kepada saya ianya memang keterlaluan.
Atau wujudkah aktiviti pengurupan wang impak dari perjudian atau
permainan yang mengimbuhkan wang pada satu-satu acara yang dipersaingkan bagi
disensasikan isu tertentu ke atas masyarakat menjadi antara aktiviti rahsia oleh capaian pantas sesalur fiber di negara ini?
Semua dakwaan-dakwaan ini tidak saya lihat dengan mata sendiri dan berkemungkinan ianya tidak wujud tetapi kerajaan
Qatar wajar menilai semula apakah jenis pengorbanan yang mereka tuntut dari
khalayak muslimin apabila memberi fokus kepada 2022.
Sekali lagi saya tegaskan tatkala wajah saya dipaparkan di setiap blog, meletakkan suami dan anak-anak serta alamat di mana-mana medan komunikasi siber, adakah saya berniat buruk untuk didakwa saya berhasad iri dengan sesiapa di sini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan