Khamis, 12 April 2012

Beragama Memerlukan Dokumen



Beragama di dalam Islam selepas mengucap syahadah setelah diikrarkan dengan lidah, setelah diyakini dengan hati tanpa sangsi dan setelah sedia berilmu dan beramal dengannya, dokumen juga diperlukan sebagai bukti.


Bagaimanakah dokumen menjadi harta walau pun tidak bernilai?


Bagaimanakah pula fakta yang mencirikan hak beragama didokumenkan tatkala giat dipromosikan penarafan kesihatan ummat?







Wajar difahami bahawa tidak ada agama yang membenarkan penganutnya berzina.


Abu Hurairah (r.a - radiallahhuanhu) menyampaikan pesan iman Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam bahawa :

Wanita dikahwini oleh empat sebab.
1- Hartanya
2- Kelakuannya
3- Kecantikannya
4- Agamanya


Pesan Rasulullah (SAW): Berkahwinlah dengan wanita yang taat agamanya.. 


Tidak terhitung khilaf jika dinyatakan juga  bahawa wajar juga pesanan dimaksudkan seperti:


Lelaki dikahwini oleh empat sebab.
1- Hartanya
2- Kelakuannya
3- Ketampanannya
4- Agamanya


Ulamak tentu bersetuju untuk menyatakan: Ambillah lelaki yang taat agamanya.



Harta terbaik di dunia ialah perempuan yang solehah dan sudah tentu juga dengan kata yang lain lelaki yang soleh adalah harta terbaik di dunia ini.

Bagaimanakah pendidikan melahirkan pemuda-pemuda soleh dan pemudi-pemudi yang solehah?

1 ulasan:

Hajjah Lelawati binti Mohd Ali berkata...

Waktu di Qatar ialah 0840 pagi bukan 10.32 petang