Selasa, 9 April 2013

'Does Muslim Have An Alternative For Music?'


Masih di Canada ...

Peluh sejuk yang menitis di hati diusap lembut kedinginannya saat sering gagal menepati masa untuk tiba sebelum kelas bermula.

Sesekali saya tersilap berada di pintu 'gate' berlepas yang bukan menempatkan pesawat yang perlu saya naiki.

Siapalah yang mengetahui bagaimana kelam kabutnya saya menguruskan masa yang setiap hari bermula seawal jam tiga pagi malah lebih awal dari itu bagi mengejar masa yang dua puluh empat jam ditetapkan sebagai rutin tetap saya?


Siapalah yang mengetahui bagaimana sesekali sering kaunter yang mengesahkan 'boarding pass' saya kerap berubah kaunter atau masih belum bersedia memberikan perkhidmatan sehingga saya tersilap mengambil 'pintu gate' untuk berlepas?


Perjalanan yang bagaikan laluan teleportasi ini transaksinya amat melelahkan... entah gawang mana jaringan akhir saya ditentukan .. menjadikan kepenatan itu direhatkan dengan mendiamkan diri dari bersuara. Ia menjadikan saya hanya gemar memerhatikan rakan-rakan sekelas berinteraksi dengan cikgu.


Kesejukan yang terasa oleh aliran dari pendingin hawa membuatkan seorang demi seorang rakan kelas saya sering menukarkan suhu 'beku' untuk kelas ceria dengan aksi-aksi wanita sihat tanpa lemak menahan gigitan udara sejuk menikam saraf dan tulang mereka, adalah antara pandangan kesukaan saya.


Kotak berpetak di dinding hadapan kelas bagaikan 'remote control' buat meredakan tekanan yang seperti dirahsiakan dari menyingahi hati saya.


Anih...


Kiranya begitu ramai penutur urdu dan hindi di Canada ini. Tidak pula saya sedar ke dua perebut Khasmir ini upaya duduk bersebelahan dan saling berdekatan untuk saling mengeyit mata atau membetulkan fahaman pada kesukaran memahami pelajaran....


Urdu tidak bertingkah dengan hindi pada sudut bahasa.


Lalu siapakah yang bermusuh dan saling bersengketa di Khasmir?


Sambil mendengar ajaran cikgu saya melakarkan beberapa lukisan peta minda di atas kertas :



Muslim mind, soul and akidah cannot be a ‘play ground place’ in what it may be ask to have it by ‘you’.

Siapakah 'you' kepada kita?



‘You’ do not want we speed on the process of learning by make of an opinion on ban the music? 

(This suggestion is  in our own muslim society without any harm to non muslim culture – do understand it.)  





But we do realized that our young people need music and they are learning music from the school. 

Music have be one of the subjects in my country starting from primary school (now it begun from early stage like kinder garden) and it be a curriculum activity among the secondary school students. 

As I asked 'you' before how to put fikh in our education system but you make a fun on it to have a game by make my password lost and I cannot access my hotmail  &  yahoo email.



DOES MUSLIM HAVE AN ALTERNATIVE FOR MUSIC?





My Malaysian product by hadhari concept more suitable to have a design pattern in entertain for non muslim to feel God as the Creator and it still have a lot discussion and argument about it.

And the music has be an occupation for those have a creative and talent.

We always have a good example about this matter.

Let see the prostitute who have to earn money for life or to pay the cost of the education by doing ‘escort lady’ or be a part time girls so on …

This is haram in muslim society.

Any key points in this?

We learn 'you' for a long time after Holy War and our young people never know the history. 

May I know did you still have a community to change all the facts about the truth in your journal, magazine and books?

If you did it and still carry on the activity may I know what is your purpose to make the world and this ummat face the same problem as what our great grand ancestor did before?

What is the purpose of intellectual discussion if all the truth will be change?

 
 

Jumaat, 22 Mac 2013

Berlakonkah Juga Kita?

Bismillah.


Ya Allah sabarkanlah saya.


"They should know i am really fed up with all this domination by arab man on their own lady (i am not sure about it)"  

"To object this weakness, i will making a fun clown story about their own girl and lady."

"Muslim always be fair even they are being treat as an enemy. Is it because they are always be sincere or pretended is their character?"




Sekolah saya di Canada.



Ia tersangat jauh dari tempat tinggal saya.



Saya masih tidak tahu bagaimanakah saya ditempatkan di sekolah ini yang hanya terdiri dari pelajar-pelajar perempuan yang terbahagi kepada beberapa kelompok usia  mengikut kursus yang dikuti.


Saya menemukan berbagai jenis warna kulit pada wajah yang saya temui pada hari pertama menjejakkan kaki di sekolah tinggi ini.


Saya tidak menemui seorang lelaki pun pada ketika itu.


Ketika itu tertanya-tanya juga di dalam hati apakah saya akan melihat pemandu wanita yang memandu van atau bas yang menghantar barangan keperluan ke sekolah?



Di dalam perlahan saya sering berdoa agar tidak menemukan stuasi yang sering mahu dihindari. Saya cuba menghindari dari melalui laluan yang perlu berakhir dengan secara terpaksa untuk diakui dengan pahit bahawa kelemahan di pihak wanita sendiri  yang menjadikan lelaki mereka ditampilkan sebagai penyelamat atau sekurang-kurangnya wanita-wanita ini sendiri yang mahu kekal berdiri di atas kaki para lelaki.



Hanya ini sahaja natijah yang saya temui pada perjalanan yang masih sedikit pengalamanya dalam membina pengalaman sendiri.




Fitrah azali dari sifat Al-Hakam Al-A'dlu menjelaskan siapa Pencipta dan siapa hamba apabila lelaki adalah bersifat memimpin. 


Allah Maha Mengetahui kerana sifat PenciptaNya.



KeadilanNya oleh Kepemurahan kasih sayangnya mengetahui kecenderungan hamba-hambaNya yang berfitrah untuk mempunyai pasangan yang berlainan gender dan menguji hamba-hambaNya yang umumnya tidak mampu berlaku adil jika beristeri lebih dari seorang oleh nafsu amarah tatkala kewujudan wanita-wanita mengatasi bilangan lelaki.



Meski pun pada perjalanan ini wanita-wanita yang saya temui umumnya ramai yang bertumit tinggi kasutnya, hebat aksesorinya dengan pelbagai material jenis lembut menutupi kulit mereka, semua ini menjadikan mereka perlu kekal berada di samping lelaki-lelaki yang lemah yang dikayakan oleh keselesan menjadi pemilik harta yang tidak perlu diluruhkan peluhnya walau pun setitik.



Peluh yang dititiskan hanya wujud tatkala lelaki-lelaki lemah kemandirian ini menangalkan jubah mahal mereka yang ditenun selimpang di atas bahu hinga ke hujung kaki dengan bebenang emas dan igal lilitan imej lelaki 'suci' di kepala dan seutas butiran tasbih mutiara mahal di kocek untuk berasa megah berdiri di sisinya wanita yang enatah dari mana menjelmanya tanpa rasa aib untuk menumpangkan maruah kerana berjaya menjadi arab celu dan arab tiruan.


Mungkin mereka mewarisinya dari lelaki bertuxedo yang bergilap sepatu hitam mereka dek ingin berdiri sebaya usia wanita yang perlu menzahirkan dada untuk dilihat muda...


 


 Saya semakin tenat di sini.


Sakit ini menikam luka di setiap emosi saya tatkala tiada pembaharuan iman yang dilansungkan.


Saya sakit di sini dengan panca indera yang semakin tumpul untuk mencahayakan suara batin yang jauh terletak di sanubari saya meski pun saya sudah semakin baik bacaan Al-Qurannya. Tidak wajarkah ia sudah memadai buat saya?



Saya sakit! 

Sakit kerana terasa perlu memindahkan setiap kelukaan wanita-wanita itu ke atas rohani saya tatkala saya tidak melihat kekecewaan mereka!


Lelaki di tanah ini tidak tahu menitiskan peluh kerana bekerja!


Lantas wanita dan anak-anak mereka menganjurkan supaya pusat riadah menjadi tumpuan dengan kitaran yang serupa di mana akhirnya yang dibawa masuk ialah juru-juru jaya budaya yang tidak memahami penghayatan beragama.
 
Sukar untuk saya membahagiakan hati sendiri tatkala melihat hakikat saudara seagama saya di sini tidak sedia bekerja kerana mereka selama ini selesa menjadi penghijrah yang dianjurkan dengan kebajikan ditaja oleh semangat kemanusiaan baik yang lelaki mahu pun yang perempuan.
 
Lantaran saya perlu melakukan transit di setiap lapangan terbang bagi menukar penerbangan sebelum tiba di Canada, sering ia menjadikan masa saya tidak dapat diuruskan dengan baik. Jauh perjalanannya sehinga saya selalu tiba lewat ke kelas. Cikgu-cikgu pula seperti memahami bahawa perjalanan ribuan batu itu memenatkan saya yang sering mengejar masa untuk disamakan dengan jarum jam di dinding kelas.



Allah memberikan saya peluang untuk sering dapat berada bersama-sama dengan wanita-wanita solehah. Wanita-wanita yang baik ditemui berkumpul di sini. 
Di satukan oleh pencarian ilmu.



Walaupun jauh ribuan kilometer, wangian wanita solehah yang dinaungi oleh sayap-sayap malaikat mudah saya jejaki namun malangnya seperti saya tidak mahu dilepaskan oleh mereka.



Sayakah yang terdera dengan barakah kesolehan mereka?





Saya tidak berfikir mereka ini berlakonan juga ... sebagaimana khalayak yang sering 'mempersendakan' catatan-catatan peribadi saya.







Khamis, 21 Februari 2013

Komunikasi Tidak Terurus


Setibanya di Al-Fanar semangat saya hilang dan terbang melayang.

Seluruh emosi saya tersentak.

Bagaikan melalui gudang penyetoran bagi menyimpan barangan yang tidak diperlukan, saya tercari-cari laluan untuk mendaftar bagi bertemu dengan Siti Aisyah.

Tersorok bagaikan bersembunyi dari dipandang Al-Fanar umpama karung buruk di mata saya tatkala bagaikan dipaksa agar melewati lorong-lorong gudang yang ditinggalkan.
 
Mungkin juga ianya kerana saya tidak menemui laluan di pintu utama.
 

Mata saya terganggu dengan penglihatan yang sukar dipadamkan .... tidak terurus dengan baik, kekurangan kaki tangan dan beginikah laras pada istilah percuma semata-mata bergantung pada ehsan dan budi serta besar jiwa kerana kasih sayang?
 
Terminal kebajikan dan saluran kemanusiaan juga perlu menggunakan topeng!
 
Saya tidak tahu bagaimana mahu mengira dana dan wang dari tabung yang dikatakan upaya membangunkan sebuah pusat pendidikan yang mahu ditinggikan taraf berpengetahuan wanita dan kanak-kanak.
 
Saya tidak tergiur untuk bertanya tentang Malala yang dihidupkan oleh pelbagai sifat intelek budiman.
Saya tidak ingin lagi memikirkan karisma kepimpinan mana yang perlu diikonkan menjadi ikutan generasi.
 
Penterjemahan beragama apakah perlu kekal menjadikan orang islam kelihatan serba naif tatkala persekitaran kondusif kekal melingkari para pembawa budaya yang membawa skill kemahiran berkualiti dengan jaya diri dengan tampil persona kualitinya walau pun akhlak bukan lagi menjadi pembina institusi kekeluargaan?
 
Kegagalan dari kejayaan pelobian tidak memberi apa-apa makna ... kata sanubari saya yang paling dalam.
 

Menguruskan pengetahuan kepada saudara-saudara yang masih baru mengenali islam adalah satu tanggungjawab yang amat berat kepada tenaga pengajar di Al-Fanar yang menyediakan kelas pengajian islam secara percuma.

Sukar saya pendamkan rasa simpati yang amat dalam terhadap keinginan mereka mengorbankan masa rehat bersama keluarga hanya bagi menguruskan kelas-kelas ini.
 
Tidak wajar  masa-masa  yang dijadualkan untuk bersama keluarga di hujung minggu turut digunakan bagi menguruskan kelas pengajian kerana pada saat-saat begitu di waktu petang kesemua mereka telah mengeluarkan tenaga paling maksimum dan sedikit letih untuk memulakan pembelajaran berbanding pada waktu pagi.
Saya pasti guru-guru juga sudah mengoptimumkan tenaga mereka seharian setiap hari bekerja untuk menikmati kerehatan kerana bukan semua mempunyai pembantu di rumah bagi membantu mereka.
 

Hari Jumaat adalah hari kelepasan umum di Qatar.

Ia wajar diberikan kepada setiap pekerja samada bagi pekerja berpendapatan atau pun bertaraf sukarela khususnya bagi ibu-ibu yang telah menyempurnakan tugas dan kewajipan mereka sebagai isteri dan ibu sementelahan para suami bercuti dan hanya mahu berehat di rumah sebelum memulakan semula tugas mereka pada hari Sabtu atau Ahad.

Waktu bertugas di negara-negara arab amat menuntut pengoptimuman tenaga  tatkala rakyat tempatan bukan terdiri dari pekerja yang memenuhi setiap sudut aktiviti pembangunan negara mereka.
 
Kebergantungan kepada pekerja asing menjadikan kekal cara hidup masyarakat barat menjadi warna kepada hidup berbudaya  negara arab yang sedikit mundur pembangunan akhlaknya.
 
 

Bagaimanakah model yang boleh dijadikan ikutan dalam membina status kebajikan jika diorganisasikan secara percuma?
Apa yang pasti suara sebenar Siti Aisyah tidak sama seperti mana suara yang saya dengar dari telefon....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya Ia Hanya Hubungan Sehala Sahaja


Sejak mula saat diisi borang pendaftaran saya sudah mulai diulit rasa musykil.

Pada malam Khamis hari Rabu (2/1/13) sejurus sebelum waktu maghrib saya menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang bersuara amat lembut perlahan dengan dailek Indonesia memperkenal diri sebagai Siti Aisyah bertanyakan tentang  email yang dikirimkan kepada saya.

Apabila menyatakan saya tidak menerima pengiriman email ke thanaif@gmail,   Siti Aisyah meminta saya mengirimkan email kepadanya untuk kiriman semula.

Sukar untuk menjelaskan perasaan hati saya terhadap susunan yang disistemkan pada akaun email-email saya kebelakangan ini tatkala saya tidak menerima banyak kiriman email kerana tidak mempunyai ramai kenalan.
Eletronik digital juga mempunyai teknologi pda sudut genetiknya?
Memiliki gen jugakah pemetaan komunikasi peribadi dan jaringan komputer sehingga menjadikan saya sering bermenung melihat aksi robot pembantu yang tidak berjalan melalui gentian optik tetapi dari satelite yang dapat mengesan laluan orbit di bumi?
 
Apabila dibalas kiriman  email yang diterima sering pula ianya gagal dihantar oleh web master.
Bertimbun-timbun web master mengirim semula email yang saya balas yang menjelaskan sensor eletronik seperti mengawal sistem jaringan komputer saya.

Alamat email Siti Aisyah  stay_m26@yahoo.co.id dinyatakan sebagai tidak sah oleh yahoomail  dan gagal dikirimkan tatkala saya mencuba menggunakan akaun thanaif@yahoomail serta di hotmail.

Apabila mesin diminta berfikir hanya melalui program penduplikasian dalam sistem komunikasi yang dikawal ingin ditanyakan apakah makna globlalisasi apabila prosessor cip yang menyimpan memori mudah digunakan bagi meniru dan mengubah suara?
Adakah wujud pembebasan manusia dari belenggu 'apartheid' tatkala sistem perhubungan manusia boleh ditempa acuannya?
Dan sesungguhnya mesin tidak boleh digunakan di dalam membina interaksi bila ianya tidak boleh didakwa apabila wujud kesalahan yang perlu dipertanggungjawabkan. Manusia bernyawa dengan sifat emosi, intelek dan rohani yang tidak boleh diprogramkan oleh mesin yang sengajakan untuk  mempunyai multi identiti.
 
Anak gadis menyatakan bahawa saya wajar hanya menggunakan satu email sahaja bagi menghindari kekeliruan kerana saya mungkin terlupa email yang mana telah  gunakan.


Kebahagiaan diberikan kepada orang yang berbakat.

Apakah bakat saya pada penulisan ini sesuatu yang memudratkan sehingga saya perlu berhadapan dengan kesukaran?

Lantaran itu saya menggunakan kesemua email bagi mengesahkan aktiviti saya di siber setelah menyedari Yahoo Mesengger saya telah digunakan oleh seseorang yang turut menamakan dirinya sebagai thanaif.

 
Bersendirian saya menuntut hak ke atas nama pena ini.


Dipersendakan saya tergelak.

Diperendahkan saya tidak mengelak.

Dilempar keji saya tidak tersentak.

Diumpat hista sedikit rasa cuak.

Gusar agama menjadi fitnah walau nama telah dilumuri sebak.

Dihasad iri saya tangiskan dengan jiwa yang sesak.

Walau sesekali terladung air mata hingga mata membengkak.

‘Bangsat, durjana malah khinzir’ melucur laju sebagai kalimat bertekak.
 
Apakah mereka kekal tidak menyedari bahawa angkasa, lautan, bumi dan udara dimiliki oleh Pencipta untuk seketika mereka merendahkan ego yang dikuasai?