Bacaan-bacaan doa permusafiran
membuatkan dihindari bisikan nafsu yang mudah sahaja menyalahkan itu dan ini.
Lalu apakah solat musafir yang
dilakukan sebelum meninggalkan rumah mahu saya sia-siakan tanpa cuba bersabar
dengan ‘ujian’ hati ini?
Apakah sukar memiliki pesawat yang
mempunyai sifat muslim kepada negara-negara muslim yang telah lama mempunyai
banyak pengalaman perkhidmatan penerbangan udara?
Usah bicara tentang keselesaan kaum
bangsawan ketika di dalam penerbangan.
Usah bicara tentang keperluan kaum jutawan yang inginkan nikmat
keselesaan dikekalkan walaupun untuk berada di dalam sebuah tandas bagi
membuang perkumuhannya!
Usah bicara tentang menempatkan menu
hidangan restoren di Paris di dalam pesawat bila syariat itu semakin wajar
mudah dipiawaikan menurut pertimbangan iman setelah 1437 hijriah berlansung.
(Fahamkah kedukaan menanggung malu
bila kekayaan jutawan minyak hanya berligar di sekitar mengidentitikan
kemewahan sahaja??
Ingat arab maka identiti kekayaan menjadi lambang?
Begitukah apabila rumpun bangsa ini juga yang masih diusir ke mana-mana tanpa upaya dibantah oleh kehilangan taraf kerakyatannya?
Lalu apakah benar bangsa arab itu bangsa yang mempunyai
kekayaan sehingga rantau tanah semenanjungnya mahu disasarkan untuk dicetuskan
peperangan imaginasi Amergoddon setelah 2012 tidak berlakunya kiamat?
Rompakan atau rombakan kekayaan mereka yang mahu diuruskan?
“ Dialah Tuhan yang telah menjadikan
kamu dapat berjalan didaratan (dan berlayar di atas lautan). Sehingga ketika
kamu berada di dalam kapal dan meluncurlah (kapal itu) membawa mereka
(orang-orang yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik, dan mereka
bergembira kerananya, tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenab penjuru, maka
mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah semata-mata seraya berkata:
"Sekiranya Dikau meyelamatkan kami
dari bahaya ini pasti kami termasuk ke dalam kalangan mereka yang bersyukur."
Pemblog sedar dia tidak ada kelayakan
untuk menggunakan ayat ke 22 surah Yunus ini.
Tafsirannya sahaja yang dicuba
sandarkan kepada kelemahan dirinya sendiri untuk memahami keperluan mempunyai sistem
pengangkutan yang memenuhi tuntutan dari bacaan Al-Quran Al-Kareem.
Pengangkutan udara tidak diterangkan
dengan jelas oleh ayat-ayat dari surah Al-Quran selain dari kisah Israk dan
Mikraj.
Benarkah begitu?