Memaparkan catatan dengan label Hak Cipta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hak Cipta. Papar semua catatan

Khamis, 24 Januari 2013

Arab Bertahunkan Gajah Bukan Unta?


12 Rabiul Awal bertahunkan gajah

20 April  dihitung pada masihi 571

 

Anak-anak menggeleng kepala

Mana ada gajah pada waktu itu di gurun kita?

Tatkala dari Ethiopia untuk ke Dijibouti menuju Sana’

Bukankah melintasi Bab El Mandeb?

Bagaimana ada gajah-gajah yang banyak ketika itu Ya Muallimah?

 

Tertunduk silu mengenang kisah kelahiran mu yang sudah tidak memberi apa-apa erti

Termanggu malu hati tatkala barakah lahir mu bukan sunnah untuk dipelajari faedah fadilat

Seorang ahli syurga yang menjadi kekasih Allah.

Tersipu raga rasa aib di minda tatkala lemah ummah buat membaca catatan sejarah

Tatkala berselawat dengan patah kalimah bahasa yang bukan bahasa di syurga

Tatkala bidaah ditakuti diri mu semakin jauh dari diingati apa lagi untuk diteladani

Tatkala cela laku Dzu Nuwas memberangkan Abrahah

Kota Mekah menjadi sasaran…

 

Lumrah fitrahkah Ya Allah?

Hasad iri dengki Nasrani dan Yahudi.

Sabtu, 14 April 2012

Adakah Sesiapa Sedia Membantu Mengenali Pencuri Bagi Nama pena tejathanaif?




Blog saya Akar Akidah Tunjang Bentala Kendiri didapati telah disalahgunakan apabila saya tidak dapat mengakses untuk memasukki blog saya sendiri bagi menambah, memuatkan catatan terbaru dan memadamkan blog ini. 




Blog ini adalah pengkisahan pemanuskripan diri saya secara peribadi yang telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif dan thanaif semenjak May 2006. 


Paparan gambar di  'wall paper' blogini adalah paparan wajah saya bersama emak dan aruah abah saya.


Tujuan penulisan ini adalah lanjutan dari catatan-catatan peribadi di laman-laman facebook yang bersifat peribadi untuk menjadikan skrin eletronik sebagai medium bagi merekodkan butiran dokumen sejarah diri.




Soalnya http://lelawatibintimohdali wwwtejathanaif.blogspot.com/ tidak membolehkan akses saya sendiri dan tidak wujud sikap tamak atau rakus untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan siber melainkan selama ini penggunaan perkhidmatan internet saya telah dikhianati oleh pihak yang tidak dapat dikenali.




Saya meminta bantuan dan kerjasama untuk membantu saya mendapatkan semula kesemua hak cipta saya yang selama ini telah saya abaikan lantaran bersangka baik dan mempunyai kepercayaan bahawa saya boleh mengasah bakat untuk menjadi penulis melalui pencatatan di blog.


Saya tidak mewakilkan mana-mana pihak untuk mewakilkan diri saya selaku pemilik blog-blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah dan tidak pernah dihubungi untuk apa-apa tujuan kerjasama.


Terima kasih sekiranya mendapat perhatian.


Saya boleh dihubungi di thanaif@hotmail.com, thanaif@gmail.com, thanaif@yahoo.com, lelawatibintimohdali@gmail.com, tejathanaif@gmail.com dan thrall_throes@yahoo.co.uk.