Jumaat, 11 Januari 2013

AkarDanPohonRendangItuMulanyaDariBenih

 Sabtu, 31 Mac 2012


AkarDanPohonRendangItu MulanyaDariBenih


Catatan ini dicatat pada 12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 4 hb Febuari 2012 jam 2.12 petang waktu Doha.

Ia diulang catat semula bagi mendapatkan semula imbasan terhadap perlunya akar sebagai penanda kewujudan ku di alam nyata sebagai tejathanaif @ thanaif yang sukar diterima kenyataannya oleh kebanyakan individu.

Wujud pertanyaan dari diri kepada diri sendiri mengapakah kini saya kelihatan semakin memberikan perhatian untuk mengenali dan mempelajari mengenai suku yang mengikat semula saya kepada jurai nasab di sebelah emak? Tanpa saya berniat mahu mengabaikan susun nasab jurai di sebelah aruah abah.

Ini adalah kerana dari ketinggian kasih sayang lelaki dari suku nasab di sebelah emak yang dilihat mementingkan pemeliharaan dan jaminan keselamatan kebajikan wanita-wanita mereka yang wajar diberikan perhatian dalam waktu digiatkan usaha ingin memandaikan anak-anak lelaki mengenai amanah kepecayaan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga sendiri.

Suku emak saya ialah suku mungkal.Susun nasab yang diwarisi hanya oleh anak-anak perempuan yang diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan saya. Saya menduduki tangga ke enam di dalam bilangan adik beradik yang perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya Nafsiah binti Salleh.




Anak-anak lelaki wajar diberikan pengetahuan tentang mahram yang perlu diberikan perhatian untuk ditanggung penanggung jawabannya.

Mereka wajar mengetahui siapakah wanita dan perempuan mahram.

Mereka wajar memahami makna amanah untuk menggalas kepercayaan wanita mahram mereka yang memerlukan pembelaan.


Lantaran dunia mendapat pengaruh yang tidak terbatas oleh keruntuhan institusi kekeluargaan ummah itu perlu didenyutkan untuk persediaan berhadapan dengan pemanipulasian pendajjal.


Sifat pendajjal ialah berbohong.

Sifat ummah kepada saya ialah wajar berkata benar bagi menolak unsur fitnah yang ditimpakan ke atas dunia dan penghuninya.


Kita meletakkan adat resam dan budaya di tempat yang perlu bukan menolak dan membuangnya dari aktiviti kehidupan kita.

Ini bagi menjelaskan bagaimana terdapat segelintir masyarakat moden yang mahu membebaskan diri mereka dari rantaian keimanan.

Islam itu mudah tetapi bukan menjadikan kemudahan itu menyebabkan rasa keimanan hilang.

Mana boleh menjadi muslim tanpa mahu bersembahyang?

Mana boleh menjadi muslim tanpa mahu memelihara kehormatan menjaga kesucian pemakanan (bukan menjaga hanya khasiat dan jenis pengambilan dari sudut kuantiti dan kualiti smeata-mata)

Kehormatan wanita khususnya ialah dengan membantu kaum lelaki agar tidak melakukan dosa apabila kesemua wanita memelihara cara berpakaian.


Ini isu terpencil?


Ini isu ummah.






Tiada ulasan: