"Saya benci dengan paparan 'blog seterusnya' yang mencuba mengiringi catatan blog saya dengan justin bieber"
"I really hate with the showing wordings from certain blog to make my notes looks like my writing as for justin beiber - i really feel disturbing with this kind of mark!"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rutin harian saya mulai menyempitkan masa untuk kegemaran menulis dilansungkan.
Masih terpahat di dalam minda dengan pertanyaan bagaimanakah wanita solehah dilahirkan oleh zaman?
Adakah wanita solehah dibentuk oleh lelaki soleh atau wanita solehah dibentuk oleh dirinya sendiri tanpa dokongan lelaki-lelaki soleh?
Bagaimanakah pula halnya buat wanita-wanita yang berlainan agama dengan saya apakah maruah mereka dipelihara oleh lelaki-lelaki mereka atau mereka sendiri yang membentuk sehingga terlihat nilai-nilai yang upaya dipertikaikan tatkala sanubari saya menyuluh jauh ke dalam hati wanita-wanita itu di dalam diam.
Lelaki-lelaki merekakah yang membentuk sifat 'pelacur' pada wanita segender dengan saya yang berada di barat dan di tengah benua ini?
Tatkala saya sukar menolak jualan yang memperdagangkan wanita-wanita itu lantaran kewujudan tuntutan untuk membeli, apakah lelaki-lelaki zaman ini waras akal fikiran mereka lantaran mempunyai harta, nafsu di pelipat kulit sukar mahu dikuasai?
Apakah kulit senipis bawang itu turut dimiliki oleh lelaki-lelaki yang didakwa gagah tetapi masih lemah hanya oleh tikaman pandangan?
Tidak bermoralkah wanita-wanita ku yang sedia menjadikan dada dan zahir rupa sebagai cagaran menebus bahagia?
Apakah kami masih kekal berhasrat memiliki sifat kaum Ad, Thamud, Firaun dan Quraisy?
Fikiran ini menerawang menyangkar tanpa sedia membebaskan minda saya tatkala menemukan lingkaran wanita solehah yang menjadi pengajar dan pengendali yang mahir menggunakan bahasa jiwa di pusat-pusat pendidikan agama yang saya ikuti.
Bahasa jiwa dan langgam hati pada minda saya ialah roh batiniah wanita-wanita solehah ini hanya dapat disentuh oleh roh yang sefitrah dengan mereka.
Laksana virus, seluruh jiwa raga saya bagaikan diganggu oleh sifat solehah mereka.
Saya menyedari terlalu ramai ahli akademik dan berkarier professional menjadi tenaga pengajar dan pelajar di kedua-dua pusat ini tatkala saya tidak tahu siapa 'Maryam' yang sebenarnya yang ditempa namanya di pusat ini.
Jika berupaya saya mahukan 'kekuatan' ahli akademik dan profesional ini mengusir semua resah dan kegusaran yang bersarang di minda ini oleh ragam tabiat alam yang berfitrahkan kebendaan.
Akademik mereka pada sudut fikir saya ialah kefasihan dan kelancaran tutur perbicaraan yang dilisankan dari kandungan Al-Quran.
Fikiran mereka dari renungan pemahaman Al-Quran setelah ianya dibaca.
Tindakan mereka dari sisipan Al-Quran yang menyentuh hati saya yang paling dalam.
Perawakan dan sikap bina diri terlalu sederhana dan amat terzahir ikhlasnya seperti mana yang dibimbing sifat mukmin oleh Imam Al-Ghazali.
Saya tidka tahu kebodohan jenis apakah yang masih dimiliki oleh lelaki-lelaki muslim kami yang masih tidak dapat memuliakan diri mereka oleh 'harta' pemberian Allah yang sangat berakhlak ini.
Dengan berhat-hati saya ingin ajukan persoalan buat mereka bagaimanakah budaya peradaban akhir zaman menurut Al-Quran?
Apakah budaya bagi mereka yang membaca Al-Quran?
Apakah sifat mukmin tidak ditegaskan sebagai natijah dari pembacaan Al-Quran dan memadaikan generasi demi generasi hanya mewarisi kemusliman sahaja dari nenek moyang mereka serta generasi terdahulu?
Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Seorang manusia bergenderkan wanita beragama islam, berbangsa melayu dan berkerakyatan Malaysia. Lelawati binti Mohd.Ali
Jumaat, 1 Februari 2013
Khamis, 24 Januari 2013
Arab Bertahunkan Gajah Bukan Unta?
12 Rabiul Awal bertahunkan gajah
20 April
dihitung pada masihi 571
Anak-anak menggeleng kepala
Mana ada gajah pada waktu itu di gurun kita?
Tatkala dari Ethiopia untuk ke Dijibouti menuju
Sana’
Bukankah melintasi Bab El Mandeb?
Bagaimana ada gajah-gajah yang banyak ketika itu
Ya Muallimah?
Tertunduk silu mengenang kisah kelahiran mu yang
sudah tidak memberi apa-apa erti
Termanggu malu hati tatkala barakah lahir mu bukan
sunnah untuk dipelajari faedah fadilat
Seorang ahli syurga yang menjadi kekasih Allah.
Tersipu raga rasa aib di minda tatkala lemah ummah
buat membaca catatan sejarah
Tatkala berselawat dengan patah kalimah bahasa
yang bukan bahasa di syurga
Tatkala bidaah ditakuti diri mu semakin jauh dari
diingati apa lagi untuk diteladani
Tatkala cela laku Dzu Nuwas memberangkan Abrahah
Kota Mekah menjadi sasaran…
Lumrah fitrahkah Ya Allah?
Hasad iri dengki Nasrani dan Yahudi.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Hak Cipta
Jumaat, 11 Januari 2013
AkarDanPohonRendangItuMulanyaDariBenih
Sabtu, 31 Mac 2012
AkarDanPohonRendangItu MulanyaDariBenih
Catatan ini dicatat
pada 12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 4 hb Febuari 2012 jam 2.12 petang waktu
Doha.
Ia diulang catat
semula bagi mendapatkan semula imbasan terhadap perlunya akar sebagai penanda
kewujudan ku di alam nyata sebagai tejathanaif @ thanaif yang sukar diterima
kenyataannya oleh kebanyakan individu.
Wujud pertanyaan dari
diri kepada diri sendiri mengapakah kini saya kelihatan semakin memberikan
perhatian untuk mengenali dan mempelajari mengenai suku yang mengikat semula
saya kepada jurai nasab di sebelah emak? Tanpa saya berniat mahu mengabaikan
susun nasab jurai di sebelah aruah abah.
Ini adalah kerana
dari ketinggian kasih sayang lelaki dari suku nasab di sebelah emak yang dilihat
mementingkan pemeliharaan dan jaminan keselamatan kebajikan wanita-wanita mereka
yang wajar diberikan perhatian dalam waktu digiatkan usaha ingin memandaikan
anak-anak lelaki mengenai amanah kepecayaan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa
dan keluarga sendiri.
Suku emak saya ialah
suku mungkal.Susun nasab yang diwarisi hanya oleh anak-anak perempuan yang
diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan
saya. Saya menduduki tangga ke enam di dalam bilangan adik beradik yang
perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah
ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki
bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang
dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya Nafsiah binti Salleh.
Anak-anak lelaki wajar diberikan pengetahuan
tentang mahram yang perlu diberikan perhatian untuk ditanggung penanggung
jawabannya.
Mereka wajar mengetahui siapakah wanita dan
perempuan mahram.
Mereka wajar memahami makna amanah untuk menggalas
kepercayaan wanita mahram mereka yang memerlukan
pembelaan.
Lantaran
dunia mendapat pengaruh yang tidak terbatas oleh keruntuhan institusi
kekeluargaan ummah itu perlu didenyutkan untuk persediaan berhadapan dengan
pemanipulasian pendajjal.
Sifat
pendajjal ialah berbohong.
Sifat
ummah kepada saya ialah wajar berkata benar bagi menolak unsur fitnah yang
ditimpakan ke atas dunia dan penghuninya.
Kita
meletakkan adat resam dan budaya di tempat yang perlu bukan menolak dan
membuangnya dari aktiviti kehidupan kita.
Ini
bagi menjelaskan bagaimana terdapat segelintir masyarakat moden yang mahu
membebaskan diri mereka dari rantaian keimanan.
Islam
itu mudah tetapi bukan menjadikan kemudahan itu menyebabkan rasa keimanan
hilang.
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu bersembahyang?
Mana
boleh menjadi muslim tanpa mahu memelihara kehormatan menjaga kesucian pemakanan
(bukan menjaga hanya khasiat dan jenis pengambilan dari sudut kuantiti dan
kualiti smeata-mata)
Kehormatan
wanita khususnya ialah dengan membantu kaum lelaki agar tidak melakukan dosa
apabila kesemua wanita memelihara cara berpakaian.
Ini
isu terpencil?
Ini isu ummah.
Saksi-Saksi Ku
Catatan tatkala di Mozah Centre :
Sambil melayani bacaan-bacaan hafalan rakan-rakan kelas fikiran saya membaca lipatan hati yang sering berbicara sendiri...
Adakah Al-Quran tidak tidak mewacanakan sifat intelek kepada pembacanya?
Apakah harus pembaca Al-Quran itu dari khalayak yang serba dhaif dan serba mundur sisi fizikalnya?
Adakah sejarah di dalam Al-Quran tidak berulang dan tiada wujud perwatakan baru bagi masyarakat dunia pada hari ini?
Keunggulan bahasa Al-Quran yang menyuburkan kepelbagaian bahasa untuk dihayati sifat insan seperti terlihat dirundumkan oleh bahasa inggeris dan ahli masyarakatnya yang kehilangan jati diri berperibadi sebagai seorang muslim sehingga kelancaran untuk menemukan bagi membina sifat buday dari Al-Quran tidak sepenuhnya aktif menjadi aktiviti ummat.
Saya berasa 'sakit' dengan hak-hak yang dibentuk isunya oleh laras-laras ideologi.
Berasa marah dan kecewa dengan kegagalan hijrah menjadi ciri bagi muslimin yang beramanah dengan imannya.
Saya tidak tahu mahu menghalakan pandangan ke mana lagi tatkala sikap penceroboh dan pencabul yang tidak bermaruah mulai menzahirkan kehadiran mereka di mana-mana sahaja interaksi yang boleh dicapai melalui hubungan interaksi jalur fiber optik dan gelombang.
Di manakah masyarakat mukmin setelah pintu pra akhir zaman sudah terbuka?
Di manakah generasi rabbani yang membaca Al-Quran sejak sekian lamanya menjelang terbukanya pintu pra akhir zaman ini?
Di manakah penutur bahasa Al-Quran ini yang didakwa kaya raya berkuasa terhadap nilai kuasa membeli tatkala pelbagai pintu pra akhir zaman sudah dibina sejak sekian lamanya?
Berasa sedikit gusar seketika tatkala seperti wujud keinginan bagi menampilkan hanya jenis ras etnik tertentu sahaja bagi mewakili Asia Jauh setelah Asia Tengah sudah bercaca merba variasi etniknya.
Dicatatkan renungan minda ini di skrin mini agar ia tidak dilupakan :
Rakyat tionghua di tanah air ku dapatkah memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk melintasi rintangan yang disediakan untuk mereka setelah selama ini mereka amat memahami sifat sebenar seorang muslim melayu di tanah air kami tidak berjudi, tidak meminum arak, tidak berzina, tidak memakan makanan yang tidak halal, tidak mengambil hak bukan muslim dan pelbagai ketidakbolehan terhadap aktiviti yang dilarang untuk kami melakukannya oleh islam?
Bolehkah mereka beramanah dengan hukum-hukum fikh kami yang selama ini telah mereka hayati oleh pergaulan baik di antara ibu bapa serta datuk nenek kami selama ini?
Apakah upaya Asia dibina oleh ras cina dari kalangan rakyat yang dilahirlkan oleh tanah air kami?

Diskusi
Rabu, 9 Januari 2013
Kisah Sebuah Laptop Yang Di Khianati
You are stupid when you think thanaif is a smart phone user.
You are really out of mind to use my pen names - thanaif, tejathanaif and eilahaniff.
Blog.spot.com is out of mind to delete my intellectual property on my notes and pictures by not permitted my rights to acces all my BentalaKendiriTunjangnyaAkarAkidah, TilikMenilikSiapaPemilik,SebelumKitaMenjadiAhliAkhiratYangMemilikMahligaiDiSyurgaAtauNeraka
YOU HAVE BAD DAYS BECAUSE YOU NEVER ASK MY PERMISSION ON MY RIGHTS on my pen names thanaif,tejathanaif and eilahaniff.

Khianat
Isnin, 3 Disember 2012
Mencari Peluang Berkomunikasi
Saat saya mulai menulis saat itu juga seperti disengajakan wujud gangguan pada litar jalur optik yang menjadi talian hubungan komunikasi.
Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.
Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.
Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.
Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."
Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...
Pengerusi mengalukan kehadiran kami
dan memperkenalkan beberapa peraturan untuk dipatuhi antaranya sangat wajar
kami memberikan perhatian pada niat untuk belajar, memelihara nama baik kami
sebagai muslimah sebaik sahaja meninggalkan tempat pengajian kerana muslimah
wajar memberikan makna yang baik kepada makna menuntut ilmu di pusat ini.
Saya seperti diganggu oleh frekuensi yang dikendalikan dari udara yang tidak dapat dipastikan dengan yakin dimana lokasinya.
Jesteru menyelarikan pelayaran siber dengan rangkaian telefrekuensi yang boleh difahami di dalam bahasa saya sendiri yakni bahasa melayu/malaysia, saya dapat mengesahkan sememangnya wujud interaksi yang dibina dengan penuh rahsia melalui mikroeletronik yang dikendalikan menerusi mesin robotik yang tidak sepenuhnya difahami oleh khalayak dari aliran agama.
Mencermati penggunaan cakera pada jalur pengkomputeran terlalu banyak yang terabaikan pada sisi amar makruf dan nahi munkar apabila contoh pada teladan masih kudwah hasanah untuk anak-anak muslim dibentuk oleh teladan yang tidak dituntut untuk menjadi ikutan.
Iman tidak lagi boleh dikurung atau dipenjarakan dengan hanya berlingkar di kalangan mereka yang beriman sahaja tatkala setiap muslim itu adalah daei menurut sisi fikrah pesanan Kekasih Allah Sallallahhualaihissalam, "sampaikanlah walau sepotong ayat."
Ayat mewajibkan solat sepenuhnya tidak dibawa oleh muslim... minda terluka emosi terlara raga lesu apabila bapa-bapa tidak menjadi idola untuk dikenali syurga, ibu-ibu masih ingin mengurat ashik leka yang melenakan oleh rasa sengsara...
“Allah sabarkan saya dengan kejahilan
kafirun juga muslimin di televisyen itu. Peliharakan hati ini untuk tidak
membalas apa pun senda gurau mereka kerana Engkaulah saksi ku dan saksi mereka…
amen."
Lama menanti perwarwaran bermulanya
kelas dari kursus bahasa dan
akhirnya hari dan tarikh serta masa disahkan yang didahului dengan majlis
ringkas taaruf di dewan kuliah bagi memperkenalkan pihak pengurusan, tenaga
pengajar kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai bilang warganegara.
Tiada pengkisahan sejarah penubuhan
yang menjadi hasrat saya untuk mengetahuinya selain hanya yang dinyatakan oleh wanita bertudung ungu cerah yang bertindak sebagai pengerusi majlis bahawa sejak ia ditubuhkan lebih dua ribu pelajar yang terdiri dari bukan arab belajar di pusat ini.
Catatan minda saya menulis bahawa Ali Imraan adalah nama sebuah
keluarga di dalam Al-Quran yang dikenali juga sebagai Az-Zahrawaani apabila
digabungkan dengan Surah Al-Baqarah.
Pada rujukan tafsir yang saya pernah
baca pada ke dua surah ini banyak dinyatakan tentang kelahiran nabi Isa (alahissalam)
dan kisah ibunya Maryam. Nabi Isa alaihissalam) bukan anak Tuhan.Asas beragama dibina oleh tauhid yang tidak menyekutukan Allah sebagai Pencipta.
Beberapa pandangan dan pesanan iman
turut disampaikan oleh Ukhtie Faridah sebelum kami diperkenalkan kepada guru
yang bertanggungjawab ke atas kami selama setahun belajar di pusat itu.
Dan di situlah kami berpandang mata
dengan Muallimah Sanaa’ seorang wanita yang cantik dengan keaslian wajah
sebagai etnik arab Palestein yang berasal dari Jordan.
Usianya masih muda. Fasih berbahasa
inggeris dan sangat merendah diri saat berhadapan dengan kelemahan kami yang
sesekali beraksi bagaikan ‘membetulkan’ guru lantaran sangat peka pada pekara
baru yang masih tidak dikuasai oleh kami.
Nurani seorang arab adalah bersih.
Sebagaimana kalimah ‘khalas’ yang
bermaksud ‘sudah/ok / baik’ nurani kebersihan jiwa ini diserlahkan oleh guru
arab yang saya temui selama belajar di kedua pusat ini.
Apa sahaja yang menjadi percanggahan
atau wujud pertindihan pandangan hatta ke atas titik bagi huruf hijaiyah mereka
tidak cuba mahu untuk menyerlahkan siapa yang benar atau siapa yang khilaf
selain dari merujuk pada Al-Quran
Lembut dan mesra beramah tamah dengan
kami.
Dan saya saling berjabat tangan
dengan rakan setanah air yang buat pertama kalinya bertemu.
Empat darinya adalah wanita dari
Indonesia.
Antara sembilan atau sepuluh darinya
adalah wanita dari Pakistan dan India.
Dan dua wanita dari Turki.
Al Quran meminta kita berfikir berdasarkan dalil bukan hujjah.
Keluasan makna yang disuratkan oleh tafsir dan maksud di dalam Al-Quran yang perlu digali bukan ayat dan kalimah surah-surahnya yang dijamin tidak terubah perlu dibangkitkan.
Adakah kita mampu menahan cahaya dari bersinar?
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Sabtu, 10 November 2012
Mencari Peluang Berkomunikasi
Kemudian salah seorang petugas
memberikan borang pendaftaran dan ia membuatkan saya rasa tertarik ke atas
soalan MENGAPA ANDA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB.
Menyatakan perkara yang berlainan di
atas kertas dengan apa yang berada di minda saya ketika itu sememangnya adalah
rahsia di antara saya dengan Allah.
Lantaran pilihan saya bagi mengikuti
asas belajar arab masih tiada guru dan belum ditetapkan bila ia bermula, saya
memasuki kelas bacaan Al-Quran rakan Syrian yang sepenuhnya terdiri dari wanita
tempatan dengan berlainan kewarganegaraan.
Kelihatan muda walau pun berusia melewati tiga
puluhan dan melepasi empat puluhan.
Mereka di mata saya menzahirkan
perwakilan jati peribadi wanita arab yang agak keras oleh cekal semangatnya,
tegas dengan berhikmah oleh perawakan serius yang sering diduga sebagai sedikit
angkuh, anggun yang menjadi sifat semula jadi mereka oleh pembinaan fisiologi
jasad fizikal yang tinggi dan tegap untuk sering dilihat segak bergaya dengan seni-seni
aksesori perhiasan diri menjadikan saya bertanya di dalam diam apakah yang
mereka nantikan bagi memikul tugas sebagai seorang pengamanah oleh kesempurnaan pakej yang mereka miliki?
Muallimah Mona yang mengendalikan
kelas adalah wanita berkulit lebih gelap berbanding wanita arab yang lainnya.
Muda dan manis wajahnya.
Kami tidak bertaaruf walau pun jelas
kehadiran saya sebagai pelajar baru yang berwarganegarakan negara asing.
Sepenuhnya kelas dikendalikan di
dalam bahasa arab dan jelas sekilas oleh muallimah, saya memerlukan kaedah
nooraini yakni sama seperti kaedah bacaan Iqra’ / qiraati di Malaysia bagi
memudahkan kelancaran membaca Al-Quran.
Sebutan kalimah pada lafaz lidah saya
banyak yang salah pada sebutannya. Belum lagi memasuki penggunaan tajweed yakni
nahu bagi Al-Quran dan laras panjang pendek bagi hukum vowel huruf-huruf
hijaiyah.
Apakah tidak upaya tajweed menjadi
mata pelajaran bagi setiap sekolah untuk satu jangka masa yang upaya melahirkan
Al-Quran sebagai laras ummah berintelek di sekolah-sekolah di negara dunia muslim?
Al-Quran pada sudut bahasa arabnya
mudah dipelajari jika bersistem mengikut kaedah nahu tajweednya yang dipelajari
sejak awal lagi.
Ia sangat berbeza dengan bahasa arab
moden yang menjadi bahasa pertuturan masyarakat arab yang agak sukar difahami
asas binaan bahasa itu.
Takdir dari sunnahtullah Allah
Subhanahu Wataala, Al-Quran itu adalah sesuai untuk setiap manusia yang dicipta
olehNya sebagai Pencipta.
Ia bacaan yang membenarkan ummah
mempelajari Al-Quran oleh kandungan pengetahuannya yang terlalu banyak untuk
dinikmati qalamNya yang bersifat Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Apakah manusia yang diciptakanNya tidak
wajar berasa dikasihi oleh TuhanNya?
Ya cuma tatkala manusia berhasad dan
mempunyai nilai yang digelapkan oleh kelemahan dan kekurangan dirinya
menjadikan Al-Quran perlu dipelihara kesuciannya dari wujud fitnah yang membawa
kepada keburukan ke atas ummat sesamanya lantaran Allah memelihara kesucian
ayat-ayatNya sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa.
Tafsiran dari surah-surah wajar
dibuka kelas pembelajarannya bukan ayat-ayat surah Al-Quran itu sendiri yang
dijamin kesuciannya dari diubah atau dipinda atau dipadamkan melainkan mengikut
apa yang telah menjadi Ketetapannya di Loh Mahfuz untuk ummah diintelekkan oleh Al-Quran.
Juga agar perbincangan perbahasan hujjah serta diskusinya disempadankan oleh dalil bagi memelihara dari perdebatan mewujudkan pergeseran dan pertentangan.
Journal Musafir Wanita Melayu Muslim
Diskusi
Langgan:
Catatan (Atom)