Pengalaman memandu
di sini amat mengejutkan.
Tabiat pemanduan
anak-anak muda tempatan juga rakan sebaya mereka yang bernegara asing seakan-akan menggambarkan pewarisan sikap kecuaian
pemanduan generasi berusia mereka.
Ia memangsakan
kejujuran dan kesederhanaan pemanduan pemandu yang berhikmah dengan ketertiban
kerana pengalaman-pengalaman kemahiran tinggi kebanyakan pemandu dari negara di Asia Tenggara dan tidak keterlaluan memaksudkan pemandu wanita yang lebih
beretika sesuai dengan sifat hikmah para ibu.
Jalan raya
menyerlahkan sikap dan karektor sebenar pemandu-pemandu lelaki baik dari negara arab dan barat juga timur.
Apakah sedia
dihindari khilaf andai diri tersilap mengujarkannya?
Sombong dan angkuh
tidak keterlaluan untuk mempaparkan tabiat yang dibentuk oleh pendominasian
sikap lelaki arab ke atas kaum
wanitanya manakala ia gambaran bagaimana mudahnya wanita sedia direndahkan kualiti nilai diri kemuliaan mereka oleh kaum lelaki.
Apakah sedia dielakkan khilaf faham andai diujarkan bahawa ia bukan merujukkan kepada semua para bapa?
(Di mana-mana hati lelaki sering wanita ditempatkan sebagai penebus keserakahan nafsu dan emosi - malah saya tertanya apakah yang dimesejkan oleh pengarah dan penulis skrip yang mengadegankan wanita-wanita muda dan tua dibogelkan seperti mana yang dilakonkan oleh watak-watak di dalam salah sebuah drama yang ditayangkan oleh televisyen mengenai kisah mangsa Bosnia oleh Serbia di dalam tayangan In The Land o Blood and Honey.)
Pendidikan melalui filem ya cikgu sehingga yang haram perlu ditontoni oleh penonton muslim?
Akhirat tidak menjadi masa depanmu dan itukah perubahan menurutmu?)
Kesabaran juga
tidak diseimbangkan dengan kesopanan pakaian jubah putih yang dilengkapkan oleh
lilitan igal di kepala kerana mereka tidak sedia menunggu lama barisan
kenderaan yang memanjang akibat penutupan jalan, lampu-lampu isyarat yang
jaraknya berdekatan dengan susur bulatan atau kerja-kerja penurapan jalan.
Apakah terkesan
reaksi radang dari pandangan ini?
Kenderaan mereka
yang besar saiznya itu akan mulai memotong deretan pemandu kenderaan yang lebih
beretika malah pemandu ini sedia menaiki tebing-tebing pembahagi laluan berturap simen di
bahu jalan bagi menunjukkan ketiadaan sifat sabar.
Menyalakan
lampu-lampu tinggi sewaktu berada di lorong sebelah kiri atau tengah jelas
perlakuan yang mengganggu pemanduan yang mematuhi had kelajuan.
Sesuatu yang sukar
digambarkan apabila kesalahan-kesalahan jalan raya kekal dilakukan
oleh pemandu-pemandu muda tempatan dan remaja asing yang memperolehi lesen memandu.
Apakah takrifan bagi taraf jalan raya kegunaan awam apabila dikompromikan untuk menutup laluan utama jalan awam semata-mata bagi meraikan sesuatu kemenangan atau perayaan?
(Wajarkah setiap
yang terkesan di hati dituntut kemaafan?)
Kemeriahan hanya
berlaku dan diraikan di dalam stadium sahaja dan tidak di atas jalan raya awam.
Pemanduan di sini
kerap menimbulkan gangguan yang mendera perasaan pemandu wanita yang umumnya lebih bersifat
sabar menerusi corak pemanduan yang perlahan dan mematuhi tanda had kelajuan.
Namun tatkala
keterlaluan diprovokasi wanita juga upaya memandu dengan meletakkan
kerasionalan untuk diuji.
Memprovokasi di
atas jalan raya menjadi ciri penderaan ke atas jiwa yang kadangkala ditemui
pada cara pemanduan pemandu-pemandu dari India, Nepal, Pakistan juga
lelaki-lelaki berusia.
Kebelakangan ini
sistem pengaturan lalu lintas trafik kerap mengeluarkan saman ke atas pemanduan
berdasarkan rakaman video ‘photo kamera’ di simpang berdekatan lampu isyarat dan
‘speed camera’ yang kerap menimbulkan kekeliruan.
Pemantauan
dianggap menyempadani undang-undang untuk lebih dihadami lantaran sudut
kematangan keterbukaan adalah dengan upaya menilai proses mengapa undang-undang
tidak dihayati?
Misalannya tatkala
kenderaan berada pada kedudukan jarak antara 100-200 meter di saat lampu hijau
masih bernyala., pertukaran lampu isyarat sukar dihindari untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak rakaman kamera oleh kesalahan memandu pada lampu merah saman yang
dikeluarkan adalah bernilai 300 hingga 500 riyal.
Misal lainnya apakah wujud keadaan yang disengajakan apabila diletakkan kenderaan
lama di bahu jalan lokasi tertentu yang disediakan kamera di dalamnya (jalan
yang lurus yang biasanya dipandu melebihi 110 kilometer apabila tidak banyak kenderaan yang melaluinya.
Aniaya kerana
kenderaan ini tidak diletakkan di ke dua-dua belah bahu jalan dan ia dianggap
keterlaluan kerana tidak ada imej atau lambang jabatan trafik sebagai amaran
yang meminta disederhanakan kelajuan pemanduan.
Lebih keliru
apabila lampu berwarna kuning bukan bermakna bersedia yang wajar menunggu,
sehingga warna hijau bernyala tetapi lama masa bernyalanya itu membenarkan
diteruskan laluan kenderaan di simpang yang telah terpadam lampu merahnya
mengakibatkan terganggu laluan pemanduan kenderaan dari simpang yang lain pada
susur laluan persiaran bulatan.
Kami juga bersua
keadaan di mana secara tiba-tiba pada waktu laluan di bulatan dikawal, secara
rawak dan tiba-tiba hanya beberapa kenderaan diberikan saman kerana tidak
menggunakan tali pinggang keselamatan.
Mengapa ia
memeranjatkan?
Lantaran kesalahan
itu turut dilakukan oleh pemandu kenderaan di lorong lain yang berada
berhampiran dengan pemandu yang dikenakan tindakan.
Pernah juga ditemui
amalan sikap memilih untuk dikenakan tindakan di mana
saman yang dikeluarkan hanya menyebut ‘kenderaan ini telah dipandu secara
merbahaya kepada awam’ tanpa menjelaskan sebab-sebab yang pasti tentang jenis
kesalahan saman yang dikeluarkan sama seperti kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan yakni tebing tinggi di premis tertentu pada hujung minggu yang tidak dapat dielakkan kerana ketiadaan tempat yang mencukupi bagi menempatkan kenderaan.
Mengapa?
Lantaran berlaku
di hadapan mata kami kesalahan sebegini tidak dikenakan tindakan apabila
pemandu adalah dari penduduk tempatan dan yang sebangsa dengan mereka.
Mahukah ditolak
kita sedang menguji reaksi bebas emosi?
Rasanya setakat
ini sejumlah menghampiri 10,000 riyal nilai saman menjadi tanggungan kami.
(kira-kita lima tahun pada awal ketibaan kami)
Adil?
Kami menjadi lebih
tinggi kesabarannya walaupun telah diberitahu bahawa saman berjumlah 6,000
riyal akan dikenakan apabila membuat pusingan semula di simpang bersebelahan
Villagio dan premis perniagaan Hayat.
Di lokasi ini
kenderaan lebih bervariasikan kepelbagaian jenama yang ekslusif mewah dipandu umumnya
oleh pemandu tempatan.
Fenomena normal kekal dengan kenderaan-kenderaan berterusan membuat pusingan di simpang
tersebut kerana tidak ada alternatif lain kesan dari perancangan plan trafik dan jajaran bangunan yang tidak bijak susunan lorong jalannya.
Adakalanya hangat
yang memijar ini ditelaah oleh minda ini yang meminta kebanyakan warga dunia pelbagai lokasi berusaha giat
mencari kaedah menukarkan minyak dan gas kepada sumber lain bagi menghidupkan
enjin-enjin agar kebergantungan kepada telaga-telaga ini tidak kekal mengimpakkan pertelingkahan yang upaya mengarah kepada perselisehan faham yang menuju kepada peperangan.
Marahkah Syeikh dan tuan milik telaga minyak serta gas dengan
luahan ini?
Bagaimana
menghasilkan sel-sel bateri dari penggunaan solar yang lansung tidak memerlukan
minyak dan gas wajar diberikan tempat untuk dihasilkan sebagai alternatif?
Sering disabarkan
kepada anak lelaki yang kian ramai kenalannya dari warga tempatan, agar
memahami bahawa pihak di sini mahu mendisplinkan warga mereka yang kelihatan
begitu sukar untuk dididik atau dimotivasikan oleh kelaziman bertabiat hidup di
dalam keselesaan dan kemewahan.
Hak-hak ketuanan
mereka ini telah menjadikan ego sebagai sistem nilai berkemandirian lantaran
mereka umumnya bukan di dalam kategori pekerja tetapi sebagai majikan.
Ini mungkin adunan
budaya untuk berada selesa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
masyarakat barat khususnya Amerika dan Eropah?
Namun setelah permautautinan kami meningkat usia terserlah wujud keadaan di mana ada komuniti atau kumpulan individu yang mengambil kesempatan ke atas hubungan anak saya dengan rakan-rakannya yang sangat mencabar kerukunan dan keharmonian kehidupan kami sekeluarga.
Malah amat keterlaluan apabila hak saya sebagai ibu mulai dicabar oleh mereka yang berada di lingkaran hubungan anak saya sehingga sangat mudah anak saya dikendalikan emosinya.
(Kami adalah muslimin yang beriman dengan akidah di mana akidah bukan dicerna oleh sifat sekularisme dan nasihat di dalam agama islam tidak disumberkan seperti mana olahan yang diwujudkan oleh kaedah 'Biblical Counseling' yang ditermakan melalui pendekatan 'Whole Person Counseling'! - kerana mentaati ibu bapa adalah ibadah yang menjadi asas kepada tarbiatul aulad bagi institusi kekeluargaan muslim!!!)
Saya akan memastikan hak saya sebagai seorang ibu yang berakidah tidak wewenangnya dipersedakan oleh komuniti rakan anak-anak saya yang beragama Kristian!
“Ya, jika pun mahu
mendisplinkan warga mereka usahlah sehingga menganiaya warga yang datang ke
sini untuk turut bersama membangunkan negara mereka. Kita bukannya kaya seperti
mereka.Kita tidak mempunyai konsep 'Big Bro' atau kelab jutawan yang mengawal apa sahaja untuk mendominasi. Jangan sangka emak tidak mengendahkan semua ini. Sehingga ke akhirat emak akan membawa dakwaan ini ke pengadilan kerana hubungan seorang ibu muslim tidak terputus sehingga berlakunya kiamat!”
Keras saya menegaskan kepada anak-anak saya yang sangat rendah iman dan pemahaman berpengetahuan di dalam bertanggungjawab menjadi seorang muslim yang berakidah.
Saya tidak akan melepaskan setiap 'kebodohan' yang sengaja digunakan ke atas keluarga saya!
Dan stuasi di
rumah kami sering tegang di antara penghuni lelaki sesama sendiri oleh
tuntutan-tuntutan dibayar semula bayaran saman yang didahulukan.
Inikah penanda
baru persaingan mellinium abad ini dalam menuju kesempurnaan?
Kebebasan jahiliah yang berkonsepkan sekularisme ini tidak menjadi rahsia lagi upaya merobohkan istitusi kekeluargaan islam dan kehidupan berkeluarga kami.
Punca sumber yang
upaya meruntuhkan satu persatu binaan unit di dalam keluarga?
Tahniah.
Mengapa diucapkan
tahniah?
Menjadi kelaziman
masyarakat masa kini menyamakan nilai kehidupan berkeluarga sama seperti
masyarakat barat di mana mereka tidak melihat keperluan untuk kekal menjadikan
anak-anak remaja sebagai unit keluarga yang perlu dikasihi dan tidak dibebaskan
awal dari menjadi sebahagian ahli keluarga.
Mengasihi dan menyayangi tidak bermakna dengan membuta tuli tanpa menghukum kesalahan yang dilakukan.
Mengasihi dan menyayangi bukan bermakna mendiamkan sahaja perbuatan dosa!
Mereka wajar dituntut
mencari pekerjaan dan menyara kos kehidupan dengan sumber yang halal tanpa dianjurkan untuk menghalalkan cara dalam mencapai imatlamat.
Mengasihi dan menyayangi bukan bererti menghimpunkan sejumlah senarai perbuatan maksiat!
Mengasihani dan menyayangi buat saya ialah menghadirkan anak-anak sebagai orang ke tiga penting selepas
bapa dan ibu pada sudut kebolehan untuk beramanah ke atas keluarga sendiri dan sedia memelihara untuk membela keluarga pasangan mereka sekiranya telah beristeri atau bersuami dari perbuatan dosa dan maksiat.
Anak-anak tidak
wajar dibenarkan tinggal berasingan dengan ibu bapa sebelum dia benar-benar
layak memahami kewajipan dan tanggungjawab hidup berkeluarga.
Anak lelaki wajar
tahu muhrim yang perlu diberikan keutamaan untuk ditanggung
penanggungjawabannya.
Ibu, nenek, ibu
saudara sebelah ayah dan ibu, saudara-saudara perempuan, sepupu perempuan di ke
dua pihak ibu bapa, anak perempuan dari adik beradiknya wajar mendapat pemahaman yang ikhlas sebelum dia
benar-benar memberikan perhatian kepada wanita lain melalui pernikahan dan
sebelum saudara-saudara perempuannya berkahwin.
Apakah anak-anak
lelaki muslim ini faham kewajipan dan tangung-jawab mereka?
Apakah yang
terjadi tatkala anak-anak yang masih rendah usia dan pengalaman hidup ini diberikan kesempatan
dan ruang untuk berada di luar lengkungan keluarga atas anjuran berdikari?
Bagaimanakah
caranya untuk dipelajari tugas dan peranan sebagai ketua keluarga seandainya
hanya berada di dalam garisan cinta dan kasih sayang sahaja seperti yang ditermakan oleh semangat 'Ketuhanan' barat tanpa ibadah?
Adil yang
bagaimana mahu direlevankan?
Menjadi tabiat
yang telah diketahui bagaimana remaja-remaja apabila mencapai had umur antara
17 hingga 21 mereka ditunjukkan jalan keluar untuk hidup sendiri.
Berdikari.
Apabila
kajian dan pengalaman orang kaya menjadi tiruan dimodelkan pembinaan syaksiah
remaja dan generasi entah di mana mahu diletakkan kewarasan.
Sedangkan hakikat
dari tarbiah Rasul Sallahllah hu alaihiwassalam anak-anak diangkatkan menjadi ahli keluarga yang memberi
kesempatan untuk mereka bertanggungjawab.
Mengapakah
keberkatan hilang dari aktiviti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara pada zaman ini?
Mengapa?
Hanya untuk
menjadi kaya.
Siapa kata?
Ibu dan bapa.
Andai orang miskin
bagaimanakah anak-anak dianjurkan menjadi kaya?
Sentiasa jujur.
Tidak berbohong dan bersikap tamak untuk segera menjadi kaya tanpa usaha.
Menerima hakikat perkara yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat.
Ia
bukan perlu dimodalkan.
Walau pun tidak upaya menjadi kaya, kita hidup bahagia
kerana tidak menipu malah tidak berhutang.
Mudah.
Kehidupan
berkeluarga masyarakat tempatan juga lebih menempatkan ruang-ruang pemisahan di
antara ahli keluaraga apabila hujung minggu di sini kaum bapa lebih senang
meninggalkan isteri dan anak-anak mereka di premis perdagangan utama dan mereka
sendiri berada atau berkumpul beramai-ramai di ruang-ruang mewah untuk
menikmati kehidupan berperibadi.
Ia sesuatu yang
agak ganjil.
Lambang penyatuan
keluarga lebih terarah kepada kehidupan bernafsi-nafsi yang memutlakkan hak
berperibadi.
Anih.
Setelah bersusah
payah memiliki kehidupan berkeluarga tiba-tiba sahaja inginkan kelainan. Tetiba
sahaja inginkan konsep dan ciri yang lebih memfungsikan kehendak naluri dari
sanubari yang paling dalam.
Sensasi
kedengarannya atau lebih dieksklusifkan kehendaknya berbanding keperluan?
Kehidupan
bersosial ini menimbulkan persoalan tentang landas tanda pembinaan ummah andai
masyarakat yang didirikan tidak bertabiat dengan keislaman sebagai agamanya
keimanan sebagai budayanya.
Ya masyarakat muslim di
sini telah ditandai dengan liberalisme sekular.
P/S :
Mari ku ajarkan
kamu bahasa melayu ku yang bebas tanpa perlu berhipokrasi atau dijual beli buat
memiliki calitan kroni.
Tertanya mengapa
dia masih mahu menginggeriskan minda ku walau pun dia sudah terlalu kaya dan
hebat untuk tidak lagi wajar mendapat bantuan selain sokongan.
Usah membuatkan
rasa benci ini semakin tinggi.
Kerana kayu yang
besar jugalah yang terus bersakat sedang yang layu berlumur karat masih marhaen
yang padat dengan selaut jaki diberdayakan untuk menjadi insani.