Laptop ini telah
digunakan secara tidak waras oleh anak-anak saya yang menjadikan kesemua
laptop-laptop ku (DELL,TOSHIBA 1, TOSHIBA2, MINI COMPAQ dan SONY VAIO ini
bermasalah apabila aktiviti menaik turunkan filem dan paparan youtube
dilakukan.
Mungkinkah ada rahsia
tersembunyi mengapa anak-anakku memuatnaikkan cerita-cerita yang tidak ku
tonton itu - begitu sangka baik hati ini tatkala perbuatan itu seperti mencetak
rompak atau anak-anak ku cuba menjejaki
para hackers yang telah mengambil catatan blog ku hasil dari aktiviti
komunikasi mereka sebagai pelajar yang mempunyai kenalan dan rakan-rakan sewaktu berada di alam persekolahan dahulu?
Ya hanya sangka
baik sahaja yang dimiliki oleh seorang ibu yang dituntut untuk mentaati suami
dan mengasihi anak-anak yang bermakna mentaati Allah dan RasulNya Muhammad Sallallah
hu alaihiwasallam.
Hanya di akhirat
nanti kesemua sangka-sangka ini upaya disahkan.
Kesemua laptop ku
dikendalikan oleh suami ku bagi setiap sistem programming keselamatan komputer
riba kami kerana sesuai dengan fungsinya sebagai ketua rumah tangga.
Namun sebagai
wanita yang tidak bermajikan saya tidak mahu terlibat dengan urusan pekerjaan
suami kerana saya memasuki Qatar dan meninggalkan Malaysia atas kapasiti saya
sebagai isterinya dan bukan pekerja majikannya.
Syarikat tempatnya
bekerja tidak mempunyai hak ke atas hasil kerja penulisan saya.
(Gerutu buruk sangka hati sering bersarang)
Sementelahan saya
tidak melihat secara hitam putih pemotongan dari pendapatan suami ku untuk
diberikan kepada ku setiap bulan kecuali pemberian peribadi yang diberikannya
sewaktu saya memerlukan wang.
J
Dengan kata lain saya tidak mempunyai pendapatan.
Tidak ada privasi
untuk diri ku miliki sepenuhnya laptop ini tatkala Ipad Apple, anak-anak ku
yang menggunakannya.
Masih ku ingati bagaimana hadiah hari jadi pemberian suami pada tahun 2006 yakni Ipod
adalah idea yang disyorkan oleh anak-anak kerana mereka mahu memilikinya menerusi hadiah yang wajar ku perolehi berdasarkan keinginanku.
Apakah wujud juga
interaksi berahsia dari jiran-jiran ku yang tidak wajar diupayakan untuk
mencerobohi akses peribadi internet keluarga ku di Qatar ini?
Fikiran jahat
mulai menerpa.
Sangat wajar
jiran-jiran di Villa ini tidak mencampuri hal ehwal keluarga kami kerana kami
saling tidak mempunyai perkaitan apa lagi mahu dianggap sebagai jiran tatkala
kami tidak saling mengenali di antara satu sama lain di mana kebanyakan mereka
bukan beragama islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan