"Tidak ada Nabi sesudah Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam!"
"Adakah kerana itu idol dan ikon dari siri realiti menjadi solusinya?"
"Mahu diapakan kisah ahli-ahli syuga bila petunjuk ke neraka dialternatifkan?"
"Lalu bagaimanakah anda meletakkan remaja dan belia sebagai idol untuk memangku isu-isu dunia bila mereka diheret bagaikan lembu dan kuda yang dikekang talinya dek perlu bernaung di bawah redupan bayangan pihak-pihak yang memerlukan sokongan mereka? Ia membuatkan kita dilihat telah menurunkan harga diri peradaban...yang kekal hilang kesolehan sebagai identiti yang beragama."
"Peradaban di facebook dan twitter sahajakah yang diminta mereka menggalas amanah dan tahu bertanggung jawab? Bersaing dengan album-album eletronik yang menjadi alternatif setelah kamera manual kodak tidak lagi digunakan? Ini peradaban 'Made From America'...hak peribadi dilucutkan dan tidak dihormati. 'Free of charge' milik mutlak media yang para penjawatnya bergaji dan berbonus."
Sudah dilupakankah dek sabda Rasulullah sallallah hu alihiwassallam :
Saya ialah Muhammad yakni bermakna yang dipuji.
Saya adalah Ahmad yang bererti yang terpuji.
Saya adalah Al-Mahi yang bermakna penghapus yang melalui baginda dihapuskan kekufuran.
Saya adalah Al-Hasyir yang bererti menghimpun di mana manusia berhimpun selepas baginda wafat.
Saya adalah Al-Aqib yakni penyudah yang tidak ada Nabi selepasnya.
'Made From Amerika' tidak mampu mengabaikan pendominasian, pemonopolian untuk tujuan pengeksploitasian setelah ia menjadi industri di pasaran terbuka yang dirintis olehnya."
"Apakah akhir zaman nanti Amerika juga teringin menjadi pemerintahnya?"
Saat ini saya sukar menghalang senyuman dari terukir. Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman?
Saya juga melihat dia tertawa menyeringai...mungkin pertanyaan minda kami yang bisu ini membuatkan kami berkali-kali bertanya, benarkah Amerika masih berhasrat mahu menjadi pemerintah di akhir zaman setelah dia menolak akhirat sebagai masa hadapan?
Saya tersenyum-senyum. Dia pula tertawa-tawa.
Tidak tahu apakah kerana kami berasa girang atau kami berasa lucu dengan komedi Amerika mahu menjadi pemerintah di akhir zaman.
"Mudah sahaja saya simpulkan...bagaimanakah hak milik pada hak cipta di interaksi 'made from Amerika' dikuatkuasakan undang-undang mengenainya...Adakah sama dengan nilai status 'PC-PC'
tertentu yang menyimpan gambar-gambar peribadi dan kini smartphone-smartphone yang berisiko bertukar hak milik apabila berjaya di 'hack' oleh indivdu perseorangan atau pelajar-pelajar ITC misalnya?"
"Cubalah kita menjawab dengan jujur siapakah Raja Rom yang bertanya tentang Muhammad bin Abdullah sallallah hu alihiwassallam..."
"Dia berkomunikasi dengan si Quraisy yang membenci keluarganya sendiri. Abu Suffian membenci Muhammad sallallah hu alaihiwassallam tetapi dia masih mampu berkata benar tentang Nabi Muhammad..."
"Lalu dikau mahu mengusulkan bahawa 'penghackers' itu penyelamat?"
Pengguna dan masyarakatnya diperlukan oleh 'made from America'.
Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Seorang manusia bergenderkan wanita beragama islam, berbangsa melayu dan berkerakyatan Malaysia. Lelawati binti Mohd.Ali
Rabu, 30 Oktober 2013
Khamis, 26 September 2013
Sempadan Dan Garisan
Catatan dari thanaif.facebook.com
8/8/13 yang lalu adalah pengalaman yang tidak pernah kami sekeluarga lalui setelah berulang alik setiap tahun untuk pulang bercuti semenjak hampir lapan tahun menetap di Qatar.
Seperti lazimnya syarikat majikan tempat suami berkhidmat tidak memberikan wang tunai bagi membeli tiket-tiket penerbangan dua hala bagi ahli keluarga yang berada di dalam tanggungan suami untuk pulang ke tanah air setiap tahun.
Tidak seperti sesetengah syarikat lain yang mendepositkan wang tunai bagi pekerja mereka untuk pembelian tiket ahli keluarga yang pulang bercuti, kesemua urusan pembelian tiket sepenuhnya dikendalikan oleh pihak syarikat, dari urusan pengstatusan yakni 'status residen', status sah pasport dan dokumen perjalanan yang berkaitan kesemuanya diuruskan oleh majikan yang dilakukan secara 'on line'.
Kami tidak boleh memilih tidak pula boleh membantah.
Beberapa tahun yang lalu ketika anak sulong saya masih berada di bawah penanggungan majikan syarikat tempat suami bertugas, individu atau pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal yang disebutkan di atas pernah culas menjalankan tugas apabila pada jam-jam yang akhir penerbangan berlepas, suami dan anak perlu bergegas ke jabatan polis bagi mendapatkan pengesahan dokumen perjalanan (saya tidak mengetahui dengan jelas status dokumen itu).
Dan pada malam syawal hari pertama setelah saya dan anak-anak melepasi pemeriksaan di kaunter imigresen saya dapati suami ditahan dan dibawa oleh polis untuk keluar dari garisan kuning yang menjadi sempadan antarabangsa untuk bebas dari berada di Qatar pada sifat undang-undangnya.
Apakah makna garisan kuning yang digariskan di kaunter terakhir bagi pemeriksaan imigresen di setiap lapangan terbang?
Apakah undang-undang mengenainya diketahui oleh setiap ahli penerbangan yang sering kelihatan bergaya ketika berada di lapangan-lapangan terbang?
Ketika suami ditahan saya menutup talian bimbit yang memberi masalah kepada saya walau pun berjenama 'smartphone'. Pada waktu saya dan anak-anak sedang sibuk mengendalikan barangan untuk pemeriksaan itu pada waktu itu jugalah beberapa kali suami mencuba menghubungi saya.
Sukar untuk menyatakan emosi saya dan anak-anak ketika itu kerana beberapa hari sebelumnya saya telah mengingatkan suami mengenai kesemua dokumen dan urusan tiket serta pasport perjalanan kami sekeluarga.
Memandangkan dia adalah penaja yang menanggung kami, sewajarnya tidak wujud masalah ke atas suami setelah saya dan anak-anak berjala melepasi pemeriksaan di imigresen.
Apabila menoleh mencarinya pada saat itulah saya menyedari suami saya telah berada di luar garisan yang berwarna kuning dan hanya mampu memandang kami yang tidak mengetahui apa yang terjadi.
Sebagai seorang isteri saya bertindak melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan maklumat mengapa dia tidak melepasi pemeriksaan kastam. Melalui telefon suami menyatakan mungkin dia perlu menaiki penerbangan lain dalam sehari dua nanti bagi menguruskan dokumen perjalanannya yang dikatakan tidak sah!
Pada waktu inilah karenah petugas dari rakyat tempatan amat menjengkilkan.
Apakah sememangnya teramat payah untuk petugas atau pasukan polis yang ada di situ untuk bertanyakan kepada saya mengapakah saya mahu melangkahi garisan kuning itu pada ketika saya mencuba berkomunikasi dengan mereka bagi mendapatkan bantuan?
Apakah ini protokol di dalam etika penjawat yang berada di bahagian hadapan kaunter untuk laluan masuk dan keluar?
Malah petugas lelaki di kaunter meminta saya mengeluarkan pasport tanpa dia menyedari saya sudah selesai berurusan di 'check point' kaunter imigresen. Apabila saya menyatakan saya hanya mahu mendapatkan suami yang melambai meminta saya datang kepadanya bagi diberikan beberapa dokumen, saya tidak dibantu tetapi disergah tanpa menggunakan bahasa inggeris.
Apakah saya memahaminya?
Apakah wujud komunikasi apabila tidak ada informasi atau maklumat yang boleh difahami?
Tidak ada yang membantu saya dan atas alasan itu saya melangkahi garisan kuning itu bagi mendapatkan suami dan mengambil kesemua dokumen yang mahu diberikannya kepada saya.
Di dalam keadaan seperti ini siapakah yang tahu tentang ketidaktahuan mengenai undang-undang perjalanan, undang-undang ketika berada di lapangan terbang, undang-undang yang berkaitan dengan syarikat penerbangan?
SIAPA?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Dokumen/Fakta
Khamis, 25 Julai 2013
Ukhuwwah Ramadhan Pada Zahir Dan Batin
Arwah abah ku MohdAli bin Ahmad |
Saudara tua arwah abahku arwah Abu Bakar bin Ahmad |
Arwah uwanku Tiami binti Sulit (paling kanan) bersama anak sulongnya arwah Mohd Noor bin Salleh (paling kiri) dan anak bongsunya arwah Hashim bin Ali (di tengah) |
Arwah kedua ibu dan bapa mertuaku Abdul Hamid bin Ariffin dan arwah Hawa binti Husin |
Ya Allah
Bukankanlah dada kami dengan Al-QuranMu yang agung
Dan mudahkanlah urusan kami
Besarkanlah kami dengan semua kebaikan ganjaran dari Al-QuranMu
Cantikkanlah akhlak kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah hati-hati kami dengan Al-QuranMu
Cahayakanlah kubur-kubur kami dengan Al-QuranMu
Ya Allah
Berikanlah kami pahala dari Al-Quran yang kami baca
Jadikanlah pahala dari tahlil kami sebagai hadiah sebagai rahmat
Yang Dikau cucuri ia dengan keberkatan sedekah kami
Buat penghulu kami Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam
Buat arwah isteri-isteri baginda, kaum kerabat para sahabat serta pengikut-pengikut mereka dengan kebaikan sehingga hari kiamat..
Ya Allah
Jadikanlah juga pahala seperti itu yang Dikau tambahkan dari kebaikanMu
Kepada arwah bapa-bapa kami
Ibu-ibu kami
Nenek-nenek kami yang lelaki dan yang perempuan
Adik-beradik kami
Tuan-tuan Syeikh kami
Dan sekelian muslimin dan muslimat di timur dunia hingga ke baratnya
Cahayakanlah roh-roh yang dikhususkan buat mereka
Gandakanlah keredhaan dan rahmaMu ke atas mereka
Jadikanlah bacaan dari Al-Quran dan tasbih kami sebgai perisai buat mereka dari api neraka
Penyelamat, pendinding dan penebus dari azab api neraka
Jadikanlah suratan kami, ibu bapa kami dan saudara kerabat dan ibu bapa mereka
Mendapat rahmat dan keredhaanMu
Dan memberikan syurga buat kami.
Ya Allah
Ampunilah dan rahmatilah mereka
Sihatkanlah mereka
Maafkanlah mereka
Amounilah sekelian msulimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia
Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman
Dan janganlah Dikau jadikan di hati-hati kami perasaan hasad dan dengki terhadap orang-orang yang beriman.
Berikanlah kami Ya Allah kebaikan di dunia dan akhirat
Peliharalah kami dari azab neraka.
Jadikanlah kami sebaik-baik ummat kepada KekasihMu Rasulullah sallallah hu alihiwasalam.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Marhaban Ya Ramadhan
Rabu, 17 Julai 2013
Marhaban Ya Ramadhan
Catatan ini berkisar dari Ramadhan tiga tahun yang lalu mengenai realiti kediaman-kediaman di Qatar yang tidak beralamat dan ia menerbitkan kerumitan apabila wujud pertindihan lokasi bagi nama-nama tempat tatkala peningkatan penggunaan Global Positioning System dan penandaan pemetaan google dan perkhidmatan bing ekoran dari penggunaan wifi dan telefon pintar juga log-log dari network dari broadcom, mobile HD Graphics dan IPTV
Surat-surat kami menggunakan peti surat milik majikan suami manakala rumah yang disewa tidak berlokasi di alamat pejabat majikan suami.
Ianya seumpama :
Ramadhan, bolehkah ditangguhkan atau tiba mu diawalkan?
Mustahil.
Ramadhan, cahaya mu bagaimanakah dicari tatkala solat taraweh mu tidak memasyarakatkan kami setelah bubarnya saf jamaah?
Solat Taraweh ku ditinggalkan di dalam masjidkah tanpa dibawa pulang bagi menanti Ramadhan berikutnya?
Surat-surat kami menggunakan peti surat milik majikan suami manakala rumah yang disewa tidak berlokasi di alamat pejabat majikan suami.
Ianya seumpama :
Ramadhan, bolehkah ditangguhkan atau tiba mu diawalkan?
Mustahil.
Ramadhan, cahaya mu bagaimanakah dicari tatkala solat taraweh mu tidak memasyarakatkan kami setelah bubarnya saf jamaah?
Solat Taraweh ku ditinggalkan di dalam masjidkah tanpa dibawa pulang bagi menanti Ramadhan berikutnya?
Berkumpulan dan bermasyarakat bukankah sifat mu Ramadan kerana bulan Kekasih yang menjadi barakah bagi alam dan penghuninya termasuk yang di angkasa, di lautan dan di daratan biar pun mereka hanya pohon kayu dengan ranting dan dahan atau mergastua yang bercengkerik nyaring walau suaranya tidak didengari malah ikan-ikan yang renangannya juga memperolehi barakah bulan mengundang cahaya saling membina rantaian?
Apakah yang dikau kesalkan dan benarkah dikau menyesal?
Saya berasa terkilan.
Apa masalah kamu
sebenarnya thanaif atau boleh dipanggil teja?
Saya tidak betah
dikongkong kebolehan untuk berpendirian .
Saya lemas jika perlu
membenar dan menyetujui atau menafi atau menidak mengikut kemahuan orang lain.
Saya benar-benar
berasa nazak dan tenat jika dipaksa bersikap begitu.
Apakah hati mu tidak
bercahaya?
Yang manakah yang sah bagi
memetakan lokasi kediaman saya yang berada di negara asing ini?
Kamu tahu para pemuda
yang sudah hilang taringnya itu sedang bermain-main kerisnya yang sudah lama
tidak bersarung itu lantaran lambungan keris itu telah melukai tangan mereka sendiri lalu
pintalan selendang-selendang nipis sutera menjadi balutan tangan yang berdarah
itu sedang terkapar-kapar memendam amarah.
Huhuhuhuhu
Tersenyum kembalilah
wahai tejathanaif kerana namamu satu
bukan melibatkan dua indidvidu.
Bersabarlah dengan
istighfar sambil dikau mendengar coloteh beberung kecil yang bernyanyi di
jendela mu dan beberapa bulan yang lalu sepasang merpati yang memadu kasih sehingga membina 'rumah' mereka di jendela kamar kecil bilik mu hingga lahir dua 'cahaya mata'
pasangan itu yan membuatkan diri mu menjadi leka seketika
melihat merpati yang kebiruan berbaldu itu tidak mahu meninggalkan jendela
malah semakin mahu dirinya menjadi jinak jika selalu dikau berkata-kata
dengannya.
Pasangan merpati dua sejoli yang berbulan-bulan memadu kasih di jendela bilik saya sambil bertukang membina 'rumah' di jendela itu |
Setelah lama mengeramkan telurnya ibu merpati selamat menetaskan dua ekor cahaya matanya |
Wajah 'cahaya mata' pasangan merpati yang 'menumpang rumah' tanpa sewa oleh ibu dan bapa si anak merpati |
Selepas hampir tiga minggu anak-anak merpati ini mulai mengibarkan sayap mereka |
Sejarah ibu saya mahu
dinoda sehingga kamar-kamar yang sunyi itu sudah tidak tenteram dan hilang
damainya oleh cemar bicara dek luahan rasa sehingga saya sudah tidak tega lagi untuk melepaskan
lelah sesekali pulang ke laman-laman yang saya menukangnya secara bersendirian di muka buku...
Semuanya telah
dirombak dirubah tanpa pernah bertanya apakah saya membenarkannya atau tidak
tatkala saya memerlukan masa untuk menzahirkan diri terlebih dahulu
pindaan/ubah suai/kemas kini dilakukan tanpa pengetahuan saya...
Kini saya menjadi asing di
laman kampung sendiri malah mereka lebih mengetahui dan mengenali keluarga saya
berbanding saya sendiri...
Lalu kamu bencikan
mereka?
Saya mahu mereka
menjauhkan diri dari saya seketika. Banyak perkara yang masih belum sempurna kerana muka buku eletronik itu tidak pernah menjadikan wujud interaksi sosial antara saya dengan sesiapa...malah saya terusir jauh dari lingkaran kasih sayang keluarga..
Sosial alam remaja tidak menempatkan kemanisan Ramadhankah tatkala Ramadhan itu rohnya adalah akhlak?
"Jika kamu menolong Allah dengan mentaati perintahNya tentulah Allah menolong mu dengan meneguhkan kaki mu yakni kedudukan mu."
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Marhaban Ya Ramadhan
Khamis, 20 Jun 2013
Kepelbagaian Personaliti
Menjadi kebiasaan saya sebaik sahaja terjaga dari tidur saya akan
menjenguk ke luar jendela bagi memastikan anak sulong kami ada di rumah menerusi
kenderaannya yang diletakkan di tempat
meletakkan kenderaan di hadapan villa kami.
Pada pagi itu jam menghampiri ke angka satu. ..malam masih muda… kata hati
saya tatkala terlihat empat kenderaan di hadapan rumah jiran saya.
Mungkin ada acara pertemuan rakan-rakan setugas jiran yang tidak kami
kenali itu…duga saya di dalam hati.
Adalah satu yang normal bagi pekerja asing yang menyewa di Qatar ini tidak mengenali di antara satu sama
lain…khususnya bagi penyewa yang tidak membawa keluarga kerana status bujang.
Sementelahan pula bukan menjadi kebiasaan untuk wanita-wanita di sini berinteraksi dengan
lelaki-lelaki bukan ajnabi khususnya lelaki bukan muslim dan berwarga negarakan
dari negara barat.
Kelaziman ini menjadi ikutan hampir kepada semua wanita-wanita yang mengikuti suami mereka bertugas di kebanyakan negara di tanah teluk.
Adalah salah untuk meletakkan kebiasaan ini sebagai adat atau tradisi
bagi wanita-wanita yang beragama walau dari mana negara asalnya apabila fikh
yakni hukum berperaturan beragama tauhid bukan bermakna memenjarakan diri
mereka dari kemodenan seperti mana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat
umum bahkan menjadikan diri mereka beridentiti sebagai muslimah yang menjadi kewajipan untuk dizahirkan ke tengah
dunia yang maju dan membangun memenuhi piawaian masa yag ditetapkan oleh
kegloblasasian, dituntut ditangani dengan sebaik-baiknya oleh muslimah itu sendiri.
Lingkungan dunia muslim sudah sangat mudah untuk dikenali petanya yang
bermakna telah diketahui jenis dan cara hidup mereka, anutan kepercayaan juga
pemikiran mereka serta alasan yang menjadikan mereka sebenarnya mengaplikasikan
makna syariat di dekad tamadun moden ini yang semakin tidak difahami oleh
mereka yang meletakkan piawaian kesarjanaan sebagai juru pulih kelemahan
ketoleransian khalayak yang didakwa masih mundur jika method iman menjadi asas
kehidupan.
Kembali saya mengimbas warkah-warkah yang mahu dikirimkan ke Vatican
City dan Gereja Cantebury yang berada di Eropah dan England atas semangat silaturrahim
kerana sejarah islam apabila dibaca ia tidak sedikit pun mengikis sumbangan
moral dan akhlak yang terjalin di antara nenek moyang bangsa yang berada di
tanah eropah.
Apakah mungkin wanita-wanita dan gadis-gadis yang bersalahduga dengan
saya selama ini mengingini alasan mengapa saya banyak menghalakan fokus kepada England
dan negara di Kesatuan Eropah?
Eropah merupakan antara penggerak utama ekonomi dunia manakala Britain adalah
bekas penjajah yang mempelajari banyak perkara dari bekas negara yang pernah
menjadi anak jajahannya.
Ke dua ras bangsa ini mempunyai nenek moyang yang pernah berinteraksi
dengan kepimpinan Abbasiah dan Muawiyyah serta Othmaniah malah mempunyai nasab keturunan yang
mengenali sahabat-sahabat semasa pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin …
Sangat bersalahan untuk didakwa pengetahuan mengenai perbezaan ini
masih asing dan belum diketahui oleh masyarakat moden yang kian dirapatkan
jurang kejauhannya oleh kemudahan pengaksessan telekomunikasi dari pelbagai
medium.
Kembali semula kepada kisah jiran kami, sejam kemudian sejurus selesai memenuhi ‘janji’ pertemuan setiap dinihari
malam, anak gadis memanggil saya ke biliknya memberitahu bahawa polis berada di
hadapan rumah jiran kami itu.
Kami melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda polis di perkarangan
kediaman jiran kami manakala ada di antara lima hingga enam kenderaan lain dengn sekumpulan lelaki berjubah putih kelihatan di hadapan rumah itu.
Menurut anak gadis saya lelaki-lelaki yang berjubah putih itu tidak memasuki rumah jiran kami sehingga polis tiba.
Seorang wanita
yang kelihatan beridentitikan wanita Filipina kelihatan membuka pintu dan dia
telah dibawa pergi terlebih dahulu oleh salah sebuah kenderaan biasa yang
dipandu oleh seorang angota berpakaian seragam serba biru gelap yakni pakaian pasukan
polis negara ini.
Beberapa orang lelaki berjubah putih mengikuti polis memasuki villa
itu.
Kami dapat melihat kelipan kamera beberapa kali bernyala memecah
kegelapan malam yang hanya diterangi oleh cahaya malap lampu di lorong pejalan kaki.
Hampir sejam kami tidak melihat apa-apa aktiviti selain lelaki-lelaki
itu keluar dan masuk berbual sesama sendiri bagaikan menanti sesuatu. Manakala
angota polis yang berpakaian seragam itu berada di dalam villa tersebut.
Waktu itu saya dan anak saling menduga apakah yang berlaku.
Duga saya mungkin jiran kami itu diserang penyakit menyebabkan mungkin
dia mati dan polis mengambil masa untuk mengesahkannya.
Mungkin pula jiran kami telah meninggalkan Qatar tanpa memberitahu tuan pemilik villa.
Mungkin juga ada pergaduhan sesama mereka yang membuatkan ada yang
tercedera.
Akhirnya kami terdiam kerana kepekaan kami hanya kerana mereka adalah
jiran kami walau pun hanya sekadar sekali dua kami saling terpandang dengan
sedikit senyuman… namun mereka adalah penyewa baru yang sebenarnya gagal untuk
diketahui kewarganegaraan mereka.
Permintaan saya pada beberapa bulan yang lalu bagi mendapatkan senarai
nama dan negara penyewa di kediaman ini tidak tertunai.
Dengan jumlah hanya
tiga puluh orang penyewa menggambarkan villa ini kecil sahaja.
Menurut
pandangan saya dengan hanya tiga puluh orang penyewa sahaja tentu mudah untuk dikenali siapakah jiran kami berdasarkan
kenderaan dan anak-anak serta pasangan mereka walau pun kami tidak saling
bertegur sapa.
Namun sebagai ibu kepada anak-anak yang meningkat remaja saya
mengambil perhatian untuk sering menasihati anak-anak agar menghormati jiran-jiran dengan tidak membuat bising pada waktu malam atau pada awal pagi serta tidak
membawa rakan-rakan ke mini kelab villa yang menempatkan ruang beriadhah dan kolam
renang untuk kegunaan penyewa.
Alhamdulillah anak-anak kami tidak ke kolam renang.
Hanya anak yang
sulong sahaja kebelakangan ini menggunakan fasiliti di mini gymns. Dan dia tidak
lagi membawa rakan-rakannya ke rumah kami semenjak dia mempunyai fokus untuk
berumah tangga manakala adiknya pula kini berada di tanah air menyambung
pelajarannya di salah sebuah universiti di Malaysia.
Manakala anak gadis saya lebih suka berada di dalam rumah malah tidak
keluar ke mini tamannya bagi menghindari dari berhadapan dengan pekerja-pekerja
dan penyewa lelaki yang menyewa di sebelah hadapan dan jiran di sebelah villa
kami.
Begitu juga dengan anak bongsu kami yang tidak mempunyai kenalan rakan
sebaya untuk dia berada di luar rumah.
Kepada saya masih pekerja yang bertugas menjadi pengawal keselamatan di villa ini gagal
berfungsi sebagaimana yang wajar mereka lakukan.
Kebanyakan mereka seperti tidak tahu fungsi seorang pengawal keselamatan yang antaranya
adalah bertanggungjawab untuk melindungi penyewa selain membantu penyewa mengatasi masalah mereka serta
menjadi penghubung di antara penyewa dengan pihak pengurusan yang tidak
mengetahui atau mengenali kami selain menguruskan terma syarat perjanjian penyewaan
kami.
Seperti mana juga pengawal keselamatan di sekolah-sekolah, mereka kelihatan tidak upaya menzahirkan sikap yang upaya dipercayai sekiranya kami memerlukan pertolongan mereka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah.
Adakah agensi bagi menguruskan pengambilan pekerja asing bersifat ambil mudah demi dijimatkan kos pembayaran gaji?
Adakah agensi bagi menguruskan pengambilan pekerja asing bersifat ambil mudah demi dijimatkan kos pembayaran gaji?
Pada malam itu kami tidak melihat pengawal keselamatan berada di situ.
Sewajarnya mereka menjadi saksi untuk melihat atau memberikan bantuan yang
diperlukan oleh penyewa yang tidak tahu berbahasa arab atau tidak mempunyai
kenalan serta saudara untuk dihubungi.
Pengawal keselamatan di tanah air saya lebih bersifat sebagai pekerja
separa professional kerana mereka distatuskan sebagai ‘polis bantuan’.
Mereka biasanya upaya diberikan kepercayaan kerana mereka adalah orang
pertama yang akan dicari oleh penyewa sekiranya berhadapan dengan permasalahan.
Tidak ada penyeragaman sistem yang boleh dilihat pada cara angota polis
di sini bertugas.
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa tahun yang lalu tatkala
kenderaan saya disaman di tempat letak awam yang biasanya dijadikan sebagai
tempat untuk diletakkan kenderaan di Shoprite, premis yang dikenali sebagai lokasi yang
sangat terhad tempat meletakan kenderaannya.
Saya sukakan Qatar dan menjadikan negara ini sebagai negara ke dua
saya.
Saya tidak mempunyai niat-niat yang buruk sejak lebih tujuh tahun
dahulu kerana menyukai kesederhanaan pemerintah dan keluarga di rajanya. Perasaan ini masih tidak berubah walau pun saya berhadapan dengan kesulitan dan kesukaran di
sana sini yang tidak dapat difahami sebab ia terjadi.
Mungkin kerana saya dahulunya adalah anak kepada seorang angota polis saya
berasa sangat ‘sakit hati’ dengan cara pasukan polis di sini bertugas khususnya yang dizahirkan apabila berlakunya kemalangan.
Kesesakan di jalan raya diabaikan
kerana perlu menunggu ketibaan angota polis yang bertangungjawab hanya untuk
mendengar penjelasan bagaimanakah kemalangan berlaku bagi diketahui siapa yang
bersalah.
Ini adalah proses biasa namun apabila kenderaan tidak boleh dialih
jika ia menghadang lalu lintas sehingga polis tiba, ianya sungguh-sungguh tidak
sesuai untuk dikekalkan sistem sebegitu.
Ketidak bolehan berbahasa ingeris juga menjadikan urusan yang melibatkan warga asing
tidak mendapat keutamaan untuk diselesaikan masalah mereka.
Apakah perlu kekal ya Cik Puan Syeikha untuk kami membayar upah bagi
pembantu yang terdiri dari Sudani/Somali
yang disediakan bagi membantu proses mengisi borang atau berurusan dengan
kaunter jabatan kepolisian (saya tidak tahu apakah di jabatan yang lain juga
begitu – selain pengalaman berurusan di Pejabat Pos yang dicatatkan
pengalamanya di salah satu blog saya).
Adakah ianya kerana kami gagal berinteraksi dengan mengunakan bahasa
arab atau kegagalan penjawat untuk berurusan dengan kami di dalam bahasa
inggeris?
Saya tidak tahu bagaimanakah kategori pengambilan pekerja-pekerja dari
kumpulan sokongan dilakukan apabila pekerja wanita dari Filipina umumnya
kelihatan seperti ‘pelacur’ di setiap jabatan atau premis perniagaan malah di
sektor pembantu rumah.
Saya tidak tahu apakah jenis ketoleransian lelaki-lelaki arab yang
muslim apabila wanita pembantu rumah berpakaian seksi menguruskan keperluan mereka
sekeluarga namun saya menolak pula apabila cuba dizahirkan wanita sebagai
pekerja pembantu rumah beruniformkan pakaian seragam berbelang-belang atau
sewarna apabila berada di khalayak seolah-olah wanita-wanita ini banduan yang
dibawa keluar dari sel kurungan.
Ingin saya ketahui peraturan di Jabatan Imigresen di negara timur
tengah.
Adakah syariah tidak menjadi asas perundangan untuk pengambilan pekerja
pembantu rumah di negara didunia arab?
Atau sememangnya hanya wanita dari Filipina, Indonesia, Afrika serta negeri dari Asia Kecil sahaja yang menjadi sumber perbekalan pembantu rumah tatkala saya menemukan jawatan pembantu rumah di kalangan lelaki di sini.
Apakah wanita tempatan dan anak gadis mereka tidak mampu melakukan
pekerjaan di rumah sehingga setiap keluarga memerlukan pembantu untuk masuk ke
dalam rumah mereka tatkala mereka dikenali dengan sifat menjadikan rumah
sebagai syurga untuk tidak mudah dibuka kepada orang asing?
Keluhan saya sangat sukar difahami oleh khalayak yang mengenali saya
secara peribadi.
Soal ekonomi dan pengurusan pengaliran wang keluar wajar ditangani
secara jelas oleh wanita arab dalam masa mereka menghayati Al- Quran.
Sering minda saya sukar melepasi pertanyaan-pertanyaan yang berdentam
dentum di fikiran apabila melihat ramainya pekerja warga asing di terminal
kaunter pengurup mata wang yang bergegas untuk mengirimkan wang ke negara
mereka ketika mana indeks bagi nilai-nilai mata wang mereka tinggi berbanding
riyal mengikut hitungan kenaikan USD di awal setiap bulan setelah gaji
dimasukkan ke akaun bank para pekerja.
Ya bukan urusan saya lagi sejak wujud ‘berbalahan minda’ saya dengan
para ‘pengganggu’ di talian frekuensi
yang membuatkan saya bertindak menutup siaran radio.
Berbalik kepada kisah jiran yang tidak dikenali itu.
Lama juga kami menunggu untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku.
Bermula dari pukul satu pagi sehingga laungan azan kami melihat polis masih
melakukan siasatan. Terlihat mereka turun naik di tangga dari bawah ke tingkat
atas. Masih kami tidak tahu apakah yang berlaku selain beberapa kali
kenderaan keluar dan masuk.
Lumrah yang lazim untuk melihat lelaki-lelaki arab menghabiskan masa dengan menghisap rokok.
(Lelaki-lelaki berjubah putih ini tidak dikenali status diri mereka)
Saya meninggalkan anak gadis untuk bersolat subuh dan sejurus selesai
bersolat kami melihat dua lelaki dibawa keluar dengan bergari dibawa
masuk ke dalam sebuah kenderaan berwarna putih (bukan kenderaan rasmi polis)
Jiran kami itu adalah seorang lelaki yang sudah berusia dengan sedikit rambut
kelihatan tidak terurus dan lelaki muda berjalan beriringan.
Kesemua
kenderaan beredar ketika subuh masih gelap.
Esok malamnya saya cuba bertanyakan kepada salah seorang pekerja
keselamatan mengenai jiran kami itu.
Dia tidak dapat menjawabnya melainkan memberitahu bahawa pihak CID tiba
pada paginya meminta untuk dilihat ID pekerja-pekerja.
Dia memberitahu pada malam itu dia tiada di situ dan baru sahaja
bertugas mengganti pekerja lama yang sudah dua hari tidak kelihatan.
Perbualan kami berlansung sejurus saya terlihat sebuah kenderaan
berwarna coklat muda dengan seorang lelaki arab (diberitahu oleh pekerja
keselamatan sebagai seorang lelaki Mesir) telah kelihatan memasuki rumah itu
tanpa diketahui siapakah dia kepada lelaki-lelaki yang dibawa oleh polis
semalam. Dan sejam kemudian dua lelaki dan seorang wanita berketurunan cina
meminta informasi dari saya dan suami mengenai jiran kami yang didakwanya
sebagai rakannya.
Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai warga Singapura tetapi
dilahirkan di Taiwan dan pernah pula tinggal di Pulau Pinang selama sepuluh
tahun menjelaskan bahawa lelaki tua itu adalah warganegara Singapura dan mereka
sering bertemu di hujung minggu untuk bersosial. Menurutnya ada tiga lelaki
tinggal di situ tanpa mengetahui wujudnya seorang wanita.
Jiran kami itu dinyatakan olehnya sebagai seorang yang baik dan
bertugas sebagai supervisor di airport. Dia mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas rakannya apabila lelaki itu tidak
menjawab pangilan telefonnya sejak dari pagi.
Kami dapat melihat kekhuatiran di wajah mereka.
Suami saya mengusulkan agar mereka menghubungi jabatan central kepolisan
di Doha bagi menjejaki rakannya. Setelah mengambil nombor telefon suami, mereka beredar sambil
mengucapkan terima kasih di atas maklumat kami.
Ya banyak yang tidak saya ketahui berlaku di sini sejak tinggal menyewa kira-kira tiga tahun yang lalu.
Sebuah kediaman di sini tidak dapat ditentukan status penyewanya.
Tidak dapat dikenali siapa yang bujang dan siapa yang telah berkeluarga.
Namun jika wujud aktiviti melacuri wanita atau menjadikan sesuatu yang
bertentangan dengan cara hidup muslim dilakukan terang-terangan tanpa
menunjukan keinginan menghormati jiran-jiran yang muslim dan mempunyai anak-anak yang masih remaja, saya juga upaya berasa marah.
Misalnya didakwa wujud penyewa yang tinggal bujang bersendirian di
villa yang agak besar ini membawa wanita-wanita ke dalam rumah dan
beramai-ramai menggunakan kolam renang di mana didakwa kedapatan wanita-wanita yang
sudah basah tubuhnya ini beraksi di atas meja demi bagi mendapatkan mood untuk
berseronok.
jika ianya benar-benar berlaku kepada saya ianya memang keterlaluan.
Atau wujudkah aktiviti pengurupan wang impak dari perjudian atau
permainan yang mengimbuhkan wang pada satu-satu acara yang dipersaingkan bagi
disensasikan isu tertentu ke atas masyarakat menjadi antara aktiviti rahsia oleh capaian pantas sesalur fiber di negara ini?
Semua dakwaan-dakwaan ini tidak saya lihat dengan mata sendiri dan berkemungkinan ianya tidak wujud tetapi kerajaan
Qatar wajar menilai semula apakah jenis pengorbanan yang mereka tuntut dari
khalayak muslimin apabila memberi fokus kepada 2022.
Sekali lagi saya tegaskan tatkala wajah saya dipaparkan di setiap blog, meletakkan suami dan anak-anak serta alamat di mana-mana medan komunikasi siber, adakah saya berniat buruk untuk didakwa saya berhasad iri dengan sesiapa di sini?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Kejiranan
Selasa, 11 Jun 2013
Tatkala Biru Blog Ku Bukan Merujuk Kaum Bani Adam
11/Jun/2013
Dari sudut fikh Nabi Muhammad sallallah hu aihiwassalam tidak bercakap bohong apabila menaiki
langit mengunakan ‘haiwan berwarna putih’ sewaktu peristiwa israk mikraj..
Ayat-ayat di dalam surah
Al-Quran sentiasa menegaskan bahawa Rasululah sallallah hu alaihiwasalam tidak mengalami ganguan mental oleh beratnya amanah menguruskan kasih sayang Tuhannya.
Nun – pena apa yang mereka tuliskan.
Minda saya mula menginginkan jawapan terhadap pena di tangan siapakah muslimin mendapatkan rujukan untuk mengesahkan bahawa mereka telah diberikan harta bernilai apabila menjadi seorang muslim?
Dengan kurnia Tuhanmu,
engkau (Muhamad) bukanlah orang gila.
Minda saya berujar adakah psikiarit sifat yang
diberikan oleh peradaban dan tamaddun ‘order baru’ akibat tekanan dan stress yang disumbangkan oleh kemodenan?
Adakah wajar untuk cendiakawan menambahpulih kelemahan sistem pendidikan yang tidak sedia
meletakkan ahli-ahli syurga sebagai mentor bagi dicirikan konsep kudwah hasanah apabila mengaitkanya dengan sistem etika yang membangunkan insan.
Berupayakah untuk manusia memahami sifat ahli syurga di zaman Rasulullah rasulullah sallallah hu alaihiwassallam tanpa terlalu mencari jejak tanda ahli syurga di kalangan masyarakat moden di kalangan orang awam?
Melabelkan ibu bapa sahaja sebagai satu-satunya faktor penyumbang
‘mental disorder/asd’ sindrom jelas
memperlihatkan kelemahan pengkaji di kalangan doktor-doktor muda yang masih
kelemahan mereka diasaskan oleh kekurangan pengalaman bagi ditingkatkan kemahiran mereka sebagai pengamal kedoktoran.
Persepsi saya ini bersifat peribadi.
Pakar di dalam bidang perubatan masih wajar diketatkan ketegorinya bukan semata-mata pada peningkatan kesarjanaan semata-mata kerana ‘work paper’ lazimnya diperlukan untuk pelbagai projek dengan idea yang menempati keperluan zamannya tatkala praktikal amali sebagai doktor semakin meningkatkan kemahiran apabila lebih praktis amali mampu dilakukan.
Pakar di dalam bidang perubatan masih wajar diketatkan ketegorinya bukan semata-mata pada peningkatan kesarjanaan semata-mata kerana ‘work paper’ lazimnya diperlukan untuk pelbagai projek dengan idea yang menempati keperluan zamannya tatkala praktikal amali sebagai doktor semakin meningkatkan kemahiran apabila lebih praktis amali mampu dilakukan.
Mari jadikan saya sebagai eksperimen untuk seketika.
Kembar saya berhadapan dengan kemurungan (saya
tidak mengetahui analisa doktor yang merawatnya).
Menurut salah seorang dari anaknya, kembar saya dikatakan penyokong kuat Barisan Nasional kerana menurutnya Barisan Nasional mempunyai banyak wang berbanding Pakatan Rakyat.
J
Ujarannya benar tetapi dia berhadapan
dengan kemurungan.
Siapa mahu menafikan Barisan Nasional banyak wang?
Doktor dan ahli kaji psiktrit?
Bagaimanakah analisa perubatan
menganalisakan ini?
Tatkala saya sebagai pasangan kembarnya tidak
berfikir begitu kerana mempunyai persepsi berasaskan sejarah dan pembuktian
yang boleh difikirkan kerasionalannya.
Wujud juga stress dan tekanan akibat dari pemantaun yang keterlaluan yang menjadi sebab kepada masalah utama penganjuran keselamatan dan keamanan apabila umumnya tidak ramai yang menyedari kewujudan Raqib dan Atiq.
Adakah kita menyedari kewujudan malaikat ini sewaktu mandi berseorangan di
kamar mandi termasuklah juga muslim dan muslimat yang mandi tanpa
berpakaian di kamar mandi di dalam rumah sendiri seorang diri.
J
Ok ketawalah kerana ini bukan isu ganguan mental.
Bagaimanakah sedia pempromosian produk kecantikan
digabungkan realiti bahawa muslimin tidak sedia
mengaplikasikan perkara-perkara yang
upaya membuatkan jenazah tidak reput (termasuklah saya) di dalam kehidupan
mereka.
Senyum itu dapat mendekatkan mereka yang berjauhan.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Kesihatan
Selasa, 14 Mei 2013
Biar Allah Balas Jasa Cikgu
Muallim Ummah–
Rasulullah
Sallallahualaihiwassallam – Muhammad bin Abdullah sebagai guru.
Apakah jika menukar istilah menjadi cikgu, tokoh guru perlu dinisbahkan kepada tokoh yang dipiawaikan oleh masyarakat sekular?
Mengapakah 'Muallim Ummah' ini tidak menjadi sumber
moral ummat tatkala akhlak insan di kalangan masyarakat muslim
menyepikan diri untuk membanggai baginda sallallahhualaihiwasallam sebagai pembangun
sosial, budaya dan siasah ummah. setelah ekonomi mengenal pemberian zakat sebagai sumber menambah keuntungan kepada aktiviti urus dagang ummat di tengah benua?
Rasulullah berada di tengah benua?
Pada zaman baginda yang tidak berkereta?
Pada zaman yang sistem pengangkutannya hanya keldai, kuda dan unta?
'Gen' siapakah diri mu wahai murabbi ku?
'Gen' siapakah diri mu wahai guru-guru ku?
'Gen' Al Qatil? / القتل
'Gen 'Araf? /
'Gen' Mudmin Khamar?
'Gen' Al Musawir?
'Gen' Al Musawir?
'Gen' Muddimuzina?
'Gen' 'Aqul-Walidain?
'Gen' Sahir?
'Gen' Kahin?
'Gen' Hasad?
'Gen' Fatan?
'Gen' Qhibah?
'Gen' Al-'Ishar?
'Gen' Muthrib?
'Gen' Rafdhi?
'Gen' Man Yajurru Rodda'a Ajaban?
'Gen' La'ibul Shatranj? / شطرنج
'Gen' Sohibul Kawiyah?
'Gen' 'Uraithi?
'Anak bunian berdoa sendirian di dalam hati minta pertanyaannya disahut.'
Orang bunian itu bernasabkan jin atau setan cikgu, apabila hadirnya tidak dapat dikesan tetapi didakwa hadirnya menyesatkan....'
Sisi psikologi ummat siapakah yang ingin merawat bila yang sakit ialah jiwa yang diubati ialah mata, bila yang luka ialah minda yang disembuhkan ialah jiwa, bila yang berkuman ialah hati yang digagahkan ialah jasmani bila yang diingini ialah syurga yang didekati ialah dosa?
Apakah membaca,'tidakkah mereka mahu memikirkan bahawa teman mereka itu (Muhammad) tidak gila? Dia hanyalah seorang pemberi peringatan yang jelas..' mengkhususkan pada psikologi khalayak yang takutkan orang gila apabila ia berkata benar.
Bagaimanakah mengambil peranan Kekasih Allah sallallah hu alihiwassalam sebagai sifat pendidik?
Beribadahkah pendidik jika tanpa simbol berjenama tatkala pengetahuan syurga yang diajarinya?
Hanya di sekolah agama sahajakah kemajuan pemahaman tasawwur islam diperolehi?
Akidah tidak wajar diajari di sekolah bukan aliran agama?
Dicatat pula tulisannya di dalam bahasa ke duanya bahasa inggeris :
Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam is The Teacher.
He has help his own generation among the young people to have a new design be a rich person in their zahir and batin.
They will never need to be greedy when they know
what is ukhrawi and how it design the concept to be rich by using duniawi.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Murabbi
Langgan:
Catatan (Atom)