Bersama satu-satunya anak gadis saya. |
Beberapa hari sebelum puasa bermula saya diminta oleh anak perempuan menemaninya menonton 'Coco Chanel
dan Igor' di televisyen.
'Perangai penyangak emosi' sememangnya tidak
berwibawa kerana menjelang puasa diserunya agar kami diamuk emosi oleh kisah badai dan gelombang berkisar dari cerita tentang kewujudan wanita ternama yang menabur jasa demi mengambil kesempatan untuk menagih kasih seorang suami yang telah berkeluarga, malah dibantunya dengan alasan untuk membantu lelaki dayus itu mendapatkan
pendapatan.
'Adakah lelaki sememangnya mudah dijualbelikan
perasaannya?'
Anak gadis tersenyum kerana sudah tahu saya akan mula berbincang-bincang kerana begitu cara emaknya memberikan nasihat dan pesanan.
'Wanita itu yang mengambil kesempatanlah emak. Sama-sama murah harganya.'
Kami tergelak bersama.
Di dalam diam minda saya berbual sendirian :
Wanita ‘anda’ lebih kuat dari lelaki kami yang
mudah dilemahkan walau pun hanya oleh wanita yang tidak berpakaian meski pun lelaki-lelaki muslim kami tidak minum arak.
"J who is this stupid j - i wonder who is this person!"
Saya dan anak gadis tersenyum sambil tertawa
dengan merumuskan realiti sifat masyarakat kaya yang mudah memperalatkan wang
untuk apa sahaja yang ingin dicapainya.
Apakah lelaki dayus tidak wujud selain wanita
yang dianggap derhaka?
Muhahahhaaha ‘penyangak emosi’ yang membaca
catatan peribadi saya pula memunculkan diri mereka seorang demi seorang selepas
berasa bersalah mengganggu fokus saya yang bertimpa-timpa diganggu oleh acara-acara yang tidak ada penglibatan saya dengannya.
(Bilalah catatan saya akan diselesaikan dengan gangguan-gangguan yang direncanakan ini?)
Siapakah kamu tatkala Raqib dan Atiq juga berada
di atas bahumu biar pun dikau bukan seorang islam?
Isunya ialah wanita barat mulai
menjadikan konsep poligami bagi membenarkan kesalahan mereka sebagai wanita
yang tidak bertanggungjawab yang bertauliah oleh kelayakan mempunyai pakej sebagai wanita bombastik
dari hujung kepala hingga ke hujung rambut.
Malah lelaki barat juga mulai tergiur dengan konsep
poligami agama saya.
Saya gusar kerana kaedah amalan
biseksual adalah imej lelaki dan wanita barat yang perlu dicemuh oleh
kehilangan jiwa keinsanannya!
Mereka pasti upaya merosakkan
makna dan pengetahuan dari maksud poligami kami.
"Get it!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Arab or jews or christian or muslim itself be
a people with too much ignoramus attitude?
Kami anak beranak menolak poligami.
Saya dan anak gadis malah anak-anak lelaki
saya kesemuanya menolak poligami.
Tidak ada teladan yang boleh diikuti dari
kejayaan yang merendahkan diri sendiri sekiranya disengajakan niat untuk mengeruhkan sebuah rumah tangga oleh nasihat-nasihat yang didakwa bersifat 'motivasi'.
Ya, bagaimanakah diketahui semua isu peribadi hatta rupa fizikal untuk wujud motif agar beremosi'?
Namun kami tetap menghormati poligami yang
diamalkan oleh lelaki-lelaki adil dan wanita yang tidak tamak di kalangan
penganut muslim berbanding lelaki atau wanita yang melanggani pelacur.
Ini ditujukan kepada lelaki bukan islam yang
sering mempersendakan lelaki-lelaki muslim kami yang didakwa sebagai mengawal isteri dan anak perempuan mereka tetapi pada masa yang sama diri
mereka sendiri tidak mampu dikawal apabila lebih suka memandang wanita lain
apabila berada di luar rumah khususnya wanita bermata biru atau berwarna-warna.
Lalu yang sedang bersengketa ialah antara
lelaki sesama lelaki?
Atau wanita sesama wanita?
Minda saya memberi senyum pada emosi yang menemani mata menonton televisyen.
Ketika ini saya mencuba merumuskan bagaimana
kewibawaan Ar Rumi yang membantu pelacur tanpa dia dijatuhkan oleh pelacur itu.
Sewaktu itu tiada cd dan alat eletronik tetapi
ada pelacur?
Bagaimana dia memahami kritis minda itu adalah
dengan mempunyai rasa berani bukan menjadi pengecut untuk menyatakan kebenaran.
Adakah Ar Rumi perlu menjadi ahli lawak bagi
menyembunyikan ketakutan sehingga ia menjadi imej bagi negara utama dunia yang
sering tewas di dalam gelanggang rasmi yang dilindungi oleh PBB hatta pada
peperangan dingin dek hambatan tekanan dosa?
Adakah puasa menjadikan Ar Rumi kuat mengawal
nafsunya tatkala masyarakat yang hidup di peradaban moden mencabar masyarakat
muslim pada hari-hari kelaparan, kedahagaan mereka untuk bertarung kekuatan
fizikal dan spiritual sehingga tidak upaya dinikmati kemanisan taraweh untuk
berkasih sayang dengan Allah?
Adakah Ar Rumi tidak melebihkan garam di dalam
hidangannya bagi mempunyai fitrah yang lebih sejati bagi seorang lelaki dan
wanita muslim saat naluri hawa mereka
turut berpuasa bagi menyempurnakan makna kesabaran?
Adakah Ar Rumi berpusing-pusing jasadnya dek
memikirkan adakah lelaki saudara muslimnya meninggalkan puasa mereka di masjid
setelah selesai bertaraweh.
Apakah lelaki muslim kami meninggalkan puasa
mereka di masjid sebaik sahaja selesai bertaraweh?
Siapakah yang mengenal Ar Rumi berbanding Hugh
Hefner tatkala noda-noda dikutip dihimpun oleh mata sesudah selesainya taraweh
dek persyarikatan angkasa dengan satellite untuk meniduri batin-batin lelaki
muslim ku?
Bedebah-bedebah yang tidak punyai malu itu
masih mempersendakan angkasa yang dipenuhi para malaikat sejak pertama bulan
puasa menjenguk wajah dengan membuka pakaian untuk disentuh badannya dengan
wanita yang mempunyai keluarga!
Apakah tidak upaya mereka menghormati angkasa
buat sepurnama sahaja?
Sehingga kekal bersahaja pintu angkasa
ditelanjangi oleh wanita dan lelaki yang tidak mempunyai malu.
Saat mereka bangga dengan dosa, batin ini
menangisi kekecewaan melihat muslimin yang tidak menemui ajal di mata pedang
tetapi terbujur kaku di panah nafsu.
Sialkah lelaki-lelaki kami Ya Allah?
Celakakah kami memiliki pria-pria yang mandul
insannya melindungi wanita yang jauh, membiarkan wanita yang hak sepi dicerca kerana terlalu buruk pekerti dek
nikmat meraih iman?
Bangsatkah wanita-wanita kami Ya Allah?
Membuka apa yag menjadi mulia diri kami sebagai seorang
wanita?