Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mac 2014

Hal Peribadi

Laptop ini telah digunakan secara tidak waras oleh anak-anak saya yang menjadikan kesemua laptop-laptop ku (DELL,TOSHIBA 1, TOSHIBA2, MINI COMPAQ dan SONY VAIO ini bermasalah apabila aktiviti menaik turunkan filem dan paparan youtube dilakukan.


Mungkinkah ada rahsia tersembunyi mengapa anak-anakku memuatnaikkan cerita-cerita yang tidak ku tonton itu - begitu sangka baik hati ini tatkala perbuatan itu seperti mencetak rompak  atau anak-anak ku cuba menjejaki para hackers yang telah mengambil catatan blog ku hasil dari aktiviti komunikasi mereka sebagai pelajar yang mempunyai kenalan dan rakan-rakan sewaktu berada di alam persekolahan dahulu?

Ya hanya sangka baik sahaja yang dimiliki oleh seorang ibu yang dituntut untuk mentaati suami dan mengasihi anak-anak yang bermakna mentaati Allah dan RasulNya Muhammad Sallallah hu alaihiwasallam.

Hanya di akhirat nanti kesemua sangka-sangka ini upaya disahkan.


Kesemua laptop ku dikendalikan oleh suami ku bagi setiap sistem programming keselamatan komputer riba kami kerana sesuai dengan fungsinya sebagai ketua rumah tangga.

Namun sebagai wanita yang tidak bermajikan saya tidak mahu terlibat dengan urusan pekerjaan suami kerana saya memasuki Qatar dan meninggalkan Malaysia atas kapasiti saya sebagai isterinya dan bukan pekerja majikannya.

Syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai hak ke atas hasil kerja penulisan saya.
(Gerutu buruk sangka hati sering bersarang)

Sementelahan saya tidak melihat secara hitam putih pemotongan dari pendapatan suami ku untuk diberikan kepada ku setiap bulan kecuali pemberian peribadi yang diberikannya sewaktu saya memerlukan wang.

J
Dengan kata lain saya tidak mempunyai pendapatan.


Tidak ada privasi untuk diri ku miliki sepenuhnya laptop ini tatkala Ipad Apple, anak-anak ku yang menggunakannya.  

Masih ku ingati bagaimana hadiah hari jadi  pemberian suami pada tahun 2006 yakni Ipod adalah idea yang disyorkan oleh anak-anak kerana mereka mahu memilikinya menerusi hadiah yang wajar ku perolehi berdasarkan keinginanku.


Apakah wujud juga interaksi berahsia dari jiran-jiran ku yang tidak wajar diupayakan untuk mencerobohi akses peribadi internet keluarga ku di Qatar ini?

Fikiran jahat mulai menerpa.


Sangat wajar jiran-jiran di Villa ini tidak mencampuri hal ehwal keluarga kami kerana kami saling tidak mempunyai perkaitan apa lagi mahu dianggap sebagai jiran tatkala kami tidak saling mengenali di antara satu sama lain di mana kebanyakan mereka bukan beragama islam.