Rabu, 15 Januari 2014

What Next?


Why we must have another ‘game’ and fun fare comedy?


Who is wake up and who is sleep and who is dreaming and who is optimist?


Journalist and media?

Don’t they have to be paid?


What the differences must be realized on media?

Conflict or clashing of the issue?


When your intention is our Islamic finance on  a few  muslim countries bonds which already passed the limit of mature period how the conflict will be created after  your democracy killed Mr. Muammar Ghadaffi  after Mr.Ben Ali and Dr. Morsi be sack? 
 

English Is My Second Language

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Jumaat, 20 Disember 2013

Ibu Saudara Yang Mengasihi Anak-Anak Kakak-Kakaknya

Catatan ku di http://www.facebook.com/LelawatibintiMohdAli

Lebih tujuh tahun yang lalu wujud perbualan di antara seorang ibu saudara dengan anak saudaranya yang ketika itu masih menuntut di salah sebuah universiti di New Zealand.


Mereka sering berbual-bual apabila wujud kesempatan,lantaran ke dua ibu dan anak saudara ini   saling berjauhan dari keluarga yang kerap dikenang...


Seorang di Qatar dan seorang lagi berada nun jauh di New Zealand...


Komunikasi melalui talian kabel bawah laut fiber optik membawa khabar kami menerusi menara-menara telekom dan satelite.


Bicara hal ehwal keluarga, peribadi dan hal-hal pesanan nasihat di dalam iman kami lakukan menerusi talian gentian optik dan satelite...caj bagi perutusan melalui telekom memang mahal lalu kami menggunakan laluan internet yang saling menghubungkan berjuta komputer secara percuma oleh kewujudan 'internet server provider' yang menterjemahkan perbualan kami.


Email-email ketika itu tidak menimbulkan masalah kepada kami apabila tiada gangguan 'penghackers'...yang memecah masuk kata kunci akaun email kami.


Ada ketikanya kami bertentangan pendapat, maklum sahaja jurang beza usia dan apabila pengalaman tidak sedia diterima sebagai sebahagian dari pengetahuan dan pendidikan.


Ada ketikanya kami saling memujuk supaya tidak ada yang terlalu mudah berkecil hati atau berasa kecewa perasaannya apabila berhadapan dengan ujian... 


Ada ketikanya saya lebih banyak meraikan kegembiraan yang dinikmati oleh anak saudara dan teman-temannya...


Lalu sehingga hari ini saya kekal menggunakan internet untuk pesanan-pesanan iman walau pun tidak mendapat sapaan, bersendirian dengan Allah menjadi saksi saya tidak berasa kesunyian atau kesedihan...

Biarlah ia menjadi amalan amal makruf dan nahi munkar saya... 


Alhamdulillah email ini yang hilang dari peti simpan akaun yahoo dapat disemak semula bagi diperbetulkan penggunaan ayat...



----- Forwarded Message ----From: twinpeaks klcc qatar <twinpeaks_56@yahoo.com>To: syuhadah alias <wardah_mujahadah@yahoo.com>Sent: Mon, June 12, 2006 10:59:07 AMSubject: Re: Fwd: [kworldclub] Jangan dilalaikan dengan bola - Mufti


Assalamualaikum Along (kesemua anak-anak sulong dipanggil Along)

Sebelum berbual panjang tentang bola, mak anje mahu along tolong berikan mak anje email Angah Alib, boleh?


Begini sahajalah, agama itu adalah nasihat.

Sejauh mana kita telah menebarkan sayap sebagai individu yang menggerakkan nasihat-nasihat ini?


Bagaimana along dan rakan-rakan menanggapi perbezaan yang wujud di antara pemikiran, persepsi, pandangan dan pendapat?


Apakah dengan perbezaan-perbezaan ini menjadikan kita semakin rapat atau semakin jarak perhubungannya....kelian akan mewarnakan dunia dengan warna-warna yang kelian sendiri kehendaki...namun kita mesti jujur bahawa kita mesti membentuk sesuatu ke arah mengkreatifkan pemikiran.

Pemikiran kita selalu jumud dan beku apabila berhadapan dengan pertentangan antara tanggungjawab dan kehendak.


Mak anje merujuk tanggung jawab kepada agama dan kehendak sebagai naluri peribadi.

Bolehkah ke dua ini bertemu ?
Mesti boleh !
Kita yang membina dinding tembuk pagar dengan berpendirian bahawa setiap yang terbit ilhamnya tidak wujud kaitan dengan nilai agama, mesti benda itu akan merosakkan tatkala iman kita abaikan.

Bola.

Stamina yang mengekalkan kepantasan berpasukan adalah pendidikan untuk kita membina jamaah.  

Kita sarat dengan kemelut remeh temeh yang sebenarnya MEMBUNUH kekreatifan idea untuk berfikir.


Arak misalnya fakta yang jelas haram kepada muslimin.

Bagaimanakah kita bersama dapat menyedari perkara ini?

Membaling batu? 

Berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian kita? 

Berbincang atau menyertai pertubuhan politik dan NGO yang mampu merealisasikan inspirasi kita? 

Belajar dengan ilmu tapi amalan menuntut bayaran sejajar dengan kelayakan juga pengalaman upaya menghalang kita.


Kita silap apabila sentiasa menakutkan diri tentang jauhnya jarak kita dengan syuga.

Mulakan dengan diri terlebih dahulu....sentiasa jujur ikhlas sentiasa bersedia untuk maju ke hadapan bukan dengan mencipta persepsi-persepsi yang manis di telinga sahaja tapi kaitkan dengan hati kerana hati tempat duduk segala rasa. 

Hati yang menjadi alat utama untuk membaikkan perbuatan bila niat sentiasa diperbetulkan.

Adakah ilmu duduk di minda sahaja?

TRAMPILKAN ILMU dengan mendidik menghubungkan mereka yakni remaja dengan perkara yang benar.


Jika mahu bermain bola perlu berlatih, perlu ada semangat bersatu bukan individu.


Jika mahu menyanyi mesti faham siapa yang akan jadi sasaran kita....apa yang mahu di bawa.........bagaimanakah mahu dijalinkan irama muzik sesuai dengan keperluan fitrah insan yang mahu masa senggang bagi melenyapkan kerunsingan.
(fatwa ke atas muzik berbeza-beza mengikut agama atau iman atau dasar kerajaan?)


Jika membaca Al-Quran, bagaimanakah kita bentangkan dalam kehidupan rutin harian apa yang kita baca?


Mak Anje lebih suka bersendirian sebab mudah menjaga hati, niat dan perbuatan tetapi adik-adik merimaskan mak anje bila mereka tidak mempunyai ramai kawan, mempunyai banyak masa di rumah dan memilih untuk berkomunikasi dengan alam cyber dengan pelbagai akses....

Namun jika kita tinggal di dalam gua kita tidak dapat menyampaikan walaupun sepotong ayat dari kudwah hasanah Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassallam. 

Banyak yang mereka dapat tapi mereka tak mahu berkongsi dengan mak anje apa yang mereka buat.

Sesekali mak anje kena menghormati keinginan mereka... namun mak anje syukur sebab mereka jujur sentiasa berusaha melenyapkan prasangka mak anje....yang pasti mak anje beri mereka kebebasan setelah menerangkan apa natijjahnya jika ini yang dipilih atau itu yang dikehendaki...yang penting bila mereka menipu, mereka menipu Allah dan malaikat yang menjadi saksi ke atas setiap apa yang mereka sembunyikan.

Perbuatan ini tidak merugikan mak anje atau menguntungkan mereka.

Antara hadis Nabi sallallah hu alaihiwasalam yang menjadi panduan mak anje ialah ",,,didik, bimbing, ajar, terangkan, asuh dan tunjuklah bagi memberitahu anak-anak kamu, sebab mereka adalah tercipta untuk MENGHADAPI MASA YANG LAIN DARI MASA KAMU."


Mengenai aurat.....bagaimanakah pandangan Along? 

Sudah sampaikan pada sepupu, rakan, taulan dan handai apa erti aurat dan mengapa ia tidak wajar dicampurkan dengan tabbaruj?

Bukan semua insan itu soleh.......mudah menguyah menghadamkan apa yang kita sampaikan.

Masalah kita adalah berhadapan dengan insan yang belum soleh, namun di dalam hati mereka ada sifat mengasihi agama, ada rasa pedih jika dikutuk dihina dilemparkan dengan nista. 

Adakah kita dapat selami perasaan itu?

Kita yang rasa agak sempurna penjagaan aurat selalu membiarkan mereka terkapai bersendirian.

Dekatilah mereka dengan kasih sayang yang jujur...pasti, pasti Allah akan menyayangi kita dengan memberkati niat usaha kita.


Palestian bumi anbiak.....semua yang mencinta Allah dan yang mengasihi agama, merasa berhak ke atas bumi ini. ..

Kesukaran akan menjadi mudah bila melihat bagaimana Allah membiakkan manusia yang berbagai rupa dalam jasad yang berbeza dalam bahasa yang berbeza yang asalnya bermula dari seorang manusia ADAM.


Apakah yang kita rebut atau persaingkan....bila semua akan mati...tatkala ini percaturan pemimpin yang berkaedahkan amalan yang kuat menindas yang lemah kerana memiliki kuasa tapi amanah kuasa itu yang sering membinasakan mereka.


Kekuatan jika tak di seimbangkan dengan kemanusiaan yang bertunjangkan iman akhirnya lihat apa yang berlaku.....mendapat kekayaan dari cara yang salah misal menjual senjata api dan apa sahaja yang diperlukan oleh tentera untuk mengkreatifkan hasil pendapatan negara yang upaya merosakkan bangsa dan negara lain dan penanaman popi.


Bagaimanakah menjajah dengan cara yang bermaruah?


Perang dunia tidak akan berlaku atas kekuatan ketenteraan tetapi menerusi penjajahan ekonomi yang bersifat adil upaya mencetuskan 'peperangan di benua-benua'.


Menjajah dengan 'mentaliti bijak'... (sayangnya mentaliti bijak ini kurang dimiliki oleh kaum lelaki)
Sebaliknya semakin ramai kaum wanita yang memiliki kelebihan kekuatan berfikir mencetus idea menggarap tujuan dan haluan yang merintis banyak jalan ke arah kebaikan....

Kembali semula kepada soal Palestian...mereka yang berhujjah kata, berdiskusi idea, berikat janji setia di pentas PBB  tidak sama dengan mereka yang menitiskan airmata apabila kehilangan suami dan anak-anak...bagaimana mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan jika tidak ada sekolah yang lengkap,,,,adalah tidak munasabah khalayak yang jauh dari Palestein upaya menjadi tetangga jika bukan masyarakat arab dan yahudi itu sendiri yang dianggap munasabah membina hubungan sesama mereka.

Susun nasab Quraizah, Qainuqa' dan Nadhir tidakkah masih wujud anak cucu cicitnya pada ketika in?

Nasab bani Quraisy juga memiliki anak cucu cicitnya...

Berseliseh pendapat tidak bermakna kita tidak boleh melakukan perkara yang bermanafaat.

Yahudi atau Arab  sama-sama insan yang mulia jika bertunjangkan akidah...

Adakah nasrani membantahnya?


Misyar lebih baik atau poligami lebih baik?
Ini bukan hal bangsa Amerika atau Britain atau Eropah.

Apa sahaja yang telah Allah tetapkan semua ini baik untuk kita. Sebab sesuai dan memang mampu di hadapi oleh kita tak memberatkan. Menjadi berat apabila soal ini tidak di fahami dengan jujur.

Poligami tidak menjadi niat mak anje sebelum di ijab qabulkan.
(Mak Anje fikir setiap  gadis muslim perlu menyatakan perkara ini dengan jelas sebelum mereka dijabkabulkan)

Ta'aliq talaq bukan hal ehwal dan bukan urusan yang perlu ditangani oleh masyarakat bukan mukmin.

Kelemahan memahami tafsiran Al-Quran menjadi masalah tatkala tajweed bacaan Al-Quran boleh dipelajari.


Rabu, 30 Oktober 2013

Masyarakat Pengguna Diperlukan Oleh 'Made from America'.

"Tidak ada Nabi sesudah Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam!"

"Adakah kerana itu idol dan ikon dari siri realiti menjadi solusinya?"

"Mahu diapakan kisah ahli-ahli syuga bila petunjuk ke neraka dialternatifkan?"


"Lalu bagaimanakah anda meletakkan remaja dan belia sebagai idol untuk memangku isu-isu dunia bila mereka diheret bagaikan lembu dan kuda yang dikekang talinya dek perlu bernaung di bawah redupan bayangan pihak-pihak yang memerlukan sokongan mereka?  Ia membuatkan kita dilihat telah menurunkan harga diri peradaban...yang kekal hilang kesolehan sebagai identiti yang beragama."


"Peradaban di facebook dan twitter sahajakah yang diminta mereka menggalas amanah dan tahu bertanggung jawab? Bersaing dengan album-album eletronik yang menjadi alternatif setelah kamera manual kodak tidak lagi digunakan? Ini peradaban 'Made From America'...hak peribadi dilucutkan dan tidak dihormati. 'Free of charge' milik mutlak media yang para penjawatnya bergaji dan berbonus."


Sudah dilupakankah dek sabda Rasulullah sallallah hu alihiwassallam :

Saya ialah Muhammad yakni bermakna yang dipuji. 
Saya adalah Ahmad yang bererti yang terpuji.
Saya adalah Al-Mahi yang bermakna penghapus yang melalui baginda dihapuskan kekufuran.
Saya adalah Al-Hasyir yang bererti menghimpun di mana manusia berhimpun selepas baginda wafat.
Saya adalah Al-Aqib yakni penyudah yang tidak ada Nabi selepasnya.


'Made From Amerika' tidak mampu mengabaikan pendominasian, pemonopolian untuk tujuan pengeksploitasian setelah ia menjadi industri di pasaran terbuka yang dirintis olehnya."

"Apakah akhir zaman nanti Amerika juga teringin menjadi pemerintahnya?"


Saat ini saya sukar menghalang senyuman dari terukir. Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman?


Saya juga melihat dia tertawa menyeringai...mungkin pertanyaan minda kami yang bisu ini membuatkan kami berkali-kali bertanya, benarkah Amerika masih berhasrat mahu menjadi pemerintah di akhir zaman setelah dia menolak akhirat sebagai masa hadapan?


Saya tersenyum-senyum. Dia pula tertawa-tawa.

Tidak tahu apakah kerana kami berasa girang atau kami berasa lucu dengan komedi Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman.


"Mudah sahaja saya simpulkan...bagaimanakah hak milik pada hak cipta di interaksi 'made from Amerika' dikuatkuasakan undang-undang mengenainya...Adakah sama dengan nilai status 'PC-PC'
tertentu yang menyimpan gambar-gambar peribadi dan kini smartphone-smartphone yang berisiko bertukar hak milik apabila berjaya di 'hack' oleh indivdu perseorangan atau pelajar-pelajar ITC misalnya?"

"Cubalah kita menjawab dengan jujur siapakah Raja Rom yang bertanya tentang Muhammad bin Abdullah sallallah hu alihiwassallam..."

"Dia berkomunikasi dengan si Quraisy yang membenci keluarganya sendiri. Abu Suffian membenci Muhammad sallallah hu alaihiwassallam tetapi dia masih mampu berkata benar tentang Nabi Muhammad..."

"Lalu dikau mahu mengusulkan bahawa 'penghackers' itu penyelamat?"

Pengguna dan masyarakatnya diperlukan oleh 'made from America'.







Khamis, 26 September 2013

Sempadan Dan Garisan


Catatan dari thanaif.facebook.com

8/8/13 yang lalu adalah pengalaman yang tidak pernah kami sekeluarga lalui setelah berulang alik setiap tahun untuk pulang bercuti semenjak hampir lapan tahun menetap di Qatar.

Seperti lazimnya syarikat majikan tempat suami berkhidmat tidak memberikan wang tunai bagi membeli tiket-tiket penerbangan dua hala bagi ahli keluarga yang berada di dalam tanggungan suami untuk pulang ke tanah air setiap tahun.

Tidak seperti sesetengah syarikat lain yang mendepositkan wang tunai bagi pekerja mereka untuk pembelian tiket ahli keluarga yang pulang bercuti, kesemua urusan pembelian tiket sepenuhnya dikendalikan oleh pihak syarikat, dari urusan pengstatusan yakni 'status residen', status sah pasport dan dokumen perjalanan yang berkaitan kesemuanya diuruskan oleh majikan yang dilakukan secara 'on line'.

Kami tidak boleh memilih tidak pula boleh membantah.  


Beberapa tahun yang lalu ketika anak sulong saya masih berada di bawah penanggungan majikan syarikat tempat suami bertugas, individu atau pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal yang disebutkan di atas pernah culas menjalankan tugas apabila pada jam-jam yang akhir penerbangan berlepas, suami dan anak perlu bergegas ke jabatan polis bagi mendapatkan pengesahan dokumen perjalanan (saya tidak mengetahui dengan jelas status dokumen itu).


Dan pada malam syawal hari pertama setelah saya dan anak-anak melepasi pemeriksaan di kaunter imigresen saya dapati suami ditahan dan dibawa oleh polis untuk keluar dari garisan kuning yang menjadi sempadan antarabangsa untuk bebas dari berada di Qatar pada sifat undang-undangnya.


Apakah makna garisan kuning yang digariskan di kaunter terakhir bagi pemeriksaan imigresen di setiap lapangan terbang?

Apakah undang-undang mengenainya diketahui oleh setiap ahli penerbangan yang sering kelihatan bergaya ketika berada di lapangan-lapangan terbang?

Ketika suami ditahan saya menutup talian bimbit yang memberi masalah kepada saya walau pun berjenama 'smartphone'. Pada waktu saya dan anak-anak sedang sibuk mengendalikan barangan untuk pemeriksaan itu pada waktu itu jugalah beberapa kali suami mencuba menghubungi saya.


Sukar untuk menyatakan emosi saya dan anak-anak ketika itu kerana beberapa hari sebelumnya saya telah mengingatkan suami mengenai kesemua dokumen dan urusan tiket serta pasport perjalanan kami sekeluarga.

Memandangkan dia adalah penaja yang menanggung kami, sewajarnya tidak wujud masalah ke atas suami setelah saya dan anak-anak berjala melepasi pemeriksaan di imigresen.

Apabila menoleh mencarinya pada saat itulah saya menyedari suami saya telah berada di luar garisan yang berwarna kuning dan hanya mampu memandang kami yang tidak mengetahui apa yang terjadi.


Sebagai seorang isteri saya bertindak melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan maklumat mengapa dia tidak melepasi pemeriksaan kastam. Melalui telefon suami menyatakan mungkin dia perlu menaiki penerbangan lain dalam sehari dua nanti bagi menguruskan dokumen perjalanannya yang dikatakan tidak sah!  

Pada waktu inilah karenah petugas dari rakyat tempatan amat menjengkilkan.

Apakah sememangnya teramat payah untuk petugas atau pasukan polis yang ada di situ untuk bertanyakan kepada saya mengapakah saya mahu melangkahi garisan kuning itu pada ketika saya mencuba berkomunikasi dengan mereka bagi mendapatkan bantuan?

Apakah ini protokol di dalam etika penjawat yang berada di bahagian hadapan kaunter untuk laluan masuk dan keluar?

Malah petugas lelaki di kaunter meminta saya mengeluarkan pasport tanpa dia menyedari saya sudah selesai berurusan di 'check point' kaunter imigresen. Apabila saya menyatakan saya hanya mahu mendapatkan suami yang melambai meminta saya datang kepadanya bagi diberikan beberapa dokumen, saya tidak dibantu tetapi disergah tanpa menggunakan bahasa inggeris.

Apakah saya memahaminya?
Apakah wujud komunikasi apabila tidak ada informasi atau maklumat yang boleh difahami?

Tidak ada yang membantu saya dan atas alasan itu saya melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan suami dan mengambil kesemua dokumen yang mahu diberikannya kepada saya.


Di dalam keadaan seperti ini siapakah yang tahu tentang ketidaktahuan mengenai undang-undang perjalanan, undang-undang ketika berada di lapangan terbang, undang-undang yang berkaitan dengan syarikat penerbangan?

SIAPA?

Khamis, 25 Julai 2013

Ukhuwwah Ramadhan Pada Zahir Dan Batin

Arwah abah ku MohdAli bin Ahmad
Saudara tua arwah abahku arwah Abu Bakar bin Ahmad

Arwah uwanku Tiami binti Sulit (paling kanan) bersama anak sulongnya arwah Mohd Noor bin Salleh (paling kiri)  dan anak bongsunya arwah Hashim bin Ali (di tengah)


Arwah kedua ibu dan bapa mertuaku Abdul Hamid bin Ariffin dan arwah Hawa binti Husin


Ya Allah
Bukankanlah dada kami dengan Al-QuranMu yang agung
Dan mudahkanlah urusan kami
Besarkanlah kami dengan semua kebaikan ganjaran dari Al-QuranMu
Cantikkanlah akhlak kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah hati-hati kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah kubur-kubur kami dengan Al-QuranMu

Ya Allah
Berikanlah kami pahala dari Al-Quran yang kami baca
Jadikanlah pahala dari tahlil kami sebagai hadiah sebagai rahmat 
Yang Dikau cucuri ia dengan keberkatan sedekah kami 
Buat penghulu kami Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam
Buat arwah isteri-isteri baginda, kaum kerabat para sahabat serta  pengikut-pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari kiamat..

Ya Allah
Jadikanlah juga pahala seperti itu yang Dikau tambahkan dari kebaikanMu
Kepada arwah bapa-bapa kami
Ibu-ibu kami
Nenek-nenek kami yang lelaki dan yang perempuan
Adik-beradik kami
Tuan-tuan Syeikh kami
Dan sekelian muslimin dan muslimat di timur dunia hingga ke baratnya 
Cahayakanlah roh-roh yang dikhususkan buat mereka 
Gandakanlah keredhaan dan rahmaMu ke atas mereka

Jadikanlah bacaan dari Al-Quran dan tasbih kami sebgai perisai buat mereka dari api neraka
Penyelamat, pendinding dan penebus dari azab api neraka
Jadikanlah suratan kami, ibu bapa kami dan saudara kerabat dan ibu bapa mereka 
Mendapat rahmat dan keredhaanMu
Dan memberikan syurga buat kami.

Ya Allah
Ampunilah dan rahmatilah mereka
Sihatkanlah mereka
Maafkanlah mereka
Amounilah sekelian msulimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia
Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman 
Dan janganlah Dikau jadikan di hati-hati kami perasaan hasad dan dengki terhadap orang-orang yang beriman.

Berikanlah kami Ya Allah kebaikan di dunia dan akhirat
Peliharalah kami dari azab neraka.
Jadikanlah kami sebaik-baik ummat kepada KekasihMu Rasulullah sallallah hu alihiwasalam.




Rabu, 17 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Catatan ini berkisar dari Ramadhan tiga tahun yang lalu mengenai realiti kediaman-kediaman di Qatar yang tidak beralamat dan ia menerbitkan kerumitan apabila wujud pertindihan lokasi bagi nama-nama tempat tatkala peningkatan penggunaan Global Positioning System dan penandaan pemetaan google dan perkhidmatan bing ekoran dari penggunaan wifi dan telefon pintar juga log-log dari network dari broadcom, mobile HD Graphics dan IPTV

Surat-surat kami menggunakan peti surat milik majikan suami manakala rumah yang disewa tidak berlokasi di alamat pejabat majikan suami.


Ianya seumpama :

Ramadhan, bolehkah ditangguhkan atau tiba mu diawalkan?

Mustahil.

Ramadhan, cahaya mu bagaimanakah dicari tatkala solat taraweh mu tidak memasyarakatkan kami setelah bubarnya saf jamaah?

Solat Taraweh ku ditinggalkan di dalam masjidkah tanpa dibawa pulang bagi menanti Ramadhan berikutnya?

Berkumpulan dan bermasyarakat bukankah sifat mu Ramadan kerana bulan Kekasih yang menjadi barakah bagi alam dan penghuninya termasuk yang di angkasa, di lautan dan di daratan biar pun mereka hanya pohon kayu dengan ranting dan dahan atau mergastua yang bercengkerik nyaring walau suaranya tidak didengari malah ikan-ikan yang renangannya juga memperolehi barakah bulan mengundang cahaya saling membina rantaian?



Apakah yang dikau kesalkan dan benarkah dikau menyesal?

Saya berasa terkilan.

Apa masalah kamu sebenarnya thanaif atau boleh dipanggil teja?

Saya tidak betah dikongkong kebolehan untuk berpendirian .

Saya lemas jika perlu membenar dan menyetujui atau menafi atau menidak mengikut kemahuan orang lain.

Saya benar-benar berasa nazak dan tenat jika dipaksa bersikap begitu.

Apakah hati mu tidak bercahaya?

Yang manakah yang sah bagi memetakan lokasi kediaman saya yang berada di negara asing ini?

Kamu tahu para pemuda yang sudah hilang taringnya itu sedang bermain-main kerisnya yang sudah lama tidak bersarung itu lantaran lambungan keris itu telah melukai tangan mereka sendiri lalu pintalan selendang-selendang nipis sutera menjadi balutan tangan yang berdarah itu sedang terkapar-kapar memendam amarah.


Huhuhuhuhu


Tersenyum kembalilah wahai tejathanaif  kerana namamu satu bukan melibatkan dua indidvidu.

Bersabarlah dengan istighfar sambil dikau mendengar coloteh beberung kecil yang bernyanyi di jendela mu dan beberapa bulan yang lalu sepasang merpati yang memadu kasih sehingga membina 'rumah' mereka di jendela kamar kecil bilik mu hingga lahir dua 'cahaya mata' 
pasangan itu yan membuatkan diri mu menjadi leka seketika melihat merpati yang kebiruan berbaldu itu tidak mahu meninggalkan jendela malah semakin mahu dirinya menjadi jinak jika selalu dikau berkata-kata dengannya.


Pasangan merpati dua sejoli yang berbulan-bulan memadu kasih di jendela bilik saya sambil bertukang membina 'rumah' di jendela itu
Setelah lama mengeramkan telurnya ibu merpati selamat menetaskan dua ekor cahaya matanya 
Wajah 'cahaya mata' pasangan merpati yang 'menumpang rumah' tanpa sewa oleh ibu dan bapa si anak merpati 
Selepas hampir tiga minggu anak-anak merpati ini mulai mengibarkan sayap mereka 



Sejarah ibu saya mahu dinoda sehingga kamar-kamar yang sunyi itu sudah tidak tenteram dan hilang damainya oleh cemar bicara dek luahan rasa sehingga saya sudah tidak tega lagi untuk melepaskan lelah sesekali pulang ke laman-laman yang saya menukangnya secara bersendirian di muka buku...

Semuanya telah dirombak dirubah tanpa pernah bertanya apakah saya membenarkannya atau tidak tatkala saya memerlukan masa untuk menzahirkan diri terlebih dahulu pindaan/ubah suai/kemas kini dilakukan tanpa pengetahuan saya...

Kini saya menjadi asing di laman kampung sendiri malah mereka lebih mengetahui dan mengenali keluarga saya berbanding saya sendiri...


Lalu kamu bencikan mereka?


Saya mahu mereka menjauhkan diri dari saya seketika. Banyak perkara yang masih belum sempurna kerana muka buku eletronik itu tidak pernah menjadikan wujud interaksi sosial antara saya dengan sesiapa...malah saya terusir jauh dari lingkaran kasih sayang keluarga..


Sosial alam remaja tidak menempatkan kemanisan Ramadhankah tatkala Ramadhan itu rohnya adalah akhlak?


"Jika kamu menolong Allah dengan mentaati perintahNya tentulah Allah menolong mu dengan meneguhkan kaki mu yakni kedudukan mu."