Isnin, 5 Oktober 2015

Tatkala Sejarah Semakin Bertambah Lafazkan, Alhamdulillah.



Menerima menantu antara kisah sejarah yang indah buat setiap kita.

Ianya adalah kerana ia menjadi sunnah yang dianjurkan setelah menemukan cinta.

Terlebih indah apabila Al-Quran juga menjelaskan dengan fakta jelas tentang dosa dan pahala.

Barakallah atas setiap aturan peristiwa.

Apabila Minda Berpeta-Peta

Berada di rantau Teluk menyingkap banyak pengalaman yang berharga untuk tidak diabaikan begitu sahaja.


Antaranya sewaktu mempelajari hukum pembacaan Al-Quran telah menjelaskan kebenaran peristiwa-peristiwa yang difirmankan oleh Al-Malik sendiri kepada makhluk-makhluk ciptaanNya.


Semenanjung Hijjaz bukan ciptaan yang sia-sia.


Menjalang saat-saat untuk ditinggalkan rantau yang menjadi tempat bermusafir ini tercatat semula nota yang telah lama ditinggalkan...


Muslim dan pengurusan emas atau muslim dan pemilikkan minyak perlu diadili dalam mensifarkan tanggungan hutang piutang...


Lalu sangat merugikan bagi eropah yang berdekatan dengan Semenanjung Hijjaz jika masih tidak mengambil kesempatan untuk menerima kesatuan negara muslim yang sangat dekat dengan mereka berbanding negara utama dunia yang sangat jauh untuk dihampiri.


Secara semula jadinya minda ini pantas melakarkan pertanyaan, bagaimanakah kadar minimum diwujudkan dalam penetapan harga apabila fikh islam menolak riba tatkala sistem keewangan kekal diuruskan oleh Bank of England.


Semakin angka-angka mampu dibaca, terbit keinginan untuk memahami apabila dividen disifarkan (misalnya pada pembiayaan penjaman/pembelian tanpa bunga), dari sumber manakah keuntungan dikira bagi pengurusan sesebuah sistem keewangan?


Juga saat angka-angka telah dibaca, bernyala hasrat yang menyala-nyala untuk diketahui apabila setiap saduran emas memberikan nilai, implikasi sistem pengurusan manakah yang dasarnya menimbulkan masalah tatkala ingin juga difahami bagaimanakah penyamaan nilai tukaran wang dilakukan pada masa kkeadaan harga barangan boleh dinaik atau diturunkan harga-harganya?

Sabtu, 4 Julai 2015

Ramadhan 1436/ 2015

3 Ramadhan 4 Ramadhan 5 Ramadhan 1436

Subhanallah Walhamdulillah qamar hilalku bercahaya bersinar pada deretan kerdipan bebintang di langit rumah kami…


Kerinduan yang tidak disantuni sejak perginya bulan Rejab dan Syakban membuatkan hati ini terdera 


Tahun ini saya hanya berniat untuk mengerjakan ibadat solat sunat taraweh di rumah sahaja kerana suasana yang lebih tenang yang dapat dibina.

Apabia letih saya berehat sebentar mengikut pecahan 4, 8, 12, 16, 18 dan 20 rakaat.

Apabila berasa mengantuk saya menyambung mengerjakan solat di tengah malam sebelum waktu bersahur untuk diiringkan dengan solat tahajjud.

Ada kalanya saya hanya dapat menyudahi solat sunat taraweh dengan 8 rakaat sahaja apabila saya tidak mampu untuk berjaga di awal waktu pada waktu sahur.

Niat untuk mendirikan solat sunat tasbih masih belum terlaksana walaupun dengan agak payah saya cuba melatih diri untuk mengerjakan solat sunat dhuha apabila saya masih gagal untuk tidak memikirkan tentang rezeqi yang dianjurkan untuk dipohon dari Allah Subhanahu wataala dari setiap arah yang diMilikiNya dari lautan, dari perut bumi, dari langit agar yang jauh didekatkan yang sukar dimudahkan yang haram dihalalkan sumbernya, saya tidak melazimkan diri mengerjakannya.

Seandainya kekayaan yang diniatkan dan kedapatan pula halangan dari manusia, kelemahan beriman saya seperti ditampilkan… saya tidak melazimkan diri mengerjakan solat dhuha walaupun tetap melakukannya sekali dalam masa sebulan.

Erti berpuasa bagi wanita berusia 52 tahun ini sudah semakin menyedarkan tentang perjalanan masa yang semakin pantas.

Dengan Al-Qadar yang ditakdirkan upaya dilalui, ilmu itu perlu dipohon kefahamannya di dalam doa.

Kelembutan hati itu perlu dipohonkan keikhlasan untuk dihalusi naluri keinsanan di dalam doa.

Kesabaran itu perlu dikuatkan untuk dikuasai minda aqal nurani qalbu dan jasadnya pada ujian-ujian kecil yag disumberkan dari nafsu, perlu dipohonkan di dalam doa.

Insan-insan yang terdekat adalah yang melahirkan saya dan yang menjadikan saya menjadi pelahir zuriat adalah manusia-manusia yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam kitabNya Al-Quran mempunyai tingkatan lebih tinggi dari diri saya, membuatkan sering dipohonkan agar diri saya direndahkan serendah-rendahnya menurut pandangan mata sendiri namun menjadi tinggi pada pandangan Allah Subhanahu Wataala dan mata kedua ibu bapa serta suami saya.

Cahaya mata yang menjadi selimut kasih sayang dipohon sentiasa menjadi soleh dan solehah…pengamanah kepada hak-hak mereka yang dikhianati menjadi pembela untuk mereka yang dianiayai…

Kekayaan tidak diwarisi tetapi ianya diusahakan.

Memastikan ada di antara cucu-cicit saya menjadi penghafal Al-Quran dan upaya memahami hadis antara permohonan doa buat mereka…


Gazza yang termetrai kukuh terlipat kukuh di dalam hati dan tidak tertanggal dari ingatan…

Isnin, 2 Februari 2015

Bagaimanakah Upaya Tersenyum?

Catatan hari Sabtu 25 Disember 2014 adalah hari yang terakhir bagi tahun 1435 Hijriah yang menandakan Ramadhan 1436 semakin hampir tiba, insya Allah.

Sambil berjalan-jalan mencari tempat beriadhah bersama Hanan pada awal pagi fikiran saya sepenuhnya bertumpu kepada cara untuk beristiqamah dengan fokus akhirat sebagai masa hadapan ummah menerusi penambahan kepada catatan-catatan di blog-blog dan media sosial bagi memenuhi tuntutan amar makruf dan nahi munkar setelah generasi La ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah dilahirkan sejak sekian lamanya.

Lamunan terhenti sebaik sahaja kami bertemu dengan tiga taman riadhah yang bersaiz sekecil negara ini yang berlokasi di antara Abuhamour dan kejiranan kami Maamoura.


Taman riadhah pertama yang terletak berhampiran Sekolah Raudhah Islam dirasakan tidak tepat lokasinya untuk kegunaan wanita dan gadis serta kanak-kanak perempuan apabila terlalu berhampiran dengan kediaman pekerja (berdasarkan deretan bas-bas di sepanjang jalan di taman).

Taman riadhah ke dua pula juga bersaiz seperti taman riadhah yang pertama kami temui. Walaupun bersebelahan dengan jalan raya utama yang sibuk tetapi lokasinya agak terpencil dan sunyi kerana kedudukannya di hujung jalan. Terlihat pekerja (pengawal) berada di dalam taman.

Di taman riadhah pertama pengawal ditempatkan di bangunan yang terasing dari taman riadhah.

Taman riadhah ketiga adalah taman yang dikhususkan hanya untuk pengguna-pengguna wanita sahaja. Terpapar peraturan yang dikuatkuasakan untuk dihormati oleh pengguna. Kami tidak dibenarkan menggunakan tempat riadhah ini kerana pengawal lelaki ini menjelaskan bahawa taman ini hanya dibuka selepas pukul sebelas pagi dan selepas waktu 'Asar. Waktu itu jam baharu menunjukkan pukul tujuh pagi.

Sesungguhnya sangat sukar untuk bermanis muka dan bermanis tutur kata bagi seorang wanita muslim yang berstatus isteri terhadap lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.
Perkara ini bukan asing kepada masyarakat di sini biarpun secara umumnya manusia tidak serupa dalam semua perkara.

Sering terjadi ingin digemakan pertanyaan umumnya seorang suri rumah tangga itu lelaki atau perempuan?

Seorang suri rumah tangga bukan pekerja buruh dan mereka bukan pekerja yang perlu didaftarkan dengan mana-mana kesatuan pekerja.


Apabila memandang isu pekerja di negara ini ia sering membuatkan saya 'tersenyum' dalam diam kerana umumnya pekerja kumpulan sokongan dan pekerja buruh di sini bukan kesemuanya boleh dikelompokkan sebagai kumpulan pekerja yang beretika. Pemandu sebagai jawatan yang dibayar gajinya juga tidak terkecuali dari kelompok ini terutama mereka yang memandu pengangkutan awam.
Dengan jujur dikatakan bahawa kesabaran yang tinggi diperlukan apabila berhadapan dengan tata susila serta etika pemanduan pemandu yang bergaji.

Saya tidak pasti adakah kerana ia beralasankan oleh pendominasian negara-negara  yang membekalkan pekerja perburuhan dan sektor kumpulan sokongan atau kerana sifat dan sejarah negara di teluk sendiri yang tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai bagi menjadi tenaga pekerja yang membangunkan negara mereka.

Umumnya pekerja buruh tidak tahu bidang tugas mereka sebagai kumpulan pekerja sokongan dan tenaga buruh berbanding pekerja di bawah kumpulan pekerja sokongan teknikal dan professional. Dengan kata lain sifat professional tidak terserlah di kalangan mereka yang sesetengahnya mempunyai cara berfikir, kemampuan, status kehidupan, kecerdasan aqal serta budaya yang berlainan dengan rakyat dan masyarakat negara arab walaupun beragama yang sama yakni Islam.


"Bukan hal kita, emak...tolonglah.." Kata-kata anak-anak sering menjadi ingatan saya.


Lokasi tempat riadhah ini  sangat hampir dengan sekolah baru kami.

Keluasan padang pasir memperlihatkan masih terhad penggunaan tanah walaupun negara tempat kami bermaustautin ini sangat kecil..tetapi tinggi jumlah pekerja asing di pelbagai sektor pekerjaan.

Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab?


Orang-orang Amerikakah?


Tidak pula saya tahu ada kajian kebakaan untuk diketahui orang-orang Amerika adalah penduduk asal bagi negara-negara arab.


Apakah keistimewaan bagi tanah jazirah ini hanya terbatas kepada negara-negara teluk sahaja setelah Al-Quran menjadi sumber kepelbagaian bahasa?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila kerajaan Saba' itu juga turut membina peradaban awal bagi bangsa arab?


Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila Nabi Hud alaihisalam nabi terawal menggunakan bahasa arab?




Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Mesir juga adalah sebagai tanah yang menjadi pusat perkumpulan para anbiak dan tempat berlakunya peristiwa-peristiwa yang disebutkan di dalam Al-Quran selain tanah suci Mekah Al-Mukarramah dan tanah suci Madinah Al-Munawwarah di Saudi?

Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Syam itu turut melewati Kuwait, Lebanon, Jordan sehingga Syria, Iraq dan Iran setelah sepupu-sepupu Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang terdiri dari nabi-nabi berbangsa yahudi berpusat di Baitul Muqaddis, tatkala Turki lebih hampir dengan jazirah arab.



Rabu, 15 Oktober 2014

Suku Yang Berbangsa-Bangsa Atau Bangsa Yang Bersuku-Suku?

Bismillah hir rahma nir rahim 

Didilemmakan oleh kepentingan sukankah menjadikan ummat perlu disasarkan mempelajari hakikat akhir zaman?

Dikau bertanya tentang E-Bola atau virus ebola?

Setelah lebih lima belas juta ummat tidak bersaing di Mekah Al-Mukarramah tidak kedengaran pula tentang 'Middle East Respiratory' meskipun kebanyakan mereka berkenderaankan Mers...


Bagaikan tidak menyusut kemarahan yang berada di sanubarimu....

Virus adalah makhluk ciptaan Allah manakala vaksin adalah rekaan manusia.


Kepada bangsa jawi : BERADAB. 

Saya kini terpaksa menggunakan laptop anak saya Siti Hanan yang tertera ejaan PRODua. 
Saya tidak tahu apakah maksudnya APABILA IA JENAMA SONY VAIO. Dan kami tidak memandu Perodua mahupun PERSONA apalagi PERDANA.


Bagaikan hilang waras aqalmu!


Apakah kelian juga mencerobohi akses bagi laptop anak saya ini bagi mengawal akses 'tejathanaif' yang juga merupakan 'thanaif'?

Bagaimanakah menghormati isteri atau suami kepada saudara mu yang muslim?

Bagaimanakah menyedarkan diri kelian bahawa kelian adalah suami atau isteri malah ibu dan bapa kepada saudaramu yang muslim?

Bangsa jawi - bagaimanakah kelian mengetahui status lelaki atau wanita serta remaja belia dan gadis yang kelian 'persendakan' di medan sosial itu adalah bapa, ibu, suami, isteri dan anak kepada saudara muslim kamu yang lain?


Marah itu masih berirama di dadanya.


Kepada bangsa Romawi : BERETIKA.

Membosankan jika anda tidak mengenal akhirat dan anda meletakkan saya di lingkaran yang tidak mengenali agama untuk berdiskusi tentang akhirat. 

"I don't need your lyric song - when Allah and His Prophets have His words on Al-Quran and Hadis - so what is your points?"

"When i want to be success it means i want to be in jannah (insyaAllah)".

"Singapore is not my country and ask my chinese malaysian is this country is their second home?
I dont like singapore if think about the country but to think as a neighbour i will say it ok even it become like a box country that make a prisoner can walk oustside from the cell by under ground cement.

And i would like to ask my indian malaysian too, did they have to choose India as their second country after they are born in Malaysia?

In this point my question is why muslim be treat as a 'pariah' person when they are in certain gulf countries especially when they are from Asia contigent?
My related question is 99 years lease hold method in gulf countries for certain country are still relevant? 

Stay away when you don't relate with all my issues! (without arrogant feeling)


Kepada bangsa Arab : KHAJUL/HAYA'.

Wujudkah surah An Nur dengan konsep tabarruj buat kanak-kanak, gadis dan wanita yang membaca Al-Quran dan khalayak yang telah mengetahui isi kandungan pesanan iman dari kitab lama Zabur, Taurat dan Injil oleh versi arab yang menjadi teras pembinaan jati diri masyarakat yang berhampiran dengan jasad yakni pusara Kekasih-kekasih Allah yakni Rasulullullah sallallah hu alaihiwassalam dan para anbiak lainnya.

"The question is why you disturb me on my Novel Bidadariku  when i write just for my muslim women?"


Wajar stereo type atau sifir teori lama pembacaan Zabur Taurat dan Injil yang diberikan pencerahan di filem membuka minda kita bahawa kesemua anjuran Al-Quran mempunyai kaedah solusi kepada masalah ummat dan kebosanan serta kejelakkan untuk melihat sifir ' bertemu pandang renung cium buka itu ini dan telentang' sesuatu yang membuatkan masa berharga sebuah keluarga menjadi sia-sia dan perlu menempuh jendela kekesalan apabila  anak-anak saya boleh mengira langkah demi langkah dengan kiraan satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan dan sepuluh .... STOP IT!

Bosan...

Peranan akidah di dalam munakahat oleh ijab qabul dan saksi menjelaskan langkah yang bermula dengan niat.

Sesuatu itu bermula dengan niat.

Niat kerana Allah adalah ibadah. Untuk berniat muslimin tidak perlu bertaharah dahulu.

Mengapa bangsa arab antara masyarakat yang masih miskin di dunia ini?

Kerana niat?

Impak dari bicara Nabi Musa kepada Firaun :
"Jika engkau tidak mahu beriman kepadaku biarkan sahaja diriku (membawa bani Israel)."



Soalan saya : Adakah sunni dan syiah itu bersumber dari akidah La ilaha illa Allah atau kristian dan agama yahudi yang bersumber dari akidah syahadah?


Benar marahku masih berbaki...

Isnin, 16 Jun 2014

Dear Radio Online


Saya bermasalah dengan beberapa keadaan apabila mendengar radio di online dot net.

Saya mengutamakan lirik lagu dan susunan irama lagunya.


Sesungguhnya tatkala mendengar radio kebanyakan iram lagu yng diputarkn sangat-sangat mengganggu minda saya ketika  mendengarnya.


Lalu saya menulis sebuah karangan yang tidak dikirimkan ke angkasa:

Dear Radio Station On Line:

I am Hajjah LelawatibintiMohdAli  owner for thanaif/tejathanaif/eilahaniff/ mustarhaniff/LailaAli pen names :


Your  song is not related to any of my issue.


Blog saya tidak pernah mendapat apa-apa bayaran dan saya tidak dibayar apabila menulis blog kerana saya tidak mempaparkan apa-apa iklan di blog-blog saya.


Saya tidak mengambil walau sesen hak orang lain.

Saya hanya berjanji pada Allah bahawa saya hanya sedia menjadi penyimpan amanah dan hanya mengingini hak cipta dan hak milik saya dihormati dan diterima demi menghindari wujud fitnah ke atas hubungan saya dengan suami, anak-anak dan adik beradik serta keluarga.


Antara kelaziman saya apabila mendengar radio adalah berkomunikasi dengan apa yang diinformasikan misalnya :

Dailog Di IKIM terhadap Budget 2014 :

1-     Akhlak adalah sumber kesihatan kepada ekonomi yang adil.

2-     Fikrah kesihatan dalam pengurusan ekonomi adalahpegangan kepada  dinar dan emas.

3-     Kaedah menguruskan perbelanjaan pada imbangan beza tara tahunan menambah tunggakan hutang lapuk atau menurunkan hutang lapuk?

4-     Apakah indeks Pengeluaran Ekonomi Malaysia difahami oleh rakyat yang akan disanggakan dengan pemotongan pengecualian penambahan percukaian kerajaan?

5-     Bagaimanakah membuatkan kerajaan di negara muslimin menerima hakikat bahawa riba adalah haram wajar menjadi asas berpengetahuan di dalam ekonomi?

6-     Mengapakah akidah dan syariat tidak menjadi asas kepada dasar ekonomi islam?
Pengguna pengangkutan awam di kalangan generasi muda yang tidak berpendapatan wajar diberikan perhatian

Demokrasi Amalan Yang Dipaksakan?

(Saya menulis di dalam keadaan yang sengaja disengsarakan oleh pihak yang tamak di kalangan pembuat duit- sangkaan buruk).


Saya ingin bertanya adakah membuat duit ini perlu didominasikan?


Adakah Mr. George Soros dipenjarakan setelah wujud salah laku dari sudut etika seorang professional dalam kegagalan menguruskan sistem keewangan dunia?

Dari sudut intelektual, undang-undang siapakah yang melindungi perjanjian perjudian?

Undang-undang syariah islam?

Adakah undang-undang perdagangan anda  menemukan undang-undang syariah islam pada sistem pengurusan keewangan anda?

Lalu menjawablah undang-undang siapakah yang melindungi perjanjian dan kontrak perjudian?


“Semua kontrak atau perjanjian secara lisan atau bertulis melalui perjudian atau pertaruhan adalah BATAL dan TIDAK SAH.”


“Tuntutan tidak boleh dibuat atau diteruskan di mana-mana mahkamah bagi mendapatkan sejumlah wang atau barang berharga yang didakwa dimenangi di dalam apa-apa pertaruhan atau yang dicagarkan kepada seseorang bagi menunggu tempuh baru untuk dilakukan semula pertaruhan.”



Kepada negara di dunia muslim bolehkah bertanya setelah merdeka apakah sumber rujukan undang-undang bagi negara mereka?


Jika jawapannya masih bukan undang-undang syariah apakah sedia mereka menerima bidasan saya bahawa amalan demokrasi adalah satu paksaan yang memerlukan alternatif lain yang lebih bersifat dinamik yang memproaktifkan masyarakat yang beriman dengan agamnya kerana berjaya memanafaatkan komunikasi.