You are stupid when you think thanaif is a smart phone user.
You are really out of mind to use my pen names - thanaif, tejathanaif and eilahaniff.
Blog.spot.com is out of mind to delete my intellectual property on my notes and pictures by not permitted my rights to acces all my BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah, TilikMenilikSiapaPemilik,SebelumKitaMenjadiAhliAkhiratYangMemilikMahligaiDiSyurgaAtauNeraka
YOU HAVE BAD DAYS BECAUSE YOU NEVER ASK MY PERMISSION ON MY RIGHTS on my pen names thanaif,tejathanaif and eilahaniff.
Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Seorang manusia bergenderkan wanita beragama islam, berbangsa melayu dan berkerakyatan Malaysia. Lelawati binti Mohd.Ali
Rabu, 9 Januari 2013
Kisah Sebuah Laptop Yang Di Khianati
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Khianat
Isnin, 3 Disember 2012
Mencari Peluang Berkomunikasi
Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.
Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.
Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.
Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.
Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."
Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...
Pengerusi mengalukan kehadiran kami
dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar
kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami
sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah
wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.
Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.
Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.
Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."
Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...
“Allah sabarkan saya dengan kejahilan
kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak
membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka…
amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya
kelas dari kursus bahasa dan
akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis
ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga
pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan
yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah
keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila
digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah
baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam)
dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
Beberapa pandangan dan pesanan iman
turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru
yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata
dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah
sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa
inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang
sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara
baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang
bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru
arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan
atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka
tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf
selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan
kami.
Dan saya saling berjabat tangan
dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari
Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya
adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Sabtu, 10 November 2012
Mencari Peluang Berkomunikasi
Kemudian salah seorang petugas
memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas
soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.
Menyatakan perkara yang berlainan di
atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah
rahsia di antara saya dengan Allah.
Lantaran pilihan saya bagi mengikuti
asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya
memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita
tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga
puluhan dan melepasi empat puluhan.
Mereka di mata saya menzahirkan
perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya,
tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit
angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi
jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni
aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang
mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?
Muallimah Mona yang mengendalikan
kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.
Muda dan manis wajahnya.
Kami tidak bertaaruf walau pun jelas
kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.
Sepenuhnya kelas dikendalikan di
dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah
nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi
memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.
Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya
banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni
nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf
hijaiyah.
Apakah tidak upaya tajweed menjadi
mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan
Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?
Al-Quran pada sudut bahasa arabnya
mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari
sejak awal lagi.
Ia sangat berbeza dengan bahasa arab
moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami
asas binaan bahasa itu.
Takdir dari sunnahtullah Allah
Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta
olehNya sebagai Pencipta.
Ia bacaan yang membenarkan ummah
mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk
dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Apakah manusia yang diciptakanNya tidak
wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?
Ya cuma tatkala manusia berhasad dan
mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya
menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa
kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian
ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.
Tafsiran dari surah-surah wajar
dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang
dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut
apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Mencari Peluang Berkomunikasi
Masyarakat arab sudah sedia
mengabaikan pembinaan diri mereka sebagai pemilik harta dari Allah yakni
Al-Qurankah?
Setelah masyarakat nusantara sudah agak
lama mengabaikan harta Allah ini sehingga mengimpakkan kecelaruan wadah untuk
dibentuk semula jati diri masyarakat yang beragama apabila yang berbangsa itu
lebih ingin mencapai taraf kegloblasasian oleh modeul moden pada kesaksamaan
dan kebersamaan kewujudan diri, nusantara semakin tidak dikenali.
Beberapa ketika rakan saya meminta
ditemui seorang wanita yang bertindak sebagai pengurus bagi penempatan pelajar
baru bukan arab mendaftar bagi mengikuti pelajaran yang dipilih.
Saya tidak diperkenalkan dengan siapa
saya berkomunikasi pagi itu.
Wanita yang bersantun dengan budi
yang mesra bersifat peramah menyusun bicara. Mengenalkan beberapa peraturan
umum berkaitan masa, jadual kelas, tempuh percutian, kawasan larangan bagi
meletakkan kenderaan sambil menegaskan bahawa tidak ada layanan istimewa untuk
membezakan di antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.
(pada saat ini saya berasa seperti kebersamaan bagi kami yang bukan wanita arab dengan wanita arab tempatan difokuskan dengan penuh santun kerana sekilas yang diperhati wanita-wanita yang mengikuti kelas-kelas pengajian islam dan Al-Quran di sini dan di Mozah Centre adalah terdiri dari wanita yang berstatus kaya, berkedudukan dan selazimnya beridentitikan mempunyai wang manakala kebanyakan dari kami sebagai isteri pekerja asing di Qatar hanya bersifat seadanya mengikut apa yang terdaya dipenuhi oleh suami. Malah ada ketikanya dompet saya sendiri tidak menyimpan walau seriyal wang J)
Ini satu kemandirian yang sangat
perlu dihargai lantaran keberdayaan
diolah oleh peraturan fikh kami yang menyamakan kami semua dengan laras iman.
Mengasihi fikh sebagai peraturan yang memuliakan wanita-wanita muslim sukarkah
ditangani?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Mencari Peluang Berkomunikasi...
6/11/12
Saya perlu berhati-hati dengan apa
yang difikirkan tatkala berhadapan dengan tenaga pengajar di sini.
Mereka adalah wanita-wanita yang
intelek, professional dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang masing-masing dan
kelihatan lebih moden walaupun tinggi penghayatan agamanya.
Sambil mengikuti kelas saya membaca
olahan dari fikiran saya sendiri dengan memahami kejayaan wanita-wanita di sini
berasional dengan peredaran zaman oleh dasar langit terbuka namun masih sedia
mengekalkan ketrampilan fikh sebagai kaedah menzahirkan diri.
Seperti mana saat pertama kali
mendaftar diri di Mozah Centre, rakan Syrian saya benar-benar mahu agar saya
bersama-sama mengikuti pelajaran supaya saya segera upaya memahami dan berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa arab.
Masalah tetap timbul tatkala
diketahui saya tidak boleh berbahasa arab. Rakan saya berbincang dengan petugas
di bahagian pengurusan.
Saya tersenyum di dalam hati dengan
berbagai rasa yang dialami.
Berasa bersalah kerana menyukarkan
rakan saya.
Berasa bersalah kerana menjadi
seorang muslim yang membaca Al-Quran tetapi tidak upaya menggunakan bahasa itu
dalam usia yang semakin senja.
Berasa berkhilaf dengan standart
pendidikan yang saya ikuti sejak hampir setengah abad yang lalu dengan maksud
apakah sudut yang membina pengetahuan wajar berbeza sukatannya apabila berada
di tengah-tengah komuniti masyarakat muslim sesama sendiri tatkala kami
memiliki kitab yang sama membacanya memahami tafsiran dan huraiannya walau pun
dalam keadaan yang serba kekurangan.
Qalam Allah ini tanda kekayaan ummat
dan kami pula berasa miskin kerana mempelajarinya.
Adakah ia diakibatkan dari
standart piawaian yang tidak diperolehi dari panitia antarabangsa dari jabatan
persuratan antarabangsa atau syarat minima bagi berpengetahuan dengan Al-Quran
menjadikan kami berasa rendah diri?
Kali pertama melangkah masuk ke perkarangan laman bangunan ini jelas terlihatbangunan ini lebih bersifat peribadi
cara reka ia dihiasi berbanding bangunan di Mozah Centre yang kelihatan agak
luas dengan imej sebagai sebuah organisasi yang dikendalikan secara lebih
tersusun.
Namun sifat konservetif lebih dicirikan di Maryam Centre walau pun saya sedari di Mozah Centre menzahirkan wanita-wanita yang lebih bersifat tradisonal dengan ciri-ciri yang agak tertutup pada perkara-perkara baru menyangkuti hal ehwal wanita tempatan.
Ia memeranjatkan saya kerana wanita yang menghuni jabatan pengurusan di Maryam Centre jauh lebih bersikap moden dengan sifat intelek yang disederhanakan oleh identiti mereka berperibadi yang membawa peraturan fikh sebagai susunan wanita-wanita ini menyantuni diri.
Kebolehan berkomunikasi sepenuhnya dilaraskan oleh bahasa inggeris (dengan perasaan meluatnya terpaksa dicatatkan) dan saya yakin sejak dari hari pertama lagi bahawa pusat-pusat pengajian di sini mahu menjadikan bahasa urdu atau hindi sebagai pilihan lain untuk berkomunikasi setelah bahasa arab dan bahasa inggeris.
Di manakah bahasa nusantara yakni bahasa ku di tengah negara yang dikatakan sebagai berada di dunia islam?
Adakah kerana ia berasaskan kepada permintaan yang mungkin tiada, lalu tiada tawaran dilakukan ke atas bahasa nusantara? Panahan minda menikam hati ku tatkala terkesan adakah natijah dari wawasan 2020 telah menyuramkan bahasa 'rasmi' nusantara?
Amalan menjadikan rakyat berhijrah merugikan banyak sudut kepada sebuah negara dalam satu tempuh yang singkat tatkala persekitaran yang membina lingkarannya menuntut untuk sering disesuaikan budaya sosio penghijrah yang menempati lokasi yang diduduki sehingga dituntut pula pengkaedahan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keamanan diri, keluarga, masyarakat dan komuniti setempat.
Kali pertama melangkah masuk ke perkarangan laman bangunan ini jelas terlihat
Namun sifat konservetif lebih dicirikan di Maryam Centre walau pun saya sedari di Mozah Centre menzahirkan wanita-wanita yang lebih bersifat tradisonal dengan ciri-ciri yang agak tertutup pada perkara-perkara baru menyangkuti hal ehwal wanita tempatan.
Ia memeranjatkan saya kerana wanita yang menghuni jabatan pengurusan di Maryam Centre jauh lebih bersikap moden dengan sifat intelek yang disederhanakan oleh identiti mereka berperibadi yang membawa peraturan fikh sebagai susunan wanita-wanita ini menyantuni diri.
Kebolehan berkomunikasi sepenuhnya dilaraskan oleh bahasa inggeris (dengan perasaan meluatnya terpaksa dicatatkan) dan saya yakin sejak dari hari pertama lagi bahawa pusat-pusat pengajian di sini mahu menjadikan bahasa urdu atau hindi sebagai pilihan lain untuk berkomunikasi setelah bahasa arab dan bahasa inggeris.
Di manakah bahasa nusantara yakni bahasa ku di tengah negara yang dikatakan sebagai berada di dunia islam?
Adakah kerana ia berasaskan kepada permintaan yang mungkin tiada, lalu tiada tawaran dilakukan ke atas bahasa nusantara? Panahan minda menikam hati ku tatkala terkesan adakah natijah dari wawasan 2020 telah menyuramkan bahasa 'rasmi' nusantara?
Amalan menjadikan rakyat berhijrah merugikan banyak sudut kepada sebuah negara dalam satu tempuh yang singkat tatkala persekitaran yang membina lingkarannya menuntut untuk sering disesuaikan budaya sosio penghijrah yang menempati lokasi yang diduduki sehingga dituntut pula pengkaedahan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keamanan diri, keluarga, masyarakat dan komuniti setempat.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Rabu, 17 Oktober 2012
Tiada Data Programmer Ditemui Di Sony Vaio
Setelah laptop Sony Vaio ku kehilangan kesemua data programmer, apakah lagi yang dimahukan untuk menyatakan betapa kecewanya saya...
Saya menyemak semula catatan-catatan lama dengan tujuan untuk meredakan kocakan emosi tatkala saya kekal menegaskan saya tidak mahu mempunyai pertalian komunikasi dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram saya.
Aktiviti penterjemahan yang sepenuhnya dilakukan oleh mesin robot amat-amat menggusarkan minda saya akibat dari seringnya akses interent hilang secara tiba-tiba.
Saya menyemak semula catatan-catatan lama dengan tujuan untuk meredakan kocakan emosi tatkala saya kekal menegaskan saya tidak mahu mempunyai pertalian komunikasi dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram saya.
Aktiviti penterjemahan yang sepenuhnya dilakukan oleh mesin robot amat-amat menggusarkan minda saya akibat dari seringnya akses interent hilang secara tiba-tiba.
Isu yang dikeluarkan dari Buku Yahudi Menggenggam Dunia oleh William G Carr:
1-
Kebebasan berintelek perlukan kelayakan?
(Al-Quran dan hadis terdiri dari garis dasar yang bersifat intelek yang dinafikan oleh bangsa yahudi setelah mewujudkan keilmiahan di dalam teology.
sambung kemudian.
(Al-Quran dan hadis terdiri dari garis dasar yang bersifat intelek yang dinafikan oleh bangsa yahudi setelah mewujudkan keilmiahan di dalam teology.
sambung kemudian.
2-
Liberalisme dan pluralisme bermatlamatkan cabaran kepada Zionisme atau
Kristianisasi atau Islamisasi?
(sebenarnya tt tidak gemar mendengar
pengulangan terhadap ulang kata 'Malaysia adalah terdiri dari masyarakat
berbilang bangsa India, Cina dan Melayu disamping bumiputra' tatkala perkara ini sudah diketahui
sejak 1957 yang telah disahkan pada 1963 lagi bahawa tanah air mempunyai rakyat yang terdiri dari berbagai bangsa, keturunan dan kaum yang dilahirkan di Malaysia.
Apakah perlu wujudnya isu tentang pecahan kaum jika kesemua mereka dilahirkan di Malaysia dan bagaimana wajar masih status rakyat di isukan?
Misal yang lain merujuk bangsa arab yang sudah tentu dilahirkan di negara-negara di Semenanjung Arab,bagaimanakah taraf kerakyatan mereka masih mengelirukan.
Adakah ia kerana taraf kelahiran mereka di petempatan khemah-khemah pelarian Palestein yang kekal menjadi penghijrah ke negara-negara lain oleh ketiadaan negara untuk dikenali sebagai tanah air?
3-Meneruskan
pembacaan pada bab-bab awal minda tertanya adakah mereka berkekalan mahu mengkomedikan semua isu sebagaimana
dipinda tambah lupuskan kandungan bagi naskhah-naskhah
kitab lama?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Buku
Isnin, 6 Ogos 2012
Puasa Hari Ke Lapan, Sembilan, Sepuluh, Sebelas Dan Keduabelas.
Bersama satu-satunya anak gadis saya. |
Beberapa hari sebelum puasa bermula saya diminta oleh anak perempuan menemaninya menonton 'Coco Chanel
dan Igor' di televisyen.
'Perangai penyangak emosi' sememangnya tidak
berwibawa kerana menjelang puasa diserunya agar kami diamuk emosi oleh kisah badai dan gelombang berkisar dari cerita tentang kewujudan wanita ternama yang menabur jasa demi mengambil kesempatan untuk menagih kasih seorang suami yang telah berkeluarga, malah dibantunya dengan alasan untuk membantu lelaki dayus itu mendapatkan
pendapatan.
'Adakah lelaki sememangnya mudah dijualbelikan
perasaannya?'
Anak gadis tersenyum kerana sudah tahu saya akan mula berbincang-bincang kerana begitu cara emaknya memberikan nasihat dan pesanan.
'Wanita itu yang mengambil kesempatanlah emak. Sama-sama murah harganya.'
Kami tergelak bersama.
Di dalam diam minda saya berbual sendirian :
Wanita ‘anda’ lebih kuat dari lelaki kami yang
mudah dilemahkan walau pun hanya oleh wanita yang tidak berpakaian meski pun lelaki-lelaki muslim kami tidak minum arak.
"J who is this stupid j - i wonder who is this person!"
Saya dan anak gadis tersenyum sambil tertawa
dengan merumuskan realiti sifat masyarakat kaya yang mudah memperalatkan wang
untuk apa sahaja yang ingin dicapainya.
Apakah lelaki dayus tidak wujud selain wanita
yang dianggap derhaka?
Muhahahhaaha ‘penyangak emosi’ yang membaca
catatan peribadi saya pula memunculkan diri mereka seorang demi seorang selepas
berasa bersalah mengganggu fokus saya yang bertimpa-timpa diganggu oleh acara-acara yang tidak ada penglibatan saya dengannya.
(Bilalah catatan saya akan diselesaikan dengan gangguan-gangguan yang direncanakan ini?)
Siapakah kamu tatkala Raqib dan Atiq juga berada
di atas bahumu biar pun dikau bukan seorang islam?
Isunya ialah wanita barat mulai
menjadikan konsep poligami bagi membenarkan kesalahan mereka sebagai wanita
yang tidak bertanggungjawab yang bertauliah oleh kelayakan mempunyai pakej sebagai wanita bombastik
dari hujung kepala hingga ke hujung rambut.
Malah lelaki barat juga mulai tergiur dengan konsep
poligami agama saya.
Saya gusar kerana kaedah amalan
biseksual adalah imej lelaki dan wanita barat yang perlu dicemuh oleh
kehilangan jiwa keinsanannya!
Mereka pasti upaya merosakkan
makna dan pengetahuan dari maksud poligami kami.
"Get it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Arab or jews or christian or muslim itself be
a people with too much ignoramus attitude?
Kami anak beranak menolak poligami.
Saya dan anak gadis malah anak-anak lelaki
saya kesemuanya menolak poligami.
Tidak ada teladan yang boleh diikuti dari
kejayaan yang merendahkan diri sendiri sekiranya disengajakan niat untuk mengeruhkan sebuah rumah tangga oleh nasihat-nasihat yang didakwa bersifat 'motivasi'.
Ya, bagaimanakah diketahui semua isu peribadi hatta rupa fizikal untuk wujud motif agar beremosi'?
Namun kami tetap menghormati poligami yang
diamalkan oleh lelaki-lelaki adil dan wanita yang tidak tamak di kalangan
penganut muslim berbanding lelaki atau wanita yang melanggani pelacur.
Ini ditujukan kepada lelaki bukan islam yang
sering mempersendakan lelaki-lelaki muslim kami yang didakwa sebagai mengawal isteri dan anak perempuan mereka tetapi pada masa yang sama diri
mereka sendiri tidak mampu dikawal apabila lebih suka memandang wanita lain
apabila berada di luar rumah khususnya wanita bermata biru atau berwarna-warna.
Lalu yang sedang bersengketa ialah antara
lelaki sesama lelaki?
Atau wanita sesama wanita?
Minda saya memberi senyum pada emosi yang menemani mata menonton televisyen.
Ketika ini saya mencuba merumuskan bagaimana
kewibawaan Ar Rumi yang membantu pelacur tanpa dia dijatuhkan oleh pelacur itu.
Sewaktu itu tiada cd dan alat eletronik tetapi
ada pelacur?
Bagaimana dia memahami kritis minda itu adalah
dengan mempunyai rasa berani bukan menjadi pengecut untuk menyatakan kebenaran.
Adakah Ar Rumi perlu menjadi ahli lawak bagi
menyembunyikan ketakutan sehingga ia menjadi imej bagi negara utama dunia yang
sering tewas di dalam gelanggang rasmi yang dilindungi oleh PBB hatta pada
peperangan dingin dek hambatan tekanan dosa?
Adakah puasa menjadikan Ar Rumi kuat mengawal
nafsunya tatkala masyarakat yang hidup di peradaban moden mencabar masyarakat
muslim pada hari-hari kelaparan, kedahagaan mereka untuk bertarung kekuatan
fizikal dan spiritual sehingga tidak upaya dinikmati kemanisan taraweh untuk
berkasih sayang dengan Allah?
Adakah Ar Rumi tidak melebihkan garam di dalam
hidangannya bagi mempunyai fitrah yang lebih sejati bagi seorang lelaki dan
wanita muslim saat naluri hawa mereka
turut berpuasa bagi menyempurnakan makna kesabaran?
Adakah Ar Rumi berpusing-pusing jasadnya dek
memikirkan adakah lelaki saudara muslimnya meninggalkan puasa mereka di masjid
setelah selesai bertaraweh.
Apakah lelaki muslim kami meninggalkan puasa
mereka di masjid sebaik sahaja selesai bertaraweh?
Siapakah yang mengenal Ar Rumi berbanding Hugh
Hefner tatkala noda-noda dikutip dihimpun oleh mata sesudah selesainya taraweh
dek persyarikatan angkasa dengan satellite untuk meniduri batin-batin lelaki
muslim ku?
Bedebah-bedebah yang tidak punyai malu itu
masih mempersendakan angkasa yang dipenuhi para malaikat sejak pertama bulan
puasa menjenguk wajah dengan membuka pakaian untuk disentuh badannya dengan
wanita yang mempunyai keluarga!
Apakah tidak upaya mereka menghormati angkasa
buat sepurnama sahaja?
Sehingga kekal bersahaja pintu angkasa
ditelanjangi oleh wanita dan lelaki yang tidak mempunyai malu.
Saat mereka bangga dengan dosa, batin ini
menangisi kekecewaan melihat muslimin yang tidak menemui ajal di mata pedang
tetapi terbujur kaku di panah nafsu.
Sialkah lelaki-lelaki kami Ya Allah?
Celakakah kami memiliki pria-pria yang mandul
insannya melindungi wanita yang jauh, membiarkan wanita yang hak sepi dicerca kerana terlalu buruk pekerti dek
nikmat meraih iman?
Bangsatkah wanita-wanita kami Ya Allah?
Membuka apa yag menjadi mulia diri kami sebagai seorang
wanita?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Ramadhan
Langgan:
Catatan (Atom)