Jumaat, 11 Januari 2013

Saksi-Saksi Ku

Catatan tatkala di Mozah Centre :

Sambil melayani bacaan-bacaan hafalan rakan-rakan kelas fikiran saya membaca lipatan hati yang sering berbicara sendiri...

Adakah Al-Quran tidak tidak mewacanakan sifat intelek kepada pembacanya?

Apakah harus pembaca Al-Quran itu dari khalayak yang serba dhaif dan serba mundur sisi fizikalnya?

Adakah sejarah di dalam Al-Quran tidak berulang dan tiada wujud perwatakan baru bagi masyarakat dunia pada hari ini?


Keunggulan bahasa Al-Quran yang menyuburkan kepelbagaian bahasa untuk dihayati sifat insan seperti terlihat dirundumkan oleh bahasa inggeris dan ahli masyarakatnya yang kehilangan jati diri berperibadi sebagai seorang muslim sehingga kelancaran untuk menemukan bagi membina sifat buday dari Al-Quran tidak sepenuhnya aktif menjadi aktiviti ummat.


Saya berasa 'sakit' dengan hak-hak yang dibentuk isunya oleh laras-laras ideologi.


Berasa marah dan kecewa dengan kegagalan hijrah menjadi ciri bagi muslimin yang beramanah dengan imannya.


Saya tidak tahu mahu menghalakan pandangan ke mana lagi tatkala sikap penceroboh dan pencabul yang tidak bermaruah mulai menzahirkan kehadiran mereka di mana-mana sahaja interaksi yang boleh dicapai melalui hubungan interaksi jalur fiber optik dan gelombang.


Di manakah masyarakat mukmin setelah pintu pra akhir zaman sudah terbuka?

Di manakah generasi rabbani yang membaca Al-Quran sejak sekian lamanya menjelang terbukanya pintu pra akhir zaman ini?

Di manakah penutur bahasa Al-Quran ini yang didakwa kaya raya berkuasa terhadap nilai kuasa membeli tatkala pelbagai pintu pra akhir zaman sudah dibina sejak sekian lamanya?


Berasa sedikit gusar seketika tatkala seperti wujud keinginan bagi menampilkan hanya jenis ras etnik tertentu sahaja bagi mewakili Asia Jauh setelah Asia Tengah sudah bercaca merba variasi etniknya.


Dicatatkan renungan minda ini di skrin mini agar ia tidak dilupakan :

Rakyat tionghua di tanah air ku dapatkah memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk melintasi rintangan yang disediakan untuk mereka setelah selama ini mereka amat memahami sifat sebenar seorang muslim melayu di tanah air kami tidak berjudi, tidak meminum arak, tidak berzina, tidak memakan makanan yang tidak halal, tidak mengambil hak bukan muslim dan pelbagai ketidakbolehan terhadap aktiviti yang dilarang untuk kami melakukannya oleh islam?


Bolehkah mereka beramanah dengan hukum-hukum fikh kami yang selama ini telah mereka hayati oleh pergaulan baik di antara ibu bapa serta datuk nenek kami selama ini?


Apakah upaya Asia dibina oleh ras cina dari kalangan rakyat yang dilahirlkan oleh tanah air kami?

Rabu, 9 Januari 2013

Kisah Sebuah Laptop Yang Di Khianati

You are stupid when you think thanaif is a smart phone user.


You are really out of mind to use my pen names - thanaif, tejathanaif and eilahaniff.


Blog.spot.com is out of mind to delete my intellectual property on my notes and pictures by not permitted my rights to acces all my BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah, TilikMenilikSiapaPemilik,SebelumKitaMenjadiAhliAkhiratYangMemilikMahligaiDiSyurgaAtauNeraka



YOU HAVE BAD DAYS BECAUSE YOU NEVER ASK MY PERMISSION ON MY RIGHTS on my pen names thanaif,tejathanaif and eilahaniff.

Isnin, 3 Disember 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi

Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.

Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.

Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.

Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.

Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."

Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...


“Allah sabarkan saya dengan kejahilan kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka… amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya kelas dari kursus bahasa  dan akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya  yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam) dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
 Pengerusi mengalukan kehadiran kami dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Beberapa pandangan dan pesanan iman turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan kami.
Dan saya saling berjabat tangan dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?

Sabtu, 10 November 2012

Mencari Peluang Berkomunikasi



Kemudian salah seorang petugas memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.

Menyatakan perkara yang berlainan di atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah rahsia di antara saya dengan Allah.

Lantaran pilihan saya bagi mengikuti asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga puluhan dan melepasi empat puluhan.

Mereka di mata saya menzahirkan perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya, tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?

Muallimah Mona yang mengendalikan kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.

Muda dan manis wajahnya.

Kami tidak bertaaruf walau pun jelas kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.

Sepenuhnya kelas dikendalikan di dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.

Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf hijaiyah.

Apakah tidak upaya tajweed menjadi mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?

Al-Quran pada sudut bahasa arabnya mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari sejak awal lagi.

Ia sangat berbeza dengan bahasa arab moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami asas binaan bahasa itu.

Takdir dari sunnahtullah Allah Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta olehNya sebagai Pencipta.

Ia bacaan yang membenarkan ummah mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Apakah manusia yang diciptakanNya tidak wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?

Ya cuma tatkala manusia berhasad dan mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.

Tafsiran dari surah-surah wajar dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.

Mencari Peluang Berkomunikasi


Masyarakat arab sudah sedia mengabaikan pembinaan diri mereka sebagai pemilik harta dari Allah yakni Al-Qurankah?

Setelah masyarakat nusantara sudah agak lama mengabaikan harta Allah ini sehingga mengimpakkan kecelaruan wadah untuk dibentuk semula jati diri masyarakat yang beragama apabila yang berbangsa itu lebih ingin mencapai taraf kegloblasasian oleh modeul moden pada kesaksamaan dan kebersamaan kewujudan diri, nusantara semakin tidak dikenali.


Beberapa ketika rakan saya meminta ditemui seorang wanita yang bertindak sebagai pengurus bagi penempatan pelajar baru bukan arab mendaftar bagi mengikuti pelajaran yang dipilih.

Saya tidak diperkenalkan dengan siapa saya berkomunikasi pagi itu.

Wanita yang bersantun dengan budi yang mesra bersifat peramah menyusun bicara. Mengenalkan beberapa peraturan umum berkaitan masa, jadual kelas, tempuh percutian, kawasan larangan bagi meletakkan kenderaan sambil menegaskan bahawa tidak ada layanan istimewa untuk membezakan di antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.

(pada saat ini saya berasa seperti kebersamaan bagi kami yang bukan wanita arab dengan wanita arab tempatan difokuskan dengan penuh santun kerana sekilas yang diperhati wanita-wanita yang mengikuti kelas-kelas pengajian islam dan Al-Quran di sini dan di Mozah Centre adalah terdiri dari wanita yang berstatus kaya, berkedudukan dan selazimnya beridentitikan mempunyai wang manakala kebanyakan dari kami sebagai isteri pekerja asing di Qatar hanya bersifat seadanya mengikut apa yang terdaya dipenuhi oleh suami. Malah ada ketikanya dompet saya sendiri tidak menyimpan walau seriyal wang J)

Ini satu kemandirian yang sangat perlu dihargai lantaran keberdayaan  diolah oleh peraturan fikh kami yang menyamakan kami semua dengan laras iman.
Mengasihi fikh sebagai peraturan yang memuliakan wanita-wanita muslim sukarkah ditangani?

Mencari Peluang Berkomunikasi...


6/11/12

Saya perlu berhati-hati dengan apa yang difikirkan tatkala berhadapan dengan tenaga pengajar di sini.

Mereka adalah wanita-wanita yang intelek, professional dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang masing-masing dan kelihatan lebih moden walaupun tinggi penghayatan agamanya.

Sambil mengikuti kelas saya membaca olahan dari fikiran saya sendiri dengan memahami kejayaan wanita-wanita di sini berasional dengan peredaran zaman oleh dasar langit terbuka namun masih sedia mengekalkan ketrampilan fikh sebagai kaedah menzahirkan diri.

Seperti mana saat pertama kali mendaftar diri di Mozah Centre, rakan Syrian saya benar-benar mahu agar saya bersama-sama mengikuti pelajaran supaya saya segera upaya memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab.

Masalah tetap timbul tatkala diketahui saya tidak boleh berbahasa arab. Rakan saya berbincang dengan petugas di bahagian pengurusan.

Saya tersenyum di dalam hati dengan berbagai rasa yang dialami.

Berasa bersalah kerana menyukarkan rakan saya.

Berasa bersalah kerana menjadi seorang muslim yang membaca Al-Quran tetapi tidak upaya menggunakan bahasa itu dalam usia yang semakin senja.

Berasa berkhilaf dengan standart pendidikan yang saya ikuti sejak hampir setengah abad yang lalu dengan maksud apakah sudut yang membina pengetahuan wajar berbeza sukatannya apabila berada di tengah-tengah komuniti masyarakat muslim sesama sendiri tatkala kami memiliki kitab yang sama membacanya memahami tafsiran dan huraiannya walau pun dalam keadaan yang serba kekurangan.

Qalam Allah ini tanda kekayaan ummat dan kami pula berasa miskin kerana mempelajarinya.
Adakah ia diakibatkan dari standart piawaian yang tidak diperolehi dari panitia antarabangsa dari jabatan persuratan antarabangsa atau syarat minima bagi berpengetahuan dengan Al-Quran menjadikan kami berasa rendah diri?

Kali pertama melangkah masuk ke perkarangan laman bangunan ini jelas terlihat bangunan ini lebih bersifat peribadi cara reka ia dihiasi berbanding bangunan di Mozah Centre yang kelihatan agak luas dengan imej sebagai sebuah organisasi yang dikendalikan secara lebih tersusun.

Namun sifat konservetif lebih dicirikan di Maryam Centre walau pun saya sedari di Mozah Centre menzahirkan wanita-wanita yang lebih bersifat tradisonal dengan ciri-ciri yang agak tertutup pada perkara-perkara baru menyangkuti hal ehwal wanita tempatan.

Ia memeranjatkan saya kerana wanita yang menghuni jabatan pengurusan di Maryam Centre jauh lebih bersikap moden dengan sifat intelek yang disederhanakan oleh identiti mereka berperibadi yang membawa peraturan fikh sebagai susunan wanita-wanita ini menyantuni diri.

Kebolehan berkomunikasi sepenuhnya dilaraskan oleh bahasa inggeris (dengan perasaan meluatnya terpaksa dicatatkan) dan saya yakin sejak dari hari pertama lagi bahawa pusat-pusat pengajian di sini mahu menjadikan bahasa urdu atau hindi sebagai pilihan lain untuk berkomunikasi setelah bahasa arab dan bahasa inggeris.


Di manakah bahasa nusantara yakni bahasa ku di tengah negara yang dikatakan sebagai berada di dunia islam?

Adakah kerana ia berasaskan kepada permintaan yang mungkin tiada, lalu tiada tawaran dilakukan ke atas bahasa nusantara? Panahan minda menikam hati ku tatkala terkesan adakah natijah dari wawasan 2020 telah menyuramkan bahasa 'rasmi' nusantara?



Amalan menjadikan rakyat berhijrah merugikan banyak sudut kepada sebuah negara dalam satu tempuh yang singkat tatkala persekitaran yang membina lingkarannya menuntut untuk sering disesuaikan budaya sosio penghijrah yang menempati lokasi yang diduduki sehingga dituntut pula pengkaedahan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keamanan diri, keluarga, masyarakat dan komuniti setempat.

Rabu, 17 Oktober 2012

Tiada Data Programmer Ditemui Di Sony Vaio

Setelah laptop Sony Vaio ku kehilangan kesemua data programmer, apakah lagi yang dimahukan untuk menyatakan betapa kecewanya saya...

Saya menyemak semula catatan-catatan lama dengan tujuan untuk meredakan kocakan emosi tatkala saya kekal menegaskan saya tidak mahu mempunyai pertalian komunikasi dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram saya.


Aktiviti penterjemahan yang sepenuhnya dilakukan oleh mesin robot amat-amat menggusarkan minda saya akibat dari seringnya akses interent hilang secara tiba-tiba.





Isu yang dikeluarkan dari Buku Yahudi Menggenggam Dunia oleh William G Carr:

1- Kebebasan berintelek perlukan kelayakan?
(Al-Quran dan hadis terdiri dari garis dasar yang bersifat intelek yang dinafikan oleh bangsa yahudi setelah mewujudkan keilmiahan di dalam teology. 

sambung kemudian.

2- Liberalisme dan pluralisme bermatlamatkan cabaran kepada Zionisme atau Kristianisasi atau Islamisasi? 

(sebenarnya tt tidak gemar mendengar pengulangan terhadap ulang kata 'Malaysia adalah terdiri dari masyarakat berbilang bangsa India, Cina dan Melayu disamping bumiputra' tatkala perkara ini sudah diketahui sejak 1957 yang telah disahkan pada 1963 lagi bahawa tanah air mempunyai rakyat yang terdiri dari berbagai bangsa, keturunan dan kaum yang dilahirkan di Malaysia.

Apakah perlu wujudnya isu tentang pecahan kaum jika kesemua mereka dilahirkan di Malaysia dan bagaimana wajar masih status rakyat di isukan? 

Misal yang lain merujuk bangsa arab yang sudah tentu dilahirkan di negara-negara di Semenanjung Arab,bagaimanakah taraf kerakyatan mereka masih mengelirukan. 

Adakah ia kerana taraf kelahiran mereka di petempatan khemah-khemah pelarian Palestein yang kekal menjadi penghijrah ke negara-negara lain oleh ketiadaan negara untuk dikenali sebagai tanah air?

3-Meneruskan pembacaan pada bab-bab awal minda tertanya adakah mereka berkekalan mahu mengkomedikan semua isu sebagaimana dipinda tambah lupuskan kandungan bagi naskhah-naskhah kitab lama?