(Saya menulis di dalam keadaan yang
sengaja disengsarakan oleh pihak yang tamak di kalangan pembuat duit- sangkaan buruk).
Saya ingin bertanya adakah membuat
duit ini perlu didominasikan?
Adakah Mr. George Soros dipenjarakan
setelah wujud salah laku dari sudut etika seorang professional dalam kegagalan menguruskan sistem keewangan dunia?
Dari sudut intelektual, undang-undang
siapakah yang melindungi perjanjian perjudian?
Undang-undang syariah islam?
Adakah undang-undang perdagangan anda menemukan undang-undang syariah
islam pada sistem pengurusan keewangan anda?
Lalu menjawablah undang-undang
siapakah yang melindungi perjanjian dan kontrak perjudian?
“Semua kontrak atau perjanjian secara
lisan atau bertulis melalui perjudian atau pertaruhan adalah BATAL dan TIDAK
SAH.”
“Tuntutan tidak boleh dibuat atau
diteruskan di mana-mana mahkamah bagi mendapatkan sejumlah wang atau barang
berharga yang didakwa dimenangi di dalam apa-apa pertaruhan atau yang
dicagarkan kepada seseorang bagi menunggu tempuh baru untuk dilakukan semula
pertaruhan.”
Kepada negara di dunia muslim bolehkah bertanya setelah merdeka apakah sumber rujukan undang-undang bagi negara mereka?
Jika jawapannya masih bukan undang-undang syariah apakah sedia mereka menerima bidasan saya bahawa amalan demokrasi adalah satu paksaan yang memerlukan alternatif lain yang lebih bersifat dinamik yang memproaktifkan masyarakat yang beriman dengan agamnya kerana berjaya memanafaatkan komunikasi.