AkarDanPohonRendangItu MulanyaDariBenih
Catatan ini dicatat
pada 12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 4 hb Febuari 2012 jam 2.12 petang waktu
Doha.
Ia diulang catat
semula bagi mendapatkan semula imbasan terhadap perlunya akar sebagai penanda
kewujudan ku di alam nyata sebagai tejathanaif @ thanaif yang sukar diterima
kenyataannya oleh kebanyakan individu.
Wujud pertanyaan dari
diri kepada diri sendiri mengapakah kini saya kelihatan semakin memberikan
perhatian untuk mengenali dan mempelajari mengenai suku yang mengikat semula
saya kepada jurai nasab di sebelah emak? Tanpa saya berniat mahu mengabaikan
susun nasab jurai di sebelah aruah abah.
Ini adalah kerana
dari ketinggian kasih sayang lelaki dari suku nasab di sebelah emak yang dilihat
mementingkan pemeliharaan dan jaminan keselamatan kebajikan wanita-wanita mereka
yang wajar diberikan perhatian dalam waktu digiatkan usaha ingin memandaikan
anak-anak lelaki mengenai amanah kepecayaan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa
dan keluarga sendiri.
Suku emak saya ialah
suku mungkal.Susun nasab yang diwarisi hanya oleh anak-anak perempuan yang
diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan
saya. Saya menduduki tangga ke enam di dalam bilangan adik beradik yang
perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah
ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki
bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang
dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya Nafsiah binti Salleh.
Anak-anak lelaki wajar diberikan pengetahuan
tentang mahram yang perlu diberikan perhatian untuk ditanggung penanggung
jawabannya.
Mereka wajar mengetahui siapakah wanita dan
perempuan mahram.
Mereka wajar memahami makna amanah untuk menggalas
kepercayaan wanita mahram mereka yang memerlukan
pembelaan.
Lantaran
dunia mendapat pengaruh yang tidak terbatas oleh keruntuhan institusi
kekeluargaan ummah itu perlu didenyutkan untuk persediaan berhadapan dengan
pemanipulasian pendajjal.
Sifat
pendajjal ialah berbohong.
Sifat
ummah kepada saya ialah wajar berkata benar bagi menolak unsur fitnah yang
ditimpakan ke atas dunia dan penghuninya.
Kita
meletakkan adat resam dan budaya di tempat yang perlu bukan menolak dan
membuangnya dari aktiviti kehidupan kita.
Ini
bagi menjelaskan bagaimana terdapat segelintir masyarakat moden yang mahu
membebaskan diri mereka dari rantaian keimanan.
Islam
itu mudah tetapi bukan menjadikan kemudahan itu menyebabkan rasa keimanan
hilang.
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu bersembahyang?
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu memelihara kehormatan menjaga kesucian pemakanan
(bukan menjaga hanya khasiat dan jenis pengambilan dari sudut kuantiti dan
kualiti smeata-mata)
Kehormatan
wanita khususnya ialah dengan membantu kaum lelaki agar tidak melakukan dosa
apabila kesemua wanita memelihara cara berpakaian.
Ini
isu terpencil?
Ini isu ummah.