Sabtu, 14 April 2012

Adakah Sesiapa Sedia Membantu Mengenali Pencuri Bagi Nama pena tejathanaif?




Blog saya Akar Akidah Tunjang Bentala Kendiri didapati telah disalahgunakan apabila saya tidak dapat mengakses untuk memasukki blog saya sendiri bagi menambah, memuatkan catatan terbaru dan memadamkan blog ini. 




Blog ini adalah pengkisahan pemanuskripan diri saya secara peribadi yang telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif dan thanaif semenjak May 2006. 


Paparan gambar di  'wall paper' blogini adalah paparan wajah saya bersama emak dan aruah abah saya.


Tujuan penulisan ini adalah lanjutan dari catatan-catatan peribadi di laman-laman facebook yang bersifat peribadi untuk menjadikan skrin eletronik sebagai medium bagi merekodkan butiran dokumen sejarah diri.




Soalnya http://lelawatibintimohdali wwwtejathanaif.blogspot.com/ tidak membolehkan akses saya sendiri dan tidak wujud sikap tamak atau rakus untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan siber melainkan selama ini penggunaan perkhidmatan internet saya telah dikhianati oleh pihak yang tidak dapat dikenali.




Saya meminta bantuan dan kerjasama untuk membantu saya mendapatkan semula kesemua hak cipta saya yang selama ini telah saya abaikan lantaran bersangka baik dan mempunyai kepercayaan bahawa saya boleh mengasah bakat untuk menjadi penulis melalui pencatatan di blog.


Saya tidak mewakilkan mana-mana pihak untuk mewakilkan diri saya selaku pemilik blog-blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah dan tidak pernah dihubungi untuk apa-apa tujuan kerjasama.


Terima kasih sekiranya mendapat perhatian.


Saya boleh dihubungi di thanaif@hotmail.com, thanaif@gmail.com, thanaif@yahoo.com, lelawatibintimohdali@gmail.com, tejathanaif@gmail.com dan thrall_throes@yahoo.co.uk.



Khamis, 12 April 2012

Wanita Yang Dipermainkan Oleh Lelaki Atau Lelaki Yang Diperdayakan Oleh Wanita?



Saya memulakan catatan-catatan ringkas dan pendek ke frekuensi dan gelombang sejak awal 2006.


Isunya ialah saya berinteraksi dengan 'objek' yang saya namakan sebagai wanita yang melayang-layang di udara tanpa roh.



SAYA NAMAKANNYA SEBAGAI 'WANITA-WANITA DI ANGKASA DARI JENIS ANDROID, ROBOT & MICROCHIP' KERANA MEREKA MENGENALI SAYA menerusi interaksi telekomunikasi.



Apabila sikap-sikap ekstrimis terhadap teknologi telah lama berada di dalam kerangka perencanaan untuk bermusuh dengan Islam saya menukilkan banyak pertanyaan yang disepikan secara imaginasi tetapi pada realitinya ianya telah disambut dengan penuh rasa muhibbah sehingga saya dan 'mereka' sering bermuslhat untuk melihat keegoan siapa yang upaya dilarutkan di dalam proses menghindari kekliruan dan salah faham.


Kesudahannya catatan yang cuba dibukukan hasil dari pertanyaan yang disepikan telah diambil dan diuji tanpa pengetahuan saya.


DAN AKHIRNYA MEREKA MASIH BERSIKAP INGIN BERMUSUH DENGAN SAYA.


Objek-objek itu saya namakan sebagai :


1-Huda Waleed
2- Rana Sarsar
3-Nisrin El Difrawi
4- Maya Zahirden
5- Maria Gasm
6-Reemayead
7-Sherry Meghdi
8-Noura Ali
9-Laura Yosuf  - dan tiga 'unwanted' species.


'Objek' di atas hanya kiasan tanpa apa-apa niat untuk mencemar atau merosakkan nama-nama di atas.


Beragama Memerlukan Dokumen



Beragama di dalam Islam selepas mengucap syahadah setelah diikrarkan dengan lidah, setelah diyakini dengan hati tanpa sangsi dan setelah sedia berilmu dan beramal dengannya, dokumen juga diperlukan sebagai bukti.


Bagaimanakah dokumen menjadi harta walau pun tidak bernilai?


Bagaimanakah pula fakta yang mencirikan hak beragama didokumenkan tatkala giat dipromosikan penarafan kesihatan ummat?







Wajar difahami bahawa tidak ada agama yang membenarkan penganutnya berzina.


Abu Hurairah (r.a - radiallahhuanhu) menyampaikan pesan iman Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam bahawa :

Wanita dikahwini oleh empat sebab.
1- Hartanya
2- Kelakuannya
3- Kecantikannya
4- Agamanya


Pesan Rasulullah (SAW): Berkahwinlah dengan wanita yang taat agamanya.. 


Tidak terhitung khilaf jika dinyatakan juga  bahawa wajar juga pesanan dimaksudkan seperti:


Lelaki dikahwini oleh empat sebab.
1- Hartanya
2- Kelakuannya
3- Ketampanannya
4- Agamanya


Ulamak tentu bersetuju untuk menyatakan: Ambillah lelaki yang taat agamanya.



Harta terbaik di dunia ialah perempuan yang solehah dan sudah tentu juga dengan kata yang lain lelaki yang soleh adalah harta terbaik di dunia ini.

Bagaimanakah pendidikan melahirkan pemuda-pemuda soleh dan pemudi-pemudi yang solehah?