"Saya benci dengan paparan 'blog seterusnya' yang mencuba mengiringi catatan blog saya dengan justin bieber"
"I really hate with the showing wordings from certain blog to make my notes looks like my writing as for justin beiber - i really feel disturbing with this kind of mark!"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rutin harian saya mulai menyempitkan masa untuk kegemaran menulis dilansungkan.
Masih terpahat di dalam minda dengan pertanyaan bagaimanakah wanita solehah dilahirkan oleh zaman?
Adakah wanita solehah dibentuk oleh lelaki soleh atau wanita solehah dibentuk oleh dirinya sendiri tanpa dokongan lelaki-lelaki soleh?
Bagaimanakah pula halnya buat wanita-wanita yang berlainan agama dengan saya apakah maruah mereka dipelihara oleh lelaki-lelaki mereka atau mereka sendiri yang membentuk sehingga terlihat nilai-nilai yang upaya dipertikaikan tatkala sanubari saya menyuluh jauh ke dalam hati wanita-wanita itu di dalam diam.
Lelaki-lelaki merekakah yang membentuk sifat 'pelacur' pada wanita segender dengan saya yang berada di barat dan di tengah benua ini?
Tatkala saya sukar menolak jualan yang memperdagangkan wanita-wanita itu lantaran kewujudan tuntutan untuk membeli, apakah lelaki-lelaki zaman ini waras akal fikiran mereka lantaran mempunyai harta, nafsu di pelipat kulit sukar mahu dikuasai?
Apakah kulit senipis bawang itu turut dimiliki oleh lelaki-lelaki yang didakwa gagah tetapi masih lemah hanya oleh tikaman pandangan?
Tidak bermoralkah wanita-wanita ku yang sedia menjadikan dada dan zahir rupa sebagai cagaran menebus bahagia?
Apakah kami masih kekal berhasrat memiliki sifat kaum Ad, Thamud, Firaun dan Quraisy?
Fikiran ini menerawang menyangkar tanpa sedia membebaskan minda saya tatkala menemukan lingkaran wanita solehah yang menjadi pengajar dan pengendali yang mahir menggunakan bahasa jiwa di pusat-pusat pendidikan agama yang saya ikuti.
Bahasa jiwa dan langgam hati pada minda saya ialah roh batiniah wanita-wanita solehah ini hanya dapat disentuh oleh roh yang sefitrah dengan mereka.
Laksana virus, seluruh jiwa raga saya bagaikan diganggu oleh sifat solehah mereka.
Saya menyedari terlalu ramai ahli akademik dan berkarier professional menjadi tenaga pengajar dan pelajar di kedua-dua pusat ini tatkala saya tidak tahu siapa 'Maryam' yang sebenarnya yang ditempa namanya di pusat ini.
Jika berupaya saya mahukan 'kekuatan' ahli akademik dan profesional ini mengusir semua resah dan kegusaran yang bersarang di minda ini oleh ragam tabiat alam yang berfitrahkan kebendaan.
Akademik mereka pada sudut fikir saya ialah kefasihan dan kelancaran tutur perbicaraan yang dilisankan dari kandungan Al-Quran.
Fikiran mereka dari renungan pemahaman Al-Quran setelah ianya dibaca.
Tindakan mereka dari sisipan Al-Quran yang menyentuh hati saya yang paling dalam.
Perawakan dan sikap bina diri terlalu sederhana dan amat terzahir ikhlasnya seperti mana yang dibimbing sifat mukmin oleh Imam Al-Ghazali.
Saya tidka tahu kebodohan jenis apakah yang masih dimiliki oleh lelaki-lelaki muslim kami yang masih tidak dapat memuliakan diri mereka oleh 'harta' pemberian Allah yang sangat berakhlak ini.
Dengan berhat-hati saya ingin ajukan persoalan buat mereka bagaimanakah budaya peradaban akhir zaman menurut Al-Quran?
Apakah budaya bagi mereka yang membaca Al-Quran?
Apakah sifat mukmin tidak ditegaskan sebagai natijah dari pembacaan Al-Quran dan memadaikan generasi demi generasi hanya mewarisi kemusliman sahaja dari nenek moyang mereka serta generasi terdahulu?